Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

‘FAMILY DAY’
SEKOLAH KEBANGSAAN ANGKATAN
TENTERA

TARIKH CADANGAN

4 DISEMBER 2020

TEMPAT

JASON BAY BEACH RESORT

ANJURAN

KELAB GURU DAN STAF SKAT

TEMA

“Sehati Bersama, Bersantai dan Bersukan”


KERTAS KERJA
PROGRAM ‘FAMILY DAY’

1.0 PENGENALAN

Hari Keluarga SK Angkatan Tentara merupakan acara yang dirancang bagi tahun 2020.. .
Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan
kakitangan sekolah agar dapat membina semangat satu keluarga di bawah satu bumbung.

2.0 MISI

Menjadikan program ini sebagai wadah penghubung bagi warga SK Angkatan Tentera dan
keluarga selain dapat merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.

3.0 MATLAMAT

Program ini adalah bermatlamat untuk menjalin hubungan yang erat dalam kalangan guru
dan kakitangan tanpa ada permasalahan.

Matlamat lain adalah untuk menjadikan warga SK Angkatan Tentera sebagai satu keluarga
yang sangat mesra dan akrab.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan lagi perhubungan sesama


guru, kakitangan dan keluarga SK Angkatan Tentera.
4.2 Menambah pengalaman Kelab Guru dan Staff 2020/2021 dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti serta membantu dalam bimbingan pengendalian sesebuah
organisasi.
4.3 Menjadikan acara Hari Keluarga ini sebagai acara tahunan bagi memastikan program
menjadi satu nilai kebersamaan dan memupuk kasih sayang sesama ahli.

2
SEHATI BERSAMA, BERSANTAI DAN BERSUKAN
5.0 TEMA

”Sehati Bersama,Bersantai,dan Bersukan”

6.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staff SK Angkatan Tentera .

7.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:


Tarikh : 4 disember 2020
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 3.30 petang

Atau

Tarikh : 4-5 Disember 2020


Hari : Jumaat dan Sabtu
Masa : 2petang(jumaat)-12 tengah hari (Sabtu)

8.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat : JASON BAY BEACH RESORT,

TANJUNG SEDELI, KOTA TINGGI

9.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran A

10.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

3
SEHATI BERSAMA, BERSANTAI DAN BERSUKAN
11.0 PERINCIAN PROGRAM
Cadangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan :
11. 1. SEPAK TIN
Setiap kumpulan dikehendaki menghantar lima orang wakil. Setiap pemain dikehendaki
menyepak bola kearah tin dengan mata ditutup.

11.2. MANTLE PLUME BOMB


Setiap kumpulan dikehendaki menghantar lima orang wakil. Setiap pemain dikehendaki menjaga
dan mempertahankan mantle plume kumpulan sendiri daripada diserang serta dipecahkan oleh
kumpulan lain.

11.3. CINA MAKAN BERADAB


Setiap kumpulan dikehendaki menghantar empat orang wakil. Pemain akan bergilir-gilir
mengambil sumi dengan menggunakan chopstick yang telah disediakan.

11.4. YUMMY SANDWICH


Setiap kumpulan dikehendaki menghantar empat orang wakil. Pemain akan menyediakan
sandwich dengan bahan yang disediakan.

11.5 DINOSOUR EGGS


Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil seramai empat orang. Pemain akan membaling
telur kebelakang secara berangkai.

11.6. ISI AIR DALAM BOTOL


Setiap kumpulan dikehendali menghantar wakil seramai lima orang. Peserta akan mengambil air
di pantai menggunakan kain perca, kemudian patah balik dan masukkan air ke dalam botol.

11.7 GUSTI BANTAL


Setiap kumpulan dikehendaki menghantar 4 orang wakil. Peserta akan duduk diatas batang kayu
dibawahnya kolam. Peserta yang jatuh kedalam air dikira kalah.

11.8. MUMIA
Setiap kumpulan wajib menghantar wakil seramai lima orang. Peserta dikehendaki membalut
seorang dari ahli kumpulan dengan menggunakan tisu gulung.

11.9. LIMA SERANGKAI


Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil sama jantina seramai lima orang. Peserta
dikehendaki berjalan dalam kumpulan sambil diikat kaki.

11.10. HANGING FRUIT


Peserta perlu menghabiskan buah epal yang tergantung di tali tanpa memegang epal tersebut.

4
SEHATI BERSAMA, BERSANTAI DAN BERSUKAN
12.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

18.0 PENUTUP

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau pun tidak langsung kerana dengan bantuan semua pihak, diharap
program ini dapat berjalan dengan lancar dan meriah.

Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah jua dan kita sebagai seorang
hamba perlulah menjadikan diri sebagai khalifah yang terbaik di muka bumi ini selain
tuntutan agama suci Islam dan sunnah Rasulullah yang menggalakkan amalan riadah dan
menghiburkan keluarga.

Segala sokongan dan kerjasama dari semua pihak amat kami harapkan dalam
menjayakan program ini. Sumbangan baik dalam bentuk idea mahupun wang ringgit amat
di alu-alukan bagi menjayakan program ini. Semoga program ini akan mendapat limpahan
kurnia dan keberkatan oleh Allah s.w.t......................................................................................

Disediakan oleh,

__________________________________
( )
Setiausaha
Kelab Guru dan Staff
SK Angkatan Tentera

5
SEHATI BERSAMA, BERSANTAI DAN BERSUKAN

Anda mungkin juga menyukai