Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL Untuk mencapai aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang seimbang dan berakhlak mulia

a yang berpegang kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka seharian ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Sebagai langkah mencapai hasrat negara, ciri - ciri utama yang perlu dilihat adalah;

a) mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, berdasarkan berkerja atau membuat sesuatu hingga sempurna c) Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain d) Menghormati dan mempunyai semangat membaiki keadaan secara membina dan bersedia berkhidmat untuk negara e) Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai kegiatan pembangunan negara secara berkesan.

Pendidikan Moral selaras dengan kehendak Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan kaum dan memelihara suatu cara hidup yang demokrasi. Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah untuk membina satu masyarakat yang adil dan harmoni dan masyarakat yang progresif dan maju.

Matlamat Wawasan 2020 memerlukan generasi yang terdidik dengan sifat-sifat kemoralan untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dari segi ekonomi, sosial, perpaduan dan taraf hidup rakyat yang lebih sempurna. Nilai-nilai moral yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan 2020 dapat dicapai melalui Pendidikan Moral.

Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Wargenagara yang bermoral harus mempunyai ciri-ciri:

percaya dan patuh kepada Tuhan

berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional berakhlak mulia berketrampilan berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran negara setia kepada raja dan negara serta sedia bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.

Persoalan moral yang berlaku akibat pengaruh pemodenan yang tidak mampu dikawal memerlukan benteng pertahanan dalaman yang kuat pada generasi muda.

Pelajar terdedah kepada berbagai-bagai sumber media yang menguji pendirian dan kematangan memerlukan bimbingan bukan sahaja dari kalangan ibu bapa tetapi juga pihak di sekolah. Pendidikan Moral di sekolah dapat membantu pelajar menangani situasi yang menimbulkan isu atau masalah moral dengan lebih rasional dan berkesan.

Perubahan dalam masyarakat hasil daripada pembandaran dan globalisasi memberikan kesan negatif terhadap sistem nilai masyarakat sehingga nilai-nilai tradisi kian terhapus. Percanggahan nilai-nilai ini boleh mengelirukan kanak-kanak serta remaja tentang persoalan serta isu-isu yang melibatkan nilai-nilai moral tradisi. Di sini Pendidikan Moral dilihat sebagai satu benteng terhadap kesan-kesan pembandaran dan globalisasi. Oleh itu, Pendidikan Moral dapat memainkan peranan mengimbangi nilai-nilai tradisi masyarakat Malaysia dengan nilai-nilai yang berkaitan pembandaran.

Pendidikan Moral merupakan intipati dalam pendidikan yang sememangnya tidak boleh diabaikan.

Anda mungkin juga menyukai