Anda di halaman 1dari 4

TOOL KIT 3.5.

Aktiviti 3

Setiap peserta dikehendaki memikirkan satu bentuk yang boleh mencerminkan diri
mereka. Seterusnya gunting bentuk itu sebanyak lima set.

Secara berpasangan, terangkan siapakah diri anda dengan menggunakan bentuk


tersebut. Kenali rakan anda dengan menggunakan pendekatan yang sama.

Strategi Alternatif
 Pembelajaran koperatif
 Konstruktivisme
 KBKK

Rajah 1 : Bentuk bentuk yang boleh digunakan

Arahan kerja 1

Secara berkumpulan, bentuk satu objek dengan menggabungkan semua bentuk-bentuk


tersebut di atas kertas yang disediakan.

Strategi
 Kolaborasi
 Konstruktivisme
 KBKK
 Kreativiti
Atau:
Arahan kerja

Setiap peserta bergerak dalam kumpulan bentuk yang sama. Secara berkumpulan, bentuk
satu objek dengan menggabungkan bentuk tersebut di atas kertas yang disediakan.

Strategi
 Kolaborasi
 Konstruktivisme
 KBKK
 Kreativiti

Contoh hasil:

(Rujuk tema yang diberikan oleh fasil dalam arahan kerja)

Apa yang boleh difikirkan?

 Kongsikan kefahaman anda bersama rakan tentang Pengajaran Pembezaan.


 Nyatakan kefahaman anda itu dalam satu ayat mudah.
 Kongsikan contoh-contoh pembezaan yang wujud dalam persekitaran sekolah anda.

KAD TUGASAN

Berdasarkan keputusan kuiz atas talian, anda dikehendaki mengenalpasti gaya


pembelajaran anda yang paling dominan. Adakah anda bersetuju dengan keputusan
tersebut?

Seterusnya cuba bandingkan dengan rakan-rakan anda yang lain. Apakah terdapat
persamaan ciri dengan kecerdasan anda?

Aktiviti: TOOL KIT 3.5.2

Berdasarkan rajah susunan planet-planet di bawah, cuba anda menerangkan


kedudukannya mengikut urutan yang betul berdasarkan kecerdasan pelbagai masing-
masing. Kongsikan dapatan anda dengan yang lain.
Rajah 2 : Kedudukan planet-planet dalam sistem suria

TOOL KIT 3.5.3

Aktiviti 1: Hello

Bahan-bahan yang disediakan:

i Cawan kertas / Tin susu


ii Benang

Prosedur Kerja:
i Bina telefon dengan menggunakan cawan kertas/ tin susu dan tali yang disediakan.
ii Seterusnya, cuba berkomunikasi dengan kawan anda dan catatkan apa yang
diperkatakan.

Kemahiran berfikir lanjutan:

Bagaimanakah aktiviti ini boleh dikembangkan dalam menjana pemikiran pelajar selaras
dengan perubahan semasa dan sesuai dengan PAK 21. Seterusnya cuba fikirkan
bagaimana komunikasi berkumpulan boleh dilakukan selaras dengan kemajuan teknologi
masa kini.

Strategi Alternatif:

i Pembelajaran konstekstual iv Pembelajaran berasaskan Projek


ii Pembelajaran koperatif v Konstruktivisme
iii Konstruktivisme vi Pembelajaran inkuiri

Pelaporan:

Bentangkan hasil kerja kumpulan anda. Buat refleksi terhadap projek yang telah
dilaksanakan. Fikirkan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap projek tersebut.

Cadangan pelaporan:

i Pelan tindakan
ii Refleksi penambahbaikan
iii Bagaimanakah aktiviti ini boleh dipindahkan sebagai aktiviti ke mata pelajaran yang
lain.

Anda mungkin juga menyukai