Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.

Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses

pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Menurut David Berlo, dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima dan isi pengajaran adalah sebagai suatu mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan. Ia boleh dikaitkan dengan Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada hari ini, pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi telah menyebabkan para guru harus menyediakan beberapa BBM yang baru dan BBM yang lama juga perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Tujuan penggunaan sumber pengajaran adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau dapat membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Selain itu, dengan adanya sumber pengajaran, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu sumber untuk digunakan dalam pengajaran mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru-guru ingin menggunakan jenis rangsangan perkataan bercetak, pemilihan sumber yang sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi (kepingan lutsinar),

poster atau senarai bertulis.selepas membuat pemilihan BBM, guru-guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran.

2.0 TUJUAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER

Rangsangan Kemahiran psikomotor Kefahaman dan interpretasi maklumat

Kemahiran interpersonal dan intrapersonal

Keseronoka n dalam pembelajara n

Tujuan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

Pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media

Peningkatan daya ingatan

Peningkatan kreativiti Peningkatan motivasi

Kemahiran berfikir

2.1 RANGSANGAN Dalam tubuh manusia terdapat beberapa jenis deria yang bertindak untuk mengesan rangsangan daripada persekitaran. Antara deria rangsangan yang terlibat ialah deria penglihatan , pendengaran, sentuhan, bauan dan rasa. Kelima-lima deria rasa ini perlulah dipupuk penggunaannya kepada murid-murid melalui aktiviti atau proses pembelajaran dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menggunakan kelima-lima deria yang sedia ada ini. Melalui bahan bantu mengajar yang kami bina, rangsangan yang kami gunakan ialah tarikan pelbagai warna dan ruang serta gambar bagi menarik minat muridmurid.

2.2 KEFAHAMAN DAN INTERPRETASI MAKLUMAT Tujuan kedua penggunaan sumber P&P pula ialah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam sesuatu pembelajaran. Tidak dinafikan walaupun tanpa penggunaan sumber P&P dalam sesuatu proses pembelajaran, murid-murid masih boleh memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru. Tetapi dengan penggunaan sumber P&P yang sesuai, kefahaman murid-murid akan dapat ditingkatkan dengan lebih cepat berbanding tanpa menggunakan sebarang sumber P&P. Ini kerana, murid-murid atau kanak-kanak khususnya lebih cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang berkaitan dengan alam persekitaran mereka. Dalam bahan bantu mengajar yang gunakan, aspek kefahaman dan intepretasi maklumat dapat dizahirkan melalui gambar-gambar pop-out yang kami gunakan. Gambar-gambar pop out kami sangat jelas dan menarik untuk pemahaman muridmurid.

2.3

PENGEKALAN MINAT DAN TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA

Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner, setiap individu mempunyai 8 jenis kecerdasan dan kesemua jenis kecerdasan itu boleh digunakan untuk murid-murid belajar menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis sumber P&P yang ada. Tujuan seterusnya penggunaan sumber P&P ialah untuk mengekalkan minat murid-murid terhadap sesuatu subjek dan juga untuk menarik tumpuan mereka melalui pelbagai jenis sumber P&P. Minat murid-murid terhadap sesuatu subjek itu terutamanya bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh dipupuk sekiranya guru mengaplikasikan cara pengunaan sumber P&P dengan betul. Guru perlu tahu kunci untuk menarik minat semua murid-murid. Dengan cara mempelbagaikan penggunaan sumber P&P juga dapat membantu dalam hal ini. Tumpuan muridmurid dalam proses P&P juga adalah penting dan untuk mencapai objektif ini guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan komunikasi dua hala bagi menjadikan murid lebih aktif dari segi penglibatan semasa dalam kelas. 2.4 PENINGKATAN DAYA INGATAN

Melalui pengetahuan sedia ada pada murid-murid, penggunaan sumber P&P dapat meningkatkan lagi daya ingatan mereka terhadap sesuatu perkara yang terdapat dalam subjek ini. Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Perkara ini boleh dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Oleh itu guru yang mengajar seharusnya peka kepada keperluan muridmurid dengan mengetahui tentang latar belakang atau maklumat yang

perlu. Guru perlu menggunakan sumber P&P dengan sebaik mungkin di mana selari dengan pengetahuan dan minat murid-murid.

2.5

KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid.

Ini kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses P&P dijalankan, penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Dalam bahan bantu mengajar yang kami gunakan memerlukan muridmurid untuk membanding beza gaya hidup yang positif dan sebaliknya.

2.6

PENINGKATAN MOTIVASI

Di dalam setiap kelas yang diadakan murid-murid perlu untuk memusatkan perhatian mereka kepada apa yang diajar oleh guru. Tetapi untuk mengekalkan perhatian sepenuhnya adalah susah untuk dilakukan oleh murid-murid. Ini adalah disebabkan oleh keinginan murid-murid untuk menghadiri suatu proses pembelajaran itu yang semakin pudar. Jadi motivasi adalah perkara yang diperlukan untuk mengekalkan perhatian murid-murid terhadap pelajaran. Terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan murid-murid kurang keinginan untuk belajar. Mungkin kerana kaedah pembelajaran yang digunakan adalah sama dan murid-murid menjadi bosan atau mungkin juga kaedah

pembelajaran yang digunakan adalah tidak kreatif dan tidak dapat menarik perhatian mereka. Jadi langkah penyelesaiannya ialah dengan menggunakan sumber P&P yang sesuai dengan tahap IQ murid-murid dan disertakan dengan pengelolaan oleh guru secara kreatif supaya murid-murid mempunyai motivasi sama ada melalui cara ekstrinsik mahupun instrinsik. Pengelolaan yang baik oleh guru terbukti dapat memberikan motivasi kepada murid-murid.

2.7

PENINGKATAN KREATIVITI

Meningkatkan daya kreativiti murid-murid adalah merupakan salah satu tujuan penggunaan sumber P&P di sekolah. Ini kerana kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah mencipta perkara baru yang lebih bernas serta menarik. Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid perlulah diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada. 2.8 KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN

Setiap murid-murid merupakan kanak-kanak yang tidak akan lengkap tanpa melakukan perkara yang boleh mendatangkan keseronokan kepada diri mereka. Ini adalah merupakan keperluan asas bagi setiap kanak-kanak yang normal. Jadi guru perlu mengambil berat tentang hal ini dan untuk proses pembelajaran yang berkesan guru perlu mendapat perhatian daripada muridmurid terlebih dahulu. 2.9 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Kemahiran interpersonal menurut pencetus Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Howard Gardner ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain dan kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lain. Kemahiran ini memerlukan seseorang individu itu mampu berkomunikasi dengan baik di kalangan masyarakat yang berada di persekitaran. Dalam konteks ini murid-murid mampu berkomunikasi dengan baik sesama murid dan murid

mampu juga berkomunikasi dengan baik kepada guru jika bahan sumber digunakan secara menyeluruh didalam kelas. Kemahiran intrapersonal pula didefinisikan oleh Howard Gardner sebagai kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak. Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan

kesedihan diri serta kebolehan membantu diri lebih berdisplin, beradab dan bersopan. Kemahiran ini lebih memberikan tumpuan dari segi dalaman diri individu tersebut. Dalam konteks pembelajaran, murid-murid mempunyai kebolehan untuk menangani sebarang masalah peribadi mereka serta dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran jika guru pandai menarik minat mereka dengan menggunakan bahan sumber yang menarik..

3.0 PEMILIHAN JENIS BAHAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan

pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan

pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. 3.1 Beg Flip-Out Gaya Hidup Sihat

Bagi mengadakan bahan bantu mengajar ini, kami sepakat memilih mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan di bawah tajuk Gaya Hidup Sihat. Dalam tugasan berkumpulan ini, kami telah diarahkan untuk menghasilkan alat bantu mengajar berasaskan teknologi pendidikan dan kami telah memilih papan flip sebagai bahan bantu mengajar kami.Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki

untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.

Bahan yang kami gunakan untuk membuat bahan bantu mengajar kami ialah mounting board terpakai yang kami temui di dalam kelas kami. Mounting board bertindak sebagai papan flip di mana ia mudah alih untuk digunakan. Selain itu, bahan yang digunakan ialah bahan pop out atau bahan timbul yang seakan-akan maujud. Selain itu juga, kami menggunakan bahan maujud seperti makanan ringan dan sayur-sayuran di dalam pemilihan bahan bantu mengajar kami. Hasil gabungan papan flip, pop out dan bahan maujud ini maka terhasillah Beg Flip-Out Gaya Hidup Sihat.

Di samping, kami juga menggunakan bahan teknologi seperti video dan powerpoint dan disimpan di dalam cakera padat untuk ditayangkan kepada murid-murid.

3.2 Rasional Pemilihan Bahan

Rasional pertama kami memilih bahan ini adalah kerana kosnya yang murah. Buktinya kami menggunakan mounting board terpakai di kelas kami bagi menggantikan papan flip namun berupaya berfungsi sebagai papan flip. Sebanyak 5 mounting board terpakai yang kami gunakan dan kami kerat menjadi 12 bahagian kecil. Selain itu, kami juga dapat menjimatkan kos di mana 90 peratus bahan yang digunakan merupakan bahan terbuang dan terpakai.

Rasional kedua ialah bahan bantu mengajar kami ini sesuai digunakan di mana-mana dan mesra alam. Contohnya ialah, jika guru ditempatkan di kawasan pedalaman yang mempunyai kesukaran dalam mendapatkan tenaga elektrik, sudah pasti bahan bantu ini sangat sesuai digunakan kerana

ia tidak menggunakan tenaga elektrik seperti bahan teknologi maklumat dan komunikasi.

Rasional ketiga ialah beg flip out ini telahpun memenuhi ciri penyimpanan yang sangat sesuai. Seperti yang kita tahu, beg sememangnya bersifat untuk menyimpan barang. Bahan-bahan kami ini, kami rangkuman dan simpan disimpan menjadi sebuah beg.

KOS BAHAN Untuk mengurangkan kos perbelanjaan untuk membeli barang, kami telah banyak menggunakan bahan kitar semula yang kami perolehi di sekitar kelas ketika ingin menghasilkan BBM ini. Dan hanya sedikit perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghasilkan BBM ini iaitu hanya 10% sahaja daripada keseluruhan barang yang digunakan untuk mencipta BBM ini. Jenis Bahan Tali pelekat Tali rafia Kertas warna Gam Pita pelekat Tali renda Ring 1 meter 5 meter 1 buku 1 botol 1 gelung 1 meter 18 Jumlah Kuantiti Harga RM 2.00 x 1 meter RM 2.00 x 5 meter RM 4.00 x 1 buku RM 2.00 RM 2.00 RM 2.00 x 1 meter RM 2.00 x 3 kotak RM 20.00

4.0 CARA PENGGUNAAN

Konsep penggunaan sumber yang kami gunakan ialah papan flip di mana ia berbentuk beg. Mounting board terpakai yang kami gunakan bertindak sebagai papan flip yang akan dilekatkan dengan beberapa kertas pop out yang kami

hasilkan sendiri. Mounting board terdiri daripada 12 keping dan setiap keping akan dilekatkan dengan bahan pop out yang telah kami bina.

Mounting board dan bahan pop out

Tajuk dalam Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan yang kami pilih ialah Gaya Hidup Sihat. Pop out yang kami gunakan terbahagi kepada contoh-contoh gaya hidup yang positif dan negatif. Contohnya, terdapat satu pop out yang menggambarkan tabiat merokok, di bawahnya pula akan dilekatkan kad perkataan yang boleh dipadam.

Pop out dan kad perkataan yang boleh dipadam

Setelah kesemua pop out telah dikenalpasti oleh murid-murid, guru akan menyuruh murid-murid untuk membanding beza gaya hidup positif dan gaya hidup negatif. Papan flip yang bersifat mudah alih akan dapat dikelaskan dengan membuka gelung penyambung (ring) untuk dibandingbezakan. Mounting board yang dicantumkan menggunakan ring penyambung boleh dibuka dan ditutup semula bagi membanding beza ciri yang dikehendaki oleh guru.

5.0 CARA PENYIMPANAN

Bahan bantu mengajar yang kami gunakan amat mementingkan cara penyimpanan. Papan flip yang kami gunakan telahpun memenuhi ciri-ciri penyimpanan yang berkesan kerana ia berbentuk beg. Seperti yang kita tahu, beg merupakan medium yang paling muidah, ringkas dan sememangnya ia adalah cara terbaik untuk menyimpan sesuatu. Oleh sebab itu, kumpulan kami terdetik untuk membina bahan bantu mengajar menggunakan mounting board terpakai yang bersifat papan flip serta berkonsepkan beg mudah alih untuk cara penyimpanan.

BBM boleh dipakai secara terus seperti beg galas untuk tujuan penyimpanan

Di samping itu, tali mengikat beg juga mempunyai banyak kegunaan. Selain ia boleh disandang di belakang badan, ia juga boleh digantung di mana-mana sahaja.

Beg BBM yang mudah alih ini turut boleh digantung di mana-mana sahaja untuk tujuan penyimpanan.

6.0 RUJUKAN http://www.teachers.ash.org.au/teachereduc/indexTE.html http://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.html http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/Skaalid/index.html http://www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/welcome.html http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/constructivism.html http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/idmodels.html http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/mergel/brenda.htm http://www.cudenver.edu/~lsherry/courses/IDdoclab.html

Anda mungkin juga menyukai