Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA


AHAD 27 JANUARI 2019
DEWAN PENGHULU SULONG
SK TANJONG GADING

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum wbt, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa

Yang Berbahagia Sub Inspektor Haji Abu Shah Bin Md Kalas, Pegawai Perhubungan
Sekolah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak bersama pengiringnya.

Yang Berusaha Puan Ja’ranah Binti Hj Ja’afar, Guru Besar SK Tanjong Gading.

Yang Dihormati Puan Hjh Jamilah Binti Othman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
Tanjong Gading.

Puan Masita Binti Adan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Tanjong Gading.

Encik Ahmad Adnan bin Pujiman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tanjong Gading.

Yang Dikasihi rakan-rakan guru, pembantu-pembantu pengurusan murid, pemimpin-


pemimpin muda yang diraikan serta anak didik sekalian.

Dizahirkan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,


Dimohonkan limpahan berkat atas segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian kepada Allah Rabbul Izzati,
Diiringi sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Terlebih dahulu majlis mengucapkan selamat datang, dan majlis juga ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Sub Inspektor Haji Abu Shah
Bin Md Kalas ke Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Tanjong
Gading bagi Tahun 2019 ini. Semoga dengan penyampaian watikah pelantikan ini nanti akan
menjadikan mereka seorang pemimpin muda yang berdedikasi dan amanah dalam
menjalankan tugas.

BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian………

Tetak buluh kajang sepuluh


Mahu dijolok sarang penyengat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon agar selamat

Bagi memberkati majlis ini, majlis memohon agar kita semua bersama-sama memanjatkan
kesyukuran, dan berdoa ke hadrat Ilahi agar majlis pada hari ini akan lebih diberkati.

1
Untuk itu, majlis dengan penuh rasa syukur menjemput Al-Fadhil Ustaz Ismail Bin Alwi
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan………

REHAT ( Bacaan Doa )

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ismail Bin Alwi atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Semua murid dan guru dipersilakan duduk dengan senyap.

UCAPAN GURU BESAR

Sidang hadirin yang dihormati.....

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat majlis menyampaikan ucapan.

Meneruskan tertib acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan Hajah Jamilah bt
Othman, Penolong Kanan Pentadbiran SK Tanjong Gading untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BREAK ( Ucapan GPK Pentadbiran )

Bunga selasih di atas jerami,


Terima kasih ucapan kami.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Jamilah bt Othman atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN PEGAWAI POLIS

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian……

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan/berucap di majlis kami.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Sub Inspektor Haji Abu Shah Bin Md Kalas untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan
Pemimpin Muda SK Tanjong Gading bagi tahun 2019.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

BREAK ( Ucaptama Perasmi )

2
Majlis seterusnya menjemput Sub Inspektor Abu Shah Bin Md Kalas diiringi oleh guru-guru
penolong kanan SK Tanjong Gading untuk menyempurnakan gimik perasmian.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Sub
Inspektor Abu Shah Bin Md Kalas atas ucapan tersebut.

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

Hadirin dan hadirat sekalian……..

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, iaitu Penyampaian Watikah Pelantikan kepada para
pemimpin muda.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Sub Inspektor Abu Shah Bin Md
Kalas dengan diiringi oleh guru-guru penolong kanan SK Tanjong Gading/ Puan Masita Binti
Adan bagi menyempurnakan upacara ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis dengan sukacita menjemput Muhammad Rayyan bin Musman, naik ke pentas
mewakili semua barisan pemimpin muda untuk menerima watikah pelantikan.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersila, Sub Inspektor Abu Shah Bin Md Kalas
dengan diiringi oleh guru-guru penolong kanan SK Tanjong Gading/ Puan Masita Binti Adan
untuk memeriksa barisan seterusnya menyerahkan watikah pelantikan kepada setiap
pemimpin muda. Dipersilakan yang dihormati, tuan...

Demikianlah tadi berakhirnya majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada para


Pemimpin Muda SK Tanjong Gading bagi sesi 2019. Pihak majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada Sub Inspektor Abu Shah Bin Md Katas atas kesudian menyempurnakan
upacara tersebut.

BACAAN IKRAR PEMIMPIN MUDA

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian......

Majlis diteruskan lagi dengan upacara lafaz Ikrar daripada semua Pemimpin Muda yang akan
diketuai oleh Muhammad Muhammad Rayyan bin Musman. Majlis mempersilakan.......

BREAK ( Bacaan Ikrar )

Demikian tadi lafaz ikrar oleh semua Pemimpin Muda yang diketuai oleh Muhammad
Rayyan bin Musman. Ribuan terima kasih diucapkan atas pimpinan lafaz ikrar itu tadi.
Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi menjadikan semua pemimpin muda di sekolah ini
akan lebih komited dalam menjalankan tugas mereka..

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada warga SK Tanjong Gading,
dipersilakan Puan Hajah Jamilah bt othman untuk menyampaikan cenderahati kepada Sub
Inspektor Haji Abu Shah Bin Md Kalas. Dipersilakan.....

3
BREAK ( Penyampaian Cenderahati Kepada Sarjan )

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi diucapkan kepada Sub Inspektor Haji
Abu Shah Bin Md Kalas kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama warga SK
Tanjong gading bagi menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Kalau ada si bunga rampai,


Kirimkan saya buat penyeri,
Jasa tuan tidak ternilai,
Terima kasih daripada kami.

NYANYIAN LAGU SEKOLAH

Sebelum majlis menutup tirai, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Sekolah dan
Lagu Muafakat Johor. Semua murid dan guru sekali lagi diminta berdiri dan bersedia.

BREAK ( Nyanyian Lagu Sekolah dan Lagu Muafakat Johor )

PENUTUP

Dengan berakhirnya nyanyian lagu tersebut, maka berakhirlah Majlis Penyampaian Watikah
Pelantikan Pemimpin Muda 2019. Kepada para pemimpin muda, sekalung tahniah
dirangkaikan.

Bunga melur di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang saya pinta

Sebelum berpisah, majlis menjemput dan mempersila Sub Inspektor Haji Abu Shah Bin Md
Kalas dan barisan guru-guru penolong kanan, guru penasihat Badan Pengawas, Pegawas
Pusat Sumber serta ketua dan Penolong Ketua Kelas ke sesi bergambar.

JAMUAN MAKAN

Kalau tuan pikat cemara


Buatlah bara bakar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

Majlis mempersilakan Puan Hajah Jamilah bt Othman untuk mengiringi Sub Inspektor Haji
Abu Shah Bin Md Kalas dan pengiringnya ke kantin untuk menikmati sedikit jamuan ringan.
Dipersilakan......

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Murid-murid boleh bergerak ke kelas dengan senyap.

Anda mungkin juga menyukai