Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN BAGI PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT BERUNIFORM DAN KEM KEPEMIMPINAN SK SIMPANG TIGA 2019

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform dan kem kepemimpinan adalah salah satu daripada aktiviti
pendidikan luar yang kali dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala
bentuk masalah sosial yang semakin menjadi di negara kita dewasa ini. Dengan adanya,
aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik murid-murid kita supaya menjadi insan yang
mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara.
Pada tahun ini, pihak Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga telah merangka sebuah kertas
kerja bagi melaksana Aktiviti Perkhemahan Bersepadu unit berunifrm dan kem
kepemimpinan tahun 2019. Dengan adanya kerjasama dari setiap unit beruniform dan unit
pengawas di sekolah ini, diharapkan program ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan
tercapai objektifnya.

2.0 NAMA PROGRAM

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Kem Kepemimpinan Tahun 2019, SK Simpang
Tiga, Padang Hang, Alor Setar, Kedah.

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah


i. Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-
sama rakan dan jurulatih.
ii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
iv. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 Objektif

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:


i. Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.
ii. Merasai suasana bermalam di dalam khemah.
iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu seperti mengemas khemah, mencuci kasut
dan mengurus diri sendiri.
iv. Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan
di sekitar mereka dsbnya.
5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI:
En. Zamri bin Said
(Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI:
En. Mohd Zulhaizie bin Yahya
(Penolong Kanan Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI 1
Pn. Rosadah binti Hashim
(Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2
En. Sobiron bin Aziz
(Penolong Kanan HEM)

KETUA PROJEK & PENYELARAS KOKURIKULUM:


En. Mohd Zulhaizie bin Yahya

SETIAUSAHA :
Pn. Siti Sahidatina binti Mohd Sahid

BENDAHARI :
Pn. Zaihiroh binti Zainol

KEM KOMANDAN :
En. Mohd Sany bin Ahmad

PENOLONG KEM KOMANDAN :


Pn. Ku Asma binti Ku Ahmad

KETUA UNIT PENGAKAP:


En. Jasli bin Sudin

KETUA UNIT TKRS:


En. Azmir Helmi bin Musa
KETUA UNIT PPIM:
Pn. Adibah bin Ismail

KETUA UNIT PENGAWAS DAN DISIPLIN


En. Mohamad Ehsan bin Saad

6.0 AHLI JAWATANKUASA KECIL

AKTIVITI:
Pihak D’ Omland

KESELAMATAN:
En. Samsuddin bin Mustaffa
Pihak D’ Omland

MAKANAN DAN MINUMAN:


Pihak D’Omland

PENDAFTARAN PESERTA:
En. Mohd Zulhaizie bin Yahya
Pn. Ku Asma bin Ku Ahmad

DOKUMENTASI:
Pn. Siti Sahidatina binti Mohd Sahid

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan pada


i. Hari : Khamis hingga Jumaat
ii. Tarikh : 25 - 26 April 2019
iii. Tempat : Teluk Bayu, Sungai Petani
iv. Jurulatih : Kakitangan Kem D’ Omland

8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli unit berunifom Pengakap, TKRS dan PPIM dan
Badan Pengawas seramai 40 orang dengan penyertaan 10 orang dari setiap unit.
9.0 BAYARAN PENYERTAAN

Kutipan RM50.00 dari murid- murid yang terlibat.

10.0 SENARAI TUGAS

10.1 KETUA PROJEK


a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada penasihat

10.2 PENOLONG KETUA PROJEK


a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua

10.3 SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat-menyurat dan borang

10.4 BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

10.5 PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN


a. Merancang segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

10.6 KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

10.7 MAKANAN DAN MINUMAN


a. Merancang dan menentukan menu makanan
b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih.
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.
10.8 DOKUMENTASI
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan
b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan
d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk
didokumentasikan.

10.9 IBADAH
a. Memimpin para peserta solat berjemaah
b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan dan kerohanian.

10.11 DISIPLIN PESERTA


a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

10.12 PENDAFTARAN
a. Memastikan para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran.
b. Menyemak kehadiran berdasarkan nama.

11.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

JUMLAH JUMLAH
BIL. PENDAPATAN BIL. PERBELANJAAN
(RM) (RM)

1. BKK (SAHSIAH) 1950.00 1. BAYARAN PAKEJ KEM 2800.00

2. YURAN PESERTA 2000.00 2. PENGANGKUTAN 1000.00

3. UBAT-UBATAN 50.00

4. SIJIL 50.00

5. BANNER 50.00

JUMLAH 3950.00 JUMLAH 3950.00

12.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN


(untuk dua hari satu malam sepanjang perkhemahan)
13.0 TENTATIF PROGRAM

13.1 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI

13.1.1 Mendirikan khemah


Bagi aktiviti ini , taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi
memudahkan pelajar menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut kumpulan.
Aktiviti ini menjadi aktiviti yang pertama dalam tentatif program ini bagi
mendedahkan pelajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul di samping
menerapkan nilai bekerjasama antara kumpulan pelajar dalam program ini.

13.1.4 Aktiviti riadah (mencari harta karun)


Merupakan aktiviti pendedahan untuk semua pelajar. Aktiviti ini merupakan aktiviti
riadah bagi menajamkan daya pemikiran pelajar serta bagi meguji semangat
bekerjasama diantara setiap peserta pelajar.

13.1.5 Aktiviti malam kebudayaan dan unggun api


Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam di padang. Dalam aktiviti ini, pelajar
didedahkan oleh jurulatih lagu kanak-kanak serta upacara unggun api yang biasa
dilakukan dalam setiap aktiviti perkhemahan kanak-kanak.

13.1.6 Jungle tracking


Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang tersembunyi di persekitaran
pelajar. Di samping menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal pelajar.

14.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan melahirkan
insan yang mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat
ingin berdikari.
Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan program
ini. Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah
disusunatur oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................................ .........................................
(EN. MOHD ZULHAIZIE BIN YAHYA) (EN. ZAMRI BIN SAAD)
PK Kokurikulum SK Simpang Tiga Guru Besar SK Simpang Tiga

Anda mungkin juga menyukai