Anda di halaman 1dari 13

BUKU PANDUAN PENULISAN LAPORAN PERANTISAN 2

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN


KEBANGSAAN (NPQEL 2.0)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KANDUNGAN
Halaman

1.0 PENGENALAN 1
2.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL
2.1 Jenis dan saiz fon 1
2.2 Jidar 1
2.3 Langkau baris 1
2.4 Kriteria kertas hasil 2
2.5 Penjilidan hasil 2
2.6 Penomboran muka surat 2

3.0 FORMAT PENULISAN LAPORAN


3.1 Kulit hadapan 2
3.2 Halaman pengakuan dan pengesahan 2
3.3 Penghargaan 2
3.4 Senarai kandungan 2
3.5 Lampiran 2
3.6 Gambar 3
3.7 Jadual 3
3.8 Rajah 3
3.9 Permulaan bab 3
3.10 Perenggan 3
3.11 Sumber 3
3.12 Rujukan 3

4.0 GAYA PENULISAN LAPORAN 5

5.0 KERANGKA UTAMA PENULISAN


5.1 Laporan refleksi kepimpinan 5
5.2 Laporan program 5

6.0 KAEDAH PENGHANTARAN LAPORAN 6


LAMPIRAN
A Format Kulit Depan Laporan Program Perantisan 2 7
B Contoh Pengakuan dan Pengesahan Laporan Perantisan 2 8
C Contoh Penghargaan 9
D Contoh Kandungan Laporan Program Perantisan 2 10
E Contoh Pelaporan Mingguan 11

2
1.0 PENGENALAN

Program Perantisan 2 adalah program yang wajib dilaksanakan oleh peserta


National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) sebagai
memenuhi sebahagian keperluan kursus NPQEL. Sebagai bukti pelaksanaan
program ini, peserta dikehendaki menyediakan laporan bertulis mengikut
format yang telah ditetapkan oleh Institut Aminuddin Baki.

2.0 SPESIFIKASI TEKNIKAL

2.1 Jenis dan Saiz Fon

2.1.1 Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan rujukan
mestilah menggunakan saiz fon 12 dan jenis Times New Roman/Arial.
2.1.2 Saiz fon dalam jadual, gambar rajah dan grafik mengikut kesesuaian
(9 - 11 saiz fon). Tajuk dan subtajuk hendaklah ditebalkan.
2.1.3 Nama saintifik dan terminologi bahasa Inggeris hendaklah dalam
bentuk tulisan condong.

2.2 Jidar

Jidar kiri - 3.8 cm (38 mm)


Jidar atas - 3.0 cm (30 mm)
Jidar kanan dan bawah - 2.5 cm (25 mm)

Spesifikasi jidar bertujuan untuk memudahkan penjilidan. Semua maklumat


seperti kepala teks dan gambar rajah termasuk nombor muka surat
hendaklah dalam lingkungan penulisan.

2.3 Langkau Baris

2.3.1 Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau 1½ baris kecuali


halaman abstrak yang berlangkau 1 baris. Jarak antara perenggan
mestilah langkau satu baris.
2.3.2 Senarai di bawah mestilah ditaip dengan langkau satu baris:
i. Petikan yang melebihi 40 patah perkataan
ii. rujukan
iii. lampiran seperti soal selidik, surat-surat
iv. tajuk dan subtajuk

1
2.4 Kriteria Kertas Hasil

Laporan hendaklah ditaip di atas kertas putih 70/80 gsm dan bersaiz A4.

2.5 Penjilidan Hasil

Projek hendaklah dijilid dengan cara jilid sisir (comb binding). Bentangan
halaman laporan hendaklah ditaip dalam paparan menegak kecuali jadual
dan gambar rajah boleh menggunakan paparan melintang.

2.6 Penomboran Muka Surat

Semua muka surat laporan hendaklah dinomborkan. Nombor muka surat


hendaklah diletakkan pada bahagian tengah bawah setiap muka surat
(seperti contoh buku panduan ini). Penggunaan kurungan atau sebarang
bentuk lain tidak dibenarkan.

3.0 FORMAT PENULISAN LAPORAN

3.1 Kulit Hadapan

Kulit hadapan laporan kertas A4 putih dan mengikut format yang telah
ditetapkan dalam Program Perantisan 2.

3.2 Halaman Pengakuan dan Pengesahan

Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian projek dan


hendaklah ditandatangani oleh penulis dan disahkan oleh Pengetua atau
Guru Besar sekolah. Halaman ini dinomborkan dengan huruf roman
(Lampiran B)

3.3 Penghargaan

Penghargaan biasanya meliputi kata-kata penghargaan atas tunjuk ajar dan


bantuan daripada individu dan institusi. Halaman ini dinomborkan dengan
huruf roman (Lampiran C).

3.4 Senarai Kandungan

Senarai isi kandungan hendaklah disusun mengikut urutan yang berpadanan


dengan nombor muka surat yang merangkumi semua tajuk dan subtajuk,
dinomborkan dengan huruf roman (Lampiran D)

3.5 Lampiran

Semua bahan bukti dokumen berkaitan dilampirkan di bahagian lampiran dan


2
dinomborkan mengikut urutan seragam (rujuk Lampiran A, Lampiran B dan
seterusnya).

3.6 Gambar

Bilangan gambar yang disisipkan di antara teks penulisan perlu bersesuaian


(3 - 4 keping sahaja). Bilangan gambar yang terlalu banyak akan
mengganggu penulisan laporan. Manakala gambar tambahan boleh
disertakan dalam lampiran. Kapsyen gambar perlu diletakkan di bahagian
bawah gambar mengikut urutan.

3.7 Jadual

Tajuk jadual diletakkan di bahagian atas jadual dan dinomborkan mengikut


urutan.

3.8 Rajah

Tajuk rajah diletakkan di bahagian bawah rajah dan dinomborkan mengikut


urutan.

3.9 Permulaan Bab

Setiap bab dimulakan dengan muka surat baharu. Halaman pemisah tidak
diperlukan.

3.10 Perenggan

Perenggan biasanya digunakan bagi menandakan pembukaan tajuk baharu,


atau pengembangan lebih lanjut tentang tajuk sebelumnya. Sekurang-
kurangnya dua ayat boleh dibentuk untuk membina satu perenggan.
Perenggan pertama bagi setiap subtajuk tidak perlu disantak. Namun bagi
perenggan seterusnya perlu disantak satu langkau ke dalam.

3.11 Sumber

Semua data/statistik/rujukan/petikan perlu dinyatakan sumbernya dengan


jelas.

3.12 Rujukan

Senarai rujukan membolehkan pembaca mengetahui sumber yang


digunakan. Penggunaan rujukan yang terkini amat digalakkan dan sumber
rujukan perlu dinyatakan dengan jelas. Petikan daripada rujukan yang ditulis
di dalam laporan mestilah disertakan dalam bahagian rujukan. Rujukan yang
dimasukkan mesti dinyatakan dalam penulisan yang berkaitan dengan projek.
3
Penulisan rujukan seperti pengarang, tahun dan halaman perlu mengikut
sistem American Psychological Association 6th ed. (APA).
Senarai rujukan ditulis mengikut abjad dan tidak perlu dinomborkan.
Cara penulisan rujukan berbeza-beza mengikut jenis bahan yang dirujuk. Sila
rujuk contoh-contoh berikut:

a. Buku

Ahmad Mahdzan Ayob. (2003). Kaedah penyelidikan sosioekonomi:


Suatu pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

b. Tesis

Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2002). Kajian mengenai pengganti


kepimpinan sebagai moderator terhadap cara gaya kepimpinan
transformasi. Tesis Ph.D tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.

c. Artikel dalam Jurnal

i. Catatan: Sila teliti cara menulis rujukan ARTIKEL


ii. Tajuk artikel (tegak)
iii. Nama jurnal (Journal of Social Psychology-italic)
iv. Ada bilangan (contoh 22 - ditaip italic)
v. Jika ada volume (contoh 8 - ditaip tegak)
vi. Ada halaman (contoh 365-371 - ditaip tegak)

Buch, K., & Rivers, D. (2001). TQM: The role of leadership and culture.
Leadership and Organization Development Journal, 22(8), 365-371.

d. Pautan Internet

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012a). Portal Sistem Maklumat


Pengurusan Pendidikan. Akses 28 Januari 2012, dari http://
emisportal.moe.gov.my/

e. Pekeliling

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. (2005). Panduan pengurusan kualiti


menyeluruh (TQM) bagi perkhidmatan awam: Bil 1 tahun 1992. Dalam
Undang-undang Malaysia. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
1991-1993 Jilid 1 (335-395). International Law Book Services:
Selangor.

f. Nota Kuliah

Institut Aminuddin Baki. (2015). Nota kuliah modul 1 Program NPQEL.


Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki.
4
4.0 GAYA PENULISAN LAPORAN

Laporan menggunakan format penulisan ilmiah perlu menggunakan laras


bahasa yang sesuai dan tepat untuk membicarakan sesuatu fakta secara
objektif.

5.0 KERANGKA UTAMA PENULISAN LAPORAN

Kerangka utama penulisan Laporan Perantisan 2 berdasarkan format yang


disediakan dan hendaklah mengandungi bahagian-bahagian berikut:

5.1 Kulit Depan dan Format Laporan


a. Mengandungi maklumat yang ditetapkan dan jadual isi kandungan.
b. Tajuk dan subtajuk disusun dan dinomborkan dengan teratur.
c. Rujukan disenaraikan dengan cara yang tekal (konsisten).

5.2 Laporan Program Perantisan 2 ditulis berdasarkan empat bab iaitu:-

BAB 1 PENGENALAN
a. Latar belakang sekolah Perantisan 2
b. Maklumat Pengetua/Guru Besar serta barisan kepimpinan
sekolah Perantisan 2
c. Visi dan misi sekolah Perantisan 2
d. Tempoh keberadaan peserta di sekolah Perantisan 2

BAB 2 REFLEKSI KEPIMPINAN


a. Amalan pemimpin Sekolah Perantisan 2
b. Cadangan tambah baik amalan Pemimpin Sekolah
Perantisan 2
c. Refleksi mempimpin intervensi, menghuraikan perkara-
perkara berikut:
 Halangan/sokongan/kekuatan/kelemahan
 Pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang
diaplikasikan bagi mempengaruhi dan membawa
warga organisasi untuk mencapai matlamat bersama.
d. Harapan sebagai Pemimpin Pendidikan:
Huraian yang memperjelaskan peserta meneroka dan
mengembang potensi diri sebagai pemimpin pendidikan.
BAB 3 RUMUSAN
Merumuskan dapatan amalan kepimpinan di sekolah
Perantisan 2.

BAB 4 PENUTUP
Memperjelaskan faedah yang diperolehi daripada aktiviti
Perantisan 2.

5
6.0 KAEDAH PENGHANTARAN LAPORAN

6.1 Laporan dihantar dan dijilid sekali bersama-sama perkara berikut:


a. Laporan lengkap P2-1 hingga P2-7
b. Log Mingguan (P2-6)
6.2 Laporan Perantisan 2 perlu diserahkan kepada urus setia pada hari
pertama Fasa 3 bermula.
6.3 Laporan Perantisan 2 dimuat naik ke e-Laporan dalam bentuk pdf.

6
LAMPIRAN A

Format Kulit Depan Laporan Program Perantisan 2

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2 NPQEL


AMBILAN 2/2019

PROGRAM I-THINK

FATIMAH BINTI ABU BAKAR

670923-01-1234

SMBE 1

PENSYARAH PENYELIA
DR. BORHAN BIN ISMAIL

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2


DISERAHKAN KEPADA
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

7
LAMPIRAN B

Contoh Pengakuan dan Pengesahan Laporan Program Perantisan 2

PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan
dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

Tandatangan:

_____________________________
27 SEPTEMBER 2019 ( )

Saya mengesahkan bahawa Projek Perantisan 2 yang bertajuk


..................................................................... telah dilaksanakan di sekolah ini.

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja peserta NPQEL sendiri kecuali
nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan
sumbernya.

Tandatangan:

_______________________
27 SEPTEMBER 2019 ( )

Cop Pengetua/Guru Besar


Sekolah Perantisan 2)

8
LAMPIRAN C

Contoh Penghargaan

PENGHARGAAN

Syukur saya kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan dan buah
fikiran untuk menyiapkan tugasan ini yang bertajuk …………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………….

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Pengetua SMK Seri Menanti
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………..

Akhir sekali tidak lupa ucapan terima kasih saya kepada …………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………

Sekian, terima kasih.

FATIMAH BINTI ABU BAKAR


SMBE1 NPQEL 2/2019
27 SEPTEMBER 2019

9
LAMPIRAN D

Contoh Kandungan Laporan Program Perantisan 2

KANDUNGAN

Perkara Halaman

Pengakuan i

Penghargaan ii

Isi Kandungan iii

Senarai Jadual iv

Senarai Rajah v

Senarai Gambar vi

BAB 1 PENGENALAN

BAB 2 REFLEKSI KEPIMPINAN

2.1 Amalan pemimpin Sekolah Perantisan 2


2.2 Cadangan tambah baik amalan Pemimpin Sekolah Perantisan 2
2.3 Refleksi mempimpin intervensi.
2.4 Harapan sebagai Pemimpin Pendidikan:

BAB 3 RUMUSAN

BAB 4 PENUTUP

RUJUKAN

LAMPIRAN BORANG P2-1 HINGGA P2-6


10
LAMPIRAN E

Contoh Pelaporan Mingguan

PELAPORAN MINGGUAN

Nama Sekolah SMK Seri Menanti

Kod Sekolah JEA1010

Tarikh Amali

Nama Pengetua/ Guru Besar En. Khamis bin Jumaat

Refleksi Minggu 2/ Minggu Pengetua SMK Seri Menanti …


3/Minggu 4/Minggu 5

Nyatakan minimum 5 kekuatan kepimpinan/


pengurusan dan 5 perkara yang perlu diperbaiki.
setiap kenyataan disertakan dengan justifikasi.
(boleh rujuk kamus kompetensi)

Pengakuan:
Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia untuk
diambil tindakan oleh pihak IAB jika didapati bahawa karya ini diciplak daripada hasil
karya pihak tertentu yang terdahulu.

Tandatangan
Nama Peserta:
No. K/P:
Nama Penyelia:
Tarikh Laporan:

11

Anda mungkin juga menyukai