Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


SK TANJONG GADING 2019
KHAMIS, 8 OGOS 2019
DEWAN PENGHULU SULONG SK TANJONG GADING

Para murid yang dikasihi,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk senyap
dan tumpukan perhatian kepada majlis yang akan berlangsung.

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan Yang dihormati, Tn Haji Salleh bin Nirman , diiringi


oleh Yang Berusaha Cikgu Abdul Rahman bin Md Amin serta barisan guru-
guru penolong kanan SK Tanjong Gading.

KATA ALU-ALUAN

Lembut bicara manis selalu,


Lambang diri semakin matang,
Langkah tangkas sembah dialu,
Tanda kasih selamat datang.

Burung puyuh meniti di batang,


Batang manggis condong ke paya,
Pemanis bicara selamat datang,
Awal Bismillah pembuka kata.

Bismillahirrahmanirrahim.

1. Yang Berusaha, Cikgu Abdul Rahman bin Md Amin


Guru Besar SK Tanjong Gading

2. Yang dihormati, Tn Haji Salleh bin Nirman


Tokoh pejuang kemerdekaan

3. Yang dihormati, Cikgu Hjh Jamilah bt Othman


Penolong Kanan Pentadbiran

4. Yang dihormati, Cikgu Masita bt Adan


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5. Yang dihormati, Cikgu Ahmad Adnan bin Pujiman
Penolong Kanan Kokurikulum

6. Yang dihormati, guru-guru, pembantu-pembantu pengurusan murid


seterusnya murid-murid sekalian.

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Sekalung madah puisi indah,


Songsang kata bahasa disula,
Salam sudah hormat pun sudah,
Tibalah detik acara bermula.

Terlebih dahulu majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Tn


Haji Salleh bin Nirman, dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2019, SK Tanjong Gading, Tangkak.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat menyerikan lagi suasana
majlis pada pagi yang damai ini, di samping dapat mengukuhkan lagi tautan kemesraan
serta jalinan kerjasama di antara sekolah dan institusi luar khasnya.

Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang.

BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian………

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Seterusnya, bagi memberkati majlis ini, majlis memohon agar kita semua bersama-
sama memanjatkan kesyukuran dan berdoa ke hadrat Illahi agar majlis pada hari ini
akan lebih diberkati.

Untuk itu majlis dengan penuh rasa syukur menjemput al Fadhil Ustaz Idris bin
Ismail untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

BREAK ( Bacaan Doa )


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Idris bin Ismail atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Seterusnya,
Majlis dengan segala hormat mempersilakan
Cikgu Abdul Rahman bin Md Amin
Guru Besar SK Tanjong Gading
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2019, SK Tanjong Gading, Tangkak.
Dipersilakan...

BREAK (ucapan perasmi)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Abdul Rahman bin
Md Amin atas ucapan dan perasmian majlis kita pada pagi ini..

Majlis seterusnya mempersilakan Tn Haji Salleh bin Nirman serta guru-guru


penolong kanan SK Tanjong Gading bersama-sama dengan Cikgu Abdul Rahman bin
Md Amin untuk menyempurnakan gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar
Jalur Gemilang.

NYANYIAN LAGU
Hadirin sekalian,
Seterusnya marilah sama-sama kita berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti
lagu Tema Merdeka 2019, Malaysia Bersih.

BREAK (nyayian lagu)

Hadirin dipersilakan duduk


TAYANGAN VIDEO PENDEK

Hadirin sekalian,
Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan tayangan video pendek bertajuk Ceritaku
Negaraku yang akan memberi gambaran ringkas tentang tokoh pejuang negara yang
dijemput khas sempena majlis pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

BICARA TOKOH
Warga dewan yang dirahmati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan acara bicara tokoh : Memoir seorang pejuang. Sebelum
itu, izinkan kami membaca sedikit biodata ringkas Yang dihormati Tn Haji Salleh bin
Nirman, tokoh pejuang kemerdekaan yang dijemput khas pada hari ini.

Haji Mohd Tawel bin Jailani memulakan perkhidmatan beliau sebagai anggota tentera
pada tanngal 6 Oktober 1970. Beliau telah telibat dalam operasi menentang komunis
dari tahun 1971 hingga 1983. Pada tahun 1984 hingga 1991, beliau telah ditugaskan
menjadi jurulatih
_________________________________________________________________________ . Setelah
berkhidmat selama lebih kurang 21 tahun, beliau akhirnya bersara pada 5 Oktober
1991, dengan pangkat yang terakhir ialah Sarjan.

Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan, Tn Tn Haji Salleh
bin Nirman, Tokoh pejuang Kemerdekaan dan ________________________________________,
moderator bicara tokoh : Memoir seorang pejuang untuk mengambil tempat dan
memulakan acara. Dipersilakan.

BREAK (bicara tokoh)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Haji Salleh bin Nirman
dan
______________________________________________________________________________
atas temubual yang sangat berinformasi dan menyuntik semangat patriotik
sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA VIP

Seterusnya,
Majlis mempersilakan
Cikgu Abdul Rahman bin Md Amin diiringi oleh guru-guru penolong kanan SK
Tanjong Gading untuk menyampaikan cenderamata.

Dipersilakan
Yang Dihormati, Tn Haji Salleh bin Nirman
Tokoh pejuang Kemerdekaan

Untuk menerima cenderamata tanda kenang kenangan daripada pihak


sekolah.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Abdul Rahman bin Md Amin
atas kesudian beliau menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

PENUTUP

Dengan penyampaian cenderamata tersebut, maka berakhirlah Majlis Pelancaran Bulan


Kemerdekaan 2019, SK Tanjong Gading, Tangkak.

Di atas dahan si burung tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


4

Anda mungkin juga menyukai