Anda di halaman 1dari 53

TAMADUN

CINA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
 Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
 Mengenalpasti perkembangan Tamadun Cina.
 Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai Tamadun
Cina.
 Menjelaskan ciri-ciri utama Tamadun Cina.
 Mengetahui sumbangan Tamadun Cina kepada
dunia dan tamadun-tamadun yang lain.
PENGENALAN
 Tamadun Cina adalah antara tamadun tertua di
dunia ini.

 Pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain tetapi ia


tidak dapat ditakluk oleh tamadun lain.

 Tamadun Cina mempunyai ciri-ciri keistimewaannya


tersendiri yang menjadikannya sebuah tamadun
yang bertahan hingga ke hari ini.
LATAR BELAKANG TAMADUN
CINA
 Bangsa Cina merupakan bangsa yang mencapai peradaban
yang paling awal di dunia
dan berasal dari bangsa Monggol.

Tamadun Cina bermula di Lembah Huang He,


utara China kira-kira 4000 hingga 2000 SM yang dikenali


sebagai Zaman Batu Terakhir.

 Pada tahap ini Tamadun Cina telah memulakan zaman


perkembangannya dalam beberapa bidang seperti
pentadbiran, falsafah, sastera, moral dan juga penciptaan
sains dan teknologi.
Sejarah perkembangan Tamadun China
boleh dibahagikan kepada 4 tahap
iaitu:
i) Zaman Pembinaan.
ii) Zaman Kegemilangan.
iii) Zaman Peralihan.
iv) Zaman Campurtangan Barat.
i) Zaman Pembinaan
 Muncul kerajaan-kerajaan yang silih berganti yang
bermula dengan Dinasti Hsia, Dinasti Shang, Dinasti
Chou, Dinasti Chin dan berakhir dengan kemunculan
pemerintahan Dinasti Han.

 Pada zaman Dinasti Shang terdapat sistem penulisan


dengan adanya rekod-rekod bertulis.

 Pada zaman Dinasti Chou, terdapat beberapa ahli


falsafah Cina yang terkenal seperti Lao-tze, Kung Fu-
tze dan Mencius.
ii) Zaman Kegemilangan
 Ia meliputi Dinasti Han, Dinasti Sui dan berakhir dengan
Dinasti Tang dan pada tahap ini Dinasti Han merupakan
dinasti yang hebat.

 Falsafah Konfusian telah dijadikan sebagai falsafah rasmi


semasa Dinasti Han.

 Kegemilangan Dinasti Han berakhir bila berlaku


pemberontakan dalaman pada tahun 2000M dan Dinasti
Han hilang kuasa pemerintahannya.
Zaman pemerintahan Dinasti Sui terlalu singkat.
Penindasan ke atas rakyat berlaku dan mewujudkan
pemberontakan sehingga Dinasti Sui tumbang dan jatuh dari
pemerintahannya.

 Seterusnya digantikan dengan Dinasti Tang yang diperintah


dengan penuh diplomasi.

 Semasa Dinasti Tang, bidang kesusasteraan telah berada


pada tahap kegemilangannya.
iii) Zaman Peralihan
 Terdapat tiga kerajaan yang memerintah Negara China
iaitu
Dinasti Sung, Dinasti Ming dan pemerintahan orang Manchu.

 Dinasti Ming merupakan zaman bermulanya episod


pelayaran dalam sejarah Negara China.

 Pada masa China diperintah oleh Orang Manchu


kebudayaan tradisi Cina masih tetap terpelihara namun
akibat daripada kelalaian dan tidak menjalankan interaksi yang
positif,
Tamadun China akhirnya terpaksa akur dengan ancaman
kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19.
iv) Zaman Campurtangan Barat
 Portugis merupakan kuasa Barat pertama yang tiba di
China ekoran daripada ketibaan rombongan
perdagangan yang diketuai oleh Tom Pires di Canton
pada tahun 1514 dan 1517.

 Ketika China di bawah pemerintahan Manchu,


kerajaan manchu telah mewujudkan peraturan-peraturan yang
keras dalam hal perdagangan dan
keadaan ini telah membawa kepada tercetusnya
Perang Candu iaitu perang antara China dengan Barat yang
pertama.
Peperangan Candu disebabkan masalah hubungan

diplomatik,
masalah perdagangan bebas, pertentangan undang-undang
dan masalah candu.

 China telah kalah semasa menentang British dalam


Peperangan Candu ini
dan ianya menunjukkan dengan jelas kemerosotan pengaruh
dan kekuatan tentera kerajaan Manchu.

 Ini telah menyebabkan wujudnya usaha menerapkan nilai-


nilai Barat dan menggantikan tradisi negara China.
CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN
CINA
i) Sifat lama bertahan :
 Tamadun Cina adalah antara tamadun yang tertua dan masih
hidup sehingga hari ini.
 Mengikut catatan dalam bentuk tulisan, tamadun Cina masih
lagi mengandungi unsur-unsur dari zaman dahulu kala
misalnya totem naga.
 Walaupun tamadun Cina telah melalui zaman yang begitu
lama, tradisinya tidak banyak berubah dan kekal diturunkan
dari satu generasi ke satu generasi.
ii) Tanah Yg Luas & Rakyat ramai
 China adalah salah sebuah negara yang mempunyai keluasan
tanah yang terbesar dengan lebarnya lebih kurang 5,200 km
dan panjangnya lebih kurang 4,000 km serta kaya dengan
sumber alam.

 Di atas tanah yang luas ini, terdapat 56 kumpulan etnik di mana


Han adalah kumpulan majoriti.

 Kesemua kumpulan etnik ini telah menubuhkan jumlah


penduduk yang terbesar iaitu 1.2 billion pada tahun 1993 @
lebih kurang satu per empat dari jumlah seluruh penduduk di
dunia.
iii) Mementingkan Keharmonian
 Dalam pandangan dunia Cina, dunia ini merupakan satu
keharmonian di mana bintang-bintang berpusingan mengelilingi
matahari mengikut landasannya.

 Bencana alam seperti banjir & kemarau dianggap sebagai


kerosakan keharmonian oleh kelakuan manusia.

 Keharmonian antara individu juga dipentingkan demi kestabilan


dan kemakmuran masyarakat seluruhnya.
iv) Sifat Terbuka
 Tamadun Cina tidak menolak kemasukan dan wujudnya
pengaruh tamadun lain.

 Dengan itu, ia menerima saja dan saling bertindak dengan


tamadun lain.

 Laluan Sutera merupakan satu jalan perhubungan yang


paling penting dalam menghubungi Tamadun China dengan
tamadun-tamadun luar.
v) Mementingkan Moral
 Moral dijadikan garis panduan bagi tata tertib maharaja,
pegawai, pelajar dan seluruh rakyat China yang dipelajari
melalui teladan oleh para pemimpin, pendidikan dan
pengasuhan anak-anak.

 Ajaran Konfusianisme menekankan kepentingan moral bagi


semua lapisan masyarakatnya.

 Cthnya : Falsafah Konfusianisme menekankan kepentingan


seorang pemerintah menjalankan pentadbiran dengan jujur
dan cekap dan sekiranya didapati seorang pemerintah itu
gagal dalam melaksanakan tanggung jawab yang
diamanahkan, maka ia akan disingkir dari jawatannya.
STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT
 Raja –
Hierarki paling atas dan berkuasa mutlak (pentadbir & agama)
 Bangsawan / aristocrat –

kelas yang paling berpengaruh


 Golongan cerdik pandai –

penasihat raja dan masyarakat tentang pentadbiran dan tingkah laku


 Petani-

golongan yang mulia kerana membekalkan makanan


 Artisan –

tukang yang mahir (contoh: tukang ukir batu nisan)


 Pedagang –

kelas paling bawah (diannggap penipu dan suka mendapatkan keuntungan)


 Pelakon/ pelacur/ hamba –

tidak diberi status dalam masyarakat


BAHASA & SISTEM
TULISAN CINA
 Bahasa pertuturan Cina diseragamkan pada zaman Dinasti
Han, bahasa dinamakan “Hanyu” dan tulisan pula “Hanzi”.

 Banyak dialek yang digunakan, namun hanya ada satu


sahaja sistem tulisan.

 Sistem tulisan Cina mempunyai 3 unsur utama : makna,


bunyi dan bentuk.

 Tulisan Cina ini juga digunakan di Jepun, Vietnam & Korea.


PANDANGAN SEMESTA DALAM
TAMADUN CINA
 KONSEP TIAN.

 KONSEP DAO.

 KONSEP YIN YANG

 KESEPADUAN TIAN DENGAN INSAN.

 PRINSIP ZHONGYONG.
TIAN
 Tian dirujuk kepada langit -pengertian yang
sebenarnya merujuk kepada satu ketinggian
iaitu syurga.
 Tian mempunyai tanggung jawab untuk
menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat
serta mempunyai hak menghukum manusia
yang berkelakuan salah.
 Sumber kewujudan kepada seluruh dunia
 Maha agung dan mengatasi sesuatu
 Penentu kebahagiaan dan kesengsaraan
KESEPADUAN TIAN
DENGAN INSAN
 Insan adalah sebahagian dari Tian.

 Hubungan yang rapat antara Insan dengan Tian, maka segala


kesalahan yang dilakukan oleh insan akan menyebabkan bencana.

 Contoh: bencana alam, banjir, kemarau

 Ianya sebagai tanda kemarahan Tian dan amaran kepada insan.

 Tian dirujuk sebagai langit atau tempat yang tinggi iaitu syurga.

 Ia juga merujuk kepada dewa dan Tuhan yang mereka sembah.


KONSEP DAO
 Ianya merujuk kepada 4 perkara utama :
 Konsep Dao yang bermaksdu jalan.
 Dao adalah konsep semulajadi.
 Dao adalah prinsip & asal usul semua makhluk.
 Dao bersifat azali dengan semua makhluk
berasal dan akan kembali pada akhir hayat
mereka.
 Jika dirujuk dalam kitab, Dao adalah asas
kepada benda-benda hidup.
YIN & YANG
 Merupakan prinsip yang dianjur oleh pendukung
falsafah Taoisme.

 Dalam kehidupan ini, terdapat unsur-unsur


pertentangan seperti lelaki dan perempuan, cerah dan
gelap, siang dan malam dan sebagainya.

 Walaupun unsur ini bertentangan, namun ia


merupakan unsur-unsur yang saling lengkap
melengkapi.
PRINSIP ZHONGYONG
 Ia merujuk kepada sesuatu kesederhanaan yang tidak
melampaui batas.

 Dalam perkara berkaitan konflik antara manusia, ia tidak


bersetuju dengan prinsip kekerasan bagi menyelesaikan
konflik tersebut.

 Dalam kehidupan seharian ia menganjurkan perundingan


dan tolak ansur bagi menyelesaikan sesuatu.

 Ia juga merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat


atau yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang
berlaku.
KEPELBAGAIAN FALSAFAH &
AGAMA TAMADUN CINA
 Pada prinsipnya orang Cina menganut beberapa agama dan
kepercayaan dalam satu masa yang sama.

 Setiap kepercayaan itu mempunyai pertalian yang rapat


antara satu sama lain.

 Selain dari kepercayaan kepada dewa-dewi tertentu,


kehidupan masyarakat Cina secara umumnya dikuasai oleh
falsafah-falsafah tertentu seperti Konfusianisme, Buddhisme,
Daoisme, Moisme, aliran Fa (Legalisme) dan ajaran Islam.
Konfusianisme
 Diasaskan oleh Kung Fu Tze

 Mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan


yang baik antara manusia dengan manusia di bumi dan
manusia dengan makhluk di langit.

 Falsafah ini menggariskan etika bagaimana manusia perlu


bertingkah laku berdasarkan prinsip lima hubungan iaitu
antara rakyat dengan raja, anak dan ayah, adik dan abang,
isteri dan suami serta kawan dengan kawan.

 Namun demikian hubungan tersebut bukanlah berbentuk


sehala.
 Merangkumi aspek-aspek falsafah,
pendidikan dan politik
 Menenkankan amalan dan sifat yang
mulia
 Pemerintah mesti mewujudkan hubungan
yang baik dengan rakyat
 Mementingkan tanggungjawab secara
kolektif
 Mementingkan muzik-untuk erat hubungan
Buddhisme Cina
 Aliran agama yg berkembang pada abad ke-6 S.M.

 Pengasasnya ialah Siddhartha Gautama.

 Perkataan “Buddha” berasal daripada kata kerja “budh” iaitu


bangun dari kesesatan.

 Buddhisme menolak kewujudan Tuhan, yang diberi tumpuan


ialah aspek etika dan ajaran-ajaran moral.

 Sebelum kematian pengasasnya, hanya terdapat satu aliran


Buddha yang asal, tetapi selepas kematiannya wujud dua aliran
iaitu Mahayana dan Theravada (Hinayana).
Doktrin agama Buddha (Empat Kebenaran Agong)

1) Hidup manusia terikat kepada Penderitaan :


 Menurut Gautama Buddha lahirnya seseorang itu ke dunia
adalah satu penderitaan.

 Di samping itu, penderitaan wujud disebabkan penyakit,


penuaan yang berakhir dengan kematian, kehadiran sesuatu
yang dibenci dan perpisahan dari sesuatu yang disayangi.

2)Sebab-sebab Penderitaan :
 Penderitaan disebabkan oleh keinginan manusia yang tidak
dapat dipenuhi seperti keinginan hawa nafsu, kemewahan
hidup dan keinginan untuk memperolehi harta benda yang
tidak penghujungnya.
3)Penghapusan Penderitaan

 Penderitaan sememangnya sukar untuk dihapuskan namun


yang penting ialah manusia perlu sentiasa berusaha
menghapuskan keinginan hawa nafsu dan keinginan-
keinginan lain yang banyak merosakkan kehidupan manusia.

 Inilah Nirvana, puncak pencapaian dalam Buddhisme

 ia boleh dicapai oleh sesiapa pun dalam hidup ini sekiranya


dia tulus ikhlas dalam usahanya menghapuskan keinginan
hawa nafsu.
4) Cara Melenyapkan Penderitaan
Yang Dialami
 Gautama Buddha menggariskan jalan lapan lapis-
agar bebas daripada penderitaan dan akhirnya akan
membawa kepada kebenaran iaitu Nirvana;
1. Kepercayaan yang benar.
2. Berniat benar.
3. Percakapan yang benar.
4. Kelakuan yang benar.
5. Usaha yang benar.
6. Berfikiran yg benar.
7. Meditasi(kesedaran) yang benar.
8. Hidup yang benar.
TAOISME
 Diasaskan oleh Laozi

 Mengkritik keganasan

 Anggap hero adalah jahat

 Menyoal pakah nilai, harga, kekuasaan, kemasyuran dan


kekayaan

 Bagi penganut Taoisme, pemerintah yang baik adalah yang


sesuai dengan alam tabii tanpa undang-undang manusia
MOISME
 Diasaskan oleh Mo Zi.

 Konsep penting dalam Moisme ialah


 kasih sayang sejagat,
 mengecam sikap suka berperang,
 tidak menyerah kepada nasib,
 mengutamakan cerdik pandai.

 Kebanyakan konsep dalam ajaran Moisme ini bertentangan


dengan konsep dalam ajaran Konfusianisme.
 Muzik dilarang – melalaikan
 Melarang pengikut hidup mewah – berjimat cermat
ALIRAN FA (LEGALISME)
 Ianya mengandungi 3 cabang :
 Fa (Undang-undang)
 Shi (autoriti)
 Shu (kaedah)

 Ianya diasaskan oleh ahli falsafah Cina


bernama Han Feizi dan dilaksanakan oleh
Dinasti Qin.

 Aliran Fa ini mengutamakan pemikiran


sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah
kepada rakyatnya.
 Sbg satu cara untuk mencapai kecekapan
dlm kerajaan dan ketertiban masyarakat

 Pengikut aliran ini tidak percaya pada


kasih syg dan belas kasihan

 Mengkritik confucious
ISLAM
 Islam diperkenalkan melalui jalan darat & laut seawal abad
ke 7 Masihi.

 Para pedagang Islam dari Arab & Parsi telah membina


masjid di Guangzhou

 Kemuncak kegemilangan Islam di Cina berlaku pada zaman


Dinasti Yuan, dimana ramai sarjana Islam telah
menyumbang dalam bidang astronomi, takwim Islam,
perubatan, sains & teknologi.

 Ahli pelayaran Cina Muslim – Zheng He telah berjaya


mengelilingi dunia pada zaman Dinasti Ming.
PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI
BIDANG
 Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang
kaya dengan penciptaan dan penemuan sains dan
banyak menyumbang kepada perkembangan sains
dan teknologi dunia.

 Daripada pelbagai bentuk penciptaan tersebut,


Tamadun China dikenali sebagai penyumbang utama
kepada teknologi berikut iaitu :
i) Kertas dan mesin cetak
 Kertas dicipta oleh Cai Lun pada 105M yang dibuat
dari fiber tumbuh-tumbuhan

 manakala penciptaan mesin cetak telah berlaku pada


zaman Dinasti Tang (618-907M).

 Ciptaan kertas dan kemajuan dalam percetakan telah


membawa kepada perubahan kepada Tamadun Barat
kerana dengan adanya penemuan tersebut maka
bermulalah Zaman Reformasi di Eropah.
ii) Bahan letupan
 Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk
letupan yang ditemui oleh ahli-ahli kimia.

 Pada kurun ke 7, bahan letupan yang dicipta


hanya digunakan untuk bunga api, namun
pada tahun 906M bahan letupan telah
digunakan dalam bidang ketenteraan oleh
tentera Tang (618 – 906M).

 Pada kurun ke 13, teknologi bahan letupan


ini telah sampai ke negara Arab dan Eropah.
iii) Magnet
 Hasil daripada pengetahuan orang Cina, maka
terciptalah magnet yang mana dikatakan orang
Cina telah mengetahui mengenai sifat-sifat
magnet sejak zaman klasik China lagi.

 Namun penemuan sifat-sifat magnet telah


dikembangkan pada zaman Dinasti Han (206
S.M – 220 S.M)
iv) Perkapalan
 Semasa Dinasti Ming (1368-1644M), Zheng He
telah belayar 7 kali melalui Laut Pasifik dan
Laut India, menjelajah Asia dan Afrika
sebanyak 30 buah negara dan tempat telah
dikunjungi.

 Kapal yang digunakan oleh Zhenghe


panjangnya 138 meter dan keluasannya 56
meter, membuktikan bahawa China merupakan
sebuah negara yang paling berjaya dalam
bidang perkapalan pada abad tersebut.
v) Bidang Perubatan
 Perkembangan perubatan Cina telah bermula sejak 10,000
tahun dahulu.

 Antara karya perubatan terkenal ialah Yellow Emperor’s Classic


of Internal Medicine (disiapkan pada sekitar tahun 200S.M)
yang merupakan karya teks klasik yang awal dan terpenting.

 Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah


perubatan Cina Klasik yang menumpukan kepada kelebihan
terapeutik dari akupuntur, herba, diet dan senaman.
 Karya lain yang tidak kurang pentingnya ialah Material
Medica yang ditulis oleh Li Shih Chen semasa Dinasti
Ming (1368-1644M)

 merupakan ensiklopedia yang menjelaskan mengenai


1,892 jenis perubatan.

 Karya ini kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam


bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara
Eropah.
KESENIAN DAN KALIGRAFI
 Menurut Michael Sullivan, manusia boleh mendekati sesuatu
tamadun melalui bentuk-bentuk seninya kerana sebahagian
daripada reaksi manusia terhadap objek-objek seni adalah
secara serta merta.

 Perkara yang ditegaskan oleh Sullivan ialah karya-karya seni


Cina mungkin boleh memberi suatu gambaran tentang nilai-nilai
estetika dan juga beberapa aspek kepercayaan masyarakat
Cina.

 Tamadun Cina mempunyai beberapa bentuk kesenian iaitu seni


lukisan, seni bina dan seni kaligrafi.
a) Seni Lukisan
Jenis-jenis lukisan utama Cina termasuklah :
 Potret
 Termasuk dewa-dewi,bangsawan,gadis dan rakyat biasa.
 Biasanya pelukis memberi perhatian ke atas imej watak dan
aktivitinya yang menghasilkan estetika secara keseluruhannya.

 Landskap(Shanshui)
 Termasuk kesemua pandangan alam semula jadi seperti
gunung-ganang sungai, laut, kolam, hutan rimba yang
menggambarkan alam semulajadi negara China.
 Tumbuh-tumbuhan dan binatang.
 Termasuk burung-burung, binatang-binatang, serangga-
serangga, ikan-ikan dan bunga-bungaan.
Hasil Seni Lukis
b) Seni Bina
 Kehalusan dan kecantikan seni bina Tamadun China dapat
dilihat menerusi istana-istana raja, tempat ibadat agama Tao
dan Buddha juga taman-taman raja atau persendirian.

 seni bina Tamadun China mempunyai ciri-ciri berikut :


* Kayu-kayu yang berharga banyak digunakan
sebagai bahan utama
* Ukiran-ukiran yang terdapat pada tepi
bumbung,tingkap,pintu dan tiang-tiang bangunan.

 Pemandangan buatan manusia seperti bukit kecil, kolam,


tumbuh-tumbuhan amat penting untuk memperlihatkan
kecantikan secara keseluruhan.
 Terdapat juga strukur-struktur tertentu dalam seni bina
Tamadun China yang mempunyai fungsi dan peranannya yang
tertentu, contohnya :

* Tembok melambangkan sempadan yang


memisahkan kawasan penghuni bangunan dengan
dunia luar.
* Lorong-lorong di dalam kawasan bangunan
melambangkan penghuni-penghuni dapat hidup
secara berdikari tanpa bantuan luar.
* Pemandangan buatan manusia mencerminkan
falsafah orang Cina yang mementingkan
keharmonian antara manusia dan alam sekitar.
* Corak bangunan melambangkan kegemaran dan
status tuan punya bangunan.
c) Seni Kaligrafi
 Kaligrafi merupakan satu bentuk penulisan yang
menyampaikan pemikiran manusia dan diterjemahkan dalam
bentuk tulisan.

 Kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi


atau huruf Cina diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina
kepada penghasilan gerakan-gerakan berus yang terdapat
dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sesebuah
karya seni yang berjaya.

 Kaligrafi Cina mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana


ia ditulis di atas meja khas berbentuk segi empat tepat (chang
tiao cho) bersama peralatan-peralatan lain seperti berus,
dakwat hitam, kertas xuan(kertas mudah serap dakwat),
dakwat dan batu dakwat.
KALIGRAFI CINA
d) Kesusasteraan & Kesenian :
 Puisi.
 Prosa.
 Drama.
 Fiksyen.
 Muzik Klasik.
KESIMPULAN
 Tamadun Cina adalah tamadun yang
dibentuk dengan adanya nilai-nilai agama.
 Pandangan semesta tamadun Cina telah
mewujudkan pelbagai persepsi dari segi
perkembangannya, anutan agama,
sumbangan dan pencapaian tamadun Cina
dalam pelbagai bidang yang telah
mempengaruhi tamadun-tamadun lain di
dunia.

Anda mungkin juga menyukai