Anda di halaman 1dari 16

JENIS SUMBER

Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka. Asas-asas kecerdasan ini perlu diperkaya dengan alam sekeliling yang baik supaya ianya dapat berkembang dengan sebaik-baiknya. Biasanya, asas kecerdasan yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang tidak memuaskan, maka sukar bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan

yang mencapai peringkat optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak
mempunyai pengalaman tetapi semenjak saat tersebut mereka sentiasa diserbui oleh pelbagai rangsangan daripada alam sekeliling mereka. Dengan asas-asas yang diwarisinya inilah dan dengan pertolongan pancaindera, mereka mula menganggap dan memproses rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yang bermakna.

Pembelajaran

memerlukan

rangsangan

dan

kecerdasan

pemikiran.

Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan,

ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang


berkesan. Maka bahan bantu mengajar dari berbagai jenis sumber perlu bagi mengoptimumkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

m/s | 1

1.0 PENGENALAN Apa itu sumber pengajaran dan pembelajaran? Apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan membantu guru-guru menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum adalah dikatakan sebagai sumber bahan pengajaran dan pembelajaran. Alatalat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Jenis- jenis sumber ialah bahan bercetak, bahan teknologi pendidikan,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Tujuan utama menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menyampaikan isi pelajaran. Selain itu juga untuk merangsang deria rangsangan muridmurid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, kemahiran psikomotor., peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam

pembelajaran, dan seterusnya pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media.
Daripada dapatan psikologi kognitif seseorang murid akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief,1993). Dapatan tersebut memberikan implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid-murid terlibat aktif dalam pembelajaran. murid-murid perlu melihat,mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti melalui gabungan teks,grafik,audio,video dan animasi. Menurut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara seseorang

memperolehi maklumat serta cara seorang itu belajar sekiranya digunakan dengan berkesan. Ini kerana multimedia dapatmemudahkan pembelajaran yang berpusatkan murid kerana murid-murid diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai dengan diri sendiri.

Sebagai guru-guru yang mengajar Pendidikan Sivik Kewarganegaraan kita harus bijak menguruskan sumber ini dan menggunakannya mengikut kesesuaian dan
m/s | 2

keperluan murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Ini

adalah bertujuan merangsang, menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk


memberi lebih tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Justeru pemilihan dan penggunaan sumber memerlukan pemahaman yang mendalam tentang jenis-jenis sumber bagi pengurusan yang cekap dan mantap.

2.0 JENIS-JENIS SUMBER

Sebagai guru matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan kita harus mempunyai pengetahuan mengenai jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi pendidikan, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis sumber ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber- sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru semasa mengajar. Antara bahan- bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh

guru-guru di sekolah . Guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD,
peta, komputer, perakam VCD, DVD dan televisyen untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan sumber yang berkesan, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu

m/s | 3

sendiri. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru.

2.1 BAHAN BERCETAK Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Walaupun bahan bercetak sukar dikemaskini dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran mengambil masa yang lama, namun ianya sangat berkesan. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di

perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-

pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.

Sumber pengajaran dan

pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.

2.2 BAHAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

m/s | 4

Definisi teknologi pendidikan ialah satu sistem merekabentuk ,melaksana dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif khusus berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi dengan

menggunakan cantuman sumber manusia dan bukan manusia untuk kepada pengajaran yang lebih berkesan.

membawa

Jenis-jenis bahan teknologi pendidkan yang biasa digunakan di sekolah adalah berbentuk audio visual seperti radio, mikrofon ,televisyen,projekter slaid, OHP,

perakam video, VCD,DVD,kaset, CD dan lain-lain bahan pandang dengar. Semua bahan ini memudahkan guru menyediakan pendekatan pengajaran yang lebih efektif dan memberi keselesaan kepada murid-murid untuk belajar dan menerokai ilimu pengetahuan. Bahan-bahan ini dapat memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia dan simulasi. Dengan menggunakan multimedia interaktif,seseorang pelajar mempunyai

kebebasan mengawal pembelajaran sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak lain. Murid-murid boleh memilih bahan pembelajaran sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihakpihak lain. Murid-murid boleh memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai mengikut minat dan kehendak sendiri. Dengan memasukkan kata kunci yang sesaui ke dalam ensaiklopedia multimedia, seseorang murid boleh mencapai kepada maklumat yang dihendaki dan belajar memilih untuk belaajr sama ada melalui teks, gambar,audio atau video mengikut gaya pembelajaran sendiri. Di samping itu , murid-murid juga boleh mencetak maklumat yang diperlukan untuk rujukan kemudian. Untuk murid-murid yang dapat belajar dengan capat, dia diberi peluang untuk menerokai dan menemui perkara-perkara yang baru tanpa sebarang batasan. Sebaliknya untuk murid-murid yang lambat dalam pembelajaran, dia boleh mengulangi perkara yang sudah dilalui sehingga dapat memahami perkara yang dipelajari. Pendek kata penggunaan bahan teknologi maklumat membolehkan muridmurid menjadi proaktif dan membina pengetahuan mengikut pilihan, kadar dan kehendak sendiri.

m/s | 5

2.3 BA Teknologi Maklumat ataupun IT adalah teknologi dunia terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada

murid-murid.

Penggunaan

sumber

ini perlulah

dikendalikan

oleh

guru

yang

berkemahiran kerana penggunaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu. Bagi guru yang menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran ini, mereka boleh menggunakan portal pendidikan,internet,rangkaian LAN dan akhir sekali multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa

kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-perisian yang


percuma yang disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemaskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya penggunaan lebih menggunakan bahan berasaskan komputer. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam internet. bahanbahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer.Oleh yang demikian penggunaan sumber pembelajaran asaskan teknologi maklumat boleh meningkatkan

lagi

keberkesanan

pengajaran

dan

pembelajaran

seorang

guru

Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung. Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah

dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati
terdapat perubahan yang perlu dibuat. Walaubagaimanapun kelemahan mungkin timbul namun ia akan dapat diatasi

sekiranya guru dapat menyampaikan pengisian yang menarik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini mempunyai banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada.
m/s | 6

2.4 BAHAN MAUJUD Bahan maujud adalah merupakan bahan sebenar, realia atau bahan konkrit yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam sekeliling, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber pengajaran dan pembelajaran dalam darjah sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber pengajaran dan pembelajaran pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan alam sains seperti batu batan, tumbuhan, serangga dan binatang. Terdapat 3 jenis bahan maujud iaitu realia asli, realia awet dan spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan maujud yang pertama ialah realia asli iaitu bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya binatang, serangga dan manusia. Bahan kedua pula bahan bukan hidup seperti jentera, batu batan ataupun bangunan. Bahan maujud kedua pula realia awet yang berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia.Contohnya binatang seperti rusa, singa dan harimau yang mati diawet. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifatsifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid. Aplikasi penggunaan bahan maujud membantu menggambarkan situasi atau kenyataan yang sebenar.

m/s | 7

3.0 ULASAN KRITIKAL TENTANG BAHAN CETAK Bahan cetak mengandungi buku, majalah, jurnal, suratkhabar dan risalah. Di sekolahsekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru-guru adalah diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks, bahan-bahan tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan Negeri, Daerah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, selain daripada bahan-bahan binaan sendiri, bahan-bahan pengajaran yang sering dan paling utama digunakan oleh guruguru ialah bahan-bahan daripada buku-buku teks. Penggunaan buku-buku teks telah menjadi amalan biasa dan tradisi bagi sesetengah guru. Kebanyakan mereka menganggap jumlah buku-buku teks yang ada dan yang boleh digunakan di sekolah-sekolah terlalu banyak dan tidak perlu lagi mereka mencari bahan-bahan daripada sumber-sumber lain. Buku-buku teks dalam andaian lain sudah lebih dari mencukupi. Anggapan seperti ini sebenarnya memanglah kurang wajar kerana seperti yang kita semua sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung

kepada

teks

kadangkala

boleh

menjejaskan

keberkesanan

pengajaran

dan

pembelajaran. Sebenarnya, kedudukan teks, kebiasaan dan kecenderungan menggunakan teks bahasa dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran seperti itu bukanlah satu

cara yang baik untuk diamalkan dan dikekalkan. Penggunaannya melalui cara yang
lebih luas dan kepelbagaian kegiatan amat diperlukan. Dengan itu, pengajaran bahasa akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar dan dapat mengurangkan masalah yang timbul. Pemilihan bahan buku amatlah penting dengan kesesuaian pembaca. Buku yang mengandungi saiz font yang besar dengan ilustrasi berwarna amat menarik para pembaca di peringkat permulaan bacaan. Di samping itu jumlah mukasurat yang sedikit juga akan memberi kepuasan dan secara langsung memberi menggalakkan untuk

membaca lebih banyak lagi.


Apabila penguasaan bacaan meningkat maka saiz font dicetak lebih kecil dan jumlah perkataan dalam sesuatu mukasurat akan bertambah disamping ilustrasi juga dikurangkan.
m/s | 8

Sebagai guru kita perlu memahami cara pemilihan bahan buku yang sesuai dengan usia kanak-kanak dan tahap penguasaan bacaan kanak-kanak.

4.0 BAHAN BUKAN BUKU Majalah Jurnal Alat-alat hardware Alat tayangan Opaque LCD

OHP
Slide Projecter Video Tape Alat bukan tayangan Hardware Perkakasan

Mesin Cetak Stensil Mesin Riso


m/s | 9

Mesin Riso Digital Bahan Perisian (Software) Lutsinar Filem Fotografi Filem Jalur Filem Sisipan Filem 8mm Pita Audio Pita Video Kain Gambar Untuk Carta Pusing Compact Disc Piring Hitam Kaset

4.1 BAHAN 2D
Peta Gambar Fail Tegak Carta Guntingan Akhbar Gambarajah Kad-Kad Cantuman / Imbasan

4.2 BAHAN 3D
Glob Realia ( Benda Sebenar) Diorama Mock Up Topeng
m/s | 10

4.3 BAHAN MULTIMEDIA Kit Pembelajaran Permainan Pendidikan Pukal Pembelajaran (Aneka Media) 5.0 BILIK-BILIK SUMBER Bilik Perpustakaan Bilik Tayang / APD Bilik Bantu Mengajar Bilik Memproses / Kerja Bilik Komputer Bilik Pusat Akses

6.0 PERKHIDMATAN SUMBER Percetakan Fotografi Studio rakaman 7.0 TujuAn PenggunAAn Sumber untuk PendidikAn Sivik dAn KewArgAnegArAAn

Rangsangan/penggunaan pelbagai deria


Kefahaman dan interpretasi maklumat Pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media Peningkatan daya ingatan Kemahiran berfikir Peningkatan motivasi Peningkatan kreativiti Keseronokan dalam pembelajaran

m/s | 11

Rangsangan/penggunaan pelbagai deria

Penglihatan Pendengaran Sentuhan

Bauan
Rasa

Kefahaman dan interpretasi maklumat Pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media Minat belajar Ingin tahu Perhatian Selari dengan kehendak

Peningkatan daya ingatan Retention (pengekalan) Pengetahuan sedia ada Selari dengan minat dan pengetahuan

Kemahiran berfikir

Analisis
Mencari maklumat Banding beza Susun ikut keutamaan Menjana idea
m/s | 12

Buat inferens Kumpul dan mengkelas

Peningkatan motivasi Rasa ingin belajar

Ingin tahu
Peningkatan kreativiti Kreativiti Daya cipta audio visual Seni

Keseronokan dalam pembelajaran Belajar sambil membuat Belajar sambil mendengar Belajar sambil melihat

Kemahiran intrapersonal dan interpersonal

Menjawab soalan guru


Kerjasama Hubungan murid-guru Hubungan murid-murid

Kemahiran psikomotor Sajak / pantun kebolehan mencipta, membaca Kemahiran membuat sesuatu
m/s | 13

Kemahiran mencari maklumat Contoh - maklumat internet

8.0 KRITERIA PEMILIHAN SUMBER. :-

- Selaras dengan falsafah pendidikan negara. - Tidak bercanggah dengan nilai masyarakat - Releven dengan kurikulum - Selaras dengan prinsip pedagogi - Memberi maklumat terkini - Cost effective

- Mudah diperolehi
- Mudah digunakan - Mudah alih - Mudah senggara - Pelbagai ransangan - Dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan - Fleksibel

9.0 KESIMPULAN

Penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mewujudkan sikap yakin


kepada diri sendiri seseorang murid itu dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat. Ia bukan sahaja membantu murid-murid yang lembab dalam pembelajaran malah membolehkan murid-murid menjadi proaktif dan membina pengetahuan mengikut
m/s | 14

pilihan, kadar dan kehendak sendiri. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid-murid terlibat aktif dalam pembelajaran. murid-murid perlu melihat,mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Sebagai guru PSK kita haruslah tahu memilih, mengurus dan menggunakan sumber secara bijak selaras dengan falsafah pendidikan negara serta tidak bercanggah dengan nilai masyarakat.

RUJUKAN Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum (2004) Buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 Sekolah Kebangsaan, Dawama Sdn.Bhd.

Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum (2004) Buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Multi Educational Book
Enterprise Sdn.Bhd. Mok Soon Sang, (2008), Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Mazlan Ismail M.A (UKM), B.A. Hons (2010), Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4, Marshall Cavendish Education, Sentosa Sdn.Bhd.

CARIAN INTERNET 2 APRIL 2011 http://awikole.blogspot.com/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori-pembelajaran-dan-pengajaran http://instructiontheorycourse.blogspot.com/2009/02/1-introduction-18.htm


http://news.mylaunchpad.com.my/Home/EditorsCorner/BM/Article?Key=34a78a8c6591-4be9-872f-acad97371990

m/s | 15

http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantu-mengajar/ http://www.google.com.my/#hl=en&xhr=t&q=bahan+bantu+mengajar+bahasa+m elayu&cp=0&pq=filetype%3Adoc%22bahan%20bantu%20mengajar %22&pf=p&sclient=psy&source=hp&aq=0&aqi=&aql=&oq= %22bahan+bantu+mengajar%22&pbx=1&fp=1&bs=1&cad=b http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantumengajar-buku-teks/ http://epulldpliukm.blogspot.com/ http://www.kaunselingskbt2.com/bahan-bantu-mengajar.html

m/s | 16

Anda mungkin juga menyukai