Anda di halaman 1dari 11

1.

0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan dan persetujuan daripada
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan tujuan
berikut:

1.1. Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan sebanyak RM 1308.00
daripada Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni,UPSI.
1.2. Untuk memberi kebenaran kepada kelab Rakan Alam Sekitar untuk menjalankan aktiviti
Rescue Turtle.

2.0 PENGENALAN
Kelab Rakan Alam Sekitar (RAS) Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) akan mengadakan
program “Rescue Turtle” pada 31 Mac 2018. Program ini dilaksanakan bagi memupuk semangat
cintakan alam sekitar melalui aktiviti mempelajari tentang kehidupan dan habitat penyu dan
ancaman yang dihadapi sebagai satu simbolik pelestarian semangat hijau dikalangan para
mahasiswa UPSI terutamanya ahli RAS sendiri. Dengan terlaksananya program ini, peningkatan
kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar akan bertambah dan pengetahuan ini
mampu dipraktikkan dimana-mana sahaja. Program ini diadakan untuk memupuk perasaan
kesukarelaan antara para mahasiswa serta ahli RAS dalam kegiatan sukarela dalam menjaga
alam sekitar.

3.0 OBJEKTIF
Program “Rescue Turtle”ini, mempunyai matlamat yang signifikan iaitu:

i. Memupuk semangat hijau dalam kalangan ahli RAS amnya.


ii. Membentuk hubungan yang lebih akrab dan kukuh dalam kalangan ahli RAS.
iii. Menjalinkan hubungan di antara ahli RAS dan pihak luar melalui rasa tanggungjawab
terhadap alam sekitar.
iv. Menyemai sifat kesukarelawan dalam kalangan para mahasiswa/i serta ahli kelab RAS.

4.0 JUSTIFIKASI DAN HASIL


Melalui program ini adalah diharapkan agar kesedaran para mahasiswa/i UPSI terutamanya ahli
RAS sendiri terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dapat ditingkatkan. Disamping itu,
silaturrahim antara warga UPSI dan pihak luar juga akan menjadi baik dengan kerjasama dua
hala ini. Pelestarian semangat hijau diharapakan menjadi suatu perkara yang signifikan pada
masa akan datang dengan bermulanya inisiatif pelaksanaan program ini.

5.0 HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH


Di akhir program yang bakal dijalankan ini, setiap ahli RAS akan dapat:

i. Mengetahui cara-cara mempelihara habitat penyu supaya sentiasa bersih.


ii. Menambah ilmu pengetahuan tentang ancaman yang berlaku kepada penyu.
iii. Memupuk sifat kesukarelaan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar sebagai
sebahagian daripada kehidupan kita.

Program ini juga dapat menyemai kemahiran insaniah dalam diri setiap mahasiswa/I seperti:

i. Meningkatkan kemahiran komunikasi sesama ahli jawatan kuasa program berserta


mengetahui cara-cara untuk mengendalikan program.
ii. Memupuk semangat berpasukan dalam menjayakan sesuatu program serta memupuk
perasaan cinta akan alam sekitar.
iii. Melahirkan mahasiswa/I yang berbakat dalam kemahiran kepimpinan serta berkebolehan
untuk melaksanakan program dengan lebih berkesan.

6.0 HARI, TARIKH, TEMPAT PROGRAM


Tarikh : 31 Mac 2018

Hari : Sabtu

Masa : 07.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari, Perak.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA


Terbuka kepada ahli RAS seramai 40 orang sahaja.

8.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 1

9.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS


Sila rujuk Lampiran 2

10.0 ANGGARAN KEWANGAN


Sila rujuk Lampiran 3

11.0 PENUTUP
Diharapkan agar program yangdirancang ini akan berjaya mencapai matlamat dan objektif
seperti yang telah disasarkan. Pada akhir program ini adalah diharap semua mahasiswa/i RAS
dapat memberi kerjasama dalam memajukan persatuan supaya manfaat diperoleh bersama.
Ribuan terima kasih kepada semua jemputan, pihak penaja serta mahasiswa/I UPSI yang
terlibat dalam menjayakanprogram ini. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar serta
mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Segala sokongan dan kerjasama yang
diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Tindakan


31 Mac 2018  Pendaftaran peserta beserta AJK Pendaftaran
07.00 pagi sarapan pagi &
AJK Makanan

07.30 pagi  Bertolak ke Pusat Konservasi AJK Pengangkutan


dan Penerangan Penyu Segari,
Perak
09.30 pagi  Tiba Pusat Konservasi dan AJK Peralatan &
Penerangan Penyu Segari, Perak Teknikal

 Ucapan aluan AJK Publisiti &


Penerbitan

 Ucapan Perasmian daripada AJK Protokol


Dr.Husni Bin Ibrahim (Penasihat
Kelab Rakan Alam Sekitar)

10.00 pagi  Lawatan di Pusat Konservasi dan AJK Peralatan & Teknikal
Penerangan Penyu
1.00 petang  Majlis penutup AJK Protokol
1.30 petang  Makan tengah hari AJK Makanan
2.00 petang  Bertolak balik ke UPSI AJK Pengangkutan
LAMPIRAN 2

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT

Dr Husni Bin Ibrahim

PRESIDEN

Nik Fatin Nurhawani Binti Nik Rahim

TIMBALAN PRESIDEN

Sunderesan A/L Krishnan

SETIAUSAHA

Nurulatikah Binti Abdul Khalid

NAIB SETIAUSAHA

Nur Azren Syashika Binti Noor Azman

BENDAHARI

Asri Jefry Bin Ishak

NAIB BENDAHARI

Logesvari A/P Maniam

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENGARAH PROGRAM

Nur Hana Binti Syamsul

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM

Liyana Binti Abdullah

SETIAUSAHA

Anith Syahirah Binti Ab Rashid


PENOLONG SETIAUSAHA

Nurul Fazlinda Binti Mohamad

BENDAHARI

Tanushangkre A/P Selva Kumar

AJK PUBLISITI DAN PENERBITAN

Niveetha A/P Subramaniam

AJK PENGANGKUTAN

Nur Ain Binti Che Hashim

AJK PENDAFTARAN

Nurul Liyana Binti Hamzah

Kesavarthini A/P Annathurai

AJK MAKANAN

Nur Aqilah Binti Abu Bakar

Nur Hidayah Binti Kamal Baharim

AJK PROTOKOL

Nur Iman Aishah Binti Azhar

AJK KESELAMATAN,KEBAJIKAN&KEBERSIHAN

Azzahra Binti Abdul Ghani

AJK SIJIL & CENDERAHATI

Azida Binti Md Zin


SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA TUGAS
Pengarah/Timbalan Pengarah i. Memastikan segala perjalanan program
berjalan dengan lancar.
ii. Memastikan gerak kerja program berjalan
lancar.
Setiausaha i. Menyediakan segala urusan surat menyurat
dan memo program.
ii. Menyediakan laporan program.
Bendahari i. Menguruskan hal ehwal kewangan program.
ii. Membuat pelarasan kewangan.
Publisiti, Dokumentasi dan i. Membuatkainrentangsertamontajprogram
Informasi ii. Menghebahkan butir-butir program ke
pengetahuan umum melalui mediamassa
serta media elektronik
iii. Mengambil gambar dan video sepanjang
program berlangsung
SijildanHadiah i. Menyediakan sijil kepada peserta dan AJK
Pelaksana
MakanandanMinuma i. Membuat tempahan untuk makan minum
pagi dan tengahari untuk para peserta dan
seketriat program.

Pendaftarandanjemputan i. Menguruskan sesi pendaftaranpeserta


“Rescue Tutle”
Kebersihan,keceriaandan i. Memastikan keselamatan setiap peserta serta
Keselamatan(3K) sesiapa yang terlibat sepanjang program
berlangsung
Protokol i. Memastikan para peserta telah bersedia lebih
awal ketika acara perasmian atau penutup.
ii. Menyenaraikan atau menentukan tetamu
jemputan atau VIP yang akan hadir.
Pengangkutan i. Mengambil dan mengisi borang
pengangkutan bagi menempah bas.
ii. Merancang waktu bertolak dan anggaran
waktu sampai.
LAMPIRAN 3: UNJURAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

Anggaran Perbelanjaan

i. Makanan

BIL. PERBELANJAAN KOS SUMBER


(ANGGARAN) PERBELANJAAN

1. SARAPAN PAGI 40 ORANG x RM 3 JABATAN HAL


= RM 120.00 EHWAL PELAJAR
(JHEPA)

2. MAKANAN TENGAH HARI 40 ORANG x RM 5 JABATAN HAL


= RM 200.00 EHWAL PELAJAR
(JHEPA)

3. AIR MINERAL 4 KOTAK x RM 9 JABATAN HAL


= RM 36.00 EHWAL PELAJAR
(JHEPA)

JUMLAH PERBELANJAAN RM 356.00

ii. Peralatan

BIL. PERBELANJAAN UNIT KOS SUMBER


(ANGGARAN) PERBELANJAAN

1. PLASTIK SAMPAH 2 PLASTIK 2 PLASTIK x RM KELAB RAS


6
= RM 12.00

2. BAS 1 BUAH 1 BUAH BAS x JABATAN HAL


RM 1800 EHWAL PELAJAR
(JHEPA) & KELAB
RAS

JUMLAH PERBELANJAAN RM 1812.00

iii. Sijil penghargaan dan Cenderahati


BIL. PERBELANJAAN UNIT KOS SUMBER
(ANGGARAN) PERBELANJAAN
1. SIJIL PESERTA 40 KEPING 40 KEPING x RM JABATAN HAL
= RM 1 EHWAL PELAJAR
(JHEPA) & KELAB
RAS
JUMLAH PERBELANJAAN RM 40

JUMLAH KESELURUHAN :

JUMLAH PERBELANJAAN (i) + JUMLAH PERBELANJAAN (ii) + JUMLAH


PERBELANJAAN (iii)

=RM 356.00 + RM 1812.00 + RM 40.00

=RM 2208.00– RM900.00 (KELAB RAS)

=RM 1308.00 (PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN)


Disediakan oleh: Nur Hana Binti Syamsul
Pengarah Program
Rescue Turtle

Tandatangan:........................................
Tarikh :.........................................
Disahkanoleh: Nik Fatin Nurhawani Bt Nik Rahim
Presiden Kelab Rakan Alam Sekitar,
Sidang 2017/2018,
Kelab Rakan Alam Sekitar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan:........................................
Tarikh :......................................
Disemak dan disahkan oleh Dr Husni Bin Ibrahim,
Penasihat,
Kelab Rakan Alam Sekitar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,Perak.

Tandatangan:........................................
Tarikh :.........................................
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA

PROGRAM “ RESCUE TURTLE”

TARIKH:

31 MAC 2018

TEMPAT:

PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI, PERAK

ANJURAN:

KELAB RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) & JABATAN HAL EHWAL


PELAJAR DAN ALUMNI (JHEPA)

Anda mungkin juga menyukai