Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN AIR PANAS, 53200,

SETAPAK, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN IKHTIAR HIDUP


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

TEMPAT:
SK JALAN AIR PANAS, SETAPAK, KUALA LUMPUR

TARIKH:

ANJURAN
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
&
UNIT KOKURIKULUM
1.0 PENGENALAN

Remaja era ini terdedah kepada pelbagai aktiviti yang tidak sihat dan kebejatan akhlak
yang serius. TKRS dengan ini ingin membawa ahli-ahlinya bergiat dalam aktiviti faedah
yang dapat membina jati diri pelajar secara menyeluruh. Pengalaman ikhtiar hidup sangat
berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam
masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar.

Aktiviti seperti ini membuatkan peserta terpaksa menyelesaikan sendiri


semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu
setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam
semua kerja dan aktiviti. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta
ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.

Aktiviti meredah alam merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita
tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang
luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada-Nya dan juga
menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita di depan-Nya yang Maha Esa.

2.0 NAMA PROGRAM

Pertandingan Ikhtiar Hidup


Tunas Kadet Remaja Sekolah,
SK Jalan Air Panas, 53200, Setapak, Kuala Lumpur

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah seperti berikut:

i. Menanam kesedaran mengenai adanya aktiviti sihat yang menarik dan jauh lebih
berfaedah bagi mengisi masa lapang.
ii. Memupuk tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin,
bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara
berpasukan.
iii. Membuka ruang interaksi bagi pelajar berlainan latar sosial.
4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta dapat:

i. Berkomunikasi secara berkesan di antara ahli


ii. Menunjukkan kematangan dalam pemikiran dan tingkah laku.
iii. Berdikari mengurus diri sendiri sepanjang aktiviti ikhtiar hidup seperti menjaga
keselamatan diri.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Rozalina Binti Razali


Naib Pengerusi 1 :
Naib Pengerusi 2 :
Naib Pengerusi 3 :
Naib Pengerusi 4 :
Setiausaha : Puan Nur Adeline Aqeela Binti Abdullah
Naib Setiausaha :
Bendahari :

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penyelaras : Encik Lee Wang Ming


Pendaftaran : Puan Azura Binti Muda
Disiplin : Encik Muhammad Firdaus
: Puan Jueliana Binti Jamani
Aktiviti : Cik Noor Aisyah Binti Ahmad Zaini
Backdrop & Publisiti : Puan Siti Norhanani Binti Che Mat

7.0 BUTIRAN PERTANDINGAN

Pertandingan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

i. Tarikh:
ii. Tempat : SK Jalan Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur

8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini mensasarkan kepada ahli TKRS seramai ___ orang peserta, yang terdiri daripada
___ pelajar Tahun 4, __ pelajar Tahun 5 dan __ pelajar Tahun 6.
9.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara

0730 - 0745 Pendaftaran peserta

0745 - 0800 Sarapan pagi

0800 - 0830 Taklimat oleh penyelaras program

0830 - 1130 Pertandingan Ikhtiar Hidup

1130 - 1200 Penyampaian Hadiah dan Penutupan

1200 Dijangka tamat


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)


1 Khemah 7 100 700
2 Bahan mentah 7 set 50 350
3 Sarapan pagi 60 2 120
3 Banner 1 80 80
4 Makanan dan minuman guru 5 10 50
Jumlah keseluruhan 1300

11. 0 SUMBER PENDAPATAN

Bil Perkara Jumlah (RM) Sumber Jumlah (RM)


1 Khemah 700 Unit Kokurikulum 700
2 Bahan mentah 350 Unit Kokurikulum 350
3 Sarapan pagi 120 Unit Kokurikulum 120
3 Banner 80 Unit Kokurikulum 80
4 Makanan dan minuman guru 50 Unit Kokurikulum 50
Jumlah keseluruhan 1300 1300

11.0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan pertandingan ini dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri
dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha
untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu
sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................. ..................................
(NUR ADELINE AQEELA BINTI ABDULLAH) (CIK FAZIDAH BINTI KAMARUDDIN)
Setiausaha, Penolong Kanan Kokurikulum,
Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Jalan Air Panas. SK Jalan Air Panas.

Disahkan oleh,

..................................
(PUAN ROZALINA BINTI RAZALI)
Guru Besar,
SK Jalan Air Panas.

Anda mungkin juga menyukai