Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2022/23

Yang Berusaha,
PN. SALFALAILI BINTI MAT SAAD
Guru Besar
SK Ambangan Heights.

TAJUK KERTAS CADANGAN:

PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2022/23

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM:

Aktiviti perkhemahan adalah salah satu diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan Kokurikulum
di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara “hands on”
dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong,
berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti
perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak
langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing – masing.
Aktiviti perkhemahan juga memupuk sifat kepimpinan di dalam diri pelajar. Melalui aktiviti-
aktiviti yang disertai para murid akan didedahkan dengan semangat kepimpinan yang tinggi yang akhirnya
akan membantu mereka memimpin organisasi-organisasi yang diwujudkan apabila pulang ke sekolah,
disamping dapat menyiapkan diri apabila bekerjaya kelak.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM:

3.1 Membuka sebahagian minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui
kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan.
3.2 Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej hubungan antara
manusia dengan alam sekitar dengan penerapan matapelajaran tertentu secara halus
seperti Sains, Agama dan sebagainya untuk melahirkan generasi yang
berpengetahuan tinggi.
3.3 Memaparkan menyedarkan dan menginsafi diri dalam penggunaan masa seterusnya
melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan
bersistematik.
3.4 Menyuntik setitik ilmu bagi membentuk satu generasi yang diharap kebal terhadap
segala rintangan dan dapat berfikir secara rasional tanpa membelakangi hala tuju.

4.0 KUMPULAN SASAR:

4.1 Semua murid tahun 6 seramai 210 orang

4.2 Bayaran peserta untuk makan dan minum RM 30.00 seorang

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM:

5.1 TARIKH
Tarikh : 27 Januari hingga 28 Januari 2023
(Jumaat hingga Sabtu)
Masa : Jumaat (8.30 pagi ) hingga Sabtu (5.00 petang)
Tempat : SK Ambangan Heights
Perasmian : Sabtu ( 28 Januari 2023) jam 4.00 ptg
Penutup oleh Guru Besar SK Ambangan Heights
6.0 JAWATANKUASA KERJA
6.1 JAWATANKUASA INDUK

Rujuk lampiran 1

6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk lampiran 1

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN:

7.1 SUMBER KEWANGAN

7.1.1 Pendapatan
1. Bantuan kokurukulum sekolah – SPK1/2021 RM 20,781.29
2. Kokurikulum Tambahan – SPK1/2021 RM 13,889.32

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.2.1 Perbelanjaan

Bil Perihal Barang Kuantiti Harga / Anggaran


Unit Harga

(RM) (RM)

1 Khemah Peserta untuk 6 orang 10 350.00 3500.00

2 Dapur Memasak mudah alih 10 80.00 800.00

3 Bekas Simpanan Peralatan 4 65.00 260.00


4 Air Minuman 500 ml 30 kotak 15.00 450.00
5 Hadiah Hamper Makanan Malam 10 30.00 300.00
kebudayaan
6 Hadiah hamper makanan 10 20.00 200.00
Pertandingan Ikhtiar Hidup
7 Hadiah Hamper Makanan 10 20.00 200.00
Pertandingan Kawad Kaki
8 Hadiah Hamper Makanan 3 30.00 90.00
kumpulan terbaik
9 Piala Peserta Kem terbaik 10.00 10.00
1. Lelaki 1 10.00 10.00
2. Perempuan 1
Siji peserta kosong boder 5 25.00 125.00
10
Kertas Sebak 2 10.00 20.00
11
Pen maker 4 kotak 30.00 120.00
12
Kertas A4 2 15.00 30.00
13
Banner 1 110 110.00
14

6,225.00
JUMLAH (RM)
7.3 LAMPIRKAN KELULUSAN PINDAH PERUNTUKAN (sekiranya ada )
-Tiada-

8.0 ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu )


-Tiada-

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini memberi banyak manfaat kepada para pelajar dalam meluangkan masa
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum kelab dan persatuan sekolah secara maya di kediaman murid
masing-masing terutamanya pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, program ini juga
diharap dapat membantu menggerakkan murid supaya kekal aktif dalam kegiatan kokurikulum disamping
membina murid yang lebih celik kepada teknologi maklumat.

Disediakan oleh;

……………………………………………….
(AMIRUL BIN ISMAIL )
Penyelaras Perkhemahan Unit Beruniform
SK Ambangan Heights.

Disemak oleh,

………………………………………
(PN. ROHANA BT MOHD NOR )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Ambangan Heights

Disahkan oleh,

…………………………………..
(PN. SALFALAILI BINTI MAT SAAD)
Guru Besar
SK Ambangan Heights.
KERTAS CADANGAN
PROGRAM PERTANDINGAN KEAKTIFAN PENGLIBATAN MURID DALAM
AKTIVITI KOKURIKULUM KELAB KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Pertandingan Keaktifan


Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum Kelab Koperasi Dan
Kepenggunaan Peringkat Sekolah Tahun 2021

Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Program Pertandingan


Keaktifan Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum Kelab
Koperasi Dan Kepenggunaan Peringkat Sekolah Tahun 2021

Ulasan : .................................................................................................................

. ...............................................................................................................

.................................................................................................................

..

……………………………

(SALFALAILI BINTI MAT SAAD)


GURU BESAR
SK AMBANGAN HEIGHTS

Anda mungkin juga menyukai