Anda di halaman 1dari 5

Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai

penutur bahasa Melayu tanpa mengambil kira latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini
menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang kita tuturkan
berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam
kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di negara kita sebagai
masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa.

PENGENALAN

Hari Keluarga Kelab Alumni Sebentok yang julung kali merupakan salah satu aktiviti
kelab bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan sesame ahli KAS. Ini kerana
silaturrahim yang baik antara ahli adalah saluran asas dalam pembentukan sikap,
nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat
yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah
satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua
ahli. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang
bagi menghasilkan satu platform semangat kerjasama dan muhibbah antara warga
Kelab Alumni Sebentok. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek
sukaneka dengan harapan setiap warga KAS agar sambutan Hari Keluarga kali ini
akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

OBJEKTIF

Memberikan ruang kepada warga KAS untuk melakukan aktiviti bersama


antara ahli.

Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan


silaturahim di antara warga KAS.

Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan


Menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga


KAS sekaligus dapat mewujudkan ikatan kepasukanan yang kuat.
TEMA

Cadangan tema untuk Hari Keluarga adalah “Hubungan dierat Kelab diperkuat”

Dengan terlaksananya Hari Keluarga Kelab Alumni Sebentok diharapkan dapat


mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan warga KAS, di samping
dapat mewujudkan persefahaman dan semangatkerja berpasukan di warga KAS sekaligus
dapat menjadi sebuah pasukan yang kuat dan bersatu padu

RASIONAL: Mewujudkan semangat kekeluargaan


a n t a r a G u r u - g u r u d a n Kakitangan SK Damak.M A T L A M A T :
Memupuk nilai-nilai murni dan kasih sayang antara
a h l i keluarga sendiri dan dikalangan warga SK Damak.O B J E K T I F : 1 .
Merapatkan silaturrahim antara keluarga ahli
K e l a b G u r u d a n Kakitangan SK Damak.2. Mewujudkan kerjasama yang erat
antara ahli Kelab Guru danKakitangan SK Damak.

Hari Keluarga Universiti Malaysa Sabah (HAKUMS) yang diadakan sejak tahun 1999
merupakan salah satu aktiviti rasmiuniversiti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan
kekeluargaan antara semua golongan di UMS bersama ahli keluarga masing-masing. Ini
kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan
integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan
dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan,
golongan Akademik dan kakitangan sokongan. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat
setiakawan dan muhibbah antara warga Univetrsiti Malaysia Sabah. Antara pengisian
dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi
harapan setiap warga UMS agar sambutan Hari Keluarga kali ini akan lebih meriah dan
berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

OBJEKTIF

2.1 Memberikan ruang kepada staf UMS untuk melakukan aktiviti bersama

keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan

silaturahim di kalangan staf dan ahli keluarga UMS.


2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam

nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.5 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf

UMS sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keluarga Universiti Malaysia Sabah Ke-8 (HAKUMS) 2008

diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan

staf dan ahli keluarga UMS, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat

kerja berpasukan di kalangan staf UMS sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti

kerja dan mencapai objektif HAKUMS -8, 2008.

Menghimpunkan semua ahli dan anggota keluarga Gangkagoh yang telah lama sekian
lama tidak berjumpa.

2. Mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dalam kalangan keluarga Gangkagoh.

3. Menjadikan perjumpaan keluarga Gangkagoh sebagai wadah untuk membincangkan


aktiviti-aktiviti kekeluargaan pada masa akan datang.

4. Menjadikan perjumpaan hari/kem keluarga gangkagoh sebagai acara tahunan


bermula pada tahun 2009.

Objektif
Hari Keluarga PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak) merupakan salah satu aktiviti rasmi
PTAR bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua staf PTAR
Uitm Shah Alam. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap,
nilai murni, dan integriti seseorang individual, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang
harmoni dan dinamik. Adalah menjadi harapan setiap warga PTAR uitm Shah Alam agar
sambutan Hari Keluarga PTAR ini barjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.

Objektif penganjuran program ini antara lain memfokuskan kepada:

 Memberikan ruang kepada staf PTAR untuk melakukan aktiviti bersama keluarga
mereka dalam pengisian masa yang terluang.
 Sebagai landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturahim di kalangan staf dan ahli keluarga PTAR
 Memberikan pendedahan kepada ahli keluarga staf PTAR tentang suasana dan
tanggungjawab tugasan.
 Membuka minda dan kesedaran terhadap pasangan staf untuk sama-sama
menyumbang kearah peningkatan mutu kerja.
 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai
murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf PTAR
sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

UCAPAN PERASMIAN
HARI KELUARGA KeTTHA
YB. DATO’ SRI PETER CHIN FAH KUI
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
SABTU, 12 MEI, 2012, 8.30 PAGI
PADANG MERBUK, TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA
________________________________________

Yang saya hormati saudara/saudari Pengacara Majlis,

YB. Dato’ Noriah Binti Kasnon


Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,

Y.Bhg. Datuk Loo Took Gee


Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,

Y. Brs. En Badaruddin Bin Mahyuddin


Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga)

Y. Brs. Puan Nor’ Aini Binti Abdul Wahab


Timbalan Ketua Setiausaha (Teknologi Hijau dan Air)

Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Agensi-agensi di bawah Kementerian

Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian,

Tuan/Puan Warga Kementerian serta seluruh ahli keluarga yang saya hormati sekelian,

Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

1. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kelab Sukan dan
Kebajikan Kementerian ini kerana telah sudi menjemput saya dan Datin Sri untuk hadir dan seterusnya merasmikan
sambutan Hari Keluarga KeTTHA bagi tahun 2012 pada hari ini. Saya dan Datin Sri merasa amat gembira kerana dapat
bersama-sama dengan warga Kementerian dan ahli-ahli keluarga masing-masing pada pagi ini. Saya perhatikan begitu ramai
ahli-ahli keluarga Kementerian yang hadir pada hari ini yang meliputi pelbagai peringkat umur. Saya amat berharap
tuan/puan dan ahli keluarga akan dapat menggunakan majlis pada hari ini untuk berkenalan di antara satu sama lain bagi
meningkatkan semangat kekeluargaan di kalangan seluruh warga KeTTHA. Semoga dengan perkenalan yang dijalin akan
dapat meningkatkan lagi hubungan mesra serta kerjasama di kalangan seluruh warga dan ahli keluarga KeTTHA.

2. Saya tidak nafikan bahawa KeTTHA merupakan salah sebuah Kementerian yang mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam memastikan pembekalan utiliti dengan selamat, berdaya harap, berkualiti dan mapan kepada rakyat di negara ini. Saya
juga perhatikan bahawa tuan/puan selaku warga KeTTHA telah bekerja keras bagi mempastikan tanggungjawab tersebut
dilaksanakan dengan sepenuhnya bagi menjamin kesejahteraan rakyat seluruhnya selaras dengan Slogan Kerajaan iaitu
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

3. Saya sedar bahawa walaupun tuan/puan begitu komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan, kebajikan dan
kebahagiaan keluarga tuan/puan juga perlu diberikan perhatian. Kebahagiaan keluarga akan dapat melahirkan warga
KeTTHA yang ceria dan sihat serta dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja masing-masing. Dalam hal ini, saya
ingin menasihatkan semua warga KeTTHA agar dapat membahagikan masa dengan bijaksana di antara tugas-tugas di
pejabat dan juga masa untuk bersama keluarga. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan
KeTTHA untuk merancang dan melaksanakan lebih banyak aktiviti-aktiviti berbentuk kekeluargaan bagi meningkatkan
hubungan di antara warga KeTTHA dengan ahli keluarga masing-masing.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

4. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Datuk-Datuk, Datin-Datin dan Ketua-Ketua
Agensi di bawah Kementerian seperti Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Tenaga
Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium (IWK), Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), Pengurusan
Aset Air Berhad (PAAB) dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA) yang turut hadir dan memberikan
sumbangan masing-masing bagi memeriahkan majlis pada hari ini.

5. Saya tidak bercadang untuk berucap lebih panjang memandangkan majlis kita pada hari ini adalah untuk kita bergembira
bersama keluarga dengan aktiviti dan acara yang telah diatur. Saya harap kita lupakan buat sementara waktu segala tugas-
tugas yang ada dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ahli-ahli keluarga masing-masing. Semoga aktiviti yang
diadakan pada hari ini akan dapat menggembirakan tuan/puan di samping meningkatkan lagi hubungan mesra tuan/puan
bersama keluarga.

6. Maka, dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Sambutan Hari Keluarga Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air bagi tahun 2012.

Anda mungkin juga menyukai