Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi
mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu
dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini
sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga
rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja
yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.

Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan
pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang
bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat
dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.

Program ini juga diharap dapat memberi pencerahan dan ‘refreshment’ berkaitan PAK 21
atau Pembelajaran Abad Ke 21. LDP satu hari ini dilaksasankan sejajar dengan arahan KPM, JPN
dan PPd agar tahun fokus pendidikan 2018 adalah ke arah KBAT dan PAK 21.

MATLAMAT

Pembelajaran Abad Ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat
menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara
Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh
globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka
dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

OBJEKTIF

a) Mempertingkat pengetahuan tentang Paksi Asas PAK 21


b) Memberi pencerahan aspek pelaksanaan PAK 21
c) Mendedahkan kepada guru beberapa teknik dan pedagogi PAK 21

SASARAN

Semua Guru Matapelajaran Bahasa Malaysia

TARIKH PERLAKSANAAN DAN TEMPAT

Tarikh :
Tempat : Makmal Komputer, SK Dijih, Selangau
Masa : 2.00-5.00 petang
TENTATIF PROGRAM

Masa Tajuk
2.00 – 3.00 Pengenalan kepada PAK 21
3.00 - 4.00 Pedagogi PAK 21
4.00 – 5.00 Pentaksiran PAK 21
5.00 – 5.30 Penutup

KEWANGAN

BAJET KOS PERLAKSANAAN


BIL KEPERLUAN/PERALATAN KOS PER UNIT AMAUN
1 Kertas A4 RM10.00 RM10.00

JUMLAH RM10.00

PENUTUP
Hasrat dan harapan khas daripada pihak pentadbir sekolah agar program yang diadakan ini akan
dapat membantu dan meningkatkan pengetahuan guru-guru matapelajaran berkaitan dengan
Pembelajaran Abad Ke 21. Pembudayaan PAK 21 akan menjadi agenda utama pihak pengurusan
sekolah bagi tahun 2018.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh, Disemak oleh,

SAFARINA BINTI SAIBI AHMAD SHAFIQ BIN MUHAMAD


Penyelaras Ketua Panitia
Bengkel PAK21 Bahasa Malaysia
SK Dijih, Selangau SK Dijih, Selangau

Anda mungkin juga menyukai