Anda di halaman 1dari 7

C.

PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDHA DALAM KERAJAAN


AWAL

a) Cara-cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha

1. Penaklukan – golongan Ksyatria atau tentera dari India yang membentuk


tanah jajahan takluk di Asia Tenggara

2. Perdagangan – golongan Vaisya atau pedagang dari India yang menjalankan


perdagangan dengan pedagang tempatan

3. Keagamaan – golongan Brahmin atau pendeta dari India yang datang ke Asia
Tenggara untuk menjalankan upacara keagamaan

4. Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang


kemudiannyadisesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Pendapat ini
berdasarkan jumpaan seni arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya di
temui di Srivijaya.

I. Pengambilan terus oleh pemerintah yang berbeza

i Pada abad ke-5 M, Kedah Tua menganuti agama Buddha manakala Dieng di
Indonesia beragama Hindu

ii Pada abad ke-7 M, Takuapa dan Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab
Vishnu manakala di Sumatera dan Jawa, mereka beragama Buddha Mahayana

II. Pengambilan melalui perdagangan

i Perdagangan antara Asia Tenggara dan India wujud semenjak abad ke-5 S.M.

ii Perdagangan dua hala berkembang apabila India sendiri berusaha mendapatkan


emas dari Asia Tenggara disebabkan Maharaja Vespian dari
Rommemberhentikan perdagangan emas dengan India

b) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

1. India memperkenalkan gelaran raja dan sistem beraja ke Asia Tenggara

I. Dalam sistem beraja yang berbentuk piramid, raja berada di puncak


pemerintahan. Seterusnya diikuti kerabat diraja, pembesar dan pendeta
Brahmin. Mereka diikuti pula oleh rakyat biasa dan akhirnya ialah golongan
hamba di bawah sekali.

II. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan

i Meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara

ii Perintah raja menjadi undang-undang

iii Melanggar perintah raja bermakna menderhaka yang tidak boleh diampunkan

iv Raja dikehendaki adil terhadap rakyat

III. Konsep dewaraja yang menganggap raja sebagai bayangan tuhan diperkenalkan

i Dewaraja memiliki kesaktian yang diperkukuhkan dengan unsur mitos dan


lagenda tentang asal-usul raja

IV.Pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja untuk mengukuhkan kedaulatan


raja

i Bertujuan untuk membezakan kedudukan raja daripada rakyat

ii Upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin

V. Konsep orde kosmos

i Negara dianggap sebagai suatu alam semesta

ii Raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan

iii Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras
dengan dharma

iv Impian setiap raja untuk berkuasa terhadap seluruh alam semesta

v Mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta seperti


Angkor Wat di Kemboja

2. Kerajaan Angkor
I. Raja Suryavarman II mengamalkan agama Hindu mazhab Vishnu

II. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat sebagai orde kosmosnya

III. Oleh itu, raja dianggap sebagai raja dewa dan berada di puncak sistem
pemerintahan

IV.Raja dibantu oleh golongan pembesar pusat dan pembesar daerah

V. Raja juga dibantu oleh pegawai tentera dan hakim dalam bidang pentadbiran

VI.Golongan Brahmin menjalankan upacara keagamaan

3. Kerajaan Srivijaya

I. Raja mengamalkan agama Buddha Mahayana dan berada di puncak


pemerintahan

II. Seterusnya ialah pentadbiran pusat dan pentadbiran daerah

III. Pentadbiran pusat terdiri daripada anak raja yuvaraja, pratiyuvaraja, raja
kumara dan raja putra

i Raja putra tidak boleh menduduki tahkta kerana merupakan anak gundik

ii Anak raja dibantu oleh parvanda atau senapati, iaitu ketua pentadbiran pusat

iii Parvanda dibantu oleh hakim, temenggung dan penghulu

iv Hamba raja ialah golongan paling bawah

IV.Pentadbiran daerah diketuai oleh datu yang dilantik oleh raja

i Parvanda ialah datu yang berketurunan raja

ii Bhupati ialah orang-orang kaya

V. Upacara angkat sumpah di Telaga Batu

i Batu bersurat (Prasasti) Telaga Batu bertarikh 683 M di Palembang dan perigi
tua
ii Batu berusrat itu diukir ular tedung berkepala tujuh melambangkan payung
melindungi tulisan

iii Datu akan meminum air perigi yang disiram pada batu bersurat

iv Tujuannya untuk menetapkan taat setia penuh kepada raja

v Upacara ini diketuai Brahmin dan disertai doa sumpah bencana terhadap
sesiapa yang khianat

c) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusateraan

1. Kesenian

I. Monumen dan Akta di Malaysia

i Monumen ialah binaan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang
ternama atau peristiwa penting

ii Contoh monumen ialah candi (kuil, wat atau stupa), arca dan patung

iii Monumen di Malaysia yang melebihi 100 tahun tertakluk kepada Akta Benda
Purba 1976

* Monumen di bawah akta ini tidak boleh diganggu tanpa kebenaran Ketua
Pengarah, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia

II. Seni arca dan Patung

i Jenis-jenis

* Agama Buddha – patung Avalokitesvara

* Agama Hindu – patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga

* Jenis lain – patung Drawapala dan Nandiswara berfungsi menjaga candi


daripada roh jahat

ii Gaya
* Campuran gaya Sarnath dari India dengan langgam seni arca tempatan – arca
Buddha di Tapak 16 A, Lembah Bujang

* Gabungan antara elemen India dengan elemen tempatan

à Pengaruh Amaravati abad ke-5 M

à Pengaruh Dinasti Gupta abad ke-7 M

à Pengaruh lain seperti Pallava, Pala atau Cola

III. Candi

i Kepentingan Candi

* Monumen keagamaan agama Hindu dan Buddha

* Rumah ibadat penganut agama Hindu dan Buddha

* Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya

* Tempat menyimpan patung dewa bagi kerajaan awal

* Lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni


binanya

* Lambang orde kosmos atau alam semesta

à Angkor Wat di Kemboja dan Candi Borobudur di Inodonesia

ii Candi Borobudur

* Menurut Casparis, ia berasal daripada nama Bhumisambarabhudara yang


bermaksud “Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva” dalam
aliran Buddha Mahayana

* Ia mempunyai 9 tingkat yang dibahagikan kepada 3 tahap kehidupan iaitu sila,


samadhi dan panna yang diwakili oleh stupa dan patung Buddha

* Tingkat pertama mempunyai ukiran (relief) cerita kehidupan Gautama


Buddha
* Bahagian teratas melambangkan nirwana di mana manusia bebas daripada
nafsunya

iii Angkor Wat di Kemboja

* Melambangkan orde kosmos atau alam semesta dalam agama Hindu

* Terdapat tempat pemujaan di bahagian tengah setinggi 39 meter berteres


empat tingkat

* Terdapat menara di setiap sudutnya dan tembok batuan laterit serta batu
pasir di bahagian luarnya

* Epik Ramayana dan Mahabharata di ukir pada tembok tersebut

iv Candi-candi di Lembah Bujang, Kedah

* Dijumpai James Low, iaitu Superintendent Province Wellesley (Seberang


Perai)

* Namanya berasal daripada perkataan Bhujangga yang bermaksud ular (cobra)


yang berasal daripada perkataan Phujangga yang bermaksud cerdik pandai

* Ia disaliri oleh Sungai Merbok dan Sungai Muda

* Terdapat banyak artifak seperti tembikar tanah, tembikar China, barangan


kaca, manik serta patung agama Hindu dan Buddha di samping pelbagai jenis
bahan binaan dan struktur binaan

* Candi agama Hindu dibahagikan kepada bahagian vimana dan bahagianmandapa

à Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan

à Mandapa ialah bahagian luar

* Candi agama Buddha mempunyai pelan jenis cruciform

2. Bahasa Sanskrit

I. Batu Bersurat
i Mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang

ii Batu bersurat Kutei menunjukkan keturunan raja manakala batu bersurat


Sungai Mas berkait agama Buddha

iii Sebahagain besar batu bersurat di Palembang mengandungi bahasa Melayu kuno

Anda mungkin juga menyukai