Anda di halaman 1dari 7

Minggu 2 Kepentingan menggunakan sumber pdp mata

pelajaran sejarah
Pengenalan
Aktiviti-aktiviti penyusunan semula masa silam harus memerlukan
konsep-konsep imaginatif terhadap bukti-bukti yang terdapat
mengenainya. Oleh itu penggunaan bahan sumber dalam pengajaran
sejarah adalah satu cara untuk mencapai matlamat ini.
Kepentingan
1. Merangsang pemikiran
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan satu
proses yang mencabar minda dan kreativiti murid.
Pengajaran yang menarik akan dapat menimbulkan rangsangan kepada
murid untuk terus belajar dan mendalami ilmu tersebut.
Oleh itu aktiviti pengajaran yang dapat melibatkan penggunaan
semua deria murid lebih memberi rangsangan kepada murid untuk
terus mengikuti pelajaran sehingga selesai.
Kajian yang dijalankan oleh A.J Philips (1950), menunjukkan aktiviti
pengajaran yang merangsang penggunaan deria dan melakukan
aktiviti pembelajaran dapat meningkatkan tahap keberkesanan
pengajaran sehingga 90% berbanding dengan bahan sumber dalam
bentuk bacaan hanya 10% sahaja.
Teori rangsangan deria
- belajar melalui penggunaan kelima-lima deria yang ada
= melihat, mendengar, menyentuh, membuat, menghidu
Oleh itu seorang sebagai guru mata pelajaran sejarah, kita harus
mengambil kira dan merancang pemilihan dan penggunaan sumber
yang dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pengajaran
sehingga tamat.

Bahan sumber boleh mempengaruhi celik akal dan daya pemikiran


murid. Bahan sumber menjadi perangsang dan dapat mewujudkan
persekitaran yang lebih menarik dengan mengadakan pelbagai
program aktiviti sejarah.
2. Menginterprestasi maklumat daripada peristiwa sejarah
Penyampaian isi pelajaran menjadi lebih mudah dan tersusun
sekiranya guru berjaya memilih dan menggunakan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang tepat dan berkaitan.
Penerangan tentang sesuatu konsep dan istilah yang abstrak akan
menjadi lebih jelas dan terang sekiranya dibantu dengan
penggunaan sumber relevan.
Dalam hal ini, Edger Dale (1964) telah mengemukaka suatu teori
yang digambarkan dalam bentuk cone of experience yang antara
lain mengatakan bahawa proses pelajaran bermula dengan
menganggap objek konkrit dan beransur-ansur kepada yang lebih
abstrak.
Oleh itu, bagi meningkatkan kefahaman murid guru perlu
menggunakan sumber pengajaran yang dapat membantu mereka
meningkatkan kefahaman murid daripada yang mudah kepada
yang sukar.
Setelah kefahaman murid meningkat, murid perlu dilatih untuk
menghuraikan sesuatu maklumat. Kemahiran mengintepretasi
maklumat boleh dilatih menerusi penggunaan sumber yang tepat
dan baik. Contohnya, penggunaan sumber seperti audio, rajah dan
carta dapat melatih murid mentafsir maklumat yang tersurat dan
tersirat daripada sumber yang digunakan.
3. Menarik minat terhadap mata pelajaran sejarah
Sumber pengajaran yang digunakan perlu menarik minat dan
mengekalkan tumpuan pembelajaran murid. Guru selalu merungut

tentang murid yang tidak berminat untuk belajar dan sering


mengganggu proses pengajaran.
Hal ini disebabkan pengajaran tersebut gagal menarik dan
mengekalkan minat mereka. Oleh itu, guru harus merancang
penggunaan sumber yang dapat menarik minat murid semasa
mengikuti pengajaran.
Dalam usaha untuk mengekalkan minat murid, guru boleh
merancang penggunaan pelbagai media di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jikalau boleh setiap langkah aktiviti pengajaran guru
menyediakan sumber yang dapat merangsang keseluruhan
pancaindera murid.
Antara ciri sumber yang boleh menarik perhatian dan mengekalkan
minat murid adalah dengan menggutamakan aspek teknikal dan
kualiti sumber. Menurut Norasiah dan Rakan (2010), aspek-aspek
kualiti teknikal seperti kualiti audio, visual, warna dan fotografi
haruslah jelas, mudah difahami dan bersesuaian dengan tajuk
pelajaran.
Penggunaan sumber pengajaran yang baik juga perlu mengambil
kira latar belakang murid dan pengetahuan sedia ada mereka. Hal
ini ditegaskan juga oleh Norasiah katanya selain daripada kualiti
teknikal, penggunaan imej dan audio perlulah dihubungkan dengan
keadaan semula jadi dan pengetahuan sedia ada murid.
Oleh itu guru perlu teliti dalam memilih dan menggunakan sumber
di dalam sesuatu pengajaran. Pemilihan sumber yang tepat dapat
mengekalkan minat dan tumpuan murid di samping dapat
membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan licin, menarik
dan berkesan.
Penggunaan bahan sumber yang diperolehi daripada pelbagai
sumber dapat menyediakan situasi dan persekitaran pembelajaran
sejarah yang menarik minat murid.

Murid akan mendapat pengalaman pembelajaran yang berguna


seperti mengalakkan mereka berfikir kritis, dapat meneliti faktafakta sejarah, mentafsir dan menilai fakta-fakta sejarah berasaskan
kriteria kesahan dan kebolehpercayaan.
Penggunaan bahan sumber mengajar dalam pengajaran sejarah
dapat mengubah pandangan negatif murid terhadap mata
pelajaran sejarah. Melalui inovasi pengajaran menggunakan bahan
sumber yang relevan, pengajaran guru akan menjadi mudah dan
berkesan, manakala murid akan dibantu dengan bahan sumber
supaya proses pengajaran mereka lebih mudah dan menarik.
Leslie B.Bands (1956) menjelaskan bahawa bahan sumber
mengajar amat penting sekali kerana penggunaannya itu dapat
menggalakkan penguasaan, pengekalan ingatan dan dapat pula
mengingatkan semula bahan-bahan pengajaran yang telah
dipelajari oleh murid.
Dengan menggunakan bahan sumber pdp akan dapat membentuk
persepsi murid terhadap pengetahuan sejarah. Bahan sumber
dapat mengembangkan persepsi murid dan kemahiran murid.
Bahan-bahan itu juga dapat membina persepsi murid terhadap
sifat, ciri dan bentuk yang berkaitan dengan penglibatan murid.
4. Meningkatkan daya ingatan terhadap fakta sejarah
Penggunaan sumber yang sesuai merupakan cara yang paling baik
untuk memberi kefahaman dan mengekalkan kefahaman tersebut
dalam jangka masa yang lebih lama. Sumber pengajaran yang
berkesan boleh membantu mengembangkan fikiran, menjana idea
dan mengekalkan ingatan.
5. Menimbulkan motivasi dalam pelajaran sejarah
Menurut Sharifah Alawiah Alsagoff (1986), motivasi ialah perkara

yang memulakan dan mengekalkan penglibatan murid dalam


tindakan pembelajaran.
Dalam usaha memberi motivasi kepada murid untuk mengikuti
pengajaran guru sehingga selesai, kepelbagaian sumber
pengajaran dan kesesuaian bahan dengan aktiviti dirancang dapat
meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Terdapat 4 kategori reka
bentuk pengajaran yang boleh membantu guru merancang aktiviti
pdp sejarah
1. Perhatian - menarik minat murid serta merangsang keinginan
pelajar. (Bagaimana pembelajaran ini berharga dan merangsang murid
saya)
2. Kesesuaian - membentuk keperluan/matlamat murid membentuk
sikap positif. (Sama di atas)
3. Keyakinan - membantu murid menyakin/merasai tentang kejayaan
diri serta berkemampuan mengawal kejayaan mereka. (Bagaimana
saya boleh membantu pelajar memperolehi kejayaan serta mereka
mampu mengawal hasil pencapaian sendiri)
4. Kepuasan - Meneguhkan pencapaian melalui ganjaran (Intrinsik dan
ekstrinsik). (Sama di atas)
Ismail Zain (2002), menyatakan keempat-empat kategori di atas
adalah ciri untuk memenuhi hala tuju guru dalam membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang bermotivasi.
Kesimpulannya, penggunaan sumber pdp perlu diteliti, dipilih dan
disesuaikan dengan minat murid agar dapat meningkatkan
motivasi mereka untuk belajar.
Fakta sejarah merangkumi tarikh, nama, peristiwa, tefsiran, idea
dan istilah mengenai sejarah. Konsep sejarah dapat dijelas dan
dikembangkan sebagai kemahiran sejarah dengan menggunakan
pelbagai alat percetakan dan eletronik.

6. Meningkatkan kreativiti dan kesenorokan dalam pembelajaran


Penggunaan sumber pdp dapat meluaskan pandangan murid,
meningkatkan idea dan pendapat serta memupuk inspirasi
mencipta idea dan perkara-perkara baharu.
Guru dapat melahirkan perubahan tingkah laku yang positif.
Perubahan sikap yang positif ini akan mendorong murid menguasai
ilmu dan meningkatkn kreativiti mereka dalam memperbaiki atau
mengubah suai sesuatu yang dipelajari daripada orang lain kepada
penciptaan sendiri.
Penggunaan sumber pdp yang bersangkut dengan teknik
penyelesaian masalah dan kajian masa depan boleh menimbulkan
rangsangan dan menggalakkan daya cipta murid untuk
menghasilkan idea baharu yang inovatif dan kreatif.
Menurut Prehn (1980), daya penarik, penguasaan ilmu
pengetahuan, daya inspirasi, bersifat jenaka, mengamalkan
hubungan mesra dan pengalaman luas yang dipunyai oleh
seseorang guru dapat menarik minat murid untuk terus belajar.
Konsep Belajar itu menyeronokkan dan teknik Bermain sambil
belajar boleh diamalkan oleh guru sewaktu pengajaran.
Pemilihan sumber dan aktiviti pengajaran yang sesuai dapat
membantu guru mewujudkan suasana kondusif, menyeronokkan
dan mesra dalam kalangan murid. Keseronokkan dalam mengikuti
pengajaran dapat mengekal minat murid untuk terus belajar,
memahami isi pelajaran dengan lebih cepat dan lama.
7. Membantu pengurusan bilik darjah
Penggunaan bahan sumber akan melibatkan murid secara cergas
dalam kelas. Dengan kata lain apabila guru menggunakan bahan
sumber, guru dapat menyediakan murid dengan pembelajaran
koperatif.

Penggunaan bahan sumber yang menarik, mencabar dan sesuai


akan menarik minat murid untuk belajar. Mereka tidak akan berasa
jemu dan bosan. Jika ini tidak berlaku murid akan mengalihkan
perhatian mereka kepada aktiviti yang lain seperti mengganggu
pelajar lain dan sebagainya.
Bahan-bahan yang telah dipilih hendaklah bersesuaian dengan
keadaan semuala jadi pelajar seperti sifat suka bersaing, bermain
dan ingin tahu.
Keseronoka dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru melalui
penggunaan bahan sumber untuk mengekalkan perhatian muridmurid dan ini dapat mengelakkan masalah pengawalan disiplin
kelas.

Anda mungkin juga menyukai