Anda di halaman 1dari 18

Pecutan Akhir SPM 2014 - Penulisan Dimensi Diri &

Dimensi Keluarga
  

Latihan 1 :   Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan,
masalah anak-anak dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini
menimbulkan stres kepada setiap ahli keluarga.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam
menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.

Pendahuluan : Tragedi-tragedi pelik seperti bapa mencurah asid ke muka anak, suami
membunuh isteri di tempat tidur, anak membunuh ahli keluarga dan pelbagai kerenah dalam
keluarga bagaikan menjadi suatu fenomena dalam masyarakat moden. Masyarakat yang
kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di
luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda keluarga telah menjadi anasir peledak sehingga
keharmonian dalam rumah tangga bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi
mula melanda keluarga sehingga boleh menimbulkan kesan kemurungan, halunisasi, dan gila.
Memandangkan fenomena ini boleh mengancam kesejahteraan institusi tertua di dunia itu,
pelbagai langkah menanganinya harus diambil dengan seberapa segera.

Isi 1 : Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran yang
mencukupi sebelum anak-anak mengharungi alam berumah tangga – anak-anak sudah
mempunyai persediaan yang cukup – dapat menangani segala masalah dengan tenang

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah sedar bahawa tanggungjawab membahagiakan rumah tangga
adalah suatu amanah dan ibadah – menjadi motivasi untuk melahirkan sebuah keluarga yang
harmoni dan sejahtera

Isi 3 : Memperlengkap ahli keluarga dengan imu pengetahuan dunia dan akhirat – ilmu
dunia sebagai alat untuk kesenangan hidup sementara ilmu agama sebagai pengimbang dan
kedamaian batiniah

Isi 4 : Menjalinkan perasaan mesra dan seronok sesama ahli keluarga – mengetepikan
perkara-perkara negatif yang boleh mencetuskan perasaan marah – menikmati kehidupan
berkeluarga ibarat syurga

Isi 5 : Memilih pihak ketiga sebagai pendamai – langkah penyelesaian terakhir sekiranya
masalah terlalu rumit – semua pihak hendaklan mengetepikan ego masing-masing – menerima
hakikat bahawa bukan semua masalah harus diselesaikan bersendirian

Kesimpulan : Fenomena semasa yang semakin mencabar secara tidak langsung boleh
mempengaruhi mod dan emosi seseorang. Oleh itu, jikalau darah sudah mengalir ke mata, justeru
padahnya terlalu besar. Jangan dibiarkan dendam yang membara, sebaliknya setiap masalah
hendaklah diselesaikan dengan hemah dan pemikiran yang positif. Tiada masalah yang tidak
boleh diselesaikan ibarat, hendak seribu daya tidak mau seribu helah.

Latihan 2 :   Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga


dapat membentuk keluarga  yang penyayang.

Berikan pandangan anda tentang peranan ahli keluarga dalam melahirkan keluarga yang
harmoni dan penyayang. 

Pendahuluan : Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada kehidupan
dan ada kalanya menjadi neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut menerangkan bahawa,
rumahtangga menjadi nukleus utama yang dapat membentuk keluarga yang bahagia mahupun di
sebaliknya. Pelopor paling penting untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni dan bermawadah
tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari nescaya eloklah keluarga yang dibina. Oleh itu, ibu
bapa memainkan peranan yang amat besar demi mencorakkan sebuah rumahtangga yang
dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang. Walau bagaimanapun, sokongan daripada anak-anak
dan seluruh ahli keluarga amat penting juga dalam melahirkan sebuah  keluarga yang penyayang

Isi 1 : Menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah – insan seperti ini sentiasa
berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif – sentiasa memupuk kecenderungan
untuk hidup yang diredai di dunia mahupun akhirat

Isi 2 : Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih sayang kepada


anak-anak – anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih cenderung untuk saling hormat
dan saling menyokong

Isi 3 : Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak – melahirkan persekitaran
rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh berkat

Isi 4 : Anak-anak perlu patuh kepada ibu bapa – ibu bapa senang dengan sikap anak-anak
yang mudah ditunjuk ajar – tidak wujud jurang komunikasi

Isi 5 : Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran tetangga –
mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan jalinan kasih sayang

Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk membentuk insan


penyayang lagi cemerlang. Keluarga yang porak peranda memberi impak negatif kepada
masyarakat setempat. Oleh itu, persefahaman yang wujud dalam kalangan ahli keluarga dapat
membentuk masyarakat madani yang kompeten dan harmoni.
Latihan 3 :    Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga sangat digalakkan
kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan selain dapat menyihatkan badan.

Ulas pernyataan di atas.

Pendahuluan :  Kehidupan pada hari ini sungguh mencabar. Pelbagai cabaran yang mewarnai
kehidupan kita. Bermula dengan cabaran di dalam rumah tangga hinggalah cabaran di tempat
kerja. Pelbagai masalah yang kadang-kadang boleh memisahkan insan-insan tersayang.
Memandangkan kesibukan telah menjadi penghalang ikatan kasih sayang dalam keluarga, justeru
kesempatan mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga amatlah digalakkan.
Hal demikian bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan keluarga semula, malahan dapat
mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Oleh hal yang demikian, setiap peluang
keemasan untuk bersama-sama keluarga beriadah dan berekreasi hendaklah diisi dengan sebaik
mungkin.

Isi 1 :  Dapat mengikat tautan keluarga agar lebih rapat – wujud sikap saling menolong dan
saling menyokong.

Isi 2 :  Dapat bertukar-tukar fikiran dan berbincang secara santai – melupakan sejenak
masalah dalam rumah tangga dan masalah di tempat kerja – menyihatkan minda dan
mengembalikan tenaga

Isi 3 :  Dapat menikmati keindahan dan kesaujanaan alam secara bersama – bersama-sama
mensyukuri akan rahmat Tuhan – saling bermuhasabah dan membuat koreksi peribadi

Isi 4 :  Berkongsi pendapat menyelesaikan masalah – apabila berhadapan dengan cabaran


dalam masa aktiviti (dalam aktiviti riadah) – saling menguji ketahanan, kekuatan dan ketabahan

Isi 5 :  Aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti hidup – kesihatan fizikal dan mental –
ketenangan dan keseimbangan emosi – melahirkan zuriat yang sihat – cergas fizikal dan cerdas
minda

Kesimpulan : Keluarga ialah harta dan dalam masa yang sama menjadi teman penghibur serta
menyejukkan jiwa yang lara. Oleh itu, kesinambungan keluarga yang sihat, aktif dan harmoni
hendaklah dilestarikan agar hidup sentiasa riang dilingkungi oleh keluarga yang bahagia dan
harmoni.
Latihan 4 :    Peranan membentuk keluarga bahagia tidak hanya terletak di atas bahu ibu
bapa sahaja,  sebaliknya menjadi tanggungjawab semua ahli keluarga.

Tulis pendapat anda tentang peranan ahli keluarga untuk membentuk keluarga yang bahagia.

Pendahuluan :  “Air dicencang tidak akan putus, dan carik-carik bulu ayam lama-lama
bercantum semula”. Dua ungkapan daripada peribahasa Melayu itu menjelaskan kepada kita
bahawa hubungan rapat  yang berpaksikan darah daging tidak akan dapat dileraikan. Walaupun
pernah terpisah akibat salah faham, namun perpecahan tersebut tidak akan ke mana-mana malah
akan bercantum semula. Menghayati isi kandung daripada pengajaran peribahasa tersebut,
jelaslah kepada kita bahawa tugas membentuk keluarga yang bahagia adalah menjadi
tanggungjawab semua anggota dalam keluarga.

Isi 1 : Sentiasa mengutamakan jalinan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga
- keluarga sebagai punca utama lahirnya kehidupan yang bahagia - tidak bersikap mementingkan
diri sendiri – sentiasa bertolak ansur dan bermusyawarah

Isi 2 : Menjadi contoh teladan dan sumber inspirasi - setiap ahli keluarga yang sudah besar
dan berjaya sama ada dalam pelajaran atau kerjaya hendaklah menunjukkan contoh teladan yang
baik - membimbing dan memandu adik-adik untuk berjaya terutama dalam pelajaran -
meletakkan asas akhlak yang terpuji dengan mengamalkan tingkah laku yang baik -
mengutamakan prinsip yang muda disayangi dan yang tua dihormati

isi 3 : Menyokong keluarga dalam bentuk material dan moral - tidak boleh bersikap
mementingkan diri sendiri – membantu meringankan bebanan ibu bapa untuk menanggung
keluarga - sebagai langkah membalas budi ibu bapa/tidak bersikap seperti kacang lupakan
kulit - mempererat jalinan kasih dalam kalangan adik-beradik

Isi 4:  Menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga induk walaupun selepas
berkahwin - tidak terputus silaturahim dengan keluarga - mewujudkan keluarga besar yang
harmoni, produktif, dan toleran

Kesimpulan :  Berdasarkan maksud sepotong ayat al-Quran dalam Surah Ali Imron yang
bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah. Dan
berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatlah akan nikmat
Allah kepada kamu dengan sebanyak-banyaknya”. Dengan yang demikian, jalinlah kasih syang
dan silaturahim demi membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

*  jika soalan berkaitan peranan anda (dimensi diri),  gunalah kata ganti diri saya.
Latihan 5 :    “Ke manakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi”.

Tulis sebuah karangan berhubung dengan peribahasa tersebut.

Pendahuluan :  Kehidupan berkeluarga telah mendominasi dunia sejak dari manusia mula
mengenal keperluan terhadap pasangannya. Institusi keluarga merupakan komuniti sosial yang
paling tua di dunia dan mampu bertahan hingga ke hari ini. Daripada sebuah keluarga akhirnya
berkembanglah zuriat. Zuriat yang lahir akan meneruskan tradisi warisan keluarga dan keturunan.
Atas faktor hubungan darah dan baka, anak-anak biasanya akan mewarisi tampang fizikal serta
bakat daripada ibu bapa mereka. Daripada pewarisan zuriat yang turun-temurun itulah lahirnya
peribahasa yang menyatakan, ke manakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi.

Isi 1 :           Anak sudah pasti mewarisi pembawaan serta bentuk rupa paras daripada ibu
bapa -
sekiranya ibu bapa memiliki ciri-ciri personaliti yang baik, justeru anak-anak pun demikian -
anak-anak dikatakan pancaran daripada ibu bapa - anak-anak perlu menuruti semua acuan yang
baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa

Isi 2 : Pembentukan sahsiah dan perwatakan anak-anak akan bermula di rumah - anak-
anak akan mewarisi segala tingkah laku dan tindak tanduk ibu bapa - budaya dan iklim dalam
keluarga bakal mewarnai setiap tindakan anak-anak

Isi 3 : Bakat besar yang ada kepada bapa atau ibu hendaklah diwarisi oleh anak-anak
– anak-anak hendaklah menjadi ikon baik ibu bapa – teladan daripada ramai pemimpin dunia
yang bakat mereka diwarisi oleh anak-anak – anak-anak mesti mempertahankan imej baik yang
telah ditunjukkan oleh ibu bapa

Isi 3 : Anak-anak hendaklah bersikap terbuka untuk menerima segala bimbingan daripada
ibu bapa - anak diibaratkan seperti sehelai kain putih semasa lahirnya, terletaklah kepada ibu
bapa untuk menentukan corak dan warnanya - amalkan sikap melentur buluh biarlah semasa
rebungnya – ibu bapa telah lama hidup dan banyak pengalaman yang sewajarnya dituruti oleh
anak-anak

Isi 5 : Turunan bakat yang dimiliki oleh ibu bapa perlu diwarisi oleh anak-anak – anak-
anak wajar berbangga kerana bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh ibu bapa – cuba suburkan
turunan bakat (seni kraftangan, bidang seni lukis, seni tari. memasak dan ketukangan) yang
diwarisi secara turunan generasi – peribahasa ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi
Kesimpulan :  Baka dan keturunan adalah suatu kejadian Allah yang paling unik. Tiada
sesiapapun yang mampu mengubah suai ciptaan Tuhan yang sungguh agung itu. Oleh yang
demikian, kita sewajarnya menjaga zuriat dan keturunan daripada tercemar daripada pelbagai
anasir luar yang boleh merosakkan darah daging sendiri. Wujudkan hubungan yang rapat antara
ibu bapa dan anak-anak agar tradisi keluarga dan baka keturunan yang baik terus produktif, ibarat
benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Latihan 6 :   Harapan ibu bapa terhadap anak-anak amatlah besar. Walau bagaimanapun
terdapat kes-kes seperti kacang melupakan kulit.

Pada pendapat anda, mengapakah wujud anak-anak yang bersikap demikian.

Pendahuluan :  Alam berumah tangga menjadi cukup berseri dengan kehadiran cahaya mata. Si
ibu dan si ayah akan segera mencapai kematangan dan mula mengambil tanggungjawab untuk
menyempurnakan si anugerah daripada Tuhan itu. Itulah anak yang menjadi harapan kepada ibu
bapa sama ada di dunia mahupun di akhirat. Berbahagialah kedua-dua ibu bapa sekiranya anak
yang dilahirkan menjadi insan soleh, cemerlang dan tidak tersasar daripada asal usul. Walau
bagaimanapun, tidak kurang juga ibu bapa yang terpaksa menempuh hari-hari emas mereka
akibat dipinggirkan oleh anak-anak yang tidak berhati perut umpama kacang lupakan kulit.
Sebenarnya, banyak faktor yang boleh dijustifikasikan sehingga wujud anak-anak seumpama itu.

Isi 1 :  Anak-anak yang cepat lupa daratan – lupa asal usul lalu menjadi anak derhaka – tidak
mahu berkorban untuk ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk mereka

Isi 2 :  Anak-anak tidak mempedulikan halal haram – jahil agama – tidak menghayati balasan
syurga adalah dengan reda ibu bapa

Isi 3 :  Anak pascamoden yang terlalu leka dengan kebendaan – mengejar keselesaan dunia –
menganggap ibu bapa sebagai beban – sengaja membiarkan ibu bapa menderita di desa
pedalaman yang daif

Isi 4 :  Sikap ibu bapa sendiri – segelintir ibu bapa yang tidak mempedulikan tanggungjawab
terhadap anak-anak – lalai dengan keseronokan – tidak sedar akan nasib pada hari itua

Isi 5 :  Masalah kebobrokan dan rumah tangga ibu bapa yang berantakan – berlaku
perceraian – anak-anak hidup terbiar dan melarat – anak-anak membawa haluan masing-masing –
hilang mawaddah terhadap ibu bapa.
Kesimpulan : Sudah menjadi resam dunia, hidup ibarat putaran roda. Demikianlah tentang
hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Andai ibu bapa melaksanakan tanggungjawab dengan
penuh ikhlas terhadap anak-anak, insya-Allah balasnya akan baik juga. Malang sekali keadaan
yang berlaku adalah amat berbeza. Oleh itu, antara ibu bapa dan anak-anak seyogia laksanakan
tanggungjawab masing-masing semoga hidup memperoleh rahmat daripada Allah SWT. 

Soalan 7 :    Ramai remaja pada hari ini yang bertindak di luar batasan sehingga
memalukan ibu bapa.  Perbuatan tersebut telah menimbulkan pelbagai kesan buruk
kepada ibu bapa.

Bincangkan.

Pendahuluan :  Belakangan ini, pelbagai isu yang melibatkan remaja sering menjadi topik
perdebatan utama. Sama ada di dada-dada akhbar mahupun yang terpancar melalui kaca
televisyen, isu panas yang berkaitan tingkah laku remaja tetap menjadi sajian yang meloyakan.
Cerita-cerita tentang pergaulan bebas, merempit dan melepak, menagih dan jenayah semakin
meningkat hari demi hari.  Sementara itu, ibu bapa terpaksa menanggung malu akibat tidak
tertahan dengan gelagat anak-anak. Adakah mereka tidak dididik dengan sempurna? Ke manakah
pergi ibu bapa mereka? Sebenarnya, soalan-soalan seumpama itu terlalu acap kita dengar. Walau
bagaimanapun, amatlah tidak adil untuk menyalahkan ibu bapa semata-mata kerana tindakan keji
anak-anak muda hari ini sudah keterlaluan dan turut memalukan induk sendiri.

Isi 1 : Ibu bapa menderita dan sedih kerana menanggung malu – kecewa apabila anak yang
dididik dan dibelai semasa kecil telah menconteng arang ke muka mereka – melakukan pelbagai
perbuatan keji dan lupa daratan

Isi 2 :  Ibu bapa disisih dan dipandang serong oleh masyarakat – berdepan dengan pelbagai
tuduhan (tidak pandai mengajar anak dan menyusahkan masyarakat) – mengalami masalah untuk
berinteraksi dan bercampur gaul dalam masyarakat

Isi 3 :  Ibu bapa mengalami kesan trauma dan fobia dengan tindakan ganas oleh anak-
anak – berlaku kes anak yang menagih dadah mencekik dan memukul ibu – takut situasi sama
berulang

Isi 4 :  Ibu bapa dipanggil ke balai polis – diminta mengikat jamin anak yang terlibat dengan
perbuatan jenayah – mengalami tekanan perasaan dan malu
Isi 5 :  Hilang tempat bergantung – menghadapi hari-hari tua yang hambar, takut dan
mengecewakan – menghembuskan nafas yang terakhir dalam kekecewaan (ditamsilkan mati
pejam tidak rapat)

Kesimpulan :  Alangkah bahagianya bagi seseorang ibu atau bapa yang pada saat-saat akhir
perjalanan mereka dikelilingi oleh anak-anak dan cucu. Ada bacaan ayat-ayat suci mahupun doa
yang ditiupkan di sisi telinga oleh anak-anak yang soleh. Namun, malang sekali nasib sebilangan
ibu bapa yang terpaksa manelan kepahitan akibat perbuatan anak-anak yang tidak
bertanggungjawab. Oleh itu, wahai para remaja andai sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal
jalan.

Latihan  8 :  Anak-anak remaja hari ini dikatakan sangat liat untuk masuk ke dapur
sedangkan amalan ke dapur telah menjadi warisan turun-temurun.

Bincangkan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk memperkasakan budaya ke dapur
dalam kalangan anak-anak.

Pendahuluan : Menghayati lirik lagu klasik yang berbunyi, “Anak dara kalau menyanyi di
dapur, alamat mendapat suami tua”. Walaupun kata-kata tersebut agak sinis untuk menasihati
anak-anak gadis supaya lebih bersopan, namun di sebalik kata-kata tersebut mengandung hakikat
bahawa anak-anak perempuan sangat sinonim dengan kerja-kerja di dapur terutama memasak.
Sejak fasa silam lagi nilai diri seseorang turut diukur berdasarkan kecekapannya menguruskan
hal-hal di dapur. Sebaliknya, selepas melalui beberapa peringkat pemodenan, anak remaja sama
ada perempuan atau lelaki amat liat untuk ke dapur. Fenomena ini jelas menunjukkan gejala
ketandusan budaya tradisional. Oleh itu, sebelum warisan turun-temurun ini pupus ditelan arus
pemodenan, ibu bapa hendaklah memainkan peranan hakiki untuk melatih anak-anak agar mesra
ke dapur.

Isi 1 : Mengamalkan pendidikan bermula di rumah – rumah sebagai paksi membentuk


peribadi anak-anak - ibu bapa hendaklah membudayakan amalan tradisional – membiasakan
anak-anak dengan latihan memasak, mengemas rumah – ibu bapa hendaklah menjadi role model
dan kepimpinan melalui teladan – memanfaatkan cuti sekolah untuk melatih anak-anak

Isi 2 : Kurangkan tabiat suka makan di luar – anak-anak berasa tiada keperluan untuk masuk
ke dapur – tiada peluang untuk mendidik anak-anak secara formal

Isi 3 : Mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti panjang – ketika semua ahli
keluarga bertemu – ibu hendaklah mengajak anak-anak masuk ke dapur – anak-anak perlu belajar
dan membantu si ibu di dapur – memberi peluang anak-anak mencuba resipi mereka – anggota
keluarga hendaklah memberikan kerjasama dan memberi penghargaan
Isi 4 : Mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin – dengan disiplin anak-anak mudah
menerima tunjuk ajar - setiap anak hendaklah diberikan tugas yang sepadan – tidak wajar ada
yang terlalu berat tugasan dan ada yang berehat panjang (menunggu makanan terhidang ke lutut

Isi 5 : Memberi motivasi kepada anak-anak – anak-anak perlu diberikan semangat dan
dorongan dari awal - menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan rumah tangga (majalah
Anjung Seri, Majalah Laman, Saji, Didik, Muslimah dan pelbagai bentuk perisian CD/DVD) –
membuka minda anak-anak mengikuti teladan daripada ikon keluarga yang berjaya

Kesimpulan : Pepatah Melayu yang menyatakan, anak gadis walau setinggi mana sekalipun
ilmunya akan ke dapur bukanlah membawa konotasi yang negatif. Sebaliknya, maksud yang
tersirat adalah untuk mengilhamkan setiap individu akan kepentingan menghidupkan suasana
kekeluargaan yang harmoni dan jannati. Seyogia, sebelum tradisi dan budaya murni ini luput,
wajarlah semua pihak terutama ibu bapa mendidik anak-anak semula ke landasan yang betul.

Latihan 9 : Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan


amalan gaya hidup sihat.
Beri pendapat anda.

Pendahuluan : Gejala serangan pelbagai penyakit yang menggerunkan dan luar biasa
sejak belakangan ini amat dibimbangi oleh warga dunia. Beberapa ancaman wabak
seperti SARS, ILI, HINI, Aids dan pelbagai penyakit benar-benar menggemparkan
masyarakat dunia pada dekad-dekad belakangan ini. Selain wabak yang bersekala besar
seperti itu, ancaman kesihatan yang bersifat domestik seperti denggi, barah, dan
penyakit kronik masih membelenggu masyarakat. Tidak dinafikan pelbagai usaha telah
digemblengkan oleh WHO dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia untuk menangani
ancaman gejala penyakit, namun usaha tersebut akan menjadi lebih berkesan apabila
semua pihak sentiasa prihatin untuk memilih amalan gaya hidup sihat sebagai
keutamaan. Inisiatif  seperti itu hendaklah turut disokong oleh institusi keluarga selaku
penggerak utama pembentukan sesebuah masyarakat yang sihat.

Isi-isi cadangan :  (Peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga)

Isi 1:  Keluarga perlu menjadikan agenda kesihatan penting setanding dengan keperluan
asas yang lain – kesihatan diambil sebagai suatu budaya dalam hidup – dalam konteks
mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Isi 2:  Memantapkan kedudukan ekonomi rumah tangga – kesihatan amat berkait rapat
dengan kedudukan kewangan untuk menangani segala keperluan asas

Isi 3:  Mengamalkan pendidikan kesihatan dalam keluarga – keutamaan kepada


maklumat dan sumber-sumber kesihatan – bahan bacaan, kempen, dan amalan harian
Isi 4:  Mengutamakan makanan untuk kesihatan daripada makan untuk kepuasan –
memberi perhatian serius terhadap nasihat dan panduan dalam piramid makanan –
memilih makanan yang berkhasiat, bersih dan halal (berpegang kepada falsafah
pembentukan peribadi bermula daripada pemakanan yang baik dan berkhasiat)

Isi 5:  Mengamalkan rutin kesihatan – tidur yang cukup. Senaman yang sempurna,
amalan kebersihan, dan peka terhadapa segala serangan penyakit.

Isi 6:  Peka terhadap kejahteraan dan kebersihan alam sekitar – berpegang kepada
kesejahteraan alam sebagai penjanan hidup sihat.

Isi 7:  Peka terhadap keperluan masyarakat dan negara – masyarakat yang harmoni
negara dan jaya dan hidup sejahtera..

Kesimpulan :  Mafhum daripada sepotong Hadith Nabi yang bermaksud, “Jagalah


masa sihatmu sebelum datang masa sakit”  benar-benar menyedarkan kita bahawa
kesihatan merupakan aset  besar untuk sesuatu bangsa itu mempertahankan tamadun.
Dalam merealisasikan matlamat hidup sihat secara universal, keluarga hendaklah
menjadi paksi utama melaksanakan segala program amalan gaya hidup sihat yang
sentiasa dicanang-canangkan.

Latihan 10 :  Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun


begitu kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih
berleluasa.

Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi


membanteras gejala ini.

Pendahuluan :  Anak sebagai amanah Allah. Anak juga sebagai anugerah kerana
terdapat orang yang tertentu yang terlalu berhajatkan kepada anak tidak diberikan
zuriat, sebaliknya ada pula yang memiliki terlalu ramai anak sehingga tidak terjaga.
Anak-anak yang dibela jaga dengan baik akan menjadi penyeri dalam kebahagiaan
rumah tangga. Anak juga menjadi sumber motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan
lebih gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang dibina. Alangkah rukun damainya
sesebuah rumah tangga apabila dikurniakan anak. Namun belakangan ini entah apalah
yang telah merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka tergamak mendera,
mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri. Seandainya
fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi banyak lagi insiden yang di luar
jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini institusi keluargalah yang lebih diberikan peranan
untuk membanteras gejala pagan seperti itu agar tidak melarat.
(langkah-langkah membanteras)

Isi 1:  Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga – kasih sayang


dijadikan kunci dan matlamat membina sesebuah keluarga 

Isi 2:  Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga


bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil –
menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai penambat kasih sayang – setiap anggota
dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing

Isi 3:  Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan – setiap pasangan


dikehendaki menghayati betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan
rumahtangga – ilmu yang meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk
berhadapan dengan insan kecil

Isi 4:  Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna –


kesedaran terhadap tanggunjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia
mudah dirasuk syaitan – penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati
unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat

Isi 5:  Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap


keselamatan kanak-kanak – tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain
terus menerus mendera – mengambil tindakan pantas mencegah, melapor, dan
menyelamatkan kanak-kanak yang didera.

Isi 6:  Memperkukuh jalinan kejiranan – setiap anggota keluarga hendaklah


dididik supaya menghormati jiran – jiran yang rapat dapat membantu dalam segala
tindakan sama ada susah atau senang.

Kesimpulan :  Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan insan


madani yang mampu memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan
negara. Kejayaan sesebuah negara adalah bergantung penuh kepada modal insan yang
cemerlang sama ada dalam aspek mental mahupun fizikal. Oleh yang demikian, keluarga
amatlah bertanggungjawab untuk menghalang segala anasir yang mendorong kepada
gejala penderaan agar masyarakat terus harmoni dan  negara sejahtera.

Latihan 11 :   Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha


mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah tangga.

Tulis pendapat anda tentang langkah-langkah hemat berbelanja yang


boleh dibantu oleh anak-anak.
Pendahuluan :  Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga
hari ini kos sara hidup keluarga terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada
suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan
suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak.
Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu.
Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India,
dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun
amaran seperti itu perlu diambil serius agar dapat menyediakan payung sebelum hujan.
Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap ahli keluarga haruslah mempunyai
pelan tersendiri untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa krisis seperti itu.

Isi 1 : Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk sejak
kecil - memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga seperti menyayangi harta benda,
berbelanja secara berhemat, dan menjauhi amalan boros

Isi 2 : Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan melalui


institusi kewangan dan pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu senang dengan
memperuntukkan lebihan belanja untuk simpanan – hayati budaya masyarakat silam
menyimpan wang di dalam tabung buluh

Isi 3 : Anak-anak hendaklah memahami kemampuan ibu bapa - tidak


meminta-minta sesuatu yang berlebih-lebihan - tidak melampau dan meniru cara hidup
rakan-rakan di luar

Isi 4 : Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja


di luar kemampuan - keinginan untuk hidup bergaya melebihi kemampuan - cepat
terpengaruh dengan pelbagai iklan dan pujukan atau tawaran jualan

Isi 5 : Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk


-elakkan sifat meninggi diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga

Sampel kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena,


jimat sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini.
Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar
kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis  gawat seperti ini.
Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi
perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa
bertabur urai.

Latihan 12 :   Setiap anak menjadi harapan keluarga. Menyedari hakikat


tersebut, anak-anak harus mempersiapkan diri untuk menggalas
tanggungjawab terhadap keluarga.
Tulis persediaan-persediaan yang perlu anak-anak lakukan.

Pendahuluan :  Anak-anak ialah cahaya mata yang menjadi buah hati pengarang
jantung kepada kedua-dua ibu dan ayah. Dengan kelahiran seseorang anak, kehidupan
ibu dan bapa menjadi lengkap dan sempurna. Apatah lagi apabila anak yang dilahirkan
dapat membesar dengan sempurna serta menjadi insan yang berguna. Sebagai anak-
anak yang menjadi harapan ibu bapa, mereka hendaklah bersedia untuk menggalas
harapan ibu bapa yang tinggi menggunung. Elakkan daripada menjadi anak-anak yang
membawa masalah kepada ibu bapa kerana dosa yang paling besar ialah menderhakai
ibu bapa. Oleh yang demikian, setiap anak dituntut membuat persediaan sama ada
mental, fizikal dan sahsiah yang baik agar harapan ibu bapa terutama apabila menjelang
usia  emas mereka tidak dikecewakan.

Isi 1 :  Menjadi anak yang patuh dan taat kepada perintah Allah SWT – insan
yang bertakwa sentiasa melakukan kerja-kerja yang baik seperti menghormati ibu bapa
– tidak melakukan kerja-kerja yang terkutuk yang boleh menjejaskan maruah ibu bapa

Isi 2 :  Menjadi anak yang luhur pekerti dan bermoral tinggi – pekerti dan
moral menjadi piawai seseorang itu dipandang mulia – tidak mudah terjebak dalam
angkara yang merosakkan masa depan – menjadi imej (pancaran) hati nurani ibu bapa

Isi 3 :  Berusaha dengan gigih demi jaminan masa depan – mengisi dada
dengan ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran sebagai jaminan memperoleh kerjaya
yang baik – bercita-cita membalas budi ibu bapa

Isi 4 :  Menjalinkan hubungan mesra dan mawaddah dengan adik-beradik


dan kaum keluarga – mewujudkan keluarga harmoni – membantu dengan ikhlas
tanpa mengira aspek material mahupun moral

Isi 5 :  Bercita-cita menjaga ibu bapa apabila tiba saat-saat akhir mereka –
maksud daripada firman Allah, “Akan gugur dosa seseorang anak apabila dia dengan
ikhlas menjaga ibu dan bapanya hingga ke akhir hayat” -  tindakan membalas budi ibu
bapa yang amat besar nilainya di sisi Tuhan.

Kesimpulan :  Meminjam kata-kata daripada orang-orang lama bahawa, betapa


kasihnya seseorang ibu kepada anaknya hatta seekor lalat pun tidak dibenarkan hinggap
ke tubuh si anak. Demikianlah pengorbanan besar ibu bapa terhadap seseorang anak.
Oleh itu, sikap yang sama wajar dikembalikan oleh anak-anak terhadap kedua-dua ibu
bapa. Jasa ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak-anak tidak terbalas
walaupun galang gantinya sebatang sungai emas sekalipun. Dengan hal yang demikian,
bersedialah untuk menjadi seorang anak yang boleh diharapkan oleh ibu bapa sebagai
tempat mereka bergantung.
Soalan 13 :  Sokongan daripada anak-anak amat penting dalam usaha mewujudkan
persekitaran keluarga yang bersih, sihat, dan ceria.

Bincangkan pendapat anda tentang sumbangan yang boleh anak-anak berikan untuk
mencapai matlamat di atas.

Pendahuluan :  Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat “Rumahku
Syurgaku” menjadi hasrat semua ibu bapa. Namun demikian, tidak semua hasrat tersebut
mencapai matlamat. Ada yang kecundang dan terbentur di tengah-tengah gelora samudera.
Semua orang sentiasa menyimpan hasrat yang amat tinggi agar anak-anak menjadi insan mulia
yang tahu membalas budi dan jasa induk mereka. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan
matlamat keluarga yang bersih, sihat, dan ceria anak-anak hendaklah berperanan penting untuk
menyuburkan persekitaran rumah tangga yang bahagia dan kondusif.

Isi 1 :   Patuh dan hormat kepada kedua-dua ibu bapa – tidak melawan dan menyanggah
cakap ibu bapa – tunaikan dan penuhi segala hasrat mereka – tidak melakukan aktiviti yang boleh
menyekitkan hati ibu bapa

Isi 2 :  Menjalinkan hubungan yang akrab sesama anggota keluarga – bercakap secara
hormat dan lemah lembut sesama saudara mara – tidak bersikap ego dan mementingkan diri
sendiri

Isi 3 :  Merancangkan perjumpaan keluarga secara berkala – bersama-sama pulang ke induk


– kesempatan pada cuti hujung minggu, cuti am, dan musim perayaan – menganjurkan aktiviti
mesra keluarga seperti makan bersama-sama

Isi 4 :  Mengadakan program fizikal dan kerohanian secara bersama – aktiviti riadah, gotong
royong dan solat berjemaah – ziarah

Isi 5 :  Menjalinkan hubungan persaudaraan dengan sanak saudara sama ada di sebelah
ibu mahupun bapa – memperluas rangkaian kaum keluarga – membantu yang memerlukan dan
menyokong usaha memajukan tabung ekonomi keluarga

Kesimpulan :  Keluarga bahagia merupakan teras masyarakat yang maju dan harmoni.
Masyarakat yang harmoni dan dinamik bermula daripada sistem keluarga yang teratur dan
sejahtera. Oleh itu, setiap keluarga sama ada keluarga nukleus mahupun keluarga besar hendaklah
menjalinkan kehidupan yang saling menyokong dan bertoleransi.
Latihan 14 :  Anda telah memenangi peraduan menulis esei yang dianjurkan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat di tempat anda. Tajuk esei yang anda pilih ialah, “Permata Hatiku
Sayang”.

Tulis esei tentang siapakah anak yang dikatakan Permata Hati?

Pendahuluan :  Anak adalah menjadi buah hati pengarang jantung kepada ibu bapa. Anak
sebagai anugerah yang bakal menyerikan kehidupan berumah tangga. Disebabkan kehadiran
mereka terlalu bermakna kepada kedua-dua ibu bapa, justeru anak digelar cahaya mata. Anak
yang dibelai dengan penuh kasih sayang serta diberikan ilmu pengetahuan mampu menjadi insan
yang berguna. Mereka pasti menjadi anak-anak yang pandai membalas budi ibu bapa.
Sebenarnya, inilah anak-anak yang menjadi impian ibu bapa dan disebut permata hati.

Isi 1 : Anak yang patuh akan perintah Allah SWT dan menyayangi ibu bapa - sentiasa taat
akan perintah Allah – meninggalkan perkara-perkara yang dilarang  dan melaksanakan segala
perintah yang baik – sntiasa berbakti kepada kedua-dua ibu bapa

Isi 2 : Anak-anak yang bermotivasi tinggi – berazam mahu mencapai kejayaan di hari
muka – gigih berusaha dan belajar – ingin membalas jasa ibu bapa dengan menghadiahi mereka
kejayaan

Isi 3 : Anak yang cemerlang akhlak dan moralnya – sentiasa menjaga nama baik
keluarga – berhati-hati dalam sebarang tindakan dan kelakuan – tidak mahu maruah ibu bapa
tercemar – hormat akan orang tua, kaum keluarga dan jiran tetangga

Isi 4 : Anak yang ikhlas mahu mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa yang telah tua
dan uzur -  mengambil peluang untuk membalas jasa ibu bapa ketika mereka sangat memerlukan
kehadiran anak-anak – faham akan tuntutan bahawa semua dosa anak terhadap ibu bapanya akan
terhapus apabila si ibu atau bapa mati di bawah jagaan anak tersebut

Kesimpulan :  Mafhum daripada sepotong Hadith Rasulullah dengan maksudnya, “Apabila mati
seseorang anak Adam itu, justeru terputuslah segala amal baiknya, kecuali tiga yang masih
tinggal. Ketiga-tiga yang tersebut ialah sedekah kepada golongan yang memerlukan, ilmu yang
bermanfaat yang diajarkan, dan anak-anak yang baik yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu
bapa mereka”. Demikianlah betapa besarnya erti kehadiran anak-anak sama ada semasa hidup
mahupun setelah mati.

Latihan 15

Keharmonian dalam rumah tangga dapat diwujudkan daripada sikap yang baik
dalam kalangan anak-anak.
Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak bagi melahirkan sebuah
keluarga yang harmoni

ISI-ISI UTAMA (IU)


         Anak-anak yang mulia budi pekerti dan bermoral tinggi
         Anak-anak yang bersikap ringan tulang
         Anak-anak yang patuh kepada perintah agama dan taat kepada ibu bapa
         Anak-anak yang bersedia mengambil tanggungjawab
         Anak-anak yang saling bertoleransi

Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat “Rumahku


Syurgaku” menjadi hasrat semua keluarga. Mengimpikan sebuah keluarga yang
bahagia dan harmoni memanglah lunak dan muluk, namun tidak semudah
seperti yang dihasratkan. Realitinya, banyak institusi keluarga yang kecundang
dan terbentur ditelan gelombang. Oleh itu, selain ibu bapa, anak-anak turut
berperanan untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.  Oleh yang
demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak
haruslah bersikap positif dan turut memainkan peranan agar keluarga yang
dibina menjadi keluarga progresif, harmoni, dan sejahtera.

Prakarsa yang paling prima ialah anak-anak hendaklah menjadi seorang


insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian
kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya.
Oleh itu, jadilah anak-anak penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu dan
ayah. Hormati dan taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat
adalah atas redha ibu bapa. Apabila ibu bapa dipatuhi manakala perintah Tuhan
ditaati nescaya lahirlah insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani .
Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan
keharmonian dalam rumah tangga selaras dengan slogan “Rumahku Syurgaku”.

Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi pekerti dan bermoral
tinggi. Budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian peribadi. Elok pekerti
nescaya terserlah nilai insani. Sewajarnya, anak-anak haruslah mencerminkan
diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali, “Hendak
mengenal diri  lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi
bercerminlah pada wajah”. Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan
kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap ahli
keluarga dengan yang tua dihormati, manakala yang muda disayangi.
Seandainya, karektor seperti ini kekal diperkasakan, insya-Allah lahirlah sebuah
keluarga yang harmoni, ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.

Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan
kriteria yang amat baik untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak
seperti ini tidak pernah berkira sama ada tenaga mahupun penat lelah dalam
memberi khidmat kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka
terhadap segala kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat
dirasa oleh semua ahli keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila
anak-anak seperti ini dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang
wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu bapa di
samping mengikat hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai
anak, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh
dan air mata seorang ibu. Dengan hal yang demikian, balasi ibu bapa dengan
sikap ringan tulang demi sebuah keluarga yang harmoni dan prihatin.

Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu bapa akan
berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi
hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab.
Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim
dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut
oleh mana-mana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh
diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk.
Anak-anak seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala sikap mereka
menjadi cermin kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada
daunnya. Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat
buah melayang jauh, tampuk dilupakan. Oleh itu, sebagai anak yang baik
bersedialah untuk mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.

Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian resipi untuk


melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam
kalangan anak-anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya keluarga lebih
aman dan tenteram. Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling
menyayangi dan saling menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah
faham dan salah anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang
terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan kuku.
Sebarang perbuatan yang boleh menyakiti darah daging sendiri tidak lebih
daripada cubit paha kiri paha kanan pun sakit juga. Seandainya wujud salah
faham pun, carilah jalan penyelesaian kerana perselisihan dalam kalangan adik-
beradik ibarat air dicencang tidak akan putus. Oleh itu, setiap ahli keluarga
bertanggungjawab untuk menjaga dan memupuk institusi yang tertua dalam
sejarah manusia ini agar terus subur dengan sifat kasih sayang, harmoni dan
penuh mawaddah.

Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat


yang dinamik. Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam
kalangan anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang
harmoni. Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar keluarga
memperoleh kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, “Keluarga bahagia
penjana kecemerlangan ummah”.

Anda mungkin juga menyukai