Anda di halaman 1dari 2

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN

931022-08-5654



Kerja kursus Seni Dalam Pendiidkan ini telah mengajar saya untuk menurut ciri-ciri guru
efektif dalam membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan akademik dan sosial
murid. Iklim bilik darjah yang sihat boleh diwujudkan dengan kesungguhan guru efektif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran melalui ilmu pengetahuan yang telah saya mendapatkan
melalui kerja kursus ini.
Guru efektif mestilah menggunakan sepenuh-penuhnya kemahiran pedagogi seperti
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, selain menggunakan buku teks, pada pendapat saya, guru mestilah mencuba untuk
mencipta animasi menggunakan perisian yang terkini untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran di bilik darjah. Perkara ini akan menarik perhatian para pelajar untuk belajar serta
memotivasikan diri pelajar untuk belajar. Teknik ini akan mendorong pelajar yang lemah untuk
meningkatkan prestasi akademik mereka kerana teknik pengajaran yang digunakan akan
mempermudahkan pengajaran dan senang difahami oleh para pelajar. Contohnya, melalui kerja
kursus ini saya telah memikirkan teknik untuk membuat topeng dengan kreatif iaitu seiring
dengan merancang Rancangan Pengajaran Harian serta persembahan yang bersesuaian
dengan topeng muka yang dihasilkan oleh saya.
Pada pandangan saya, guru mestilah menggunakan pelbagai jenis teknik pengajaran
seperti animasi, musik, permainan dan ilustrasi untuk mencapai objektif pelajaran. Dengan
berbuat demikian, pelajar dapat memahami perkara yang diajar dengan senang dan mudah
serta guru boleh memastikan pelajar terbabit secara aktif dengan aktiviti pembelajaran. Pada
pendapat saya, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni yang akan membantu para pelajar
untuk membangun secara sosial melalui kaedah pengajaran menggunakan animasi. Guru boleh
menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi model atau inspirasi kepada para
pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Selaku guru efektif, guru boleh memastikan pelajar maju dalam aspek akademik dan
sosial dengan menggunakan kaedah dan teknik yang berbeza dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan teknik yang tidak akan dijangka oleh pelajar
supaya mereka sentiasa berjaga semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru efektif menilai pelajar dalam pelbagai aspek dengan melakukan aktiviti bersama mereka.
Dengan, berbuat demikian guru efektif peka terhadap tingkah laku murid di dalam kelas.
Contohnya, ini adalah kali pertama saya telah mencuba menghasilkan topeng muka untuk
THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN
931022-08-5654



persembahan yang berhubungkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kerja
kursus ini saya berpeluang untuk menikmati setiap detik yang menggembirakan semasa proses
pelaksanaan kerja kursus ini.
Guru boleh menjalankan aktiviti dengan proses pembelajaran serentak supaya dapat
menggunakan kemahiran melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama.Guru
mestilah mempraktikkan nilai-nilai murni secara tidak langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kesimpulannya, saya ingin menegaskan bahawa dengan melaksanakan teknik-
teknik berikut, guru dapat membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan
akademik dan sosial murid. Kerja kursus ini telah memantapkan ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan dunia Seni Visual. Saya berharap tugasan sedemikian akan berterusanpada
masa yang akan datang supaya saya dapat merasai pengalaman yang unik dan
menyeronokkan lagi sekali lagi.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai