Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS DRAMA TARI TRAUMA Trauma merupakan sebuah drama tari yang bergenre kekeluargaan dan berfokuskan kepada

isu kanak-kanak yang semakin berleluasa kini. Drama ini mengangkat isu rogol kanak-kanak bawah umur sebagai isu utama yang ingin diketengahkan di dalam pementasan drama ini. Drama ini mengisahkan kisah hidup sebuah keluarga yang menghadapi konflik keluarga di mana si ayah dan si ibu sentiasa bergaduh sesama sendiri. Meskipun keluarga tersebut sentiasa menghadapi konflik dan permasalahan, namun si ayah dan si ibu tidak pernah sekali-kali mengabaikan si anak. Si anak merupakan seorang budak yang aktif dan periang. Namun begitu, sikap si anak mulai berubah apabila si ayah dan si ibu mulai mengalami pergaduhan besar yang mengakibatkan si ibu

meninggalkan rumah. Si ayah mengalami tekanan dan mulai mengambil jalan mudah untuk menenangkan diri dengan meminum minuman keras bersama rakan-rakannya. Suatu hari, si ayah dan rakan karibnya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk-mabuk. Ketika si ayah tidak sedarkan diri, rakan karib si ayah mulai mengambil kesempatan untuk mendekati si anak lantas bertindak mencabul kehormatan si anak. Akibat daripada hal tersebut, si anak mulai berubah sikap menjadi seorang yang pendiam dan sentiasa murung. Si anak juga mulai trauma apabila berhadapan dengan kaum lelaki. Si ibu yang melihat perubahan sikap si anak, bertindak menanyakan si anak mengenai apa yang terjadi. Si anak akhirnya menceritakan segalanya kepada si ibu dan si ibu telah mengambil tindakan untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak polis untuk tindakan yang sewajarnya. Pihak polis telah menangkap rakan karib si ayah dan si ayah yang tidak mengetahui mengenai perbuatan rakannya itu berasa amat tertipu dan menyesal kerana atas kecuaian dirinya, maruah anaknya terkorban. Si ayah yang berasa amat menyesal telah berusaha untuk berbaik semula dengan si ibu dan si anak. Meskipun sulit untuk si ibu dan si anak untuk memaafkan si ayah,

namun mereka tetap menerima si ayah yang telah berjanji untuk mengubah dirinya dan tidak lagi mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarganya.

NAMA AHLI KUMPULAN : 1. Azzre Bin Nazran 2. Gira Anak Egai 3. Lydia Binti Noh 4. Muhammad Farid Ariffin Bin Suhaimi 5. Nur Ezzati Binti Norizan 6. Nurul Syazwani Binti Awang Noordin 7. Siti Haja Binti Daud 8. Stewart Padan 9. Yolanda Chandie Anak Nicholas Apit

Anda mungkin juga menyukai