Anda di halaman 1dari 4

TAJUK LELAKI (2) : KEANGKUHAN FIRAUN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATURRAHI WABARAKATUH ,,

Ucapan terima kasih peneraju acara


Barisan panel hakim yang arif bijaksana
Keangkuhan Firaun tajuk dibawa
Marilah bersama-sama kita hayatinya

Ya Kawan-kawan,

Firaun atau nama lainnya adalah Ramses II yang merupakan Firaun yang paling agung dalam sejarah.
Nama Firaun ada disebut di dalam Al-Quran dan dalam kitab taurat.Firaun sering menindas
penduduk mesir dengan sewenang wenangnya.

Pada suatu hari dia telah bermimpi akan lahir seorang bayi akan menentangnya dan kerana itu juga
dia telah memerintahkan untuk membunuh semua bayi lelaki.

sebagaimana firman allah dalam surah An-Naaziaat ayat 24 :

   



Maksudnya: “(sambil berkata) akulah tuhanmu ,yang paling tinggi.

Kawan kawan nak tahu?

Nabi Musa ialah anak angkat firaun.Dia telah dihanyutkan ke sungai Nil dan dijumpai oleh Asiah iaitu
permaisuri firaun.

Membesarlah musa
Di dalam istana
Menjadi pemuda
Yang tampan dan sasa

Ya asbunal asdiqa.

Anak adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaik-baiknya.

Kejadian penderaan adik Aisyah di Langkawi baru-baru ini sangat menyayat hati. Sesuailah dengan
perumpamaan zalim laksana Firaun.

1
Ya Kawan-kawan,

Dalam diam, Firaun telah memburu Nabi Musa A.S selama 10 tahun. Akhirnya Allah telah
memerintahkan Nabi Musa A.S pulang ke Mesir. Sebagai persediaan untuk menghadap Firaun
durjana, Nabi Musa membawa seorang pembawa seorang pembantu untuk menemaninya.

Firman Allah dalam surah Toha ayat 42:

  


    


Maksudnya: Pergilah engkau dan saudaramu membawa ayat-ayat ku dan janganlah kamu berdua
lemah dan cuai dalam menyebut dan mengingatiku.

Hadirin sekalian,

Nabi Musa dan Nabi Harun seterusnya berdakwah kepada Firaun. Namun sebaliknya terjadi ……

Angkuhnya Firaun tidak terperi


Baginda Nabi sedih sekali
Firaun mencabar tunjukkan bukti
Andainya Musa seorang Nabi

Bila dia mula dicabar


Tongkat dilempar bertukar ular
Tangan ditunjuk cahaya bersinar
Namun Firaun tetap ingkar

Wahai kawan kawan,

Berdakwah adalah tanggungjawab semua sama ada pemimpin ataupun individu. Peranan media
elektronik seperti TV Al-Hijrah dan Radio IKIM sebagai salah satu wasilah dakwah kepada semua
umat islam mahupun bukan islam.

2
Seterusnya kawan-kawan,

Pertandingan 72 orang ahli sihir dengan Nabi Musa A.S telah dijalankan. Tali-tali yang dilemparkan
oleh ahli sihir menjadi beribu ekor ular. Dengan izin Allah, tongkat Nabi Musa telah menjadi ular
yang paling besar lalu menelan semua ular kepunyaan ahli sihir. Lalu ahli sihir terus sujud beriman.
Firaun tersentak dan mula hilang akal. Firaun dengan marahnya, berkata, “Potong tangan dan kaki
semua ahli sihir secara bersilang!!”. Ahli sihir pasrah kepada Allah.

Firman Allah dalam surah Toha ayat 70:

  


   
 
Maksudnya : Ahli-ahli sihir itu tunduk bersujud lalu berkata, “Kami beriman kepada tuhannya Harun
dan Musa”.

Ya Asbunal asdiqa,

Allah hadirkan ujian kepada hambanya supaya kita bersabar dan bersyukur. Kejadian pembunuhan
umat Islam di Christchurch bulan lalu telah membuka hati semua orang untuk saling berkasih sayang
sesama manusia.

Hadirin yang dihormati,

Semakin hari semakin angkuh

Firaun memerintah Musa dibunuh

Musa berlari dikejar si pembunuh

Jiwa kental sentiasa utuh

Nabi Musa A.S menggunakan mukjizatnya untuk membelah lautan dan menyelamatkan pengikut
baginda.

Firman Allah dalam surah As-Syuraaraa’ ayat 52

    


  
 
Maksudnya: Dan wahyukan kepada Nabi Musa, “Hendaklah engkau membawa hamba-hambanya
(kaummu) keluar pada waktu malam, sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan
tenteranya)”.

3
Hadirin sekalian,

Kuasa Allah tiada hadnya. Allah boleh menjadikan sesuatu mengikur kehendaknya sebagaimana
kejadian Tsunami yang berlaku di Banten Indonesia telah mengorbankan ramai manusia.

Ya asbunal asdiqa’,

Tongkat dipukul lautan terbelah

Bercantum semula dengan kuasaNya

Firaun yang angkuh juga tentera

Di lautan Merah terkorban nyawa

Akhirnya Firaun mati lemas.

Azab Allah pasti akan datang

Tidak kira masa ataupun ruang

Janganlah kita asyik terleka

Nikmat harta dan juga dunia

Firman Allah dalam surah As-Zukhruf ayat 56 :

  


 
Maksudnya : Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang
kemudian.

Demikianlah kisah keangkuhan Firaun.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai