Anda di halaman 1dari 16

Keluarga Bahagia

Pengenalan
Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi mesti mempunyai sebuah institusi
kekeluargaan. Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui
pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Keluarga terdiri daripada
bapa, ibu, abang, kakak, adik, datuk, dan nenek dan sebagainya. Ketua sesebuah
keluarga ialah bapa. Setiap ahli keluarga mempunyai tugas masing-masing untuk
melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.Tugas bapa ialah mencari sumber rezeki,
tempat kediaman, pakaian dan makanan. Ibu pula menjaga anak-anak dengan baik,
Anak-anak pula menjaga nama baik keluarga.

Definisi Keluarga Bahagia

Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kula dan warga "kulawarga" yang berarti "anggota" "kelompok
kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah,
bersatu. Keluarga adalah dua atau lebih dari dua individu yang tergabung kerana hubungan darah,
hubungan perkahwinan atau pengangkatan dan mereka hidup dalam suatu rumah tangga, berinteraksi satu
sama lain dan dalam peranan masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan.
(Menurut Salvicion dan Ara Celis). Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa keluarga
adalah : - Unit terkecil dari masyarakat - Terdiri atas 2 orang atau lebih - Adanya ikatan perkahwinan atau
pertalian darah - Hidup dalam satu rumah tangga - Di bawah asuhan seseorang ketua rumah tangga -
Berinteraksi diantara sesama anggota keluarga - Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan
tanggungjawab masing-masing - Diciptakan, mempertahankan suatu kebudayaan.

Bahagia dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dan lahir dari hati seseorang dengan
sifat-sifat mulia dan terpuji seperti amanah, bersyukur, bersangka baik terhadap orang lain dan
sebagainya yang kalau dikaitkan dalam sesebuah rumahtangga bahawa kebahagiaan itu merupakan suatu
yang amat perlu dalam kehidupan berkeluarga kerana ia menjamin matlamat hidup sama ada di dunia
mahupun di akhirat.

Keluarga Sihat Keluarga Bahagia


Keluarga bahagia terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal,
psikologi, sosial dan kerohanian.

Ciri-ciri keluarga sihat


 Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
 Mempunyai pendidikan yang sewajarnya serta mencukupi
 Mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat,bersenam secara
tetap, tidak merokok dan tidur secukupnya
 Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
 Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
 Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
 Mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi
 Mengamalkan nilai agama dan moral
 Memupuk sokongan sosial
 Beriadah bersama
Kepentingan keluarga sihat
Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat. Sebuah
keluarga yang sihat dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial dan
psikologi secara optima disamping mengutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan
masyarakat setempat.

Asas Pembentukan Keluarga


Asas keluarga bahagia boleh dilihat dari pelbagai sudut.Maka ia boleh dikategorikan kepada dua aspek
iaitu:
 kebahagiaan tersurat
 kebahagiaan tersirat
1. Pembentukan keluarga bahagia itu juga mestilah berlandaskan kasih sayang.Tanpa kasih
sayang maka sesebuah akan sentiasa terumbang-ambing dan tidak kukuh.
2. Sikap tolak ansur dan memperbanyakkan kesabaran.
3. Menjalankan sikap amanah dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab pula dipikul dengan
ringan hati serta saling hormati-menghormati.
4. Mewujudkan pergaulan yang baik,jaun dari sebarang
kemungkaran,kemaksiatan,penganiayaan,dan kezaliman.
Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

1. Dapat menyempurnakan rukun-rukun


keluarga
Rumah tangga mestilah mampu menjadi tempat tinggal
yang menenangkan, tempat membina rasa cinta dan kasih
sayang sesama keluarga dan menjadi sumber memupuk
rasa belas kasihan dan tanggungjawab.
2. Dapat memainkan peranan
Sebagai institusi mendidik anak-anak sehingga mereka
menjadi generasi yang muttaqin, amilin, solihin, muslihin
dan layak memikul tugas sebagai hamba Allah.
3. Dapat memenuhi objektif perkahwinan
 Untuk memenuhi tuntutan kepuasan naluri seksual sebagai satu cara yang dapat
mengurangkan ketegangan dan memberi ketenangan jiwa dan emosi manusia.
 Menentukan supaya keturunan manusia dapat disahkan, memelihara status
rumahtangga, hubungan keakraban yang harmoni, erat dan mesra.
 Menjamin keredhaan, rahmat dan restu Tuhan dalam kehidupan di dunia dan
akhirat.

Cara-Cara Menjana Keluarga Bahagia

1.Tanggungjawab pasangan suami isteri


Suami isteri masing-masing mempunyai peranan dalam kehidupan rumah tangga.Masing-masing perlu
tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang
masalah.

2.Menyelesaikan konflik secara bersama dan rasional


Luahkan segala masalah yang dihadapi dan berbincang secara terbuka agar konflik dapat ditangani
dengan cara yang paling baik

3.Berkomunikasi antara satu sama lain


Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh
pasangan masing-masing.Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar
yang baik kepada anda.

4..Tabah dan sabar


Sikap tabah dan sabar perlu ada dalam diri setiap insan.Suami isteri perlu bersabar dengan kelemahan
pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

Proses Pembentukan Keluarga Bahagia


Kejayaan membina keluarga cemerlang boleh dibahagikan kepada tiga proses utama
iaitu :
1) PROSES AWAL
Proses awal adalah persiapan setiap pasangan suami isteri setelah bergelar ibu atau
bapa. Pada peringkat ini, persiapan daripada sudut ilmu rumah tangga amat penting
bagi menjamin keharmoniaan rumah tangga.
2) PROSES PERTENGAHAN
Proses ini penting dalam menghidupkan suasana harmoni rumah tangga. Ibu bapa
berperanan penting dalam menentukan hala tuju keluarga yang sebenar. Memenuhi
keperluan asas merupakan tanggungjawap utama ibu bapa.
3) PROSES AKHIR
Melatih anak-anak dengan amalan nilai-nilai murni.Anak-anak didedahkan kepada sikap
menhormati ibu bapa atau orang yang lebih tua serta tahu membezakan perkara baik
dan buruk sebelum mengambil sebarang tindakan.

Faktor-faktor Penghalang Proses


Pembentukan Keluarga Bahagia
1) Tidak bersedia berhadapan dengan masalah
-Tidak kira sama ada masalah tersebut kecil atau besar
ia perlu diatasi berlandaskan pemikiran yang bijak. Jika
seseorang itu tidak bersedia berhadapan dengan
masalah maka sukar baginya untuk membentuk sebuah
keluarga yang harmoni.

2) Tiada ilmu yang cukup dalam mengurus rumah tangga


-Kebanyakan kes keruntuhan rumah tangga yang
berlaku berpunca daripada ketiadaan ilmu yang cukup
dalam mengendalikan sebuah keluarga. Bertambah
malang apabila ada antara pasangan suami isteri yang
enggan merujuk kepada orang yang berpengalaman.

3) Mengabaikan perintah agama


-Menganggap agama tidak perlu dalam urusan harian
adalah kesilapan paling besar dan merugikan.Ini kerana
agama adalah asas kepada kehidupan seorang
manusia.Jika tidak melaksanakannya dengan sempurna
maka kehidupan harmoni tidak dapat dikecapi.

4) Tidak berfikiran jauh


-Hanya memenuhi keperluan perancangan jangka
pendek sahaja dan mengabaikan keperluan
perancangan jangka panjang.

5) Berpuas hati dengan apa yang dimiliki


-Pemikiran seperti ini kurang memberi kebaikan kepada

perjalanan keluarga di masa hadapan.


Peranan Ketua Keluarga Membentuk
Keluarga Bahagia

Sebagai seorang ketua keluarga hendaklah menunjukkan dan


mempamerkan contoh terbaik untuk dicontohi oleh anak dan isterinya.
Keluarga yang menginginkan kebahagiaan juga hendaklah menjiwai
dan mengamalkan sifat yang baik dan mulia.
 Sentiasa mengutamakan dan peka tentang pendidikan agama kepada
diri dan keluarganya.
 Ibu bapa perlu memastikan rezeki yang diperolehi adalah dari sumber
yang halal lagi baik.
 Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk bersama ahli
keluarga.
 Bapa sebagai ketua keluarga adalah juga berperanan sebagai wali
pernikahan bagi seseorang anak perempuan. Sebagai wali, pemahamannya
sebagai pemegang amanah amatlah penting disamping memahami dengan
jelas syarat-syarat wali.
 Ketua keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat
besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Peranan Ayah dalam Keluarga


Peranan ayah untuk anak dalam keluarga adalah sebagai penyeimbang
hubungan anak dengan orang tua baik ayah ataupun ibu. Mengingat keadaan
sosial saat ini yang biasa membuat ayah semakin banyak berfikir dan fokus
untuk memenuhi dari sisi kewangan keluarga biasa membuat hubungan tidak
seimbang antara anak dengan orang tua.

Peranan Ayah untuk anak dalam keluarga hanyalah pada pokok komunikasi
selain pada sisi kewangan.Ertinya bahawa ayah biasa membangun sebuah
hubungan dengan anak dalam berbagai bentuk komunikasi yang terjadi
sesuai dengan usia anak.

Dalam membangun kecerdasan emosional anak,peranan ayah juga sangat


diharapkan. Komunikasi yang terjalin dengan baik biasa memberikan manfaat
yang baik terhadap anak.

Mendekatkan diri pada anak biasa dilakukan dengan beberapa cara seperti:

*Meluangkan waktu yang cukup untuk keluarga


*Bermain dengan anak
*Memberikan keteladanan dengan bijaksana
*Mengakui kesalahan, meminta maaf dan mengucapkan terima kasih
kepada anak
*Menjadi penyemangat dan pendukung anak
*Menjadi pendengar yang baik jika anak sedang mengutarakan
permasalahannya
*Menghindari tindakan kasar yang merugikan fizik dan psikologi anak
*Mengajak anak untuk berolah-raga dan tamasya
*Kenali siapa teman anak Anda
Ayah adalah bahagian yang tidak terpisah dalam keluarga. Keluarga bukan
hanya urusan para Ibu, sementara urusan Ayah adalah mencari nafkah.
Pembahagian peranan yang kukuh antara Ayah dan Ibu tidak memadai dan
bukan zamannya lagi. Baik Ayah maupun Ibu, semuanya menjalani peranan-
multi di dalam keluarga.

Ada 4 peranan Ayah di dalam keluarga. Peranan itu adalah:

1. (Teman bermain)
Sebagai teman bermain, Ayah menjadi teman bermain bagi anak-anaknya.
Permainan membuat anak merasa nyaman dan menjadi saranan membangun
ikatan. Semakin sering Ayah bermain dengan anak, biasanya semakin
berkualiti mental anak.

2.(Sebagai pendidik dan pengasuh)


Seorang ayah yang baik juga harus bisa berperan sebagai guru. Guru itu
berarti sumber pengetahuan bagi anak. Peranan penting Ayah sebagai guru
bukan hanya untuk mentransfer pengetahuan, tetapi juga untuk memelihara
rasa keingintahuan anak.

Bidang-bidang yang biasanya dikuasai Ayah dan lebih baik dari Ibu adalah
pelajaran ABCD (Ally/sekutu, Boundaries/batas, Challenge/tentangan,
Dreams/mimpi).

3.(Pelindung)
Setiap Ayah pasti memiliki naluri untuk melindungi anaknya sejak lahir. Tapi
fungsi Ayah sebagai pelindung bukan hanya itu. Justeru, yang terpenting
adalah mengajarkan anak-anak untuk melindungi dirinya sendiri kerana orang
tua tidak mungkin berada bersama mereka setiap waktu.

4.(Mitra)
Sebagai partner, fungsi Ayah bukanlah mendukung Ibu dalam pengasuhan
anak, tetapi. Ertinya, Ayah memiliki hak dan tanggungjawab yang sama
dengan Ibu.

Sebagai mitra, Ayah tidak boleh hanya berharap dan bergantung pada Ibu,
tetapi juga terlibat aktif. Ayah juga memiliki hak untuk bermain bersama anak,
tidak hanya berfungsi sebagai “bad cop” untuk menakut-nakuti anak.

Peranan Ibu Dalam kelurga


Peranan Ibu dalam Keluarga dan fungsi seorang ibu adalah sebagai “tiang
rumah tangga” amatlah penting bagi terselenggaranya rumah tangga yang
sakinah yaitu keluarga yang sehat dan bahagia, kerana di atas yang
mengatur, membuat rumah tangga menjadi syurga bagi anggota keluarga,
menjadi mitra sejajar yang saling menyayangi bagi suaminya. Untuk
mencapai ketentraman dan kebahagian dalam keluarga dibutuhkan isteri
yang shaleh, yang dapat menjaga suami dan anak-anaknya, serta dapat
mengatur keadaan rumah sehingga tempat rapih, menyenangkan, memikat
hati seluruh anggota keluarga.

Para ibu, harus bekerja keras mendidik anak dan mengawasi tingkah laku
mereka dengan menanamkan perilaku terpuji serta tujuan-tujuan mulia,
adapun tugas-tugas para ibu mendidik anak-anaknya iaitu :

1) Para ibu harus membiasakan perbuatan-perbuatan terpuji pada anak.

2) Para ibu harus memperingatkan anak-anak mereka akan segala kejahatan


dan kebiasaan buruk,perilaku yang tidak sesuai dengan kebiasaan sosial
dan agama.

3) Para ibu harus memiliki kesucian dan moralitas sebagai jalan pendidikan
untuk putra-putri mereka.

4) Para ibu jangan berlebihan dalam memanjakan anak.

5) Para ibu harus menanamkan pada anak rasa hormat pada ayah mereka.
6) Para ibu jangan pernah menentang suami, sebab akan
menciptakan aspek kebencian dengan kedengkian satu sama lain.

7) Para ibu harus memberitahu pada kepala keluarga setiap


penyelewengan tingkah laku anak-anak mereka.

8) Para ibu harus melindungi anak dari hal-hal buruk menggoda serta
dorongan- dorongan perilaku anti sosial.

9) Para ibu harus menghilangkan segala ajaran yang dapat mencederai


kesucian serta kemurnian atau meruntuhkan moral dan etika seperti buku-
buku porno novel.

10) Para ibu harus memelihara kesucian dan perilaku terpuji.

11) Para ibu bertanggungjawab menyusun wilayah-wilayah mental serta sosial


dalam pencapaian kesempurnaan serta pertumbuhan anak yang benar.
Sejumlah kegagalan yang terjadi diakibatkan oleh pemisahan
wanita dari fungsi-fungsi dasar mereka.

Ibu-ibu yang sering berada di luar rumah yang hanya menyisakan sedikit
waktu untuk suami serta anak-anak telah menghilangkan kebahagian anak,
menghalangi anak dari merasakan nikmatnya kasih sayang ibu, sebab
mereka menjalankan berbagai pekerjaan di luar serta meninggalkan anak
disebahagian besar waktunya.

Peranan Anak Dalam Keluarga


Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga adalah bersahsiah
mulia dan berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana tingkah laku anak yang sopan dapat
melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai persaingan dalam kerjaya mereka. Hal ini
selaras dengan peribahasa, “ yang merah itu saga, yang kurik itu kundi, yang baik itu
bahasa, yang indah itu budi.” Sehubungan dengan itu, setiap anak perlu sentiasa bertutur
dengan lemah lembut dan berhemah tinggi untuk melayani ibu bapa mereka. Kita tidak patut
bertengkar dengan adik-beradik sehingga merisaukan orang tua kita. Sebagai jantung hati ibu
bapa, anak hendaklah bersalam kepada orang tua dan mesti meminta kebenaran daripada
mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Kata-kata hikmat harus sentiasa tertanam dalam
bibir anak, seperti “ terima kasih”, “maafkan saya”, “bolehkah saya”, “tolong” dan lain-lain lagi.
Segala penat lelah ibu bapa akan reda ketika menghadapi anak mereka yang berperangai murni
. Tegasnya, tingkah laku anak yang berjati diri dan berbudi bahasa dapat meningkatkan
keharmonian dalam rumah.

Selain itu, anak perlu mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu
bapa dengan melakukan kerja rumah tangga. Pada alaf baru yang sentiasa berkompetitif,
kebanyakan ibu telah bekerja di luar di samping memainkan peranan sebagai suri rumah
tangga. Senario ini menyebabkan mereka sentiasa menghadapi lambakan kerja yang tidak
pernah habis. Sebagai anak yang bertimbang rasa, kita juga patut melakukan kerja-kerja rumah
tangga untuk meringankan beban ibu yang disayangi. Sebagai contoh, kita boleh menyapu
rantai, mencuci baju dan kasut sekolah , mengelap tingkap, mencuci kereta malah memasak.
Semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan oleh setiap ahli
keluarga. Bagaimanapun, kebanyakan remaja sekarang meremehkan kerja rumah tangga
malah keadaan bilik mereka berselerakan. Ibu bapa yang penat dan sibuk dengan kerja rumah
tangga pasti tidak mungkin dapat menaruh kasih sayang kepada anak mereka bagai
menatang minyak yang penuh. Dengan kata lain, anak yang sanggup melakukan kerja-
kerja rumah tangga dapat meningkatkan kualiti kesejahteraan keluarga.

Di samping itu, salah satu peranan anak adalah menghargai jasa ibu bapa mereka. Nilai
kesyukuran perlu ada pada setiap insan. Kata orang yang bijak pandai, “orang yang
bersyukur ialah manusia yang bahagia kerana dapat menikmati segala kurniaan-
Nya.” Rentetan daripada itu, setiap anak perlu menghargai segala nikmat yang diperoleh.
Mereka perlu mengenang jasa ibu bapa seperti peribahasa, “hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati”. Untuk berterima kasih kepada ibu bapa yang mengasuh,
membimbing dan mendidik kita, sebagai anak, kita harus taat dan hormat kepada mereka.
Ketika hari jadi ibu bapa, anak boleh membuat kad hari jadi kepada mereka. Anak boleh
membeli hadiah kepada ibu bapa dengan wang saku. Kad yang berharga satu dua ringgit itu
membawa makna yang tidak ternilai kepada penerima kerana anak itu sedar akan kesusahan
dan pengorbanan ibu bapa mereka. Ketika Hari Bapa atau Hari Ibu, adik-beradik boleh
menyediakan hidangan yang disukai oleh ibu bapa untuk mengambil hati mereka. Natijahnya,
anak perlu menghargai jasa ibu bapa mereka dan berusaha membahagiakan mereka.

Sementelahan, anak berkewajipan untuk belajar dangan bersungguh-sungguh. Anak


yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan dapat mengharumkan nama keluarga.
Ibu bapa akan berasa bahagia dan berpuas hati ketika anak mereka mencapai kejayaan dalam
pelajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian anak merupakan impian setiap ibu bapa.
Mereka bekerja keras untuk menyekolahkan anak mereka supaya anak mereka dapat
melanjutkan pelajaran ke menara gading. Sebagai pelajar, anak perlu memikul tanggungjawab
tersebut dengan belajar bersungguh-sungguh, ibarat genggam bara api, biarlah sampai
jadi arang. Kepandaian atau kecerdikan setiap orang adalah berbeza tetapi usaha tangga
kejayaan. Jika setiap anak dapat menelaah pelajaran dengan tekun dan teliti, pelajaran
mereka pasti dapat menuju ke arah kegemilangan kerana di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan. Segala usaha yang pahit dapat melahirkan buah yang manis. Kecemerlangan anak
dalam pelajaran turut membantu mereka memperoleh biasiswa sehingga meringankan beban
ibu bapa untuk menanggung kos pendidikan anak. Dengan kata lain, anak perlu belajar dengan
tekun untuk mengharumkan nama keluarga.

Secara tuntasnya, anak memainkan peranan yang penting untuk membahagiakan


keluarga mereka. Anak yang bersopan, bertanggungjawab, berdisiplin, rajin dan menghargai
jasa ibu bapa dapat mencambahkan keluarga yang sakinat. Walau bagaimanapun, setiap
anggota keluarga perlu bermuafakat seperti peribasasa, “bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat” untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang utuh dan
sejahtera. Atas persefahaman dan kerjasama setiap anggota keluarga, progaram “Rumahku,
Syurgaku” dan “Semakin Hari Semakin Sayang” baru dapat direalisasikan.
Pengajaran
Peyempurnaan 'Keluarga Bahagia' ialah peranan, tanggungjawab, dan kasih sayang antara bapa ibu dan
anak-anak Keluarga merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah keluarga. Kita
hendaklah melahirkan peranan penting untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.
Kita perlu mempunyai sikap kasih sayang terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang
bahagia. Akhirnya,setiap ahli keluarga perlu mempunyai sikap tolak ansur untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Tanpa kerjasama setiap anggota keluarga impian untuk melahirkan keluarga
bahagia tidak akan dicapai.

Rujukan
1. http://alchimistas.blogspot.my/2014/10/keluarga-merupakan-institusi-yang.html
2. http://cikgumatdin.blogspot.my/2012/07/entri-10-teks-pidato.html
3. http://cikgutum.blogspot.my/2013/11/peranan-ibu-bapa-dalam- pembentukan.html
4. http://kumpulan34.blogspot.my/

5. https://psvk7khamis.wordpress.com/tema-2/1-keluarga-bahagia/

Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-
anak . Untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah
menyedari akan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak menjadi
insan yang mulia . Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka
dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana
pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu
sendiri . Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-
anak dapat mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka kerana
mereka merupakan “role model” bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga
merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan
bersahsiah mulia. “Rumahku, Syurgaku”

Anda mungkin juga menyukai