Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan pengajaran makro yang saya lakukan, saya memilih bidang kraf tradisional
sebagai bidang yang saya akan guna pakaikan dalam rph seni visual. Pengajaran dan
pembelajaran adalah berkait rapat antara satu sama lain. Justeru, di sinilah pentingnya kaedah,
strategi dan teknik-teknik pengajaran di dalam kelas. Guru merupakan watak utama untuk
membimbing pelajar mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Ini semua hanya akan dapat
dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka untuk mengikuti
kaedah pengajaran ini dengan sebaik mungkin dan mengaplikasikanya di dalam kelas
terutamanya

untuk

membangunkan

sumber

manusia

bersesuaian

dengan

keperluan

menghadapi globalisasi. Oleh yang demikian, berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan
bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran Harian adalah perkara yang perlu dititik beratkan
supaya dapat menyediakan Rancangan Pengajaran yang berkesan serta dapat menjalankan
sesi pengajaran dengan lancar dan teratur.
Oleh yang demikian, bagi mencapai sesi pengajaran yang baik, guru seharusnya menguasai
segala strategi, kaedah dan teknik-teknik dalam pengajaran. Untuk itu, secara tidak langsung
penyampaian yang dilakukan juga turut berkesan jika strategi pengajaran yang digunakan
adalah bersesuaian dengan apa yang ingin diajar dan seterusnya sudah tentu dapat memenuhi
objektif yang ingin dicapai. Namun demikian, perlu diingat bahawa aktiviti pengajaran juga
haruslah bersesuaian dengan pelajar dan mengikut aras yang bersesuaian bermula dari aras
rendah, sederhana dan tinggi. Selain itu, bahan bantu mengajar bagi subjek Seni Visual ini juga
amatlah penting supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan secara berkesan dan
dapat menarik perhatian murid untuk penglibatan secara menyeluruh.
Kesimpulannya, kami dapati, perancangan yang baik serta pengintegrasian yang menarik
amatlah membantu melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran di samping perkara lain,
kerana sudah tentu murid lebih berkeyakinan dan seronok untuk belajar. Secara
keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya.
Semua murid dapat menghasilkan rekaan yang kreatif melalui teknik gunting dan tampal.
Kekuatan
Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan muridmurid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Ada dikalangan murid yang
kreatif yang dapat menghasilkan corak yang menakjubkan. Pada hari tersebut saya telah

menggunakan satu contoh rekaan sebagai panduan murid. Terdapat 7 orang murid berjaya
menghasilkan corak yang menarik dengan menggunakan teknik guntingan dan tampalan. Hasil
batik yang dibuat memenuhi kriteria dan objektif yang dinyatakan. Murid murid mula
menggunakan kemahiran kognitif dan psikomotor mereka dengan lebih baik, efektif kritis dan
kreatif.
Kelemahan dan cara mengatasinya
Tidak terdapat kelemahan yang ketara semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Murid-murid yang cerdas dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam
masa yang yang ditetapkan. Bagi murid-murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan pada
masa tersebut, mereka diarahkan utuk menyiapkan tugasan tersebut di rumah.
Kami telah memilih bidang mengenal kraf tangan tradisional dan bertemakan warisan
kebudayaan dalam RPH ini. Aktiviti yang dijalankan oleh kami ialah membuat batik. Walaupun
saya berasa takut pada permulaan pengajaran namun selepas itu saya dapat menyesuaikan
diri dengan pengajaran yang disampaikan.Hal ini berikutan rakan-rakan sekelas yang sangat
memberi kerjasama kepada kumpulan saya kerana membantu melancarkan lagi pengajaran
yang disampaikan.
Kesimpulannya,

dengan

tugasan

ini,

dapatlah

saya

memperluaskan

ilmu

dan

mengaplikasikanya untuk murid-murid di sekolah. Saya berterima kasih kepada pensyarah


bimbingan iaitu Encik Ananthan Nagu atas segala pengajaran dan ilmu pengetahuan serta
tunjuk ajar mengenai kursus ini. Justeru saya berharap ilmu yang ada dapat kekal dan akan
digunakan semasa saya menjadi pendidik kelak dan dapat membantu dan membimbing muridmurid di dalam kelas dengan cara yang betul.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai