Anda di halaman 1dari 10

Seni Islam Perbandingan 2009/2010

Nurul Wahida bt Abdul Karim


h/p : 017

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG

TARIKH:
17 Januari 2010

TEMPAT :

PULAU PINANG

ANJURAN:

KURSUS SEJARAH ISLAM PERBANDINGAN


Seni Islam Perbandingan 2009/2010

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan mendapatkan kelulusan program bagi menjalankan
program yang akan dijalan. Kertas kerja ini juga bertujuan memberi pendekatan kepada pelajar-
pelajar Program Pendidikan Seni (AT 23) tentang perkembangan seni yang berlaku di Pulau
Pinang khususnya. Selain itu pelajar dapat mengadaptasikan segala pemerhatian dan
mengaplikasikannya di dalam pembelajaran.

2.0 PENGENALAN

Program lawatan sambil belajar di Pulau Pinang ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada mahasiswa/i kepada keindahan seni di Pulau Pinang melalui lawatan –
lawatan ke Galeri Negeri Pulau Pinang, Galeri USM, serta ke galeri kepunyaan seorang
pengkarya seni yang tidak asing lagi iaitu Galeri Patrick Lasak. Selain itu program ini juga
secara tidak langsung dapat melatih mahasiswa/i baru cara untuk membuat sesuatu program
mengikut tatacara dan perjalanan yang betul dan secara tidak langsung lawatan ini
mengeratjkan lagi hubungan diantara pelajar dan pensyarah.

3.0 RASIONAL

Program ini bertujuan mendapatkan pendedahan yang lebih luas dalam kemahiran insaniah
kepada pelajar. Ini meliputi pembelajaran secara langsung menerusi pemerhatian ,
perlaksanaan aktiviti yang memberi kesan dalam aspek kognitif, fizikal dan rohani. . Pemilihan
Pulau Pinang sebagai lokasi lawatan adalah bersesuaian dengan tema lawatan ini ,
memandangkan Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai sejarah perkembangan seni
yang tersendiri serta telah melahirkan ramai pengkarya- pengkarya seni yang terkenal. Di
tambah pula dengan kawasan pemandangan yang indah dan mampu mencentus idea kreatif
dalam minda pelajar. Berikutan dengan itu kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk
mendapatkan kelulusan daripada pihak Fakulti Seni dan Muzik untuk membuat lawatan sambil
belajar ke Pulau Pinang.
Seni Islam Perbandingan 2009/2010

4.0 OBJEKTIF

Menghayati semangat seni di setiap lokasi yang dipilih.


Persediaan dari segi pengalaman dan pengetahuan untuk menjadi guru di masa
hadapan.
Memupuk semangat cintakan seni dan alam sekitar.
Memberi pendedahan awal terhadap mahasiswa/i kepada program – program yang
akan dijalankan.
Memupuk semangat berkerja sama antara mahasiswa/i dalam menjalankan tugas.

5.0 KEMAHIRAN INSANIAH & HASIL PEMBELAJARAN

Membentuk Mahasiswa/i yang sentiasa menabur bakti kepada


Masyarakat dan seterusnya mampu mencipta nama Universiti di mata masyarakat
setempat.
Melahirkan Mahasiswa/i yang cemerlang dan dapat menambah
‘soft skill’ di dalam diri Mahasiswa/i.
Melahirkan mahasiswa/i yang terlatih dan menghargai pelbagai nilai.
Meningkatkan daya imiginasi dan ingatan kepada mahasiswa/i dalam membuat sesuatu
tugasan yang telah diamanahkan.

6.0 JUSTIFIKASI

Program ini amat bermakna bagi mahasiswa/i untuk menambah pegalaman untuk menjadi
seorang guru kerana mahasiswa/i dapat menjana idea yang berbeza dalam menghasilkan
karya seni yang baik dan berkualiti. Di samping itu, program ini dapat mengasah bakat menjadi
seorang guru yang berkaliber dan berkarisma. Selain itu juga, program ini dapat mendedahkan
kepada para mahasiswa/i untuk mengasah bakat yang terpendam dalam menghasilkan karya.
Seni Islam Perbandingan 2009/2010

7.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM DIJALANKAN

TARIKH : 17 Januari 2010


HARI : Ahad
TEMPAT : Pulau Pinang

8.0 SASARAN
42 orang Mahasiswa/i Fakulti Seni Dan Muzik (Program Pendidikan Seni AT23)

9.0 Tentatif program

Hari Pertama

12.00 p.m : Peserta berkumpul di depan Kolej / bertolak dari UPSI


06.00 a.m : Tiba di Pulau Pinang
- Solat subuh
- Sarapan
07.30a.m : Bertolak ke Galeri USM
08.30a.m : Tiba di Galeri USM
- Taklimat ringkas dari Wakil Pegawai Galeri USM
- Lawatan di sekitar Galeri USM
10.30a.m : Pelajar Berkumpul dan bertolak ke Galeri Negeri Pulau Pinang
11.30a.m : Tiba di Galeri Negeri Pulau Pinang
- Taklimat ringkas dari Wakil Pegawai Galeri Negeri Pulau Pinang
- Lawatan di sekitar Galeri Negeri Pulau Pinang
01.00 p.m : Rehat / Solat
02.00 p.m : Bertolak ke Galeri Patrick Lasak
02.30 p.m : Tiba di Galeri Patrick Lasak
- Taklimat ringkas dari Patrick Lasak
- Lawatan di sekitar galeri beliau
05.00p.m : Pelajar berkumpul dan bertolak ke UPSI
10.00 a.m : Tiba di UPSI

* Tertakluk kepada pindaan


Seni Islam Perbandingan 2009/2010

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Ahli Jawatankuasa Induk


DEKAN :
Dr. Mohd Hassan B. Abdullah

KETUA JABATAN :
Dr. Mohd Johari Ab. Hamid

PENASIHAT :
Prof. Dr. Zakaria Ali

Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Pengarah : Siti Zubaidah Bt Norin
Timbalan Pengarah : Ummi Mutti’ah Binti Samiran
Setiausaha : Nurul Wahida Binti Abd Karim
Bendahari : Sharifah Norhafizah Bt Wan Ahmad Makki Mashor

Jawatankuasa Penerbitan, Dokumentasi Dan Informasi


Alif Bin Ismail
Tuan Ahmad Fariz Tamamulqamar

Jawatankuasa Makanan dan Kebersihan


Mohd Fitri Bin Mat Noor
Siti Azima Binti Abd Kadir

Jawatankuasa Pengangkutan dan Keselamatan


Mohd Raimi Bin Affandi
Isma Hafiz bin Bahari

Jawatankuasa Peralatan Dan Tempat


Jabang George Ak Michael
Berudi Ak Ngelambai
Seni Islam Perbandingan 2009/2010

SENARAI TUGAS

Jawatankuasa Tugas
Pengarah / Timbalan Pengarah i. Memastikan segala perjalanan
program berjalan dengan lancar.
ii. Memastikan gerak kerja
program berjalan lancar.
Setiausaha/ Naib Setiausaha i. Menyediakan segala urusan
surat-menyurat dan memo
program.
ii. Menyediakan sijil dan laporan
program.
Bendahari/ Naib Bendahari i. Menguruskan hal ehwal
kewangan program.
ii. Membuat pelarasan kewangan.
Dokumentasi i. Mengambil gambar bagi setiap
aktiviti yang dilaksanakan.
Makanan i. Membuat tempahan untuk

makanan dan minuman peserta.


ii. Mengedarkan makanan kepada
peserta.
Pengangkutan dan keselamatan i. Menempah bas di unit
pengangkutan.
ii. Memastikan dan menjaga
keselamatan peserta serta
memantau kebersihan dalam
bas.
Peralatan dan Tempat i. Meminjam peti kecemasan dan lain –
lain keperluan dari pusat
kokurikulum.

ii. Memastikan kawasan dan tempat


Seni Islam Perbandingan 2009/2010

untuk menjalankan aktiviti.

iii. Memastikan barangan yang dipinjam


berada dalam keadaan sediakala.

11.0 ANGGARAN KEWANGAN

Pendapatan ( A )

1. Yuran Peserta ( 42 orang x RM15 ) RM 630.00

JUMLAH PENDAPATAN RM 630.00

Perbelanjaan ( B )

1) Makanan

1. Air Mineral RM 69.00


2. Roti RM 70.00
3. Lain- lain RM 50.00
JUMLAH RM 189.00

2) Lain – lain

1. Tag nama (42 unit x RM 2.00) RM 84.00


2. Beg Art (42 unit x RM 7.00) RM 294.00
JUMLAH RM 378.00

3) Kontgensi

10 % daripada perbelanjaan (10% X RM 630.00) RM 63.00

JUMLAH RM 63.00

Jumlah Pendapatan (A) – Jumlah Perbelanjaan (B)

RM 630.00 – RM 630.00 RM 0.00


Seni Islam Perbandingan 2009/2010

11.0 PENUTUP

Program ini sememangnya dapat menambahkan ilmu pengetahuan mahasiswa. Sehubungan


dengan itu, usaha murni ini diharap mendapat sokongan penuh daripada semua pihak bagi
memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini juga secara tidak langsung
dapat menaikkan nama UPSI dan meningkatkan kredibiliti seorang guru yang tidak terhad
dalam bidang pendidikan sahaja, malah bakal menjadi seorang pendidik yang mempunyai
kesedaran yang jitu dalam menghargai alam semulajadi disamping merealisasikan mahasiswa
berdaya saing yang berketrampilan cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga dengan
kerjasama yang diberikan dapat membantu merealisasikan objektif penganjuran program ini.
Sesungguhnya program yang bakal dijalankan ini akan dapat memberi manfaat dan
pengalaman yang berguna
Seni Islam Perbandingan 2009/2010

Fakulti Seni Dan Muzik,


Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Disediakan oleh:

…………………………
(Nurul Wahida Bt Abdul Karim)
Setiausaha,
Sem 4, Program Pendidikan Seni AT23,
Fakulti Seni Dan Muzik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Disemak oleh:

……………………………
(Profesor Dr. Zakaria Ali)
Penasihat,
Fakulti Seni dan Muzik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Disahkan untuk dimajukan oleh:

……………………………
(Dr. Mohd Johari Ab. Hamid)
Ketua Jabatan,
Fakulti Seni Dan Muzik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Seni Islam Perbandingan 2009/2010

Disokong oleh :

……………………………………..
(Dr. Mohd Hassan B. Abdullah )
Dekan,
Fakulti Seni Dan Muzik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai