Anda di halaman 1dari 11

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM UNIT KOKURIKULUM

Kertas Kerja
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Tarikh:
17/03/2017
(Jumaat)

Tempat:
HUTAN LIPUR BUKIT AYER, PERLIS

Anjuran
UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG,
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM UNIT KOKURIKULUM

1.0 NAMA PROGRAM


Perkhemahan Unit Beruniform

2.0 PENDAHULUAN
Perkembangan minda seseorang berkait rapat dengan
percambahan pengetahuan sama ada yang diperoleh secara formal
atau tidak formal. Jauh perjalanan menjadikan pengetahuan murid luas
dan berkembang. Perkhemahan unit beruniform merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran pelajar.
Justeru, para guru pelatih yang melibatkan diri dengan unit beruniform
harus diberi satu perkhemahan untuk mempraktikkan apa yang
dipelajari di dalam kelas-kelas teori seperti cara hidup di dalam hutan
atau bertahan di dalam hutan dengan kemahiran-kemahiran yang
diajar seperti memasak menggunakan kayu api di mana ilmu yang
diperoleh dari bilik kuliah dapat dipraktikkan melalui situasi sebenar .
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah,
dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di
dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.
Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman
tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan
pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,
minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika
serta sosial yang positif.

3.0 RASIONAL
Rasional program ini adalah sebagai satu penerafan bagi pihak sk
kayang, di mana pelajar akan berkolaborasi dengan sesama sendiri
dimana murid-murid akan cuba hidup dalam keadaan yang bermasyarakat
dan kerjasama bagi menjayakan perkhemahan tersebut. Di samping
mengadakan perkhemahan, mruid akan mendapat kebaikan dengan
adanya program ini seperti memupuk jiwa perpaduan, menolong tidak kira
kepada bangsa. Para murid juga dapat mengaplikasikan teknik-teknik
untuk hidup di dalam hutan seperti memasang khemah ..
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM UNIT KOKURIKULUM

OBJEKTIF
Program Perkhemahan Unit Beruniform ini bertujuan:
4.1 Merasai sendiri pengalaman mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari dan digunakan untuk diri sendiri dan untuk orang
lain.
4.2 Membolehkan kita untuk mempertingkatkan skil yang ada
pada diri yang diperoleh dari tenaga pengajar.
4.3 Mempertingkatkan komitmen, kesedaran, kerjasama dan rasa
tanggungjawab untuk melakukan segala aktiviti di dalam
perkhemahan tersebut
4.4 Mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah
dengan program yang dicadangkan.
4.5 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan
perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid;
4.6 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid
dalam sekolah dan di antara sekolah;
4.7 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid
dalam aktiviti yang diceburi;
4.8 Membina dan meningkatkan disiplin murid;
4..9 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan
menggembirakan;
4.10 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan
hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;
4.11 Mewujudkan sekolah berwatak.

.
4.0 PENGANJUR
Unit Kokurikulum

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PERKHEMAHAN UNIT


BERUNIFORM

Penyelaras : MOKHTAR BIN ABDULLAH


Pengerusi : AIMI AQILAH BINTI MASRI
Setiausaha : MOHAMMAD FAIZ BIN JAMALUDDIN
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM UNIT KOKURIKULUM

Naib Setiausaha : MUHAMMAD FITRI BIN ABDUL RASHID


Bendahari : TEI WEI CHIA
Naib Bendahari : HO QIN WEI

AJK Penginapan : NURUL AIDA BT SUKRI


AZWANE BT ADNAN
AJK Perhubungan : NUR AFIIFAH BT MOHD RAZIKIN
CHAN SHIH KEE
AJK Peralatan : LING FANG XI
CHON LI YING
AJK Dokumentasi ILI ADRIANA BT ABDUL AZIZ
SHARTINA RAN
AJK Pengangkutan : BRYAN JOLIEN
HAEMALATHA A/P RAMIS

6.0 BUTIRAN PROGRAM


Tempoh Proses: 17 Mac 2017 hingga 18 Mac 2017

7.0 SASARAN
Semua murid yang berdaftar unit beruniform

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Perbelanjaan sendiri RM20 x50 RM1000.0


0

JUMLAH RM1000.0
PENDAPATAN 0
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM UNIT KOKURIKULUM

PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI (TAPAK) JUMLAH

1 Tapak Perkhemahan RM5 x 25 RM250.00

(1 tapak * 2
orang)

2 Bahan Masakan / Alatan RM15 x 350 RM750

JUMLAH RM1000.
PERBELANJAAN 00

9.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH DAN MASA PERKARA


17 Mac 2017
7.00 pagi Pendaftaran Perserta
7.30 pagi Bertolak dari Sekolah
8.30 pagi Taklimat Perkhemahah Unit Beruniform

-urusan penginapan
9.00 pagi Aktiviti Pemasangan Khemah

10.30 pagi Minum pagi

11.00 pagi LDK 1

-Aktiviti Berkumpulan

-Pembinaan Motto, bendera, dan pembentangan


12.00 tengahari LDK 2

-Latihan Pertolongan Cemas


1.00 petang Pengurusan Diri

-Solat Zohor Berjemaah


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM UNIT KOKURIKULUM

-Makan Tengahari

2.30 petang Pertandingan Memasak

4.00 petang Pengurusan Diri

-Solat Asar

-Minum Petang
5.00 petang Riadah

6.30 petang Pengurusan Diri

-Solat Maghrib & Isyak

-Makan Malam
8.45 malam Malam Apresesiasi Seni

10.45 malam Night Walk

1.00 pagi Tidur

18 Mac 2017

5.30 pagi Pengurusan Diri

-Solat subuh

-Kuliah Subuh
6.45 pagi Riadah

7.30 pagi Sarapan pagi


8.00 pagi Pemeriksaan Khemah
9.30 pagi Pertandingan Kawad Kaki
11.00 pagi Majlis Penutup

-Penyampaian Hadiah
12.00 tengahari Pengurusan Diri

-Khidmat Masyarakat

-Makan tengahari
1.00 petang Berkemas dan Pulang
10.0 CARTA GANTT

BIL BULAN/MINGGU JANUARI FEBRUARI MAC

PERKARA M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

1 Mesyuarat Unit Kokurikulum 1

2 Perlantikan JawatanKuasa
Guru

3 Perlantikan JawatanKuasa
Murid

4 Mesyuarat JawatanKuasa

5 Mesyuarat Unit Kokurikulum 2

6 Taklimat perancangan
perkhemahan
Kepada guru

7 Taklimat penerangan
perkhemahan
Kepada murid
8 Hari Perkhemahan
Unit Beruniform

9 Laporan Perkhemahan

10 Penyerahan Fail Laporan


Perkhemahan
11.0 PENUTUP

Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman luar yang boleh


dikongsikan agar dapat mempertingkatkan motivasi bagi kecemerlangan
dari segi skil untuk kehidupan seharian. Perkheman ini juga dapat
memberikan pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada para murid
Sk Kayang, Perlis supaya mampu berdikari dan lebih bersemangat ketika
menjalankan tugas sebagai guru pada masa hadapan. Dalam pada itu,
pihak penganjur berharap objektif dan tujuan utama program ini tercapai
dengan melahirkan para murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek selaras dengan wawasan pendidikan negara kita.
Semoga program ini dapat menambah pengetahuan serta pengalaman
mereka ke arah kecemerlangan
Disediakan oleh,

...............................................................
( MOHAMMAD FAIZ BIN JAMALUDDIN )
Setiausaha Perkhemahan Unit Beruniform,

Disemak oleh,

...............................................................

(MOHAMMAD FAIZ BIN JAMALUDDIN)


Penolong Kanan Kokurikulm
Sk Kayang, Perlis.

Disahkan oleh,

...............................................................
(Murad Bin Halim)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Sk Kayang, Perlis.

Diluluskan oleh,

...................................................................
.
(Datin Hjh Johana Binti Amir)
Guru Besar,
Sk Kayang, Perlis

Anda mungkin juga menyukai