Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

JALAN TELOK DATOK, 42700 BANTING,


SELANGOR, DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
KEM PERKHEMAHAN PERSATUAN KADET BOMBA

TARIKH :
24 JUN 2019 (ISNIN)

ANJURAN :
PELAJAR PENGURUSAN PERNIAGAAN

MODUL :
KEMAHIRAN KOMUNIKASI (ESB 4012)

PENSYARAH :
AZILAH BINTI AZIZ
1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan


luar yang kali dianjurkan oleh pihak sekolah atau institusi pendidikan tinggi dalam
usaha menangani segala bentuk masalah sosial yang semakin menjadi di negara kita
ini. Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik pelajar-pelajar kita supaya
menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara.
Pada tahun ini, pihak Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Selangor telah
merangka sebuah kertas kerja bagi melaksana Aktiviti Perkhemahan Bersepadu unit
berunifrom tahun 2019. Dengan adanya kerjasama dari kalangan pelajar di dalam kolej
ini, diharapkan program ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan tercapai objektifnya.

2.0 NAMA POGRAM

Kem Perkhemahan Persatuan Kadet Bomba Tahun 2019, Kolej Vokasional Sultan
Abdul Samad

3.0 RASIONAL

1. Memupuk unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan secara terus kepada para


peserta apabila mereka mengalami sendiri situasi yang memerlukan amalan terpuji
seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong- menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.
2. Mendedahkan para peserta kepada cabaran dalam aspek fizikal, mental dan kerohanian
yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing
masing
3. Memberi kesempatan kepada para peserta untuk menggembleng daya inovasi dan
kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4.0 MATLAMAT

1. Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman


bersama-sama rakan dan jurulatih.
2. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
3. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
4. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

5.0 OBJEKTIF

1. Melahirkan pelajar yang mampu memberikan komitmen sepenuhnya dalam sesuatu


perkara yang dilakukan.
2. Meluangkan masa bersama-sama rakan serta mengeratkan silaturahim antara pelajar
serta pensyarah
3. Mengetahui tentang cara bagaimana hendak membina sekurang-kurangnya satu jenis
perangkap haiwan di dalam hutan.
4. Menanamkan sifat bertolak ansur serta tolong menolong sesama pelajar

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Jawatan Ahli Jawatankuasa


Penasihat : Pn. Norhayati binti Ab Wahab
Pengerusi : Pn Ruzahriah binti Hj Telimik
Naib Pengerusi : En. Abdul Halim bin Jamji
Penyelaras Projek : En. Fauzee Nordin bin Iman
Setiausaha : Muhammad Nasrul Hazim bin Mohd Nazri
Bendahari : Pn Nr Laili binti Suhaimi

7.0 AHLI JAWATANKUASA KECIL

Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa


Aktiviti :  En. Yackub bin Abdullah (Ketua)
 En. Desmond Daniel Ak Copta
 Cik. Fatehah Faezah
 Cik. Nur Azreen

Keselamatan :  En. Telajan Ak Sulau (Ketua)


 Pn. Bacha Ak Garak
 En. Hassan Bin Abu
Makanan, Minuman, :  Mohd Akmal B. Misri
Hadiah & Cenderamata  Aliff Satar B. Ahmad
 Cik. Nurul Fatihah
 Nik Kamarul B. Abdullah
Dokumentasi :  En. Khafizuddin bin Mohd Jamal
Pendaftaran Peserta :  Cik Farahin Adawiyah
 Cik Farah Najwa
Pengangkutan :  En. Adzim bin Abdullah
8.0 ANDAIAN-ANDAIAN HALANGAN

1. Pelajar tidak mempunyai kebolehan dan kesanggupan untuk menyelesaikan masalah


yang dihadapi
2. Pelajar tidak dapat mencapai tahap komunikasi yang berkesan semasa menyampaikan
sesuatu maklumat kepada rakan lain
3. Segelintir pelajar kurang berminat menjalankan aktiviti luar dan menganggap bahawa
aktiviti tersebut tidak mendatangkan faedah

9.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan sepert butiran berikut:


8.1 Hari : Sabtu dan Ahad
8.2 Tarikh : 11 Julai & 12 Julai 2019
8.3 Tempat : Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor
8.4 Jurulatih : Pensyarah KVSAS

10.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini mensasarkan kepada ahli unit beruniform Kadet Bomba Kolej DVM 2
seramai 40 orang peserta.

11.0 BAYARAN PESERTA

Peruntukkan PIBG bagi membiayai segala perbelanjaan :


i. Aktiviti
ii. Makan & Minum
iii. Pengurusan & Pengangkutan

12.0 SENARAI TUGAS

Jawatan Tugas
Ketua Projek  Membentuk jawatankuasa
 Mempengerusikan mesyuarat
 Merujuk kepada penasihat

Penolong Ketua Projek  Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua

Setiausaha  Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan


 Urusan surat-menyurat dan borang

Bendahari  Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata


kewangan berkaitan program.
 Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar
seperti yang telah dirancangkan.

Ketua & Penolong  Merancang segala pengisian aktiviti.


Perkhemahan  Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar
dan selamat.

Peralatan  Merancang dan menentukan peralatan yang


diperlukan untuk program.
 Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak
perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dalam
keadaan baik seperti asal.

Keselamatan  Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.


 Memastikan keselamatan para peserta terjamin
disepanjang aktiviti.
 Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya
berlaku kecemasan.

Makanan & Minuman  Merancang dan menentukan menu makanan


 Merancang jadual makan dan minum peserta, guru
dan jurulatih.
 Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan
lancar.

Dokumentasi  Mencatat segala aktiviti yang berjalan


 Mengambil foto untuk setiap aktiviti
 Menyediakan laporan perkhemahan dan
dokumentasikan
 Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan
bahan-bahan untuk didokumentasikan.

Ibadah  Memimpin para peserta solat berjemaah


 Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
 Menyelaras dan menjalankan program untuk slot
keagamaan dan kerohanian.

Hadiah & Cenderamata  Menyediakan hadiah dan cenderamata program.


Pendaftaran  Memastikan para peserta telah mendaftar di
bahagian pendaftaran.
 Menyemak kehadiran berdasarkan nama.
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Kuantiti Jumlah (RM) Catatan


PENERIMAAN
40 orang peserta x
Bayaran Yuran Peserta 2 400.00
RM60 seorang
PEMBAYARAN
Bayaran Aktiviti 900.00
Makanan dan Minuman 500.00
Sewa Khemah & alatan 500.00
Pengurusan Perkhemahan
500.00 2 400.00
dan lain-lain pengurusan
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 2 400.00

14.0 MENU MAKANAN & MINUMAN

Tarikh Menu Catatan


Sabtu, (11 Julai 2019)
Makanan Tengahhari Nasi putih, ayam masak
kari, sayur goreng, air oren.
Minum Petang Air milo, roti bun
Makan Malam Nasi putih, daging masak
kicap, sayur, air sirap.
Minum Malam Air milo, kuih
Ahad, (12 Julai 2019)
Sarapan Pagi Air milo, nasi goreng, telur
dada
Minum Pagi Air milo, kuih
Makan Tengahhari Nasi putih, ayam masak
merah, ikan goreng, sayur ,
air oren
Minum Petang Air teh, mi goreng, kuih

15.0 TENTATIF PROGRAM

SABTU, 11 JULAI 2019 :


Masa Perkara Tindakan
1000 - 1030 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran
1100 - 1230 petang Taklimat daripada Ketua Ketua penyelaras
penyelaras
1230 – 1330 petang Makan tengahari AJK Makanan
1330 – 1630 petang Memasang khemah Ketua dan penolong
perkhemahan.
Jurulatih
1630 – 1700 petang Minum petang. AJK Makanan
Solat AJK Ibadah

1700 – 1800 petang Aktiviti Riadah Jurulatih


(mencari harta karun)

1800 – 2000 malam Mandi AJK Ibadah


Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
2000 – 2100 malam Makan Malam AJK Makanan
2100 – 2200 malam Aktiviti unggun api Jurulatih
2200 – 2230 malam Minum malam AJK Makanan
Tidur AJK Perkhemahan

AHAD, 12 JULAI 2019


Masa Perkara Tindakan
0500 -0700 pagi Bangun, kemas diri AJK Perkhemahan
Solat, Kuliah Subuh. AJK Ibadah

0700 – 0730 pagi Senaman pagi Jurulatih


0730 – 0800 pagi Sarapan AJK Makanan
0800 – 1030 pagi Jungle Tracking Jurulatih
1030 – 1100 pagi Minum Pagi AJK Makanan
1100 – 1230 tengahhari Mengemas Khemah AJK Perkhemahan
Membersih kawasan
khemah

1230 – 1300 tengahhari Makan tengahari AJK Makanan


Solat

1300 – 1430 petang Persiapan untuk balik. Jurulatih


Semua guru

1430 – 1530 petang Majlis Penutupan dan AJK hadiah dan


penyampaian sijil cenderamata
penghargaan Semua guru

16.0 KAEDAH PERLAKSANAAN

14.1 Mendirikan Khemah

Bagi aktiviti ini , taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi
memudahkan pelajar menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut
kumpulan. Aktiviti ini menjadi aktiviti yang pertama dalam tentatif program ini bagi
mendedahkan pelajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul di samping
menerapkan nilai bekerjasama antara kumpulan pelajar dalam program ini.
14.2 Aktiviti Riadah

Merupakan aktiviti pendedahan untuk semua pelajar. Aktiviti ini merupakan aktiviti
riadah bagi menajamkan daya pemikiran pelajar serta bagi meguji semangat bekerjasama
diantara setiap peserta pelajar.

14.3 Aktivit Malam Kebudayaan Dan Unggun api

Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam di padang. Dalam aktiviti ini, pelajar
didedahkan oleh pelatih tentang cara bagaimana mahu memantapkan semangat kerjasama
dalam perkara yang ingin dilakukan.

17.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan
melahirkan insan yang mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai
jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan
berusaha untuk merealisasikan program ini. Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh
untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah disusun atur oleh pihak penganjur. Dengan
berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses
yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya
merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Disediakan Oleh,

MUHAMMAD NASRUL HAZIM B. MOHD NAZRI


Setiausaha Unit Kadet Bomba,
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

Disemak Oleh,

FAUZEE NORDIN BIN IMAN


Penyelaras Program
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad
KELULUSAN
Permohonan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengarah bagi meluluskan aktiviti
perkhemahan yang akan dijalankan oleh Unit Kokurikulum Badan Beruniform Kadet Bomba
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

DILULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN


Saya yang menjalankan amanah

NORHAYATI BINTI AB WAHAB


Pengarah
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

Anda mungkin juga menyukai