Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN SK TEMBAWANG


2018

1.0 PENDAHULUAN

Usaha mewujudkan pengawas yang berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan


yang tinggi adalah satu cabaran yang besar terhadap pihak sekolah. Oleh itu, komitmen dan
kerjasama daripada semua pihak iaitu sekolah, ibu bapa masyarakat dan tentunya pelajar itu
sendiri amatlah perlu untuk mewujudkan pengawas dan pemimpin kelab dan persatuan yang
serba boleh. Sehubungan itu, pihak sekolah bertanggungjawab dalam membina aspek
kecemerlangan sahsiah, kepimpinan dan kerohanian pengawas-pengawas ini di samping
mencorakkan generasi yang cemerlang di dalam bidang akademik. Keseimbangan
kecemerlangan seumpama ini pastinya dapat melahirkan pelajar yang benar-benar berkualiti
selaras dengan status mereka sebagai generasi yang akan mengambil alih tampuk
pemerintahan negara pada masa hadapan.

Pengisian program yang tersusun akan membantu pengawas menyedari kepentingan


tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di sekolah dan memahami ciri-ciri pemimpin yang
sewajarnya dan diaplikasikan dalam tugasan harian. Justeru itu, adalah diharapkan penglibatan
dan sokongan daripada semua pihak terutama pentadbir SK TEMBAWANG, guru-guru dan
pihak PIBG serta pelajar-pelajar sendiri dapat merealisasikan hasrat yang murni ini.

2.0 RASIONAL

Memandangkan Bidang HEM adalah tulang belakang sekolah, wajar bagi pihak sekolah dan
Unit HEM menjayakan kem kepimpinan ini. Aktiviti kepimpinan dan pengurusan masa adalah
antara aktiviti-aktiviti utama. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan
dan dipraktikkan secara hands on di mana para peserta dididik dengan sifat amanah,
tanggungjawab, menepati masa, bertoleransi, dan berdisiplin. Mereka juga akan didedahkan
dengan cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan
semangat juang dan jati diri masing – masing.

Usaha yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk melengkapkan
diri dengan keyakinan dan kemahiran yang akan memudahkan mereka untuk menunaikan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah, dan seterusnya akan
meningkatkan mutu kepimpinan mereka.

3.0 MATLAMAT

1
Tujuan kem kepimpinan ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang
berwawasan, berketrampilan, mempunyai daya kepimpinan dan jati diri positif yang mampu
menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk
kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip – prinsip kepimpinan dan
pengurusan masa, serta membina sahsiah yang berkualiti selari dengan perkembangan semasa.

4.0 OBJEKTIF

Program Perkhemahan Perdana dan Jati Diri Unit Uniform ini menetapkan objektif seperti
berikut :

1. Menekankan nilai amanah dan tanggungjawab dalam manjalankan tugas.


2. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam aspek pengurusan masa.
3. Melatih pelajar bekerjasama antara satu sama lain.
4. Meningkatkan kemahiran komunikasi para peserta.
5. Membina sikap berani dan yakin dalam membuat keputusan semasa manjalani latihan
yang mencabar.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

13 April 2018

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN

Sumiran Eco Camp

7.0 SASARAN

Lembaga Pengawas dan pemimpin kelab sukan dan persatuan SK TEMBAWANG

BIL JAWATAN JUMLAH


1 Pengawas sekolah 6
2 Pengawas pss 4
3 Ketua dan penolong ketua kelas 8
4 Kelab dan persatuan 12
5 Sukan dan permainan 6
6 Tunas kadet remaja sekolah 4
7 Jumlah peserta 40 0rang

2
8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Penaung : AGENG MISIENG


GURU BESAR

Pengerusi : CAROLUS GUMBILI BASAIE


Pen. Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi I : ROSE JULIES


Pen. Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi II : JOSLYN DERNA


Pen. Kanan Pentadbiran

Setiausaha Program : CAROLUS GUMBILI BASAIE


: FIZA

Bendahari : GILBERT FRANK AK KIMIN


: GETRUDE

Ahli Jawatankuasa Kem Kepimpinan Pengawas 2018

B AJK PELAKSANA HURAIAN TUGAS


BIL
1 Pendaftaran dan Pengurus  Pastikan senarai nama pelajar yang mengikuti
1 Peserta perkhemahan tersebut mengikut jantina
1  Mengambil kedatangan semasa pendaftaran
  Memastikan pelajar telah membayar dan
 menyerahkan borang kebenaran
 Pastikan nama penuh dan no. kad pengenalan
pelajar betul.
 Memastikan semua pelajar dijemput oleh ibu
bapa di sekolah.

3 MAKAN DAN MINUM  Memastikan pelajar mengikut peraturan yang


3 telah ditetapkan oleh pihak konsultan dan pihak
 EN. CAROLUS sekolah semasa perkhemahan.
  Memastikan keselamatan dan disiplin pelajar
terkawal.

4 Sijil  Memastikan bilangan sijil pelajar cukup


4  PN. ROSE JULIES (daripada pihak konsultan).
 PN. SITA AK LATIS  Memastikan nama dan no. Ic betul.

1 AKTIVITI DAN CERAMAH  Menyediakan 8 buku program


7  CIK FIZA

3
1 Fotografi dan Dokumentasi  Mengambil gambar setiap aktiviti yang
8  EN.CAROLUS dijalankan.
 EN. GILBERT  Menyediakan dokumentasi lengkap Kem
Kepimpinan SK TEMBAWANG 2018.
 Serahkan dokumentasi lengkap kepada
Setiausaha Program Perkhemahan 2 minggu
selepas perkhemahan.

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sila lihat lampiran I

10.0 TENTATIF PROGRAM

Sila lihat lampiran II

11.0 PENUTUP

Semoga program ini berjaya dilaksanakan dan memberi sedikit sebanyak pendedahan dan
pengalaman baru yang berguna kepada para peserta untuk mereka gunakan semasa
menjalankan tugas masing-masing.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

: …………………….. : ……………………………

EN. CAROLUS GUMBILI BASAIE PN. ROSE JULIES KADAP ANAK NOYET

Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan HEM

Tarikh : ..................................... Tarikh : .....................................

Disahkan oleh,

: ……………………………

EN. AGENG MISIENG

Guru Besar SK Tembawang


4
Tarikh : .....................................
Lampiran I

9.1 Anggaran Perbelanjaan


BIL PERKARA HARGA PER JUMLAH (RM)
. UNIT (RM)

1 bayaran pada pihak sumiran eco camp


(termasuk penginapan dan makan 95.00 x 40 orang 3800.00
minum 2 hari 1 malam)
2 Makan dan penginapan guru pengiring 60.00 x 8 orang 480.00
3 Cendaramata fasilitator 10.00 x 15 orang 150.00
4 Pengangkutan 250 x 1 bas 250.00
JUMLAH 4680.00

9.2 Alternatif Pendapatan :   RM


i. Sumbangan pelajar (RM 30.00 x 40 orang ) 1200.00
ii. Peruntukan bimbingin kaunseling 1000.00
iii. Peruntukan PIBG 2480.00
Jumlah 4680.00

5
6
Lampiran II

KEM KEPIMPINAN PELAJAR

Masa 05.30 pagi 08.00 pagi 10.00 pg 10.30 12.00 02.00 4.30 ptg 05.00 ptg 6.30 08.30 10.30
Hari – – – pagi tgh petang – – petang malam malam
07.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pg – – – 5.00 ptg 06.30 ptg –
12.00 02.00 04.30 10.30
tgh ptg petang malam
17/11/ Minum Pengurus Makan 'Ice Minum
2017 Taklimat petang an Diri Malam, Breakin Malam dan
& g' Rehat
Penempa &
tan 'Mind
Peserta Setting'
18/11/ Modul : Refleksi Program Makan Bertolak pulang
2017 DARIPADA PIHAK Majlis tengah
AGENSI Perasmian hari
Penutupan

1
1

Anda mungkin juga menyukai