Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA


100% PELAJAR LAYAK SIIJIL SPM
(MELUS)
2021

DISEDIAKAN OLEH :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA
UNIT KURIKULUM
SMK GUA R NANGKA
KERTAS KERJA
PROGRAM LONJAKAN SAUJANA 100% PELAJAR LAYAK SIJIL SPM
SMK GUAR NANGKA
TAHUN 2021

1.0       PENDAHULUAN
            Pendahuluan Dalam menuju kecemerlangan, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian
sewajarnya sama ada dari segi akhlak, akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. Kejayaan
pelajar-pelajar dalam bidang akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam
peperiksaan awam khususnya SPM 2021. Bagi mencapai matlamat tersebut, bimbingan ke
arah peperiksaan perlu diberi perhatian serius untuk semua pelajar yang cemerlang
sederhana dan lemah. Untuk meningkatkan peratusan lulus dalam subjek Bahasa Melayu
dan Sejarah, maka pelajar yang ada harapan untuk lulus kami cuba dekati. Menyedari
hakikat inilah maka pihak Unit Kurikulum dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling
telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Lonjakan Saujana ( GALUS ) bagi
membantu pelajar-pelajar lemah ini menghadapi peperiksaan SPM 2021.

2.0       MATLAMAT
Program ini disusun dan dirancang dalam usaha memulihkan dan meningkatkan prestasi
pelajar-pelajar kelompok galus yang difikirkan mempunyai peluang lebih cerah untuk
menghasilkan keputusan yang baik dalam kertas Bahasa Melayu dan Sejarah pada
peperiksaan SPM 2021

3.0        OBJEKTIF
3.1       Mengurangkan peratus kegagalan  pelajar dalam peperiksaan SPM 2021
bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.                        
3.2       Menyediakan tiga kumpulan pelajar sasaran daripada kumpulan galus dalam
Usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.
3.3       Menyediakan perancangan program peningkatan akademik yang sistematik
dan efektif.
3.4       Meningkatkan kuantiti dan kualiti latihan yang diberi sebagai tugasan
kepada  para pelajar
3.5       Meningkatkan tahap keperihatinan setiap warga sekolah agar bersama-sama
berusaha gigih meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah.

4.0       STRATEGI  PERLAKSANAAN

4.1       Modus Operandi
4.1.1   Pembentukan Jawatankuasa Projek MELUS SMK Guar Nangka Tahun 2021
4.1.2    Pemilihan pelajar MELUS dilaksanakan berdasarkan keputusan Peperiksaan
Percubaan SPM Tahun 2021
4.1.3   Pelajar dikehendaki membuat latihan mengikut jadual, jumlah dan mata pelajaran
yang tetapkan oleh Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana (Projek MELUS) SMK
Guar Nangka 2020.  
                                                                                
4.1.4   Setiap pelajar akan dipantau kemajuannya dari semasa ke semasa oleh guru yang
ditetapkan mengikut subjek. 
4.1.5   Program Ziarah Cakna ke rumah pelajar yang terlibat dengan Projek MELUS akan
dilaksanakan sebulan sekali
4.1.6   Laporan kemajuan pelajar akan dimaklumkan kepada waris masing-masing secara
terus melalui ‘ group whatsapp’ SARANA MELUS

4.2      Kumpulan Sasaran
            Program ini mensasarkan kepada pelajar SPM seramai 28 orang yang gagal silang
pangkah dan gagal dalam kedua-dua subjek Bahasa Melayu dan Sejarah

5.0       JAWATANKUASA INDUK
  Pengerusi : Pn. Puzirah binti Abd Lateh (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Rohimi bin Din (PK Pentadbiran
(Pengurus)

Penyelaras : Pn. Sulastri binti Walad (GKMP Bahasa)


Setiausaha : Pn. Norzalina bt Jamaludin (Kaunselor)
Pen. Setiausaha 1 : Pn. Mushirah bt Mohseen (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
Pen. Setiausaha 2 : Pn. Nursakinah binti Pauzi (Ketua Panitia Sejarah)

Jawatankuasa Kecil : Semua Guru Kanan


: Semua Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
Tingkatan 5

6.0       TARIKH PERLAKSANAAN
Program ini akan dilaksanakan bermula pada bulan November 2021  sehingga
peperiksaan SPM 2022
7.0       KEWANGAN
            7.1 Sumber kewangan  PIBG
         
7.0       PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Kejayaan
program ini adalah terletak kepada komitmen dan kesungguhan setiap warga sekolah
melaksanakannya dengan betul dan konsisten. Petunjuk Prestasi adalah berdasarkan
peningkatan pencapaian pelajar  dalam setiap peperiksaan. Kejayaan seterusnya akan
dapat dilihat melalui peningkatan GPS dan bilangan pelajar mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan awam iaitu SPM.

Disediakan oleh:                                                                            

(NORZALINA BT JAMALUDIN)
Setiausaha
Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana (Projek MELUS)
SMK Guar Nangka

Disemak oleh:  
                                                                           

(ROHIMI BIN DIN)


PK Pentadbiran (Pengurus)
Program Lonjakan Saujana (Projek MELUS)

Disahkan   oleh:

(PUZIRAH BINTI ABD LATEH)


Pengetua
SMK Guar Nangka

Anda mungkin juga menyukai