Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN
Hari Keluarga yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi
mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga
masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah asas dalam
pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu dalam
melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari
Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan
meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga. Penganjuran Hari
Keluarga ini juga telah diselitkan dengan aktiviti sukaneka bagi mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan kejiranan. Aktiviti-aktiviti yangn
akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi
menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara adik-beradik,
keluarga dan juga jiran tetangga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini
meliputi kerohanian dan sukaneka. Adalah menjadi harapan agar sambutan
Hari Keluarga ini akn meriah dan berjalan serta jayanya mencapai
objektifnya.

 2.0 OBJEKTIF

 Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan


aktiviti  bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang
terluang.
 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan
hubungan silaturahim  dalam kalangan ahli keluarga dan juga jiran
tetangga.
 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan
menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti sukaneka yang
dijalankan.
 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam
kalangan adik-beradik,ahli keluarga dan jiran tetangga sekaligus
dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai