Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JATI

30020 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

KEM IKHTIAR HIDUP


KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

TEMPAT:
D’ ALAM DAMAI CAMPSITE,
35300 CHENDERIANG,
PERAK DARUL RIDZUAN.

TARIKH:
14 SEPTEMBER 2013

ANJURAN
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
&
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JATI
1.0 PENGENALAN

Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) SMK Jati terdiri daripada tiga kelompok pelajar iaitu 1)
Pengawas Sekolah, 2) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan 3) pelajar-pelajar hardcore
yang terpilih. Tiga kelompok pelajar ini digabungkan bersama supaya ada ruang untuk
mereka berinteraksi, bekerjasama dan saling bantu-membantu.

Remaja era ini terdedah kepada pelbagai aktiviti yang tidak sihat dan kebejatan akhlak
yang serius. KPJ dengan ini ingin membawa ahli-ahlinya bergiat dalam aktiviti faedah yang
dapat membina jati diri pelajar secara menyeluruh. Aktiviti ikhtiar hidup yang dirancang kali
ini padat dengan aktiviti lasak yang sesuai dengan jiwa anak muda. Pengalaman ikhtiar hidup
sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam
masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar.

Aktiviti seperti ini membuatkan peserta terpaksa menyelesaikan sendiri


semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu
setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam
semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan
perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh
berdisiplin.

Aktiviti meredah alam merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita
tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang
luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada-Nya dan juga
menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa.

2.0 NAMA PROGRAM

Kem Ikhtiar Hidup


Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
SMK Jati, 30020 Ipoh Perak.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah seperti berikut:

i. Menanam kesedaran mengenai adanya aktiviti sihat yang menarik dan jauh lebih
berfaedah bagi mengisi masa lapang.
ii. Memupuk tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin,
bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara
berpasukan.
iii. Membuka ruang interaksi bagi pelajar berlainan latar sosial.
4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta dapat:

i. Berkomunikasi secara berkesan di antara tiga kelompok pelajar.


ii. Menunjukkan kematangan dalam pemikiran dan tingkah laku.
iii. Berdikari mengurus diri sendiri sepanjang aktiviti ikhtiar hidup seperti menjaga
keselematan diri.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Hajah Halijah binti Abdullah


Naib Pengerusi 1 : Tuan Haji Azmy bin Mohamed Nazir
Naib Pengerusi 2 : Puan Hajah Azita bt. Tan Sri Datuk Abdul Aziz
Naib Pengerusi 3 : Encik Zainal bin Umar
Naib Pengerusi 4 : Encik Salleh bin Yusuf
Setiausaha : Puan Nur Fashariah binti Fauzi
Naib Setiausaha : Cik Nurul Nabisah binti Haji Mohamad
Bendahari : Puan Nor Aisyah binti Ibrahim

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penyelaras : Cik Nurul Nabisah binti Haji Mohamad


Pendaftaran : Encik Rodzelan bin Tayib
Disiplin : Encik Nik Hamri bin Nik Yaakub
: Cik Nurizatul Irma binti Mohd Yazid
Aktiviti : Konsultan D’ Alam Damai Campsite
Backdrop & Publisiti : Cik Nurnadia binti Abdul Rashid
Pengangkutan : Puan Nur Fashariah binti Fauzi

7.0 BUTIRAN KEM

Kem tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

i. Tarikh: 14 September 2013


ii. Tempat : D’ Alam Damai Campsite, 35300 Chenderiang, Perak Darul Ridzuan.
iii. Jurulatih: Jurulatih daripada D’ Alam Damai Campsite.

8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini mensasarkan kepada ahli KPJ seramai 30 orang peserta, yang terdiri daripada 15
pelajar sesi pagi dan 15 pelajar sesi petang.
9.0 TENTATIF PROGRAM

Sabtu, 14 September 2013

Masa Perkara

0730 - 0745 Pendaftaran peserta

0745 - 0800 Taklimat oleh penyelaras program

0800 Bertolak ke D’ Alam Damai Campsite

0930 Dijangka tiba di D’ Alam Damai Campsite

0930 Taklimat aktiviti

1000 - 1130 Jungle Trekking dan ikhtiar hidup

1130 - 1200 Makan tengah hari

1200 - 1300 Sambungan aktiviti jungle trekking

1300 - 1400 Rehat dan solat Zohor

1400 - 1500 Flying fox

1500 - 1630 Team Building

1630 - 1800 Bertolak ke SMK Jati

1800 Dijangka tiba di SMK Jati


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)


1 Pengangkutan 1 450 450
2 Bayaran konsultan 30 25 750
(aktiviti + makan minum tengah
hari dan petang)
3 Sarapan pagi 30 2 60
3 Banner 1 80 80
4 Makanan dan minuman guru 4 10 40
Jumlah keseluruhan 1080

11. 0 SUMBER PENDAPATAN

Bil Perkara Jumlah (RM) Sumber Jumlah (RM)


1 Pengangkutan 450 PCG Kaunseling 450
2 Bayaran konsultan 750 PCG Kaunseling 750
(aktiviti + makan minum tengah
hari dan petang pelajar)
3 Sarapan pagi pelajar 60 PCG Kaunseling 60
3 Banner 80 Sumbangan PIBG 80
4 Makanan dan minuman guru 40 Sumbangan PIBG 40
Jumlah keseluruhan 1080 1080

11.0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan kem ini dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri dan sifat
ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk
merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri
untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................. ..................................
(NUR FASHARIAH BINTI FAUZI) (TUAN HAJI AZMY BIN MOHAMED NAZIR)
Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Jati. SMK Jati.

Disahkan oleh,

..................................
(PUAN HAJAH HALIJAH BINTI ABDULLAH)
Pengetua,
SMK Jati.

Anda mungkin juga menyukai