Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan

insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan

rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di

sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat

berjalan dengan lancar dan sempurna. Pengajaran yang berkesan dapat

memaksimumkan tahap kefahaman murid dalam pelajaran. Oleh itu, guru

pelatih akan mengambil peluang ini bagi merencana projek inovasi dalam

pengajaran dan pembelajaran agar menepati hasrat dalam menjaga

kualiti pengajaran yang lebih baik. Suasana yang kondusif semasa proses

pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung dapat membantu

dalam pencapaian murid.

Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan

untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki

merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang merupakan

major pengajian saya.

Sehubungan dengan itu, saya sebagai guru pelatih dari Institut

Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah memilih untuk melaksanakan satu

projek yang berkaitan dengan inovasi pembelajaran dan pengajaran di sekolah


bagi menjayakan internship yang bermula dari 03 Ogos 2015 sehingga 04

September 2015 di Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat, Simpang Empat

Semanggol, Perak.Saya telah memilih untuk melaksanakan projek inovasi

melalui pembinaan stesen portable Yang boleh digunakan semasa sesi

pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi kelas-

kelas yang terlibat.

2.0 RASIONAL

Tatkala pada masa kini , ramai guru yang berkelayakan dan

mempunyai ilmu pengajaran yang lebih baik untuk diterapkan dalam sesi

pengajaran di sekolah. Guru-guru yang telah lama berkhidmat diberi

program perkembangan ilmu dari semasa ke semasa tentang

perkembangan kurikulum dan gaya pembelajaran yang terkini. Namun

dengan kepesatan perkembangan teknologi , guru seharusnya seiring

dalam meningkatkan pencapaian murid melalui beberapa kaedah dan

teknik yang lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan

tuntutan kerja seorang guru yang semakin bertambah dari semasa ke

semasa, maka murid akan menerima kesan daripada pengajaran yang

berlaku. Pengajaran yang baik, lengkap dan bermakna kepada semua

murid perlu dalam meningkatkan pemahaman murid mencapai isi

pelajaran. Maka sesuatu anjakan paradigma perlu bagi seseorang guru

dalam merangka kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Murid akan

lebih berminat dengan pengajaran dan mula mendekati dengan minat

untuk belajar. Projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran amat

sesuai digunakan sebagai salah satu cara untuk memberi kelainan dalam
proses pengajaran di dalam kelas.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Menurut Tomlinson dan Eidson (2003), stesen pembelajaran atau

dikenali sebagai learning station ialah sudut atau kawasan di dalam bilik

darjah atau di luar bilik darjah yang memerlukan kanak-kanak bergerak

dari satu stesen ke stesen yang lain mengikut jadual yang telah

ditetapkan. Guru atau fasilitator telah menyediakan tugas dan peralatan

yang sesuai dengan keperluan pembelajaran kanak-kanak ini di setiap

stesen. Pendekatan pembelajaran berasaskan stesen ini memerlukan

ruang di mana sekumpulan kecil murid akan melakukan tugas yang

tertentu mengikut masa yang telah ditetapkan. Peraturan yang telah

ditetapkan ialah bilangan stesen hendaklah tidak kurang daripada 3 atau

4 stesen dan bilangan murid tidak melebihi 6 hingga 8 orang di setiap

stesen (Bowman, 2004).


Menurut Gardner (1991) dalam Kronin (2011), pelajar mempunyai

pemikiran yang berbeza. Oleh itu, mereka belajar, mengingati,

melaksanakan dan memahami sesuatu dengan cara yang berbeza dan

tersendiri. Gardner (1993) berpendapat bahawa setiap insan mempunyai

pelbagai kecerdasan yang berlainan. Antara kecerdasan pelbagai yang

diperkenalkan oleh Gardner ialah kecerdasan linguistik, logikal-

matematikal, visual-spatial, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal,

naturalis serta spiritual. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Stesen

yang diwujudkan mengikut kecerdasan-kecerdasan tertentu membantu

kanak-kanak mengasah bakat dan potensi mereka. Pendekatan

pembelajaran secara tradisional seperti kaedah keseluruhan kelas (whole

class instruction) tidak dapat mengembangkan potensi sedia ada kanak-

kanak. Menurut Hine (2010), circle time dan pendekatan pengajaran

keseluruhan kelas (whole class instruction) dilihat kurang berkesan untuk

memenuhi keperluan dan kecerdasan pelbagai kanak-kanak. Hal ini

kerana, circle time dan pengajaran keseluruhan kelas memerlukan guru

melakukan sesuatu pengajaran, aktiviti dan perkara dengan ramai kanak-

kanak pada satu masa yang sama.

Guru Pendidikan Jasmani sering menggunakan kaedah ini untuk

mengajar dua atau tiga kemahiran pada murid pada masa pendidikan

Jasmani. Sebagai contoh guru pendidikan jasmani mengajar kemahiran

membaling aras ada, kemahiran menangkap dan kemahiran balingan sisi.


Kesemua kemahiran ini dapat dilakukan oleh murid melalui penggunaan

kaedah stesen.

Kaedah stesen memerlukan guru menyusun skital atau marker

untuk membolehkan kawasan stesen dibentuk. Kaedah penggunaan skital

atau marker ini memaksa guru untuk mengambil masa sebelum ia

dapat direalisasikan. Ia juga sukar untuk dipindahkan jika berlaku

pertembungan kelas di dalam kawasan yang terhad. Murid juga sukar

untuk menentukan kawasan permainan melalui penggunaan skital atau

marker ini.

Hal ini menjadi bertambah rumit jika kaedah ini dijalankan secara

rutin, menyebabkan banyak masa yang digunakan untuk membentuk

stesen semasa sesi awal pembelajaran dan pengajaran berlaku. Ia secara

tidak langsung mewujudkan masalah pembaziran masa dan menyebabkan

guru Pendidikan Jasmani terpaksa memendekkan mana-mana bahagian

perancangan pembelajaran dan pengajaran yang telah dirancang. Justeru

itu, masa yang diperuntukkan untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran

Pendidikan Jasmani tidak dapat digunakan secara optimum.

4.0 OBJEKTIF
i. untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

supaya lebih menarik dan menarik perhatian murid.


ii. Merancang dan melaksanakan program inovasi dalam pengajaran

dan pembelajaran yang dipersetujui oleh pihak sekolah.


iii. memberi sumbangan yang bermakna dalam bentuk pengajaran

yang berkualiti kepada


iv. pihak sekolah.
v. Sebagai salah satu bahan rujukan kepada guru-guru lain dalam

mempelbagaikan aktiviti dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.
vi. Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam

merencana program inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.


vii. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi

kehendak program pendidikan semasa.


viii. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran dan

pengurusan projek.
ix. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan

kreativiti.
x. Membimbing dan melatih para pelajar berinteraksi berkongsi pengalaman

semasa menyediakan dan mengendalikan program inovasi.


xi. Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan

projek.

5.0 KONSEP INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


5.1 KONSEP INOVASI YANG DIPERKENALKAN

pendekatan pembelajaran berasaskan stesen ialah

sekumpulan pelajar pergi ke stesen tertentu untuk melakukan

tugasan yang telah ditetapkan di sesuatu stesen. Tugasan yang

telah ditetapkan adalah sesuai untuk meningkatkan perkembangan

kanak-kanak mengikut keperluan pembelajaran mereka. Tugasan

yang disediakan mampu menarik minat kanak-kanak supaya tidak

bosan dan lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan

pelajar serta berpusatkan bahan. Kanak-kanak dapat menerokai

sesuatu perkara secara sendiri dan dengan bantuan rakan-rakan

serta guru yang bertindak sebagai fasilitator. Guru perlu bertindak

sebagai fasilitator untuk memantau dan hanya membantu sekiranya

diperlukan sahaja.

Memandangkan penggunaan skital dan marker sebagai

bahan asas untuk membentuk stesen bagi mata pelajaran

Pendidikan Jasmani adalah kurang sesuai dan membazir masa,

maka satu kaedah untuk menghasilkan portable stesen akan

digunakan.

Untuk merealisasikan projek ini, saya akan menghasilkan satu

stesen portable yang menggunakan tali nylon pelbagai warna.

Setiap warna mewakili satu stesen. Pada setiap sudut stesen

pancang besi akan diletakkan secara kekal. Melalui kaedah ini, guru
hanya perlu menghampar portable stesen yang telah dihasilkan.

Seterusnya guru perlu menanam pancang besi yang terdapat di

setiap sudut untuk membentuk stesen separa kekal di atas padang.

Kaedah ini dapat menjimatkan masa guru untuk membentuk stesen

bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Ia juga dapat dipindah ke tempat dipindahkan dengan

mudah ke lokasi yang ditetapkan. Murid juga dapat melihat

dengan jelas kawasan pergerakan mereka serta memudahkan

guru untuk mengawal disiplin kelas.

C
E A

Rajah 1: Lakaran stesen portable

Stesen A bersaiz 12 meter x 12 meter

Stesen B, C, D dan E bersaiz 12 meter x 5 meter.


5.2 PRESTASI DAN PENCAPAIAN MURID SEBELUM INOVASI

Dalam masa sesi pembelajaran dan pengajaran melalui

kaedah stesen dengan menggunakan skital atau marker sebagai

bahan asas untuk menghasilkan didapati bahawa murid

menghadapi kesukaran untuk menentukan had kawasan permainan

mereka terutamanya pada sesi permainan kecil. Fenomena ini

menimbulkan suasana tegang dan menimbulkan pergaduhan

sesama murid. Ini mewujudkan faktor persaingan yang tidak sihat

dan menimbulkan persepsi negatif dalam diri murid.

Guru juga mengalami masalah untuk mengawal disiplin murid

kerana kawasan yang ditanda oleh skital atau marker adalah tidak

jelas. Guru terpaksa mengambil masa untuk menyusun kedudukan

murid supaya mereka dapat berada di dalam stesen yang betul.


5.3 KEPENTINGAN PELAKSANAAN INOVASI

i) Masa untuk membentuk stesen dapat dijimatkan.


ii) Stesen portable mudah dialihkan ke lokasi yang

dikehendaki.
iii) Kawasan permainan atau stesen yang ada adalah jelas

dan murid dapat menggunakan ruang yang ada dengan

seoptimum mungkin.
iv) Memudahkan guru mengawal disiplin murid.
v) Murid dapat membezakan stesen melalui warna dan

memudahkan pergerakan mereka ke stesen yang

ditetapkan oleh guru.


vi) Stesen portable mudah disimpan dan digunakan. Tali

nylon yang digunakan adalah tahan lasak dan tidak

mudah putus.
vii) Merangsang minat murid dan menimbulkan persaingan

sihat di kalangan murid.


viii) Mengurangkan masalah ketidakpuasan hati murid

semasa permainan kecil kerana kawasan permainan

nampak dengan jelas.


6.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 4 minggu

Tarikh : 03 Ogos 2015 04 September, 2015

Tempat : SK. Kampong Selamat

7.0 SASARAN

Murid tahun 4 Jujur SK. Kampong Selamat

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Pensyarah Penyelia : En. Khairudin Bin Saidin

Penasihat : Pn. Hjh Busnah Binti Ismail

(Guru Besar SK. Kampong Selamat)

Guru Pembimbing : Pn. Rosliza Binti Omar

(GPK Pentadbiran SK. Kampong Selamat)

Penyelaras Projek : En. Amirrudin Bin Ismail

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM KUANTITI KOS


1. Tali nylon diameter 1.5 180 meter RM 270.00

cm
2. Tali nylon diameter 0.5 250 meter RM 175.00

cm
3 Besi panjang - 10 cm 12 batang RM 18.00

panjang
Jumlah RM 463.00

10.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan


Perbincangan mengenai idea Contoh projek
1 - penyelaras projek
projek inovasi inovasi
2 Pembinaan kertas kerja Kertas kerja - penyelaras projek
Perbincangan bersama pihak

pentadbiran untuk khidmat


Kertas
- Penyelaras Projek
2 nasihat bagi mendapat
- Guru Pembimbing
Cadangan
kelulusan daripada guru

pembimbing.
Pemilihan tajuk dan

3 perancangan rancangan tajuk dalam PdP - penyelaras projek

pengajaran harian.
Bahan bantu
4 Projek inovasi dimulakan - penyelaras projek
mengajar
Kertas
5 Refleksi dan dokumentasi - penyelaras projek
Dokumentasi
11.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan

pengurusan yang akan

dikendalikan oleh saya dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku

Bainun. Saya berharap projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran

dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan

menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada saya untuk

memantapkan lagi pengajaran di bilik darjah pada masa depan . Semoga

projek yang bakal dilaksanakan dengan teratur dan memberi manfaat

kepada murid-murid di SK. Kampong Selamat.

Disediakan oleh:

.......................................
(AMIRRUDIN BIN ISMAIL)
Penyelaras,
Projek Inovasi PdP
Disahkan oleh:

........................................
(PN. ROSLIZA BINTI OMAR)
Guru Penolong HEM,
SK. Kampong Selamat

Diluluskan oleh:

.........................................
(PN HJH BUSNAH BINTI ISMAIL)
Guru Besar,
SK. Kampong Selamat

Anda mungkin juga menyukai