Anda di halaman 1dari 4

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN HANIZAFUDDIN

910608086299

J3.4

iv) Satu perancangan mengenai bagaimana kompetensi kecerdasan emosi boleh diaplikasikan
oleh anda sebagai guru dalam bilik darjah.

Kompetensi pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran dilihat amat penting
bagi memenuhi kecerdasan emosi para pelajar khususnya di dalam bilik darjah. Oleh itu, peranan
guru dan pihak sekolah amatlah penting dalam membina dan meningkatkan kompetensi pelajar
melalui proses pengajaran dan pembelajaran itu tadi. Oleh itu, pelbagai kaedah dan perancangan
yang boleh diaplikasikan bagi membina kompetensi kecerdasan emosi sebagai guru di dalam
bilik darjah. Perancangan atau kaedah tersebut ialah melalui ‘ Guru sebagai role model ‘.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sudah pastinya mempunyai
golongan pengajar iaitu guru dan golongan pelajar iaitu pelajar itu sendiri. Sudah menjadi
lumrah, pelajar berpotensi untuk mengikut ajaran gurunya dari semua aspek. Oleh itu, melalui
kaedah ini guru haruslah menjadi model dan memainkan peranan penting dalam mencerminkan
kompetensi kecergasan emosi yang ada iaitu kompetensi personal dan juga sosial. Ini kerana,
salah satu ciri guru yang perlu ada ialah guru yang berkualiti dari segi emosi. Aspek-aspek yang
perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi adalah seperti menghayati nilai-nilai
murni, norma dan Etika Perkhidmatan di samping mempunyai pemikiran yang positif dalam
menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja
mengajar sebagai satu ibadah tanpa alasan. Melalui perancangan ini juga, guru juga haruslah
memahami dan mengamalkan Etika Keguruan iaitu memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar
iaitu mengutamakan kebajikan dan keselamatan di samping bersikap adil terhadap semua
pelajarnya. Hal ini semua demikian kerana setiap gerak geri dan tingkah laku guru yang dikenali
sebagai kurikulum tersembunyi akan diikuti oleh para pelajar secara pemerhatian atau secara
tidak formal. Subkompetensi seorang guru seperti kawalan emosi,
kebolehpercayaan,ketekunan,optimis,motivasi kendiri dan sebagainya dalam kompetensi
personal amatlah penting untuk ditunjukkan dan ditonjolkan kepada pelajar kerana guru
merupakan model pelajar.

Selain itu, kecerdasan kompetensi social juga haruslah ditunjukkan seperti empati,
membangunkan orang lain, melayani kepelbagaian, kepimpinan berinspirasi dan membina
perhubungan. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni boleh diaplikasikan dalam perancangan bagi
memupuk kompetensi personal dan sosial seorang guru. Misalnya, guru bersikap adil terhadap
pelajarnya iaitu dengan memberi layanan tidak mengira agama,bangsa dan warna kulit selaras
dengan Etika Keguruan.

Antara komponen kecergasan emosi guru yang paling dominan ialah cara guru tersebut
mengurus emosinya,misalnya pengurusan emosi yang negatif. Guru boleh mengurus emosi
dengan mengenal dirinya serta mengambil beberapa perancangan seperti:

1. Mengenal pasti perasaan diri


 Tanya perasaan sendiri: Apa khabar saya hari ini?
 Jawab dengan menggunakan tiga perkataan..”Alhamdulillah, saya sihat”.
 Ini bermaksud, guru melabelkan diri sendiri dahulu dan bukan terhadap pelajar
mahupun terpengaruh dengan situasi semasa.

2. Bertanggungjawab atas perasaan sendiri


 Iaitu tidak menyalahkan pelajar atas perasaan diri sendiri
 Contohnya,” pelajar di sini membuatkan saya hendak marah!”
 Situasi ini, guru berkuasa untuk menentukan tindak balasnya sendiri dan perlu
diketahui bahawa guru sebegini amat berbahaya jika para pelajar dapat memasuki
dan menguasai emosinya.

3. Membantu pelajar melabel perasaannya.


 Guru membantu dan mengajarkan kata-kata dan melabel perasaan kepada
pelajarnya.
 Guru turut meluahkan perasaannya sendiri.
 Guru dan pelajar berbincang mengenai perasaan tersebut.

4. Memberikan pilihan-pilihan yang sebenar kepada pelajar.


 Guru sepatutnya menghormati keputusan pelajar.
 Tidak hipokrit dalam memberikan sebarang arahan.
 Jangan menuntut pertolongan pelajar hanya untuk keperluan sendiri.

5. Menghormati perasaan pelajar


o Bertanyakan perasaan pelajar.
o Melibatkan pelajar dalam aktiviti diskusi dan penyoalan.

6. Mengesahkan perasaan pelajar.


 Menerima perasaan pelajar seadanya.
 Sedia menunjukkan keprihatinan dan empati sebelum bertindak ketika masalah
timbul.

7. Memberi kuasa kepada pelajar.


 Mengajar pelajar menyelesaikan masalah dengan menggunakan
empati,menghormati perasaan orang lain dan sebagainya.

8. Elak label dan menghakimi pelajar.


 Elakkan ungkapan “lebih baik awak jadi…..”
 Elak label subjektif( cantik, busuk, sederhana dan sebagainya.)

Konklusinya,perancangan kompetensi kecergasan emosi boleh diaplikasikan dalam bilik


darjah oleh kita sebagai seorang guru. Melalui perancangan ‘Guru sebagai role model’ yang
mana guru menunjukkan kompetensi kecergasan emosi personal dan sosial dengan baik kepada
para pelajar agar dapat diteladani oleh para pelajarnya. Hal ini mampu memberi kekuatan kepada
pelajar dalam meningkatkan kompetensi pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) InsyaAllah..

Anda mungkin juga menyukai