Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

BENGKEL PENYEDIAAN BAHAN PAK 21 DI BAWAH PROGRAM


TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 SK SUNGAI KAWI

1.0 PENDAHULUAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;


 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
 Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu

2.0 RASIONAL
Meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

3.0 MATLAMAT
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;
 Memantapkan kepimpinan sekolah
 Memaksimumkan kualiti guru
 Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
 Pdpc bermakna di samping persekitaran yang berkesan

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  Komitmen komuniti yang padu.
4.0 OBJEKTIF
 Objektif bengkel adalah
o Menghasilkan bahan untuk digunakan semasa proses PdPc
o Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
o Meningkatkan interaksi dua hala dalam kalangan guru dan murid

5.0 KUMPULAN SASARAN


Guru Sk Sungai Kawi

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi :  En. Abdul Latip bin Morshidi           
Naib Pengerusi :  En. Hu Tiong Ann
Setiausaha : Puan Khajijah binti Sa’aid
AJK : Semua guru SK Sg Kawi

8.0 PERUNTUKAN PERBELANJAAN


Perbelanjaan yang diperuntukkan untuk bengkel adalah sebanyak RM360.00 di bawah peruntukan
TS25.

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif yang
dirancang. Dengan adanya program ini, maka akan lahirlah generasi warga sekolah yang
bertransformasi ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Disediakan oleh; Diluluskan oleh,


……………………….. ………………………................
(PUAN KHAJIJAH BINTI SAID) (ABDUL LATIP BIN MORSHIDI)
Setiausaha Guru Besar
TS25 SK Sg Kawi SK Sg Kawi
Anggaran Perbelanjaan Bengkel

Anggaran Jumlah
Bil. Perihal Barang Kuantiti
Harga Seunit Harga
1 Mounting Board Warna Kuning 9 keping 3.50 31.50
2 Mounting Board Warna Merah 9 keping 3.50 31.50
3 Mounting Board Warna Hijau 8 keping 3.50 28.00
4 Binding Tape 1.5 inci 16 buah 1.00 16.00
5 CBE Card Ring 26mm 10 paket 3.90 39.00
6 Kertas Photostat - Prefect Print/Smart Copy - 80gsm 7 rim 11.40 79.80
7 Gam Putih 160ml - Putih 4 botol 2.30 9.20
8 Bunting 1 unit 125.00 125.00
360.00

Anda mungkin juga menyukai