Anda di halaman 1dari 18

TAJUK:PENGURUSAN SUMBER 1.

0 Pengenalan(saya)

Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan yang baik, memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid. Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.

2.0

Konsep Pembelajaran Berasaskan Sumber(saya)

Pengurusan pembelajaran boleh didefinasikan sebagai segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Manakala sumber ialah sebarang bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) . P&P yang berasaskan sumber boleh memberikan pemahaman yang mendalam kepada pelajar dan pelajar tidak hanya mendengar leteran seseorang cikgu tersebut. P&P yang berasakan kepada sumber boleh melibatkan pelajar secara aktif dalam sesi pembelajaran dan tidak hanya menjadi pendengar yang setia. Pembelajaran berasaskan sumber meliputi penggunakan keseluruhan deria iaitu mendengar, melihat, merasa, menyentuh dan mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar iaitu (praktikal). Ianya sangat berfaedah dan dapat menyelesaiakan masalah secara praktis, pelajar dapat bergerak maju mengikut kebolahan masing-masing, penglibatan pelajar secara aktik dalam pembelajaran, guru menggunakan "instructional methodology" yang pelbagai untuk mempertingkan proses pengajaran dan pembelajaran serta peluang mewujudkan situasi pembelajaran untuk individu atau kumpulan kecil.

Konsep ini adalah berasaskan kaedah pembelajaran berteraskan sumber yang meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran, dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid, bersifat individu atau secara kumpulan dan menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan. Menurut Laverty 2001 )proses pembelajaran berasaskan sumber adalah merupakan pencapaian subjek dan objektif literasi maklumat melalui pendedahan dan aktiviti yang melibatkan maklumat dari banyak sumber. Pelajar akan terlibat dengan proses pembelajaran yang aktif apabila mereka menggunakan banyak bentuk maklumat untuk mencari bahan yang diperlukan berdasarkan pembelajaran yang dilalui di dalam kelas . Guru dan kakitangan pusat sumber akan bertindak sebagai penggerak dan faslitator dalam proses pembelajaran dan menyediakan maklumat pencetus yang akan mengerakkan pelajar untuk mencari maklumat dengan aktif dan seterusnya menjadi penyelesai masalah yang kreatif . Keseluruhan proses pembelajaran yang berasaskan sumber akan membentuk satu budaya pembelajaran yang aktif dan membentuk proses pembelajaran yang produktif di sekolah . Dua ciri penting yang ada pada proses pembelajaran berasaskan sumber ialah kesediaannya untuk menerima gaya pembelajaran dan subjek yang berbeza dan

menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar . Penggunaan multimedia sebagai media pengajaran tidak menjadikan guru sebagai sumber kepada pembelajaran berasaskan sumber. Penghayatan pembelajaran berasaskan sumber ialah pelajar yang perlu menggunakan bahan bahan untuk mempelajari sesuatu topik berasaskan pengalaman pelajar dalam proses penyelesaian masalah untuk membina maklumat yang bermakna terhadap sesuatu subjek . Gaya pembelajaran berasaskan sumber akan membina keupayaan dalam diri pelajar untuk mengenalpasti apa yang telah mereka ketahui terhadap sesuatu topik dan apa yang perlu dipelajari, di mana maklumat tersebut boleh dicapai, bagaimana untuk merekodkan maklumat yang telah dicapai, bagaimana untuk menilai maklumat yang telah diperolehi dan bagaimana untuk menilai keberkesanan sesuatu proses pencarian maklumat . Pembelajaran berasaskan sumber melibatkan penyertaan yang aktif dengan penggunaan pelbagai sumber iaitu jurnal, suratkhabar, multi-media, laman web, komuniti dan masyarakat. Pelajar digalakkan untuk mendapatkan maklumat secara aktif dari pelbagai sumber. Pembelajaran berasaskan sumber berpusatkan kepada pelajar dan dilakukan di tempat yang menggalakkan pelajar untuk mendapatkan maklumat secara kendiri. Kejayaan pembelajaran

berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan tepat. Sejauh mana maklumat yang dicari dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar sejauh itu proses pembelajaran berasaskan sumber dapat membantu pelajar.

3.0 Peranan dan fungsi sumber pembelajaran(kak fazilah) Penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik memerlukan gabungan beberapa komponan yang berkaitan seperti pendekatan ,kaedah, teknik dan sebagainya. Ringkasnya, guru perlu menyediakan perancangan yang kemas,tersusun dan rapi. Selain itu penggunaan bahan pengajaran juga adalah penting. Apa dia bahan pengajaran? Bahan pengajaran ialah perisian yang boleh digunakan oleh guru secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penggunana bahan adalah untuk mengekalkan penumpuan para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung, di samping memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran mereka. Apabila kita memperkatakan tentang bahan pengajaran, apa yang kita ketahui, lazimnya guruguru sering menggunakan bahan-bahan daripada buku-buku teks yang sedia ada daripada Kementerian Pendidikan. Melihat dari segi logika, bahan-bahan pengajaran sepatutnya tidak hanya tertumpu kepada buku-buku teks sahaja, malahan terdapat pelbagai jenis peralatan atau sumber yang lebih baik dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Terdapat dua jenis peralatan yang boleh digunakan iaitu bahan pengajaran berbentuk elektronik dan bahan pengajaran yang bukan elektronik. Contoh bagi bahan pengajaran elektronik ialah seperti radio ,televisyen,slaid,video dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi labih kreatif dan menyerokkan. Sumber pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu sumber pengajaran dan sumber pembelajaran. Sumber pengajaran adalah sumber yang digunakan oleh guru seperti carta,graf,peta,model, gambar, slaid,radio,perakam pita,video,televisyen dan projector. Sumber pembelajaran pula adalah sumber yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks,bahan bercetak,radas,alat-alat ujikaji dan komputer. Di bawah strategi pemusatan bahan pelajaran, sumber pembelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Dengan menggunakan strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta

menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan sumber pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak. Sesetengah strategi pengajaran berpusatkan murid seperti penggunaan kaedah inkuiripenemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan-bahan pembelajaran yang lain.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Proses mengolah bahan pengajaran Proses mengolah bahan bermaksud adaptasi, perubahan, dengan membaikpulih isi dan keadaan bahan pengajaran sebelum bahan tersebut digunakan. Melalui proses ini, aspekaspek yang kurang difahami akan diperjelas,perkara-perkara yang kurang penting akan digugurkan atau dibuangkan dan sekiranya terdapat hal-hal yang tidak lengkap akan ditambahkan. Proses ini memerlukan guru-guru untuk memberikan perhatian terhadap beberapa perkara berikut: Inspirasi dan kreatif Bahan-bahan yang digunakan boleh memberikan galakan kepada pelajar untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif dan bernas. Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Sekiranya bahan yang digunakan mengandungi dialog, guru perlulah menjadikan dialog tersebut bersifat komunitatif iaitu penggunaan bahasa yang betul dan membolehkan pelajar untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif dan bernas. Menjadikan aktiviti pembelajaran relevan dan berguna Bahan-bahan pengajaran perlu disesuaikan supaya berkaitan dengan objektif pembelajaran , berfaedah dan dapat diaplikasikan oleh pelajar apabila pelajar menguasainya. Memberikan contoh yang praktikal Bahan-bahan pengajaran sebaik-baiknya mengandungi contoh-contoh yang praktikal yang boleh mempercepatkan kefahaman pelajar, disamping mereka dapat menyesuaikannya dengan situasi sebenar. Memenuhi keperluan pelajar Bahan-bahan pengajaran yang digunakan sebaik-baiknya dapat memenuhi keperluan para pelajar sama ada dari segi luaran ( contoh: dapat membantu pelajar dalam kerjaya mereka kelak) dan dari segi psikologi ( contohnya: minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya). Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep Dalam pengajaran sesuatu topic, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau keduaduanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui sesuatu dengan lebih jelas. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai- bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65 % daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang

disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran.

PROSES PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN Bagi mencapai satu tahap penggunaan bahan-bahan pengajaran yang berkesan, guru perlu memastikan bahan-bahan tersebut benar-benar berfaedah, bermanfaat dan dapat memenuhi matlamat yang hendak dicapai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan. Contohnya slaid berlatar belakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian. Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan electronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk cakera padat, thumb-drive dan lain-lain.

Kesimpulan/rumusan Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambargambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,mendengar,rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan bantu mengajar adalah factor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran

perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, muri sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaram adalah penting untuk pengajaran dan pembelajaran. Kebolehan guru menggunakan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. Untuk memilih sumber pegajaran yang baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi kriteriakriteria berikut: Sumber mengajar tepat dan berkait rapat dengan topek yang hendak diajarkan. Sumber pengajaran harus mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli dan tersendiri. Sumber pengajaran boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya sumber pengajaran. Murid pula mempelajari konsep itu dengan tepat,penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan. Reka bentuk bahan sumber mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, sumber ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna warni.

Tujuan utama menggunakan bahan sumber mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah,tepat,cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan bahan bantu mengajar dan menggunakannya dengan cekap. Oleh yang demikian bahan sumber yang digunakan seperti carta haruslah digantung di tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya

pula guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid satu persatu mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran murid. Contoh bahan sumber yang dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran 1. Bahan sumber bercetak

Nota edaran 2.

Al- quran

1. Tidak bercetak Bahan sumber bukan tayang Bahan visual tayang 2D Bahan audio Bahan audio visual Bahan Komputer Bahan 3D Bahan permainan Simulasi bahan maujud Risalah Jurnal Modul pembelajaran Buku teks Surat khabar Buku rujukan

Tidak bercetak Bahan sumber bukan tayang Bahan visual tayang 2D Bahan audio Bahan audio visual Bahan Komputer Bahan 3D Bahan permainan Simulasi bahan maujud

Fungsi bahan sumber diantaranya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mengatasi masalah kekurangan masa dan tenaga pengajar Memperkayakan tenaga pengajar Pem belajaran menjadi lebih seronok Mencetuskan minat murid terhadap pengajaran guru Memperjelaskan penyampaian mesej bahan pengajaran Melibatkan murid secara aktif dam pengajaran dan pembelajaran Memperoleh pengalaman dan persepsi yang sama

Bahan seterusnya ialah penggunaan ICT dalam pembelajaran. Pengetahuan dam Epembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan bergilir untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat. E- pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat intraktif yang mampu member maklumat serta mudah memberikan maklum balas . Melalui ICT juga pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesame mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan konsep pembelajaran yang bebas daripada penggantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang terkongkong. Ini sudah pasti mencabar profesion keguruan, khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada guru. Selain daripada itu penggunaan media pembelajaran secara umumnya adalah memperlancar interaksi antara tenaga pendidik dengan pelajar sehingga kegiatan pembelajaran lebih efektif dan efisien. Secara lebih khusus manfaat media pembelajaran adalah:Penyampaian isi pembelajaran dapat diseragamkan dengan bantuan media pembelajaran, penafsiran yang berbeza antara pengajar dapat dielakkan dan dapat mengurangkan terjadinya kesalahan informasi diantara guru dan murid. Proses pembelajaran menjadi lebih jelas, yang mana media dapat menampilkan informasi melalui suara, gambar, gerakan dan warna . Media dapat membantu guru untuk menciptakan suasana belajar menjadi labih hidup dan tidak membosankan. Menjimatkan waktu dan tenaga, yang mana guru tidak perlu memberikan keterangan pada sesuatu tajuk berulang-ulang kali kerana pelajar mudah memahaminya.

Meningkatkan hasil pembelajaran. Media pembelajaran dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk dengan lebih mendalam kerana mereka terlibat dengan aktiviti melihat, menyentuh, merasa dan mengalami sendiri.

4.0

Kemahiran Akses Sumber Pembelajaran(saya)

Kemahiran didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan untuk melakukan sesuatu perkara. Menurut (Rita 1990)Maklumat pula dapat didefinisikan sebagai keterangan atau butiran-butiran yang berguna atau mempunyai maksud tertentu bagi seseorang yang memilikinya. Oleh itu kemahiran maklumat adalah merupakan keupayaan yang ada pada seseorang dalam proses untuk mendapatkan dan menggunakan maklumat. Kemahiran mencari maklumat ini amat penting kerana dalam dunia tanpa sempadan hari masyarakat terdedah kepada sumber maklumat yang banyak. Oleh itu kemahiran pencarian maklumat akan dapat membantu seseorang mencari maklumat dengan berkesan dari sumber yang berbeza seperti perpustakaan, agensi swasta, agensi kerajaan dan alat elektronik. Bagi memastikan pusat sumber dapat menyediakan prasarana yang sesuai untuk menggalakkan pembelajaran berasaskan sumber terdapat beberapa ciri penting yang perlu difikirkan dalam proses mereka bentuk program sesebuah pusat sumber. Di antara ciriciri yang perlu ada ialah :

4.1

Tepat yang tepat dapat membantu pengguna membuat keputusan atau

Maklumat

menyelesaikan masalah. Dengan maklumat yang tepat, pengguna tidak perlu lagi membuat perbandingan dengan maklumat dari sumber lain. Semakin tepat maklumat yang diperolehi, maka semakin rendah risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna dalam prosespencarianmaklumat.

4.2

Cepat

Maklumat mestilah mudah diperolehi apabila ianya diperlukan. Pelbagai implikasi boleh wujud dalam proses untuk memperolehi maklumat yang tepat. Apabila pengguna dapat memperolehi maklumat dengan cepat dan tepat akan membolehkan pengguna memperolehi keuntungan atau manfaat yang besar. Sebaliknya jika maklumat lambat diperolehi maka ada kemungkinan maklumat tersebut sudah lapuk dan tidak memberi maknalagi.

4.3

Lengkap

Maklumat yang hendak dipersembahkan pada pengguna perlulah lengkap dan dapat menjimatkan masa pengurusan maklumat. Elakkan keadaan di mana maklumat bertaburan di merata tempat. Maklumat yang lengkap dan tesusun dpat membantu dan menjimatkan masa untuk pengguna membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

4.4

Ringkas

Maklumat yang ringkas dan padat akan dapat membantu pengguna untuk melakukan pembacaan dengan mudah dan seterusnya dapat menjimatkan masa. Semakin cepat pengguna mendapatkan maklumat dengan tepat maka ianya akan dapat membantu pengguna dalam proses penyelesaian masalah. Pengguna tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan bertepatan waktu tanpa maklumat yang cukup. Walau bagaimanapun, maklumat yang dibekalkan hendaklah tepat dan ringkas. Kuantiti maklumat yang terlampau akan hanya membebankan pengguna.

4.5

Berkaitan

Maklumat yang diletakkan pada sesebuah pusat sumber perlulah sesuai dengan pengguna utama pusat sumber tersebut. Maklumat yang diterima oleh pengguna mesti mempunyai kaitannya dengan tanggung jawab dan tujuan pengguna. Maklumat yang tidak relevan hanya akan menyebabkan kelewatan dalam memperoses maklumat, oleh itu penilaian dan keputusan juga akan lambat tercapai.

4.6

Penilaian Maklumat

Mengesan maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam sebarang sumber yang sesuai. Ini termasuklah kemahiran perpustakaan seperti menggunakan katalog dan sistem Dewey untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak buku dengan cepat. Setelah sumber yang dikehendaki dapat dikesan, kemahiran yang seterusnya ialah cara menggunakan bahagian-bahagian buku dan bahan-bahan seperti daftar isi kandungan dan indeks untuk mengesan perkara yang berkenaan.

Menurut (Raymond 1995)penggunaan bahan rujukan khusus yang lain seperti ensaiklopedia, atlas serta alat teknologi maklumat yang moden seperti sistem maklumat berkomputer juga penting. Untuk bahan bukan buku, alat-alat teknologi yang lain seperti perakam suara atau perakam video diperlukan untuk memainkan pita audio atau pita video masing-masing. Oleh itu, pelajar juga perlu diajar cara-cara menggunakan alatalat rujukan khusus dan alat- alat teknologi pendidikan tersebut. Kadang-kadang, kemahiran mendapatkan maklumat dari luar perpustakaan atau luar politeknik juga diperlukan. Ini termasuk menjalankan tinjauan, temubual atau kajian luar untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pelajar dapat menguasai kemahiran mengesan maklumat dengan berjaya, khususnya selepas mereka mendapati bahawa kemahiran ini dapat membantu mereka dalam pelajaran mereka . Berdasarkan kepada ciri ciri yang dinyatakan di atas maka beberapa cadangan dinyatakan di sini bagi memastikan pusat sumber yang disediakan akan memberikan kemudahan kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Program dibentuk untuk memastikan pembelajaran berasaskan sumber akan dapat berjalan dengan lancar di sekolah.

4.0

Pusat Pencarian

Bagi menggalakkan penggunaan pusat sumber pada kadar yang optima satu pusat pencarian yang tepat perlu disediakan. Pusat pencarian ini perlulah mempunyai satu sistem yang membolehkan segala maklumat yang dikehendakki dapat dikesan dengan cepat. Maklumat yang terdapat di pusat sumber ini perlulah disusun kepada beberapa kategori iaitu laporan industri, projek pelajar sijil, projek pelajar diploma, buku rujukan, majallah dan surat khabar. Segala maklumat yang terdapat di pusat ini perlulah dilancarkan ke laman web supaya proses pencarian juga dapat dilakukan di luar waktu pejabat. Memberi kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan sumber maklumat dengan cepat dan tepat secara tidak langsung akan menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan bahan yang terdapat di pusat sumber ini sebagai asas kepada proses pembelajaran mereka.

4.1

Program Penerangan

Beberapa siri penerangan perlu di adakan di pusat sumber sekolah bagi menjelaskan kepada pelajar dan guru bahan bahan yang terdapat di pusat sumber dan kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pelajar dan guru untuk mendapatkan maklumat. Pihak pentadbiran juga perlu memberikan kursus pencarian maklumat kepada pelajar pelajar baru supaya kemudahan yang telah ada akan dapat dimenafaatkan dengan sebaik mungkin. Penerangan juga perlu diberikan kepada pensyarah supaya kesedaran akan wujud dalam diri mereka akan kepentingan untuk mengalakkan pelajar menggunakan kemudahan yang terdapat di pusat sumber dalam proses pembelajaran mereka.

4.2

Mengalakkan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Sumber

Menurut Hamidah (1999) menjelaskan tentang pembelajaran berasaskan sumber yang sedang mengambil alih pendekatan pengajaran berasaskan guru. Pembelajaran berasaskan sumber menggalakkan penglibatan pelajar secara terus dengan sumber pembelajaran. Oleh itu aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih aktif dan merangsang. Guru perlu menyediakan tugasan dan projek kepada pelajar yang memerlukan mereka untuk membuat rujukan di pusat sumber. Tugasan atau projek pelajar perlu melibatkan penyertaan aktif dari pelajar dan mampu untuk menerapkan kemahiran membuat analisis, sintesis, aplikasi dan penilaian di kalangan pelajar. Tugasan dan projek yang diberi perlu dipersembahkan secara kreatif. Tugasan dan projek yang diberi kepada pelajar boleh dijalankan secara berpasangan mengikut keperluan. Guru akan bertindak sebagai fasalitator di samping menilai dan memperbetulkan kefahaman pelajar terhadap tajuk yang dipelajari. Kaedah pembelajaran berasaskan sumber berupaya untuk melatih pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Aspek komunikasi antara sesama pelajar dan antara pelajar dan pensyarah mampu memberi keyakinan diri kepada pelajar untuk membentang, berkongsi dan mempertahankan pendapat masing masing secara matang. Kaedah ini amat sesuai untuk rnenyepadukan kemahiran maklumat dalam matapelajaran dan melatih belajar dengan proses pembelajaran berasaskan sumber.

4.3

Menggalakkan Penggunaan Teknologi Maklumat

Kemajuan dan perkembangan dalam teknologi elektronik membawa perubahan kepada pusat sumber. Kini koleksi pusat sumber bukan sahaja terhad kepada bahan cetak, bahan celluloid, audio dan video, tetapi juga mengandungi bahan dalam bentuk cakera liut dan cakera padat.

Peningkatan kemahiran dan literasi komputer di kalangan pelajar dan guru meluaskan kegunaan dan peranan pusat sumber serta menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber. Melalui Internet pusat sumber berupaya menyediakan maklumat yang luas kepada pengguna dari seluruh dunia. Bagi guru dan pelajar, kemudahan yang baik dan memanfaatkan maklumat melalui pusat sumber memerlukan kemahiran untuk mencari, mengguna, memilih, menganalisis dan menilai maklumat yang diperolehi. Kesemua ini menjadi asas kepada kaedah pembelajaran berasaskan sumber. Pelajar akan dapat membina budaya sentiasa mencari maklumat dan ilmu dan selanjutnya akan mengembangkan daya kreativiti dan inovasi. Daya mencari ilmu ini akan diransang dan digandingkan dengan teknologi multimedia yang terkandung dalam pangkalan data yang diaksesnya itu. Pelajar yang mengguna teknologi terkini untuk mendapat ilmu akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran kerjaya dalam abad 21. Pusat sumber perlu menyediakan prasaran komputer yang mencukupi untuk keperluan pelajar di sekolah bagi memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk menggunakan kemudahan teknologi maklumat dalam proses pencarian ilmu. Ini akan mampu menggalakkan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah dan sekaligus membawa masyarakat sekolah ke alam teknologi canggih.

4.3.1

Rangkaian CD ROM (CD Netaccess)

Sistem Rangkaian CD-ROM ataupun CD-Net membolehkan bahan-bahan dalam bentuk CDROM diakses menerusi rangkaian komputer sama ada melalui Intranet atau Internet. Dengan adanya prasarana ini, bahan-bahan pusat sumber dalam bentuk CD-ROM seperti pangkalan pangkalan data teks penuh, bibliografi dan juga multimedia interaktif dapat diakses menerusi mikrokomputer yang mempunyai rangkaian Intranet dan Internet. Pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan pemacu CDROM dan pemacu DVD-ROM ini di pusat sumber sekolah bagi menggalakkan menggunakan teknologi multimedia dalam proses pencarian bahan.

Persembahan multimedia yang menarik dalam proses pencarian maklumat boleh merangsang pelajar untuk terlibat secara aktif .

4.3.2

Penggunaan E-Buku

Penggunaan E-Buku sebagai sumber maklumat di pusat sumber boleh membantu ramai pelajar untuk mendapat akses kepada maklumat yang diperlukan pada masa yang sama. Disamping

itu penggunaan E-Buku boleh merangsang proses pembelajaran pelajar dan akan menggalakkan pelajar untuk belajar secara kendiri. E-Buku ini juga boleh diletakkan di dalam rangkaian Intranet pusat sumber bagi memudahkan pelajar untuk akses kepada maklumat yang diperlukan di luar waktu pejabat.

4.3.3

Makmal Multimedia

Makmal multimedia perlu diwujudkan di pusat sumber sekolah bagi membolehkan pelajar menggunakan koleksi multimedia yang banyak terdapat di pasaran untuk. Perkhidmatan ini nanti akan menyediakan capaian melalui intranet (rangkaian dalaman sekolah) bagi programprogram multimedia dalam bidang yang berkaitan dengan pelajar di sekolah. Makmal multimedia ini akan menggalakkan konsep pembelajaran secara kendiri. Kemudahan ini sekiranya diwujudkan akan dapat menarik minat pelajar dan guru untuk menggunakan pusat sumber sebagai sumber utama untuk pelajar dan guru mendapatkan maklumat.

4.4

Membentuk Satu Unit Pembelajaran Berasaskan Sumber

Kakitangan dan guru boleh membentuk satu unit pembelajaran berasaskan sumber yang merangkumi semua subjek yang terdapat di sekolah. Unit ini akan berfungsi untuk merancang program dan aktiviti sesuai di pusat sumber bagi menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber. Unit ini juga akan mengenalpasti segala sumber bahan yang terdapat di dalam atau luar sekolah iaitu dalam bentuk nota dan projek pelajar yang boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar lain. Unit ini juga akan memantau keberkesanan program yang diatur oleh pusat sumber dalam menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber. Melalui unit ini juga pelajar dan guru akan dapat memberikan pandangan untuk meningkatkan koleksi bahan yang terdapat di pusat sumber. Disamping itu unit ini juga akan memantau proses pencarian maklumat yang digunakan oleh pelajar khususnya mereka yang terlibat dengan persembahan projek di semester akhir. Unit ini akan membantu dan memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan untuk

menggunakan proses pencarian maklumat yang betul bagi memastikan pelajar akan dapat maklumat yang memang diperlukan untuk menyiapkan projek yang diberi.

4.5

Menyediakan hubungan dengan sumber maklumat yang lain.

Bagi memantapkan lagi maklumat yang boleh dicapai oleh pelajar pelajar sekolah maka pusat sumber ini perlu menyediakan satu kemudahan di mana pelajar boleh mendapat maklumat yang terkini dari sumber yang lain seperti SIRIM, IEM, PAM, FORIM dan badan professional yang lain. Sebagai sebuah pusat menimba ilmu maklumat yang diperlukan oleh pelajar perlulah menepati keperluan kemahiran yang diperlukan di industri. Pelajar perlulah mudah untuk mendapat maklumat yang diperlukan dari badan profesional yang berkaitan. Untuk ini pusat sumber sekolah perlu membuat hubungan dengan badan profesional yang berkaitan supaya segala spesifikasi kerja dan peraturan kerja yang terkini akan diperolehi oleh pelajar dengan mudah dan cepat. Satu sistem talian komputer perlulah disediakan bagi membolehkan pusat sumber sekolah menyediakan hubungan maklumat dengan badan professional yang berkaitan. Kemudahan untuk mendapatkan maklumat dari badan profesional ini akan menjadikan pelajar lebih aktif dalam proses pembelajaran yang berasaskansumber.

5.0

Kesimpulan(saya)

Pusat sumber yang berkesan akan menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber. Pusat sumber sekolah memainkan peranan yang besar dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan sumber berlaku di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Untuk ini sangat penting bagi pusat sumber sekolah menyediakan maklumat yang mencukupi dan terkini, memudahkan maklumat tersebut dicapai dan menyediakan kemudahan kepada pengguna pusat sumber ini untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang lain. Kesedaran juga perlu wujud di kalangan pihak pentadbir sekolah akan kepentingan untuk membantu pembangunan pusat sumber bagi menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumberdisekolah.

Rujukan Abd. Rahman Hussain. 1993. Kemahiran Maklumat Menerusi Penggunaan Pusat Sumber Yang berkesan. Jurnal Wawasan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. 7 (2). Ann Irving (1988). Study And Information Skills Across The Curriculum. Oxford England : Heinemann Educational Books. Breivik, P. S., & Senn, J. A. 1994. Information literacy: Educating children for the 21st century. New York : Scholastic. Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia pendidikan interaktif Bahagian Teknologi Pendidikan dan Rangkaian. Kertas Kerja Kursus Perisian Grafik Adobe Photoshop di Sarawak. Laverty,C. (2001). What is resource based learning ?(atas talian) http://stauffer.queensu.ca/inforef/tutorials/rbl/rblintro.htm (4 Ogos 2001) Multimedia. 2001. (atas talian) http://202.186.179.7/mm.html (3 Ogos 2001) Rangkaian CD ROM (CD Netaccess). 2001.(atas talian). http://202.186.179.7/cdnet.html (3 Ogos 2001) Raymond McLeod. JR. 1995. Management Information Systems. Ed. ke-6. Texas : Prentic Hall International Inc. Rita Vias. 1990. Kemahiran Maklumat. Jurnal Wawasan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. 5 (2). Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran, Tajuddin Hassan .1995. Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran 1 : Sumber Perpustakaan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Thornburg , D. D. (1997). 2020 Visions for the Future of Education. (atas talian). http://www.tcpd.org/thornburg/handouts/2020visions.html (3 Ogos 2001)

Anda mungkin juga menyukai