Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SOFBOL ANTARA RUMAH SUKAN

1. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan dari pihak pentadbiran untuk
menampung semua perbelanjaan untuk pertandingan sofbol dan pembelian
peralatan sofbol.

2. PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan
sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan,
malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani,
rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Atas kesedaran inilah, maka Sekolah
Agama Islam Sarawak sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan
pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas
pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.

3. OBJEKTIF

i) Memupuk semangat setia kawan di kalangan pelajar dan guru.


ii) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.
iii) Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar pertandingan.

4. PERINCIAN

i) Maklumat Pertandingan;
Tarikh : 24 Ogos 2019
Masa : 8.00 pagi – 12.00
Tempat : SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah
5. PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga Perunit Anggaran Sumber


Kewangan
Perbelanjaan
1 Glove sofbol x 5 RM150 RM750 MIS
2 Bat Sofbol x 2 RM250 RM500 MIS
3 Jersi RM25 RM375 MIS
4. Medal RM12 RM240 MIS
5. Air minuman & makanan RM8 RM135 MIS
JUMLAH RM2000

Jumlah peruntukan yang dipohon ialah RM2000.00

6. PENUTUP
Pertandingan ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman
menyertai pertandingan sebenar. Adalah diharapkan juga, penyertaan ini akan dapat meningkatkan
semangat persaingan yang sihat di kalangan murid serta menggalakkan mereka bersedia mewakili
sekolah dalam pertandingan MSS 2019 sekaligus mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang
lebih tinggi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(MOHAMAD HARYADI BIN EKENI) (MOHD NAZRI BIN MOHTAR)


Guru Penasihat Kelab Sofbol Guru Besar
SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah

Anda mungkin juga menyukai