Anda di halaman 1dari 32

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya menyiapkan folio ini dengan jayanya. Setinggi tinggi ucapan terima ksih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Cikgu Norlia Binti Jaafar selaku guru matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang telah memberikan banyak tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dan rakan rakan dalam menyiapkan folio ini. Selain itu tidak di lupakan jasa ibu dan nenek saya dalam membantu saya dari sudut moral dan kewangan dalam menyiapkan folio ini. Buat kawan kawan terima kasih kerana membantu saya dalam menjayakan folio ini. Akhir kata di harapkan folio yang telah saya sediakan ini akan memberi manfaat dan rujukan kepada adik adik di masa akan datang. Sekian,terima kasih.

1|Page

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 4 5 6 7 8 Kesimpulan 21 KANDUNGAN Penghargaan Isi kandungan Objektif Kajian Kaedah Kajian Pengenalan MUKA SURAT 1 2 3 4 5

2|Page

PENGENALAN
Perkahwinan amat dituntut dalam Islam. Ia dapat mengembangkan institusi sosial, selain merupakan saluran yang betul untuk meluahkan rasa kasih sayang seorang individu kepada individu lain yang berlainan jantina pada jalan yang dibenarkan syarak. Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Ruum, ayat 21:

Maksudnya: Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir
Ia juga dapat mengembangkan institusi sosial selain merupakan saluran yang betul untuk melepaskan hawa nafsu sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Aisyah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda (Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris. Jilid 2, 2005 : 287):

. (

Maksudnya : "Perkahwinan itu sebahagian dari sunnahku, maka barangsiapa tidak mengamalkan sunnahku, bukanlah ia dari golonganku. Dan hendaklah kamu berkahwin kerana sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya kamu kepada umat-umat yang lain. Barangsiapa yang mempunyai

3|Page

kemampuan hendaklah ia berkahwin dan barangsiapa tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu akan menundukkan nafsu. (Sahih)

Setiap pasangan yang berkahwin bercita-cita memiliki sebuah keluarga yang bahagia tetapi untuk mencapainya bukanlah perkara mudah. Banyak cabaran yang perlu dihadapi bagi memastikan keluarga yang dibina mampu mencapai kebahagiaan yang diidamkan. Ini kerana, perkahwinan melibatkan pasangan yang berlainan jantina, akal, perasaan, dan emosi yang biasanya merumitkan perhubungan antara manusia khususnya suami dan isteri serta ahli keluarga. Bagi mengekalkan keharmonian rumahtangga, pasangan harus mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental, dan emosi supaya masalah ini boleh diatasi. Tidak dinafikan, perkahwinan menuntut kasih sayang, hubungan seksual, tempat perlindungan, harta benda dan sebagainya. Namun, tuntutan ini perlu mempunyai asas ketaqwaan bersandarkan ajaran agama. Asas ini amat penting untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia bukan hanya di dunia malah di akhirat.

4|Page

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai tiga belas objektif dalam kajian yang dijalankan iaitu: 1. Menerangkan ciri-ciri keluarga bahagia 2. Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab antara anggota Keluarga 3. Mengamalkan adab dan tatasusila dalam keluarga 4. Mengamalkan gaya hidup keluarga yang sihat 5. Menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa dan anggota keluarga 6. Menghormati dan menghargai ibu bapa dan anggota keluarga 7. Mengenali dan memahami asal usul keluarga saya 8. Menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya 9. Mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya 10. Merasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya 11. Menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja 12. Menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan ceria 13. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya

5|Page

KAEDAH KAJIAN
Kaedah-kaedah kajian keluarga bahagia yang saya gunakan adalah seperti berikut:

1.

Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu, nenek, bapa saudara dan ibu saudara saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.

2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu ,nenek, bapa saudara dan ibu saudara saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka. 3. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu , nenek, bapa saudara dan ibu saudara saya, mengumpul beberapa gambar dari album keluarg serta mencari maklumat apakah yang dikatakan keluarga bahagia itu sendiri.

6|Page

LAPORAN KAJIAN
Laporan kajian saya merangkumi aspek berikut: 1. Definisi Keluarga Bahagia 2. Faktor yang mempengaruhi keluarga bahagia 3. Petua dan tips keluarga bahagia 4. Koleksi mutiara kata keluarga bahagia 5. Salasilah keluarga 6. Tokoh dalam Keluarga

7|Page

KELUARGAKU BAHAGIA
DEFINISI ATAU ISTILAH KELUARGA BAHAGIA 1. Hubungan Kamus Dewan (2005 : 546) mendefinisikan hubungan sebagai sambungan, rangkaian, kaitan, pertalian, sangkut paut atau berkenaan apa yang telah dinyatakan(diterangkan) atau yang sedang dibincangkan.

2. Keluarga

Menurut Kamus Dewan, (2005 :725) ialah keluarga bemaksud saudara mara, sanak saudara dan kaum kerabat. Keluarga juga didefinisikan sebagai sekalian orang yang mempunyai keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak serta keluarga angkat. Dengan kata lain, sebuah keluarga adalah terdiri daripada suami / bapa, isteri / ibu dan anakanak / adik beradik yang mempunyai pertalian darah, perkahwinan(m us ohar ah) atau angkat. Menurut perspektif Islam, keluarga dibina melalui ikatan perkahwinan yang sah

3. Bahagia Kamus Dewan (2005 : 104) mendefinisikan bahagia sebagai suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.

8|Page

PETUA KELUARGA BAHAGIA


1. Doa yang berterusan. 2. Patuh ajaran agama. 3. Murah dengan pujian. 4. Murah dengan khidmat. 5. Murah dengan belaian kasih sayang. 6. Murah dengan sentuhan. 7. Mencari kebaikan pasangan. 8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda. 9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran. 10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan. 11. Menilai diri daripada perspektif pasangan. 12. Berfikiran terbuka boleh tegur menegur. 13. Berani mengambil risiko emosi tegur/perubahan/ berpisah sementara. 14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan. 15. Tolak-ansur. 16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan. 17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata. 18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan. 19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan. 20. Sanggup berkorban buat pasangan. 21. Menghormati pasangan. 22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada. 23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
9|Page

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan. 25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur. 26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan. 27. Meletakkan hak kepada pasangan. 28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan. 29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan. 30. Mengawal marah. Buat perjanjian. 31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang. 32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah. 33. Menghormati sifat semula jadi pasangan. 34. Memahami peranan pasangan. 35. Hubungan perasaan sesama pasangan. 36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati. 37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu. 38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri. 39. Tujuh kali puji dan satu teguran. 40. Sebut I love you sepanjang masa. 41. Banyakkan bergurau dan bermesra. 42. Sentiasa berterus terang. 43. Beri masa untuk perubahan berlaku sabar. 44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran. 45. Elakkan salah pasangan. 46. Cari titik pertemuan. 47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga. 48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
10 | P a g e

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan. 50. Sentiasa bersemangat bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya. 51. Seimbangkan hubungan dari segi:

Mental, pendidikan dan ilmu Emosi Fizikal dan ekonomi Sosial Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa). 53. Tidak terlalu mengongkong. 54. Tidak bertindak bersendirian. 55. Memberi peluang untuk berbeza:

Pendapat atau pandangan Hobi Kegemaran Makanan Cita rasa Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa. 57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif. 58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa). 59. Tidak meminta yang bukan-bukan. 60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga. 61. Mencari kelainan dan perubahan positif. 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun. 63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

11 | P a g e

TIPS KELUARGA BAHAGIA


Tips Rumahtangga yang bercirikan syurga 1. Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu. 2. Penghayatan agama yang berterusan. 3. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai. 4. Perlu adanya pengukuhan ekonomi. 5. Komunikasi yang cemerlang. 6. Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri. 7. Suasana rumahtangga yang selesa. Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang 1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah 2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga 3. Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku. 4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga. 5. Makan malam bersama. 6. Beribadah secara berjemaah. 7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian. Tips Komunikasi ke Arah meningkatkan Kasih Sayang Berkekalan 1. Berkongsi impian dan tugasan di rumah. 2. Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga. 3. tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain. 4. Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing. 5. Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan. 6. Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab. 7. Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan. 8. Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar. 9. Memahami kepentingan hubungan seks. 10. Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.

12 | P a g e

Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri 1. Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan. 2. Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah. 3. Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik. 4. Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan. 5. Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati 6. Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari. 7. Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun. 8. Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari. 9. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan. 10. Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.

13 | P a g e

KOLEKSI MUTIARA KATA KELUARGA BAHAGIA


1. Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain. 2. Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. 3. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia. 4. Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya. 5. Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya. 6. Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya. 7. Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka. 8. Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka. 9. Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya. 10. Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia. 11. Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan. 12. Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan. 13. Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran. 14. Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka. 15. Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai. 16. Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.

14 | P a g e

17. Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga. 18. Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya. 19. Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya. 20. Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah. 21. Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita. 22. Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat. 23. Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya. 24. Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka 25. Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama. 26. Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana ketaatan keluarga kepada Allah. 27. Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.

15 | P a g e

KEPENTINGAN KELUARGA BAHAGIA


1. 2. Mengelakkan suami isteri daripada bertikam lidah tidak berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan. Wujud sikap tolak-ansur serta sikap saling menyayangi antara ahli keluarga - sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik orang terhadap keluarganya dan aku adalah sebaik-baik orang terhadap keluargaku kurang tekanan hidup 3. 4. 5. Dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dalam hidup Negara lebih harmoni - jenayah semakin berkurangan Negara lebih maju banyak pelaburan asing

PUNCA KERETAKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN


Konflik adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga (Patricia Noller dan Mary Anne Fitzpatrick,1993) 1. Kurang kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai suami/ayah dan isteri/ ibu dan anak 2. Kurang bijak menguruskan masa - obses mencari harta duniawi sibuk bekerja memenuhi tuntutan nafkah kehidupan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing 3. Ekonomi keluarga yang kurang mantap - menghadapi tekanan hidup 4. Mengabaikan pendidikan agama 5. Campur tangan ahli keluarga - bukan untuk berdamai

LANGKAH MEMBINA KELUARGA BAHAGIA


1. PERANAN IBU BAPA Memberikan didikan agama & moral yg teguh Albert Einstein, agama tanpa ilmu adalah buta manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh dapat membezakan hak dengan batil. Memantau pergerakan anak-anak yang baru berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinangMencurahkan kasih sayang yang secukupnya bagai menatang minyak yang penuh Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak jangan terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan - Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim

16 | P a g e

2. PERANAN ANAK-ANAK menuruti ajaran ibu bapa harus belajar bersungguh-sungguh - mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit

3. PERANAN AHLI KELUARGA saling menghormati dan memahami bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling membantu dan bekerjasama bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

4. PERANAN SEKOLAH Menanamkan nilai kasih sayang dalam proses pembelajaran (rendah, menengah & IPT) Melentur buluh biarlah dari rebungnya Keegoan masih belum menebal mudah ditegur dan dididik Nilai ini dapat dijadikan budaya hidup alah bisa tegal biasa dapat diaplikasikan ketika melayari kehidupan berkeluarga

5. PERANAN KERAJAAN Mengadakan kempen kesedaran besar-besaran dan berterusan tentang pentingnya sebuah keluarga yang bahagia Menyedarkan golongan ibu bapa Menganjurkan pelbagai program tentang kebahagiaan rumah tangga atau program yang menjurus ke arah kelahiran keluarga bahagia Mantan Perdana Menteri, PAK LAH merasmikan kempen Keluarga Penyayang Aspirasi Negara

17 | P a g e

SALASILAH KELUARGA

PROFIL KELUARGA
Setiap manusia yang hidup di dunia ini mempunyai profilnya yang tersendiri. Setiap manusia mempunyai profil yang berbeza kerana mungkin mengikut kesesuaian dari segi pemikiran, fizikal, dan rohani. Profil yang sama mungkin akan membuatkan orang tersebut berasa tidak sunyi daripada orang lain. Profil-profil ini sememangnya boleh ditukar tetapi mempunyai hadnya yang tersendiri. Sesetengah negara membolehkan rakyatnya untuk menukar profil mereka. Yang sering ditukar adalah nama rakyat tersebut. Jadi, profil yang kita ada ini mungkin boleh membimbing kita ke perjalanan yang kita minati.

Profil Ahli Keluarga

Setiap ahli keluarga juga mempunyai profil yang tersendiri. Di muka surat seterusnya akan dipaparkan profil ahli keluarga saya.

18 | P a g e

BIODATA IBU

Nama Nama samaran Jantina Tarikh Lahir Umur Taraf perkahwinan Adik beradik Pekerjaan Nama ibu Pekerjaan ibu Alamat

:Zuraidah Binti Ahmad :Ida atau adik :Perempuan :08 Julai 1976 :36 Tahun :Ibu tunggal :Anak kedua daripada dua beradik :Pegawai Keselamatan :Rubiah Binti Thamby :Suri rumah :Lot 213-D, Jalan Indah 14,Kampung Selayang Indah,68000 Batu Caves,Selangor.

Hobi

:Membaca novel

Makanan Kegemaran :Nasi Goreng Kampung Minuman Kegemaran :Tembikai susu Warna Kegemaran :Biru

Binatang kesayangan :Kucing No.Telefon :017-3407160

19 | P a g e

BIODATA DIRI

Nama Nama samaran Jantina Tarikh Lahir Umur Adik beradik Nama ibu Pekerjaan ibu Alamat

:Norzaidatul Atikah Binti Mohd Zaimee :Ika atau kakak :Perempuan :12Hb Jun 1999 :13Tahun :Anak tunggal :Zuraidah Binti Ahmad :Pegawai Keselamatan :Lot 213-D, Jalan Indah 14,Kampung Selayang Indah,68000 Batu

Caves,Selangor. Hobi Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Warna Kegemaran Binatang kesayangan No.Telefon Cogan Kata Tokoh :Membaca buku dan bermain permainan badminton :Nasi Ayam dan Chicken Chop :Milo ais dan Jus Oren :Merah jambu :Hamster :012-245 784 : Ilmu untuk difahami, bukan dihafal tapi tidak memahaminya : Steve Job, Bill Gates

20 | P a g e

SEDIKIT BUDI BICARA AHLI KELUARGA


Saya berasal dari sini(Kuala Lumpur ). Saya merupakan anak tunggal . Saya lebih sukakan keadaan yang tenteram dan damai. Pada waktu lapang saya selalunya membaca buku atau pun bermain badminton. Saya jenis orang yang mungkin cerewet sikit dalam memilih barangan. Pada pandangan saya, keluarga merupakan seperti peti soal jawab soalan. Mungkin tidak semua yang mempunyai keluarga yang diidamkan tapi inilah takdir yang telah Tuhan tetapkan untuk kita semua. Sehubungan itu, hormatilah ahli keluarga yang lain sementara mereka maish hidup di dunia ini. Cell tidak akan berkembang selagi tiada hubungan sesama cell itu sendiri.

21 | P a g e

KELUARGA KEMBANGAN
Setiap keluarga berkait-kait antara satu sama lain dengan keluarga yang lain. Apabila semakin banyak hubungan dibuat antara keluarga dengan keluarga lain, ini boleh menyebabkan liputan keluarga yang besar. Keluarga kembangan yang sememangnya ada yang kita kenal dan ada yang kita tidak kenal cepat berkembang. Kadang kala, orang yang tidak disangkakan kita merupada keluarga kembangan kita sendiri. Setiap keluarga mempunyai talian hubungannya sendiri. Talian hubungan ini sentiasa ditunjukkan dalm carta pokok keluarga.

22 | P a g e

CARTA KELUARGA KEMBANGAN

Ahmad Bin Nemak

Rubiah Binti Thamby

NUR ZAIDATUL ATIKAH


Mohd Zaimee Zuraidah Binti

Ahmad

FIKRI DAN FAKHRUL

SHAHRUDIN BIN AHMAD

AIZA BINTI JAIMON

23 | P a g e

Salasilah keluarga adalah asal usul keturunan keluarga itu sendiri. Salasilah keluarga saya bermula apabila arwah datuk saya membuat tautan janji bersama nenek saya empat puluh tahun dahulu di Gelang , Singapura. Hasil perkongsian ini mereka telah di kurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Shahrudin Ahmad dan Zuraidah Ahmad. Apabila usia Shahrudin Ahmad berusia 5 tahun mereka sekeluarga telah kembali ke Malaysia , tanah tumpah arwah datuk. Kedua cahaya mata di besarkan dengan di berikan didikan yang sempurna. Arwah datuk kembali ke rahmatullah pada tahun 2004. Sejak dari itu nenak berseorangan menghabiskan sisa masa tuanya bersama anak, menantu dan cucu kesayangannya.

Ibu bertemu jodoh bersama lelaki yang di cintainya pada tahun 1996. Dua tahun menyulam kasih akhirnya ayahku bersetuju memperisterikan ibu pada tahun 1998 dan di kurniakan seorang cahaya mata yang comel (Pelajar). Malangnya usia perkahwinan ibu dan ayah tidak kekal lama. Mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara damai dan aku adalah keutamaan mereka miskipun mereka membawa haluan masing masing. Aku di besarkan oleh ibu tanpa banyak persoalan dengan bantuan arwah datuk , nenek dan juga bapa saudaraku. Aku bersyukur kerana mereka membesarkan aku dengan limpahan kasih sayang. Aku bahagia bersama mereka. Walaupun

sebelah kaki keluargaku pincang tanpa ayah di sisi melihat ku membesar. Aku tetap bersyukur kerana adanya mereka.

Pak Longku (Shahrudin Bin Ahmad) banyak berkorban demi aku dan keluarganya yang lain. Demi melihat aku membesar dengan sempurna Pak Longku menangguhkan hasratnya untuk berkahwin buat seketika.Pak Longku bertemu jodoh pada penghujung tahun 2007 dengan pilihan hatinya sendiri. Setelah setahun mengenali Mak Longku akhirnya mereka berkahwin pada tahun 2008.

Mereka di kurniakan dua orang putera .

24 | P a g e

TOKOH DALAM KELUARGA

4.3 Tokoh dalam keluarga


Bapa saya boleh dijadikan tokoh dalam keluarga saya. Bapa saya boleh dikatakan seorang yang serba boleh, banyak sungguh kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa yang mustahil dilakukan di dunia ini asalkan kita lakukan adalah terarah kepada perkara kebaikan dan kejayaan. Beliau juga percaya bahawa kejayaan bagi sesuatu kerja yang dilakukan adalah hasil kerja keras dan semangat yang tidak mudah mengaku kalah. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang tidak berada, k bidang akademik sudah terserlah sejak di bangku sekolah lagi dengan penganugerahan Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Perlis (UPS Peringkat Negeri Perlis(PMR). Di samping cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam bidang ko sekolah mahupun universiti. Beliau aktif dalam sukan bola ta dan mewakili pasukan hoki sekolah (dari tahun 1979 hingga tahun 1981). Beliau merupakan pengawas sekolah (dari tahun 1979 hingga 1983) dan dilantik menjadi Ketua Pengawas

12 | M u k a s u r a t
pada tahun 2005 semasa dia lajar kita mempunyai keyakinan bahawa apa yang kecemerlangan bapa saya dalam UPSR) dan Anugerah Pelajar Terbaik ko-kurikulum dan kepimpinan baik di peringkat tampar semasa di sekolah rendah ecemerlangan gerah mpar
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

13 | M u k a s u r a t
pada tahun 1983. Beliau merupakan Presiden Persatuan Matematik dan Sains pada tahun 1983. Semasa berada di universiti, beliau turut diberi kepercayaan untuk menjadi Presiden Kelab Astronomi dan Exco Kamsis Dato Onn serta Presiden Pesta Ponggal, satu-satunya perayaan yang disambut dengan meriah di UKM. Walau pun bapa aktif menyertai persatuan, tetapi beliau tidak pernah melupakan pelajaran kerana mempunyai jadual sendiri selain bertanya kepada pensyarah jika tidak faham. Ini terbukti di mana beliau adalah salah seorang pelajar pengajian tinggi yang telah diberi ganjaran biasiswa sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmataan Awam (JPA), Malaysia. Disebabkan bapa saya suka membantu orang lain, beliau juga melibatkan diri dalam banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak universiti seperti menderma darah dan bergotong-royong membersihkan kawasan kamsis. Pada keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa sikap bapa saya yang sentiasa merendahkan diri dan berfikiran positif menjadikan beliau seorang yang berjaya di dalam akademik dan kepimpinannya. Kini, bapa diamanahkan untuk mengurus sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur. Sejak saya kecil lagi, bapa saya telah menanamkan minat untuk membaca dalam diri saya disebabkan beliau sendiri suka membaca. Bapa saya membawa saya ke perpustakaan awam sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. Beliau selalu berkata bahawa membaca adalah jambatan ilmu. Memang benar, kemahiran membaca bukan sekadar membantu saya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi membantu meningkatkan proses perkembangan mental dan sosial saya dengan lebih baik. Setiap kali saya mendapat kejayaan dalam pelajaran, bapa saya akan menghadiahkan buku sebagai satu dorongan untuk menambahkan lagi minat saya untuk membaca. Sehingga sekarang, saya sentiasa membaca buku cerita pada waktu lapang saya dan juga sebelum saya tidur pada waktu malam.
Sejarah Tingkatan 1 Salasilah Keluarga

14 | M u k a s u r a t
Bapa saya tidak pernah berkompromi untuk memberi pendidikan terbaik kepada saya dan adik saya. Bapa saya sentiasa memberi motivasi kepada kami untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun aktiviti ko-kurikulum bagi menjamin kejayaan dalam hidup kami pada masa-masa akan datang. Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa mempedulikan perasaan atau pendapat anak mereka. Tetapi, walaupun sibuk dengan tugas hariannya,

25 | P a g e

bapa saya cuba sedaya upaya meluang dan memperuntukkan masa yang berkualiti bersama saya dan adik saya untuk berbincang, menyelesaikan masalah, memberi nasihat dan teguran yang membina. Selain daripada itu, satu kelebihan istimewa pada bapa saya ialah beliau sangat kreatif. Apa sahaja projek yang saya lakukan, beliau akan memastikan bahawa ia adalah kreatif iaitu lain dari yang biasa dibuat oleh orang lain. Maka, ini menyebabkan saya sentiasa mencari idea baru untuk melakukan sesuatu. Banyak yang saya pelajari dari bapa kesayangan saya. Saya amat bersyukur mendapat bapa yang cemerlang sepertinya, sememangnya beliau dipilih menjadi tokoh keluarga saya.

KESIMPULAN

Keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang anak-anak adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang betul yang boleh menjamin kehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala suasana "Keluarga Bahagia" yang menjadi idaman semua manusia adalah matlamat yang ingin dicapai dengan apacara sekalipun. Cuma apa yang cuba dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaian terhadap erti kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahan yang dihadapi oleh manusia dari sudut ketiga-tiga elemen penting yang kita huraikan sebentar tadi.

Namun apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalam mendambakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah; kesediaan kita untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik dalam segala agenda hidup kita, tanpa mempertikaikannya sedikitpun. Bilamana kita merasa kehidupan contoh (mithali) yang di tunjukkan oleh Baginda tidak dapat kita terima, atau gagal kita ikuti, itu bukan bermakna kita perlu mencari alternatif lain dalam mencari kebahagiaan hidup. Tapi apa yang perlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengan kemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi, hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi memperolehi keredaan Allah SWT.

Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang
26 | P a g e

merupakan "Kalamullah" dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Adil ke atas sekelian Wallahu aalaamu bis-sowaab. makhluk ciptaanNya.

Gambar keluarga bahagia saya

27 | P a g e

28 | P a g e

29 | P a g e

30 | P a g e

31 | P a g e

32 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai