Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

ACARA PERKARA CATATAN

Acara 1 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Hj. Din


Ketibaan VIP bin Adam, Yang Dipertua PIBG SMA Sultan Ismail,
(Us. Suhaimi) Dungun bersama tetamu jemputan masuk ke dalam
dewan. Hadirin mohon berdiri.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Acara 2 ‫ والصالة والسالم على‬،‫احلمد هلل رب العلمني‬...‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


Ucapan
.‫سيدنا حممد وعلى آله وصحبه أمجعني‬
pengacara
majlis Yang Berbahagia Dato’ Haji Din bin Adam
Yang Dipertua PIBG SMA Sultan Ismail, Dungun.

(Cg. Azimah)
Yang Berusaha Puan Hajah Zainabun binti Muda
Pengetua SMA Sultan Ismail, Dungun.

En Mohd Nordin bin Ithnin


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Hjh Zainabun bt Muda


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Pn Rusmawati @ Siti Fatimah bt Mohamad


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru ketua bidang

Seterusnya
Barisan guru, pelajar-pelajar, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Negaraku
Sehati Sejiwa.

1
(Us. Suhaimi) Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana
di pagi yang berbahagia dan ceria ini kita dapat
bersama-sama berkumpul bagi memeriahkan satu lagi
program bersempena dengan sambutan pelancaran
bulan kemerdekaan ke 60 tahun Malaysia.

Selamat datang ke majlis Pelancaran Bulan


Kemerdekaan Peringkat SMA Sultan Ismail, Dungun
tahun 2017. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan
yang berpanjangan.

Begitu pantas detik masa berlalu, kita bakal


menyambut kemerdekaan Malaysia dalam tempoh
seminggu saja lagi dengan penuh kedamaian. Ini jelas
membuktikan betapa beruntungnya kita sebagai rakyat
Malaysia, hidup di bumi bertuah ini.

Dengan tema "Negaraku Sehati Sejiwa", secara


rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan
ulangtahun yang ke-60 , sekaligus menjadi lambang
kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap,
berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan
menerusi pembangunan, kecemerlangan dan
kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Acara 3 Hadirin yang dihormati sekalian,


Bacaan doa
(Cg. Azimah) Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-
Fadhil Ustaz Ahmad Syaaban al-Khafagy untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*** bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-


Fadhil Ustaz Ahmad Syaaban al-Khafagy atas bacaan
doa itu tadi.

2
Acara 4 Hadirin sekalian,
Nyanyian
lagu Sebagai pembuka acara, majlis menjemput Yang
Berbahagia Dato’ dan hadirin sekalian untuk berdiri dan
(Us. Suhaimi) bersama-sama mengalunkan Asma Al-Husna dan
seterusnya menyanyikan lagu kebangsaan ‘Negaraku’,
diikuti dengan lagu Aku Negaraku, Selamat Sultan dan
SMASID Terbilang.

***nyanyian lagu

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu


tadi.

Acara 5 Hadirin yang dihormati Allah sekalian


Ucapan
pengetua Bagi meneruskan majlis sambutan pelancaran
kemerdekaan pada pagi ini, dengan sukacitanya
(Cg. Azimah) dijemput yang berusaha Puan Hajah Anisah binti A.
Mubin, Pengetua SMA Sutan Ismail, Dungun ke pentas
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

***ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajah


Anisah binti A. Mubin atas ucapan itu tadi.

Acara 6
Ucapan Keris melayu lambang pusaka,
perasmian Tapak sirih lambang sejahtera,
Negara sudah aman merdeka,
(Us. Suhaimi) Hidup rakyat bergaul mesra.

Ayam jantan lawan berlaga,

3
Bebas merdeka dari sengsara,
Maruah kita hendaklah dijaga,
Benteng kuat pertahankan Negara

Hadirin yang dimuliakan,

Tanpa membuang masa, majlis dengan penuh takzim,


menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia Dato’
Haji Din bin Adam, Yang Dipertua PIBG SMA Sultan
Ismail, Dungun untuk menyampaikan ucapan, sekaligus
merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Peringkat SMA Sultan Ismail, Dungun tahun 2017.
Dipersilakan.

***ucapan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’


Haji Din bin Adam atas kesudian menyampaikan ucapan
dan merasmikan majlis sebentar tadi.

Acara 7 Bagi melengkapkan acara pada hari ini, majlis


Lafaz ikrar diteruskan dengan acara lafaz ikrar rukun Negara.
Untuk maksud itu, majlis menjemput Ketua Pelajar
(Cg. Azimah) SMA Sultan Ismail, Dungun, Ahmad Syafik Danial bin
Pazli untuk mengetuai bacaan lifaz ikrar. Dipersilakan.

***lafaz ikrar

Sidang hadirin sekalian

Degupkanlah jantung kita, nyatakanlah dalam hati, kita


berbangga menjadi rakyat Malaysia. Marilah kita
bertepuk tangan, memberi sokongan 60 tahun
kemerdekaan. Negaraku Sehati Sejiwa.

4
Acara 8
Persembaha Bagi memeriahkan majlis pada hari ini, majlis
n pelajar diteruskan dengan acara persembahan. Untuk itu,
marilah kita saksikan persembahan dikir barat yang
(Us. Suhaimi) disampaikan oleh ……………………………………………….
Dipersilakan.

***persembahan dikir

Terima kasih kepada ……………………………………….. atas


persembahan itu tadi

Acara 9 Hadirin yang dihormati sekalian,


Nyanyian
lagu Bagi menghangatkan lagi majis pada hari ini, marilah
patriorik sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan beberapa
buah lagu patriotik. Dimulai dengan lagu Tanggal 31,
(Cg. Azimah) seterusnya diikuti dengan lagu Jalur Gemilang, Lagu
Warisan dan diakhiri dengan lagu Tema Kemerdekaan
2017.

***nyanyian

Terima kasih kepada semua atas nyanyian lagu


patriotic. Kita sebenarnya terhutang budi kepada
tokoh-tokoh kemerdekaan yg telah menempuh pahit
getir untuk membebaskan negara daripada belenggu
penjajah. Kemerdekaan yang dikecapi ini, haruslah kita
pelihara dan pertahakan walau ke titisan darah yang
terakhir.

Acara 10 Para tetamu dan hadirin yang dihormati sekalian,


Gimik
merdeka Majlis pelancaran bulan kemerdekaan pada hari ini,
tidak lengkap tanpa ada gimik perasmian. Untuk itu,
(Us. Suhaimi) majlis sekali lagi menjemut Yang Berbahagia Dato’ Haji
Din bin Adam, Yang Dipertua PIBG SMA Sultan Ismail

5
Dungun, diiringi oleh Yang Berusaha Puan Hajah Anisah
binti A. Mubin, Pengetua SMA Sultan Ismail Dungun
untuk menyempurnakan acara gimik kemerdekaan.
Dipersilakan.

***gimik

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Dato’ Haji Din bin Adam atas kesudian
menyempurnakan acara gimik sebentar tadi.

Acara 11 Dengan berakhirnya upacara gimik sebentar tadi, maka


Penutup majlis kita sudah sampai dipenghujungnya. Saya
mewakili jawatankuasa penganjur memohon kemaafan
(Cg. Azimah) atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis
ini dijalankan.

Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat


kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan,
terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun
kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada
agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Marilah, dengan penuh semangat, kita laungkan kalimah


keramat MERDEKA sebanyak 7 kali

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,


MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Terima kasih.

Sekian sahaja majlis kita pada hari ini, semoga


berjumpa lagi pada tahun hadapan.

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.


WASSALAMUALAIKUM WBT…

Anda mungkin juga menyukai