Anda di halaman 1dari 15

Isu Inovasi dan Perubahan Dalam Pendidikan

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. Namun begitu, setiap kali perubahan yang berlaku tidak semua dilaksanakan dengan sempurna. Kegagalan sesuatu perubahan yang baru dilakasanakan akan merugikan semua pihak sama ada dari segi kewangan, sumber manusia, dan masa. Sebelum kita meneruskan huraian yang lebih lanjut, kita sekurang-kurannya mesti mengetahui dengan terperinci apakah yang dimaksudkan dengan perubahan dan inovasi. Dalam kepesatan pembangunan, guru berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalammemastikan pendidikan memenuhi hasrat arus perdana masa kini. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah menyesuaikan gaya pembelajaran murid dengan amalanpengajaran yang lebih cenderung kepada penggunaan teknologi maklumat dan bahan-bahanmultimedia. Gaya pembelajaran di dalam bilik darjah juga lebih tertumpu pada teknik pemusatan pelajar. Oleh itu, amat penting bagi seseorang guru untuk mengetahui strategi pengajaran yang berinovasi bagimemastikan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru haruslah peka terhadap keperluan semasa agar dapat mengangkat martabat pendidikan keperingkat yang lebih tinggi dan selaras dengan kehendak pembangunan. Guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan agar segala cabaranyang datang dapat dihadapi dengan lebih bijaksana. Oleh itu, wajarlah bagi seorang guru untukmenimba lebih banyak ilmu serta menguasai kepakaran dan kecekapan dalam pelbagai bidang. Perubahan yang ingin dilakukan mestilah seiring dengan sikap yang positif serta amalan yangberterusan. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang manakala Spencer (1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Inovasi dirujuk sebagai perkembangaan dan perubahan serta revolusi dalam pemikiran, hasil, proses, dan organisasi. Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau

penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Seterusnya, inovasi dalam pendidikan dimaksudkan sebagai aktiviti yang melibatkan pembaharuan dan dan perubahan kurikulum yang positif dalam dengan

pelaksanaan

kurikulum

aktiviti

yang

berkaitan

kurikulum di peringkat sekolah . Hasil cetusan idea yang kreatif dalam aspek kerja untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi sekolah. Melalui pelaksaan kurikulum iaitu usaha melaksanakan kurikulum

melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan,kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pembelajaran. Manakala pembaharuan adalah melalui cara dan kaedah iaitu menggunakan teknik dan pendekatan baru yg meningkatkan pembelajaran. Dengan mengambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta dapat memberi faedah dan kegunaan kepada murid. Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan konsep berfikir secara kreatif dan kreatif, kepintaran kreatif, tindakan kreatif , faktor dan elemen yang dapat merangsang kreativiti murid, teknik berfikir secara kreatif dan dapat menyelesaikan masalah secara kreatif. Guru juga perlu mengetahui kebolehan, latar belakang, pengalaman dan keluarga mer eka serta dapat mengenalpasti keperluan dan masalah murid.

Menurut Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973) pula menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Seterusnya bagi Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses manakal Damapour (1991) pula menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi. Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai bahawa inovasi ialah merupakan penghasilan baru, berbentuk maujud dan mujarad, berdasarkan proses penyusunan semula, dengan menggunakan unsur yang sedia ada dan terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai.

Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu sama lain tanpa mengambil kira umur, latar belakang, status ekonomi atau kecerdasan IQ. Kenyataan ini selari dengan pendapat Wan Zahid (1993) yang menyarankan agar guru menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaranmurid.Guru haruslah bijak menggunakan kelebihan yang ada pada murid untuk mengoptimumkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Apabila kaedah pengajaran disesuaikan dengan gaya

pembelajaran, murid akan berasa lebih seronok mengikuti pengajaran guru dan bersedia melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah. Seterusnya, kita melihat pula kepada ciri-ciri seorang guru yang inovatif di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya.

Murid akan berasa seronok untuk belajar sekiranya guru dapat memahami murid dan memberikan motivasi kepada mereka. Rajah Y menunjukkan ciri-ciri guru yang perlu untuk menjadi seorang yang berinovatif. Inovatif membawa maksud kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baharu sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Sistem pendidikan masa kini menuntut guru untuk lebih bersifat membimbing agar murid dapat mengaplikasikan bakat dan kebolehan mereka secara optimum seterusnya menyelesaikan masalah pembelajaran dengan lebih berkesan. Kelebihan dan kepakaran guru boleh diterjemahkan dalam bentuk pengajaran yang berunsurkan teknologi. Guru yang pakar dalam bidang teknologi maklumat boleh melakukan inovasi dengan menghasilkan modul atau aplikasi pembelajaran menggunakan multimedia. Usaha kreatif ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baharu dan lebih

menyeronokkan selain dapat melibatkan murid secara hands on dan minds on di dalam bilik darjah. Antara sebab dan keperluan guru memerlukan inovasi dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ialah mengenali dan menjiwai watak murid, strategi pengajaran, kreatif dan inovatif, kecindan, daya dan imaginasi, serta pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran.

Guru seharusnya memahami kehendak, tabiat, sikap, tingkah laku yang merangkumi aspek kekuatan dankelemahan muridnya mengikut tahap umur masingmasing. Proses ini seharusnya berlaku apabilaseseorang guru itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santaimelalui proses komunikasi dua hala. Strategi pengajaran merangkumi pendekatan, teknik dan kaedah penyampaian. Pemilihan ini adakaitannya dengan gaya belajar murid. murid yang bercirikan visual lebih berminat pada gambar, objek,video dan bahan dimensi (3D) dapat dilihat untuk memenuhi keperluan mereka dalam pembelajaran.Murid yang memiliki kecerdasan

audio berminat pada bahan pengajaran yang mempunyai bunyi seperti muzik dan kesan bunyi-bunyian. Guru tidak seharusnya mengajar hanya berpandukan sukatan pelajaran serta bahan pengajaran semata-mata. Hal ini demikian kerana pengajaran yang disampaikan akan menjadi kurang berkesan sekiranya tidak dapat difahami dan menjemukan murid. Oleh itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalampenyampaiannya. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang pelakon yang bijak dan memainkanperanannya dalam pelbagai situasi untuk menarik minat murid ke arah penumpuan pelajaran. Penghasilan, penciptaan dan pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan ianya lebih berinovasi. Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut terhadap muridnya. Murid lebihmenggemari guru yang memiliki unsur-unsur kecindan dalam penyampaian. Unsur kecindan meliputikata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka serta tidak keterlaluan yang bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok serta menghilangkan tekanan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Daya imaginasi memainkan peranan yang penting dalam proses

mencerna minda murid. Guru yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi mampu membuka minda murid dan mengajak mereka berfikir diluar kotak dan merentas kurikulum di mana murid boleh memberikan pandangan serta pendapat seluas mungkin tanpa had. Melalui cara ini, murid akan dilatih untuk berfikir secara global dan akhirnya dapat mengaitkan dengan isu yang hendak diperbincangkan dalam isi pembelajaran. Media pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses menjana minda murid. Media yang menarik boleh terdiri dari bahan yang berbentuk visual, audio, teks atau grafik. Media ini boleh digunakan sama ada mengikut klasifikasi masingmasing atau digabungkan dalam bentuk persembahan multimedia. Dalam hal ini, guru haruslah mempunyai ilmu dalam bidang teknologi maklumat di mana ia memerlukan kemahiran mengaplikasikan media ini melalui perkakasan dan perisian komputer. Pemilihan media harus dilihat dari aspek kesesuaiannya untuk menepati hasil pembelajaran, kos yang efektif serta digunakan secara praktikal.

Selain itu, kreativiti guru juga amat diperlukan dalam menjayakan inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Manakala menurut Oldham dan Cumming (1196) pula menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Seterusnya, Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:1. Peringkat ekspresif 2. Peringkat produktif 3. Peringkat inventif 4. Peringkat inovatif 5. Peringkat emergentif Secara am, semua pakar bersetuju novelti adalah komponen yang wajib dalam kreativiti. Boleh diringkaskan secara umum bahawa kreativiti ialah kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baru dan kemahiran. Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002). Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia.

Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999). Pengurusan perubahan memerlukan organisasi sekolah memantapkan lagi wawasan organisasi yang mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan, penyebaran idea baru dan menyuburkan pemikiran kreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk masyarakat berpengetahuan (Fransman, 1999). Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dalam organisasi sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:1. Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti 2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat 3. Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti 4. Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti 5. Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah 6. Perkembangan pemikiran kepada tindakan Terdapat pelbagai jenis kreativiti yang boleh dikembangkan dalam organisasi pembelajaran sekolah. Taylor (1975) menyarankan beberapa jenis kreativiti berikut yang menunjukkan perbezaan dari segi proses iaitu:1. Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas di mana originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak) 2. Kreativiti Teknikal pula ialah kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola) 3. Kreativiti Inventif pula merupakan reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel 4. Kreativiti Inovatif pula ialah kefahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-

prinsip dengan pendekatan alternatif 5. Kreativiti emergentif pula ialah kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak. Manakala, dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan di sekolah, yang meliputi kreativiti kurikulum ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum. Kreativiti pengajaran pula menyentuh kaedah-kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah. Kreativiti profesional pula mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku dan dilaksanakan dalam profesion ini. Kreativiti pemikiran mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, fikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baru yang mendorong kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya. Kreativiti persekitaran belajar iaitu kreativiti yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran. Kreativiti pengurusan melibatkan cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan dan perkhidmatan yang ditawarkan.Manakala kreativiti teknologi pula melihatkan bagaimana teknologi

digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Inovasi terknologi maklumat dan sumbangannya kepada kreativiti dan inovasi sekolah.

Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong kepada perubahan dan kemajuan kreatif perlu diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi membina kesejahteraan dan menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaran sekolah. Kesimpulannya, Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka.Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak masyarakat, individu dan juga negara. Ianya juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan prasyarat untuk

mengembangkan potensi pelajar yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif dan berdaya maju.

NUR MAISARAH BINTI MANSOR 880419 - 29 5054 PISMP 8K GURU DAN CABARAN SEMASA

REFLEKSI Guru dan Cabaran Semasa merupakan salah satu kursus yang diajar dalam semester tujuh Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi major Prasekolah. Encik A.Prakash Rao merupakan pensyarah yang mengajar kursus tersebut. Beliau telah memberikan tugasan Projek Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini pada 25 Julai 2012. Beliau juga memberi penerangan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Tugasan ini dijalankan secara berpasangan. Dalam tugasan ini kami ditugaskan untuk menjelaskan isu inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Kami juga ditugaskan untuk merancang dan membentuk satu strategi pengajaran yang inovatif iaitu alat bantu mengajar yang dapat menonjolkan sifat-sifat inovatif dan kreatif serta menjelaskan implikasi bahan bantu mengajar tersebut. Setelah menerima tugasan tersebut, saya mencari maklumat, mengumpul dan mendokumentasikan maklumat berkaitan dengan kaedah atau strategi pemerhatian, membuat penilaian terhadap kemajuan yang hendak dilaporkan, dan merekodkan pemerhatian. Maklumat tersebut kebanyakannya saya perolehi daripada internet dan buku. Saya juga turut mendapat bimbingan daripada En Prakash sendiri. Pada pendapat saya, kursus Guru dan Cabaran Semasa ini banyak membuka mata saya tentang isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru dalam mengharungi arus globalisasi ini. Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya banyak mempelajari tentang kemahiran menyesuai dan menyediakan diri dengan perubahan

dalam pendidikan serta bagaimana untuk menyediakan pelan tindakan untuk mengurus arus perubahan. Saya dan pasangan telah ditugaskan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut lagi tentang isu inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Selepas menyiapkan tugasan ini, barulah saya sedari bahawa sistem pendidikan masa kini menuntut guru untuk lebih bersifat membimbing agar murid dapat mengaplikasikan bakat dan kebolehan mereka secara optimum seterusnya

menyelesaikan masalah pembelajaran dengan lebih berkesan. Kelebihan dan kepakaran guru boleh diterjemahkan dalam bentuk pengajaran yang berunsurkan teknologi. Guru yang pakar dalam bidang teknologi maklumat boleh melakukan inovasi dengan menghasilkan modul atau aplikasi pembelajaran menggunakan multimedia. Usaha kreatif ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baharu dan lebih menyeronokkan selain dapat melibatkan murid secara hands on dan minds on di dalam bilik darjah. Sebagai seorang bakal guru prasekolah juga, tugasan ini sangat berharga kerana banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan. Saya telah memperolehi pengetahuan baharu tentang kegunaan inovasi dan perubahan dalam pendidikan untuk pembelajaran generasi yang akan datang.

NUR MAISARAH BINTI MANSOR 880419 - 29 5054 PISMP 8K ASAS KEPIMPINAN

REFLEKSI Asas Kepimpinan merupakan salah satu kursus yang diajar dalam semester tujuh Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi major Prasekolah. Dr Tuan Hj Mohd Isa Azis merupakan pensyarah yang mengajar kursus tersebut. Beliau telah memberikan tugasan Projek Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini pada 25 Julai 2012. Beliau juga memberi penerangan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Tugasan ini dijalankan secara berkumpulan. Dalam tugasan ini kami ditugaskan untuk menjelaskan konsep profesion, etika, akauntabiliti dan kesantunan

profesionalisme keguruan. Kami juga ditugaskan untuk mengenalpasti ciri-ciri guru sebagai seorang yang profesional. Setelah menerima tugasan tersebut, saya mencari maklumat, mengumpul dan mendokumentasikan maklumat berkaitan dengan kaedah atau strategi pemerhatian, membuat penilaian terhadap kemajuan yang hendak dilaporkan, dan merekodkan pemerhatian. Maklumat tersebut kebanyakannya saya perolehi daripada internet dan buku. Saya juga turut mendapat bimbingan daripada Dr isa sendiri. Pada pendapat saya, kursus Asas Kepimpinan ini banyak membuka mata saya tentang profesion dan guru sebagai seorang yang profesional. Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya banyak mempelajari tentang kemahiran menyesuai dan menyediakan diri dengan perubahan dalam pendidikan serta bagaimana untuk menyediakan pelan tindakan untuk mengurus arus perubahan.

Saya dan pasangan telah ditugaskan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut lagi tentang konsep profesion dan ciri-ciri guru sebagai seorang profesion. Selepas menyiapkan tugasan ini, barulah saya sedari bahawa perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep

profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke

arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.


Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. Sebagai seorang bakal guru prasekolah juga, tugasan ini sangat berharga kerana banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan. Saya telah memperolehi pengetahuan baharu tentang profesion perguruan yang akan ditempuhi pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai