Anda di halaman 1dari 12

KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

KERTAS KERJA
PENDIDIKAN LUAR KELAS
“PERKHEMAHAN & PROGRAM KELAB PALS BERSAMA KOMUNITI”
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ____________________

1.0 PENDAHULUAN

Pelaksanaan Perkhemahan &Program Kelab PALS Bersama Komuniti ini adalah


cadangan Kelab Pencinta Alam Sekitar yang akan dilaksanakan bersama pihak sekolah
dan pihak Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar (NREB). Program ini dilihat sebagai
satu cara bagi mewujudkan pendidikan yang boleh dijalankan di luar kelas di samping
dapat merapatkan hubungan pihak sekolah dan para pelajar khususnya dengan
komuniti setempat. Program yang dijalankan ini akan menjadi satu proses penting
dalam fasa penyediaan kepada para peserta bagi memiliki ciri-ciri ilmu pengetahuan
yang sangat berguna dan mampu mendedahkan pelajar dengan cara berkomunikasi
dengan masyarakat luar. Melalui aktiviti yang dijalankan, para peserta bukan sahaja
memperoleh input-input berguna tentang alam sekitar malahan dapat menonjolkan
sifat-sifat yang sedia ada dalam diri mereka, memupuk sikap bersatu padu, menghargai
alam sekitar dan bekerjasama antara satu sama lain dan memelihara kebersihan,
keceriaan dan kekukuhan alam sekitar.

2.0 RASIONAL KURSUS

Rasional program ini dijalankan adalah bagi memantapkan lagi motivasi


dikalangan peserta yang sedia ada dalam diri mereka agar lebih menghargai alam kita.
Oleh itu, program pendidikan ini diadakan sebagai memberikan input-input berkenaan
alam sekitar, memupuk semangat bersatu padu dan bekerjasama serta mewujudkan
kepekaan terhadap alam sekitar dan nilai-nilai murni yang tinggi. Disamping itu, ia
dapat menjadi platform untuk menunjukkan kepada pihak luar tentang keperihatinan
pihak sekolah dan pihak Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dalam usaha
untuk memelihara dan memulihara alam semulajadi.

3.0 OBJEKTIF KURSUS

Objektif pendidikan luar bilik darjah ini adalah untuk :


 Memupuk semangat kerjasama dan bersatupadu dalam kalangan para peserta,
guru-guru dan komuniti setempat dalam memelihara dan memulihara alam
sekitar.
 Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta, guru-guru dan
pihak NREB.
 Mendidik peserta dan komuniti setempat agar lebih menghargai alam sekitar
dan mengetahui kepentingannya.
 Memberi peluang kepada para peserta untuk memberikan kebebasan berfikir
dan mengeluarkan idea yang proaktif dan holistik.
 Memahami akan keperluan pendidikan konservasi dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
 Menjadi aktiviti sukan rekreasi sebagai memenuhi keperluan aktiviti
kokurikulum sekolah.
1
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

4.0 TARIKH DAN TEMPAT

Perkhemahan &Program Kelab PALS Bersama Komuniti ini akan dijalankan seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 22 – 24 Mei 2015 (Jumaat –Ahad)


Tempat : Air Terjun Wong Radau & Rumah Panjang Tn. Rumah Sigan

Sila lihat Lampiran A untuk maklumat dan gambar tempat program akan dijalankan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran terdiri daripada 30 orangahli Kelab PALS yang terpilihdan 14 orang
guru pengiringdan seorang staf dari Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili. Bagi
keterangan lanjut berhubung nama pelajarboleh dirujuk melalui Lampiran B.

6.0 JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK / PENGURUSAN


PENAUNG
ABU Ak ALI
( Pengetua SMK _________ )
PENASIHAT
Mhd Bin Jaini
( Penolong Kanan Pentadbiran)
PENGERUSI
Hillary
( Penolong Kanan Kokurikulum)
PENYELARAS PROGRAM
Yusup
( Ketua Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam Sekitar )
BENDAHARI
Shirley
( Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam Sekitar )

JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGANGKUTAN
Yusup
AJK MAKANAN & MINUMAN
Hadi
Bagat
Catherine
Mohd
AJK AKTIVITI REKREASI & SENAMAN
Albert
Mose
AJK DISPLIN &KESELAMATAN
Mazlan
M Syukor

2
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

AJK PERALATAN
Ahmad
Mohamad
AJK KEBERSIHAN
Angela
Noor
AJK KEBAJIKAN & KESIHATAN PELAJAR
Shirley
AJK FOTOGRAFI
Saiful

1. Semua penasihat/jurulatih hendaklah berpakaian sesuai sepanjang aktiviti


perkhemahan.
2. Tidak dibenarkan guru pengiring/fasilitator meninggalkan tapak tanpa kebenaran.
3. Guru pengiring/fasilitator harus bersedia bergilir tugas dengan guru yang lain bila
mana diperlukan.

7.0 ANGGARAN KOS


Di bawah adalah anggaran kos untuk menjalankan program ini :

Bil Perkara Kos seunit Kuantiti Jumlah (RM)


(RM)
1 Pengangkutan (Engkilili-Wong Radau) - 4 buah 900.00
2 Sarapan (Sabtu & Ahad) 4.00 100 set 400.00
3 Makan Tengahari (Sabtu) 6.00 50 set 300.00
4 Minum Pagi (Sabtu) 3.00 100 set 300.00
5 Makan Malam (Jumaat & Sabtu) 6.00 100 set 600.00
6 Minum malam (Jumaat & Sabtu) 2.00 100 set 200.00
7 Minum petang (Jumaat & Sabtu) 3.00 100 set 300.00
8 Air Kotak 15.00 6 kotak 90.00
9 Air Mineral 12.00 16 set 192.00
10 Kordial 6.00 10 botol 60.00
11 Hadiah dan cenderahati 100 - 100.00
12 Bekas barbeque 30.00 2 set 60.00
13 Banner Program 100.00 1 set 100.00
14 Plastik sampah 10.00 3 set 30.00
15 Tisu (Toilet Paper & Tisu biasa) 20.00 2 set 40.00
16 Sarung Tangan Plastik 10.00 2 set 20.00
17 First Aid Kit 100.00 1 set 100.00
18 Bahan alat tulis dan kertas 100.00 - 100.00

3
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

19 Minyak Generator (RumahPanjang) 20.00 3 gelen 60.00


20 Arang 7.00 2 kotak 14.00
21 Ayam dan Ikan (Barbeque Penutupan Ahad) 300.00
22 Kelengkapan memasak dan bekas makanan 200.00
Jumlah 4466.00

Menu Cadangan :

Sarapan Minum Pagi (Sabtu) Makan Tengahari


Sabtu : Bihun Goreng & Sosej Sabtu :
Sandwich Sardin Teh/ Kopi/ Air Sirap Nasi Putih berlauk.
Teh / Kopi Air Mineral Buah
Air Mineral (Peserta dan penduduk Air Mineral & Air Sirap
(50 orang) terlibat) (50 orang)

Ahad : Ahad (Penutupan) :


Roti Kaya / Jem Manok Pansoh
Teh / Kopi Ayam dan Ikan BBQ
Air Mineral Ulam
(50 orang) Nasi Putih
Kek / Agar-agar
(Peserta & penduduk
terlibat)
Minum Petang: Makan Malam : Minum Malam :

Jumaat : Jumaat : Jumaat :


Bihun Goreng Nasi Berlauk. Kek & Biskut
Air Mineral & Air Kotak Buah. Milo
(50 orang) Air Mineral & Air Sirap Air Mineral.
(50 orang) (50 orang)
Sabtu :
Bun & Biskut Sabtu : Sabtu :
Air Mineral & Air Kotak Nasi berlauk. Kek & Biskut
(50 orang) Buah. Milo
Air Mineral & Air Sirap Air Mineral
(50 orang) (50 orang)

Barang-barang lain yang akan di bawa (tidak melibatkan kos) :


1. Kanvas (1)
2. Radio (1)
3. Kamera (1)
4. Pemetik api (1)
5. Keperluan Peribadi Pelajar
6. Lampu Suluh
4
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

7. Mobile Microphone (2)


8. Kain

8.0 TENTATIF PROGRAM


HARI 1 : JUMAAT (19 JUN 2015)
2.00 PETANG BERKUMPUL DAN MENGAMBIL KEHADIRAN
2.30 PETANG BERTOLAK DARI SEKOLAH KE DESTINASI
3.30 PETANG SAMPAI DI DESTINASI
PENGAGIHAN TEMPAT DAN MINUM PETANG
4.00 PETANG TAKLIMAT RINGKAS
4.15 PETANG AKTIVITI REKREASI – JUNGLE WALK
TEMPAT : AIR TERJUN WONG RADAU
6.00 PETANG BEREHAT DAN BERKEMAS
7.00 MALAM MAKAN MALAM
7.45 MALAM TAKLIMAT RINGKAS
8.00 MALAM CERAMAH DARI NREB
TEMPAT : RUAI RUMAH PANJANG
8.30 MALAM ICE BREAKING
TEMPAT : RUAI RUMAH PANJANG
9.30 MALAM AKTIVITI BERKUMPULAN
10.30 MALAM MINUM MALAM
11.00 MALAM AKTIVITI TAMAT

HARI 2 : SABTU (20 JUN 2015)


7.00 PAGI SENAMAN PAGI
7.30 PAGI SARAPAN
8.00 PAGI TAKLIMAT RINGKAS
8.15 PAGI AKTIVITI BERSAMA KOMUNITI – PEMBERSIHAN SUNGAI
TEMPAT : Sungai Kaong dan sekitarnya
10.00 PAGI BEREHAT DAN MINUM PAGI
10.30 PAGI AKTIVITI BERKUMPULAN (PERMAINAN)
TEMPAT : Kawasan sekitar Wong Radau
12.30 TENGAHARI MAKAN TENGAHARI DAN BEREHAT
2.30 PETANG AKTIVITI BERKUMPULAN
4.30 PETANG MINUM PETANG
5.00 PETANG AKTIVITI REKREASI
TEMPAT : Kawasan Air Terjun
6.00 PETANG BEREHAT
7.00 MALAM MAKAN MALAM
8.00 MALAM CERAMAH KEPENTINGAN SUNGAI DARI PELAJAR
KEPADA KOMUNITI RUMAH PANJANG
9.00 MALAM CERAMAH PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN HUTAN
OLEH NREB
9.30 MALAM AKTIVITI MELIHAT BINTANG / NIGHT WALK
TEMPAT : KAWASAN BERDEKATAN RUMAH PANJANG
10.30 MALAM MINUM MALAM
11.00 MALAM AKTIVITI TAMAT
5
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

HARI 3 : AHAD (21 JUN 2015)


7.00 PAGI SENAMAN PAGI
7.30 PAGI SARAPAN
8.00 PAGI REFLEKSI DIRI DAN EKSPLORASI ALAM
PERSEDIAAN MAJLIS PENUTUPAN - PERSEMBAHAN
10.00 PAGI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
11.00 PAGI MERARAU
BERKEMAS
2.00 PETANG BERTOLAK BALIK

10.0 PENUTUP

Perkhemahan &Program Kelab PALS Bersama Komunitiini mampu memberi


pengalaman kepada para pelajar untuk menghargai alam sekitar melalui aktiviti-aktiviti
yang dirancang oleh Kelab PALS SMK ________________ bersama pihak NREB. Di samping
itu, ia memberi peluang kepada pelajar untuk meluangkan masa bersama komuniti
setempat, guru-guru dan pihak NREB dalam bersama-sama melaksanakan pelbagai
aktiviti berkaitan alam sekitar. Pelajar juga boleh beriadah bersama rakan dan serta
memupuk semangat bekerjasama dengan satu sama lain serta mewujudkan rasa
menghargai alam sekitar melalui aktiviti-aktiviti dilaksanakan. Aktiviti sebegini
seharusnya diperbanyakkan pada masa akan datang kerana ia adalah usaha murni
dalam mendirik moraliti pelajar ke arah yang positif.

6
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………..
……………………………………………..
(YUSUP)
(HILARY)
Ketua Guru Penasihat
Penolong Kanan Kokurikulum
KelabPencinta Alam Sekitar
SMK
SMK
Tarikh :
Tarikh :

Disahkanoleh :

…………………………………………
(ABU)
Pengetua
SMK
Tarikh :

7
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

LAMPIRAN A

GAMBAR 1 : JALAN MENUJU KE RUMAH PANJANG TUAI RUMAH SIGAN, RADAU


(40 MINIT PERJALANAN)

8
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

GAMBAR 2 : RUMAH PANJANG TUAI RUMAH SIGAN

9
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

GAMBAR 3 : PERJALANAN DARI RUMAH PANJANG KE WONG RADAU


(15 MINIT PERJALANAN)

10
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

GAMBAR 4 : PONDOK DISEDIAKAN UNTUK TUJUAN BEREHAT DAN MENUKAR PAKAIAN

GAMBAR 5 : AIR TERJUN WONG RADAU

11
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR SMK _________________2015

LAMPIRAN B

NAMA PELAJAR YANG MENYERTAI PROGRAM


1. MARRLYN SUNIA AK AMBA (5A)
2. CARIEALL NUGA AK JOYCE (5C)
3. MAC’ CHELLY ONASSIS AK ENAM (4A)
4. AWIE ANAK JUNIT (2B)
5. ELVIYAN NALISSA BINTI BERNARD (2B)
6. CAROL CARLTIN AK NOEL (2C)
7. RONNY DUNSTAN AK EDWARD (2D)
8. ANGELA IMBONG (2E)
9. MANYI ANAK SABANG (2E)
10. PATRICK ANAK NUNONG (2E)
11. VELENA RUNDEY AK SILA (2E)
12. AUTHRY LIA AK ROSLI (2F)
13. CHARLIE NIL ANAK DANIEL (1B)
14. JANANG ANAK HELEN (5MPV)
15. LORNERT ANAK ANTHONY (5MPV)
16. SUZAN ANAK MAWANG (1G)
17. ELIANA ANAK JULIN (5MPV)
18. ROSEBICA AK CHERI (5B)
19. REBECCA RABAI AK SUMBU (2B)
20. LAWIN ANAK MICHAEL (4ICT2)
21. MAXWELL BANGI (4ICT2)
22. ALEXZANDER CARLOS (4SN)
23. SYLVESTER MALINGGONG (4ICT1)
24. SEM-UMBA ANAK TARANG (5ICT1)
25. NORMAN MICHAEL JEMAT (4ICT1)
26. GERALDSON BUSANG ANAK WILLIAM @ LIAM (5ICT2)
27. ALEXIOUS ANAK ULAN (2C)
28. KIMBERLY GOH (5ICT1)
29. GABRIEL GIMMA PETER LIM (2F)
30. AWIE BAKAR (4ICT1)
NAMA GURU & STAF YANG MENYERTAI PROGRAM
1. ANIZA BINTI YUSUP (KETUA GURU PENASIHAT KELAB PALS)
2. SHIRLEY SIAN JAMPONG (GURU PENASIHAT KELAB PALS)
3. JULIANA ABDUL HADI
4. ALBERT FRANCIS AKOH
5. YOHANES ANAK MOSES
6. SAIFUL HAZEMI BIN JAAFAR
7. AHMAD AMRULLAH BIN MOHD
8. MAZLAN BIN OTHMAN
9. PLATICIA ANAK BAGAT
10. DARLENNY ANGELLA ANAK SANJI
11. MOHAMAD FARHAN BIN ROHIM
12. MOHAMAD SHUKOR BIN ISMAIL
13. NOOR ZARIDA BINTI AHMAD ZAKARIA
14. MOHD SYAMSUL RIZAL BIN MOHD SAMSUDIN
15. CATHERINE ANAK BAWONG (STAF SEKOLAH)
12

Anda mungkin juga menyukai