Anda di halaman 1dari 3

Pemimpin yang hebat adalah pendorong yang bijak.

Mereka
memberikan inspirasi mengerah dan merangsang pekerja supaya mencapai
prestasi yang cemerlang. Mereka tidak melibatkan diri dalam politik pejabat
dan aktiviti yang tidak menyumbang kepada kejayaan organisasi. Pemimpin
yang baik memastilah menyediakan platform yang sesuai untuk kaki tangan
menyumbang idea-idea yang baik, dengan dengan menghebahkannya ke
seluruh organisasi, serta memastikan idea yang baik dilaksanakan dengan
segera dan memberikan penghargaan yang setimpal kepada penyumbang
idea. Kesemua perkara di atas tidak akan tercapai jika pemimpin tidak
memiliki teladan yang baik.

Keberanian adalah antara sifat dan teladan yang baik, yang sangat penting
perlu dimiliki oleh seorang pemimpin. Kebijaksanaan sahaja tidak memadai
kalau tidak ada keberanian. Tugas utama pemimpin menentukan dan
memastikan orang yang dipimpinnya melakukan kerja dengan baik dan
sempurna.

Tanpa ketegasan dan desakan agar kerja dilakukan dengan sempurna, orang
yang dipimpinnya tidak akan menghormatinya, malah mengambil kesempatan
daripada ketidakberanian pemimpin mengawal mereka. Dengan
kebijaksanaan pemimpin mengawal progres kerja secara diplomasi dan
kesabaran, tetapi dengan keberanian pemimpin mengawal orang yang
dipimpinnya secara mematuhi disiplin dan tindakan.

Bagi menunjukkan contoh teladan yang baik, pemimpin mesti mematuhi


disiplin dan menghargai masa. Seorang pemimpin yang baik menjadi orang
yang pertama sampai di pejabat dan orang yang terakhir keluar dari pejabat.
Jika pemimpin mengharapkan orang yang dipimpinnya bekerja dengan
bersungguh-sungguh, dia sendiri kena terlebih dahulu menunjukkan
keseriusan dalam menjalankan tugas. Pemimpin bukan hanya menjadi
pemerhati dan pemantau projek, tetapi pemimpin yang baik dia sendiri akan
turut turun padang melaksanakan tugas. Bahkan untuk kerja yang lebih susah
dan mencabar, pemimpinlah yang melakukannya dan menyelesaikannya
hingga jaya.

Pemimpin juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat


kerja dengan betul, jika pemimpin meringankan peraturan, semua orang akan
melakukan perkara yang sama, malah mereka akan meremehkan dan
memperlekehkan peraturan. Ingat fomular “Reset Minda”, ADA – BERI –
DAPAT. Kalau kita sebagai pemimpin ada sikap yang baik, kita dapat
memberikan kebaikan kepada orang yang dipimpin, dan kerana kebaikan kita,
mereka akan membalas kebaikan kita, dengan bekerja bersungguh-sungguh
dan berdisiplin mematuhi peraturan di tempat kerja.

Pemimpin mesti juga menghormati masa orang lain, jangan menganggap


masanya sahaja yang berharga. Masa orang yang dipimpinnya juga berharga,
kerana mereka memerlukan peruntukan masa mereka sendiri yang menjadi
hak mereka untuk melaksanakan tugas khusus mereka. Pemimpin jangan
mengambil terlalu banyak masa orang yang dipimpinnya untuk melaksanakan
tugas yang bukan menjadi teras fungsinya. Contohnya, terlalu banyak
mengadakan mesyuarat atau terlalu mengambil masa yang panjang dalam
setiap kali mesyuarat, atau masa mereka banyak dihabis untuk memenuhi
pemintaan pemimpin dalam hal-hal pengurusan pentadbiran, (melaksanakan
tugas daripada arahan dari masa ke semasa). Hingga menjejaskan masa
mereka melaksanakan kerja hakiki mereka, dan lebih buruk lagi jika terlalu
mengambil masa rehat pekerja.

Pemimpin perlu tunjukkan sikap penyabar, jangan bertindak mengikut emosi.


Jangan sesekali menyelesaikan masalah dalam keadaan kita sedang dalam
emosi negatif, marah yang meluap-luap, dalam perasaan tidak tenteram, atau
dalam perasaan sedih dan kecewa. Sebab EMOSI NEGATIF – RESPONS
NEGATIF – TINDAKAN NEGATIF – HASIL KEHIDUPAN NEGATIF.

Tenangkan perasaan kita dahulu, banyak mengingat Allah dengan


beristighfar, cuba senyum, refleksi diri dengan melakukan ‘senaman cermin’.
Iaitu dengan berkata kepada diri sendiri, apa yang kita patut dan tidak patut
buat (satu kaedah kita mengawal emosi kita melalui minda bawah
sedar/minda sedar, melalui hati/roh/jiwa kita).

Sehingga kita boleh tersenyum kepada diri kita sendiri, barulah kita bersedia
untuk berhadapan dengan masalah orang yang dipimpin, dan berfikir sacara
rasional apakah tindakan dan jalan penyelesaian boleh dilakukan terhadap
mereka. Fikirkan dahulu sebelum membuat tindakan. Selalu kenang kebaikan
pekerja terhadap kita, jangan kerana sekali kesilapannya kita melupakan
banyak kebaikan yang telah disumbangkan oleh pekerja.

Pemimpin perlu mempunyai keupayaan dan bakat memikat dan menambat


hati orang yang dipimpin. Dalam organisasi, biasa kita temui ada “dua kem”
yang berbeza; satu kem pemimpin dan satu lagi kem orang yang dipimpin.
Masing-masing menunjukkan kehebatan sendiri dan menonjolkan kelemahan
orang. Pemimpin yang baik berjaya menyatukan hati semua orang yang
dipimpinnya dengan semangat kerja sama. Semakin kita berjaya mewujudkan
suasana kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain, hasil kerja
kita akan semakin bagus.

Pemimpin yang cemerlang tidak mudah berubah-ubah arahannya. Selain


arahannya mudah difahami dan jelas, arahannya sentiasa selaras. Pemimpin
yang mahukan satu perkara hari ini dan mahu perkara yang bertentangan
pada hari berikutnya, merupakan pemimpin yang sukar membuat keputusan,
kerana tindakan dan arahannya yang tidak selaras.

Bukanlah pemimpin yang berteladan baik, jika sesuatu kerja, laporan, dan
seumpamanya yang memuaskan hatinya semalam, tidak semestinya diterima
olehnya hari ini, hingga menyebabkan orang yang dipimpinnya sentiasa
berasa cuak, takut berubahan lagi arahan dan terpaksa membuat kerja yang
sama pada keesokannya. Kita memang tidak boleh menjadi pemimpin yang
cemerlang jika kita tidak selaras.

Sikap ketidakselaran akan menimbulkan situasi, diskriminasi, pilih kasih dan


penganiayaan. Seorang pemimpin yang melayan orang yang dipimpinnya
dalam keadaan tertentu hari ini dan kemudian cenderung menukar fikirannya
dan meberikan layanan yang berbeza pada hari esoknya, akan menimbulkan
suasana tidak selesa bekerja dalam organisasi dan tidak puas hati orang
yang dipimpin. Sikap tidak selaras ini menunjukkan bahawa pemimpin itu
lemah, kerana tidak tetap pendirian. Hingga mudah dipengaruhi oleh faktor
luaran dan persekitaran serta orang di sekelilingnya, yang menyebabkan dia
menukar keputusan arahan yang telah dilakukan oleh dirinya sendiri.

Teladan yang baik perlu tunjukkan oleh pemimpin adalah sikap bertimbang
rasa dan jangan terlalu memaksa. Lebih baik membiarkan pekerja
melaksanakan tugasan dengan secara rela dan bersemangat, daripada
bertempik memarahi pekerja membuat kerja. Pemimpin yang baik hanya perlu
memberikan arahan dan kawalan, tanpa salah menyalahkan antara satu
sama lain dalam arahannya.

Antara perkara yang berat untuk dilakukan oleh seseorang itu adalah
mengaku salah. Tiada siapa suka menjadi orang yang dipersalahkan. Orang
yang mampu mengaku salah ialah orang yang tahu kelemahannya. Mengaku
salah bukan bermakna beralah tetapi tanda hamba kepada Allah. Allah telah
nampak segalanya yang terang dan yang samar, serahkan jiwa sepenuhnya
kepada Allah. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.

Anda mungkin juga menyukai