Anda di halaman 1dari 10

Ragam Ayat

Ragam Ayat

1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:

(a) ayat penyata;

(b) ayat tanya;

(c) ayat perintah;

(d) ayat seruan.

2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:

(a) Ayat penyata

1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.

2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.

Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita,
benda, kejadian, dan sebagainya.

Contohnya:

i. Kakak sedang menyiram bunga.

ii. Lembu itu akan dijual.

Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

(b) Ayat tanya

1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat,
benda, manusia, binatang dan sebagainya.

2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :

a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.

b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

Contohnya
i. Berapakah harga kasut itu?

ii. Sudahkah adik minum susu?

iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.

1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana,
bagaimana, kenapa dan mengapa.

2. Diakhiri dengan partikel -kah.

Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.

2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.

3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )

contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah

1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.

Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang,


mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.

2. Ayat perintah terbahagi kepada

a. Ayat Suruhan

b.Ayat Permintaan

c.Ayat Larangan

d.Ayat Silaan

Contohnya:

a. Ayat Suruhan

1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.


2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.

Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.

Turunlah dari sini sekarang juga.

Cuci kasut kamu. (suruhan)

b. Ayat Permintaan

1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.

2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.

Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.

Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.

Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)

c. Ayat Larangan

1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .

2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.

3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.

Contoh : Jangan minum air itu.

Usahlah menangis lagi.

Jangan petik bungs itu.(Iarangan)

d. Ayat Silaan

1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.

2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.

3. Partikel -lah boleh digunakan.

Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.

Jemputlah menikmati

Datanglah ke rumah saya. (silaan)


(d) Ayat seruan

Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan,
dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.

Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )

3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.

4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.

Contohnya:

i. Amboi, cantiknya baju kamu!

ii. Aduh, sakitnya perut aku!

Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai


maksud sama.

2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.

3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:

(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya

(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.

(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.


2.1 Ragam Ayat

Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan lain,
ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu.

Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur
dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan
ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai
judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama
yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.

Contoh:

(4) Amar menendang bola itu. (ayat aktif)

(5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif)

(6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif)

(7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif)

(8) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)

2.2 Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai
unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh
frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak
transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh
objek sebagai penyambut.
Contoh :

a) Ayat Aktif Transitif

Subjek

Predikat

Kata Kerja Transitif

Objek

(9) Pekerja

(10) Budin

(11) Air mata

membaiki

membeli

membasahi

jalan itu.

buah durian.

pipinya.

b) Ayat Aktif Tak Transitif

Subjek

Predikat

Kata Kerja Tak Transitif

Objek

(12) Kanak-kanak

(13) Ombak
(14) Diana

sedang mandi

memutih

menangis

di kolam itu.

di pantai Damai.

sepanjang malam.

2.3 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata
kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam
bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:

a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua

c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

Subjek

Kata Kerja Pasif

Oleh + Frasa Nama

Keterangan

(15) Kereta itu

(16) Semak samun

sudah dibeli
dibersihkan

oleh Amin

oleh pekerja

minggu lepas

setiap bulan.

ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua

Subjek

Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua

Keterangan

(17) Kereta itu

(18) Kuih itu

sudah saya bersihkan

belum awak makan

pagi tadi.

lagi.

iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

Subjek

Kena

Kata Kerja Dasar

Oleh+Frasa Nama

(19) Rusa itu

(20) Budak itu


kena

kena

tembak

kejar

oleh pemburu.

oleh anjing.

2.4 Jenis Ayat

Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis:

i) Ayat penyata

ii) Ayat tanya

iii) Ayat perintah

iv) Ayat seruan

a) Ayat Penyata

Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai
tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali
sebagai ayat keterangan.

Contoh:

(21) Saya sudah memiliki kereta baru.

(22) Dunia ini penuh dengan dugaan.

(23) Dia pandai mengawal emosinya.

b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan
nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya
atau tanpa kata tanya.

c) Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua
seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.

d) Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan
tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah, takut, gembira, sedih dan
sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut
Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan
sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

Dicatat oleh norina hasan di 7:09 PTG

Anda mungkin juga menyukai