Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada pensyarah Bahasa Melayu kami iaitu Pn. Rodiah Ahmad atas segala tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini supaya lebih baik dan sempurna. Saya sudah berusaha menyempurnakan hasil tugasan kali ini dan segala kekurangan yang terselit saya harap dapat saya perbaiki pada tugasan akan datang. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang sentiasa bersama-sama berkongsi pendapat, ilmu serta masa untuk berbincang tentang kemusykilan yang dihadapi. Banyak pengajaran dan nilai yang kami pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini.Hubungan sesama kami juga semakin erat seperti sebuah keluarga besar yang ditemukan di tempat yang jauh dari tempat asal kami. Tidak lupa juga saya rakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dari opsyen berbeza yang telah berkongsi pendapat dan tunjuk ajar.Ucapan terima kasih ini juga ditujukan untuk semua pihak yang terlibat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini secara langsung atau tidak langsung. Saya berharap tugasan ini dapat memenuhi piawaian yang di tetapkan. Sekali lagi, dengan penuh keikhlasan dan rasa bersyukur saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.Hanya Allah s.w.t saja yang dapat memaknakan ucapan terima kasih saya kepada kalian.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai