Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI DAPUR

KESELAMATAN DIRI
1. Kerja dengan tenang.
2. Gunakan baju yang ringkas daripada kain yang tidak mudah terbakar seperti kain kapas.
3. Lantai mestilah kering, tidak bersepah dengan makanan dan tidak terlalu licin.
4. Ikatkan rambut yang panjang atau gunakan net/topi supaya rambut tidak jatuh ke dalam
makanan atau tersangkut kepada alatan yang sedang bergerak seperti alat pengadun kek, mesin
basuh kain dan kipas.
5. Gunakan kasut yang bertapak getah, padan, bertumit rendah, selesa dan bertutup.
6. Jalan dengan cergas, tetapi jangan sesekali berlari.

KESELAMATAN ALATAN
1. Padamkan suis utama sebelum memasang plam atau plag. Tangan mestilah kering.
2. Gunakan kain ketuhar atau kain memegang periuk ketika mengangkat periuk dan kuali panas.
3. Kacau dengan senduk kayu atau senduk bertangkai kayu.
4. Jika hendak tuang air panas, bawakan teko/ besen basuh kepada cerek air panas.
5. Hiris makanan arah kebawah di atas papan pencincang.
6. Lap mata pisau dengan menghala sebelah yang tajam jauh daripada anda. Jangan sekali-kali
tinggalkan pisau atau benda yang tajam di dalam besen berisi air.
7. Buangkan penutup tin untuk mengelakkan diri daripada terluka
8. Apabila menghulur barang tajam seperti pisau atau gunting kepada orang lain, hulurkan
tangkainya dahulu.
9. Gunakan pelapik periuk untuk mengalas periuk panas.

KESELAMATAN DI DAPUR

1. Labelkan semua bekas barang dengan cermat.


2. Jauhkan dapur daripada permukaan-permukaan kayu.
3. Tangkai cerek dan periuk mestilah ke dalam.
4. Periksa tiub gas dari masa ke semasa.
5. Barang-barang yang mudah terbakar seperti kain pencuci dan minyak tanah mestilah disimpan
jauh daripada api.
6. Nyalakan gores api sebelum memasang gas.
7. Jauhkan kepala anda dari ketuhar apabila memasng api ketuhar.
8. Buka pintu ketuhar sebelum memasang apI.

AMALAN KEBERSIHAN DI DAPUR

KEBERSIHAN DIRI
Tabiat yang bersih dan penjagaan kebersihan diri seharusnya diamalkan pada setiap masa.
1. Elakkan dari menyediakan makanan jika menghidap penyakit berjangkit
2. Rambut hendaklah ditutup dengan skarf atau kep
3. Tangan hendaklah dibersihkan sebelum menyentuh makanan
4. Pastikan memakai apron yang bersih
5. Balut semua luka dengan pembalut kalis air
6. Mengamalkan tabiat yang bersih. Elakkan daripada bersin, batuk, merokok atau meludah di
hadapan makanan.
KEBERSIHAN SEWAKTU MENGENDALIKAN ALATAN
1. Pakailah apron yang bersih.
2. Cuci tangan sebelum memegang makanan dan selepas ke tandas.
3. Batuk atau bersin jauh dari makanan ke dalam sapu tangan.
4. Dilarang merokok semasa menyediakan atau memegang makanan.
5. Jangan menjilat jari semasa menyedia dan memasak makanan.
6. Cuba lauk dengan menggunakan garfu.
7. Cuci perkakas dan tangan dengan baik selepas memotong makanan segar seperti daging, ikan.
KEBERSIHAN SEWAKTU MEMASAK MAKANAN
1. Pastikan alatan tidak retak atau sumbing dan dicuci dengan bersih.
2. Pastikan camca untuk merasa makanan dibersihkan sebelum digunakan
3. Pastikan permukaan meja kerja sentiasa bersih
4. Semua alat yang kotor hendaklah dicuci dengan segera. Jangan dibiarkan dalam sinki atau atas
meja.
5. Gunakan tuala yang khusus untuk mengelap tangan, pinggan mangkuk dan meja. Jangan
menggunakan tuala secara bercampur aduk bagi kerja-kerja yang berlainan.
KEBERSIHAN SEWAKTU MENYAJIKAN MAKANAN
Perkara yang berikut harus dititik beratkan semasa menyajikan makanan.
1. Hidangkan makanan di dalam alatan menghidang yang bersih dan tidak retak atau sumbing.
2. Tutup semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat atau serangga lain.
3. Gunakan perkakas yang sesuai dan bersih untuk menghidang makanan yang telah dimasak.
4. Ambil makanan yang telah dimasak dengan alat yang bersih seperti penyepit, camca atau garpu.
5. Hidangkan semua makanan yang telah dimasak dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai