Anda di halaman 1dari 4

Teks Program Motivasi

SK Kubong 2019

PENYAMPAI MASA / SKRIP PENGACARA


ATURCARA
Ketibaan Mengumumkan ketibaan yang
Tetamu VIP
Yang Dihormati,
Tn. Hj Jaffri Bin Mail
Selaku Penceramah Jemputan

Diringi oleh

Yang Berusaha,
Pn. Dayang Surinah Binti Mohamad Superi
Guru Besar SK Kubong

Serta barisan guru-guru penolong kanan.

Nyanyian Lagu Majlis dengan segala hormatnya memohon semua hadirin untuk berdiri
Negaraku bagi menyanyikan lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku.

********Lagu Negaraku + Ibu Pertiwiku dipasangkan.

Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakan semua hadirin


untuk duduk.

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Awg
Lah Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

******** Bacaan Doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Awg Lah atas bacaan doa sebentar
tadi.

Ucapan Alu- Pergi berhuma di tanjung rokan,


aluan Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan kami alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Bissmillahirrahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan


Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. Selamat datang ke
Program Motivasi Murid Tahun 5 dan 4 SK Kubong bagi Tahun 2019.
Penglipur lara mengungkap madah,
Madah dibaca panjang berbaris,
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah beradap pemula majlis.

Yang Dihormati,
Tn. Hj Jaffri Bin Mail
Penceramah Jemputan

Yang Berusaha,
Pn. Dayang Surinah Binti Mohamad Superi
Guru Besar SK Kubong

Yang Dihormati
En. Yazid Bin Mohammad
Yang Dipertua PIBG SK Kubong

Yang dihormati,
En Dahlan Bin Salleh,
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Rosidah Binti Bardi,


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Pn. Rosemary Anak Asan,


Penolong Kanan Kokurikulum

Seterusnya
Barisan guru SK Kubong, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat


ilahi kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan
waktu, digerakkan minda, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental
untuk sama-sama berkumpul di dalam satu majlis ilmu yg mudah2an
dirahmati allah.

Sesungguhnya ada pepatah yang mengatakan ilmu itu adalah lebih baik
dari harta kerana dgn berilmu, ianya dapat menjaga kita sedangkan
harta pula memerlukan kita untuk menjaganya. Ilmu juga jika
disebarkan ianya akan memanjangkan manfat dan kebaikan sedangkan
harta jika diberikan kpd orang, ia akan habis.

sedikit info mengenai program ini iaitu program yang


berkonsepkan motivasi keibubapaan bersama murid ini merupakan
program yang dirancang khas untuk murid2 tahun 5 dan 4 sebagai
persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

saya ringkaskan di sini, antara objektif program ini adalah untuk :

Mudah-mudahan semuanya dapat kita capai demi anak didik tercinta.


Ucapan Guru Hadirin dan hadirat sekalian,
Besar
Tanpa melengahkan masa, kini majlis diteruskan lagi dengan
mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Dayang Surinah Binti Mohamad
Superi, Guru Besar SK Kubong untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********(Ucapan GB)

Untaian madah kata aluan, untaian ingatan sepanjang zaman. Majlis


mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha, Pn. Dayang
Surinah Binti Mohamad Superi, atas ucapan sebentar tadi.

Slot 1 Hadirin yang dimuliakan,

Kini telah tiba masanya untuk kita mendengar ceramah motivasi yang
akan disampaikan oleh

Yang Dihormati,
Tn. Hj Jaffri Bin Mail, selaku Penceramah Jemputan pada hari ini.

Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan.

***********(Ceramah Motivasi )

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang


Dihormati, Tn. Hj Jaffri Bin Mail, atas kesudian menyampaikan
ceramah beliau sebantar tadi.

Diharapkan sama2lah kita mendapat manfaat dan pedoman dari


ceramah beliau tadi dalam mendidik hati dan menjadikan kita sebagai
insan yang lebih berjaya. Untuk itu, majlis ingin membuka peluang
kepada para ibu bapa atau murid untuk bertanyakan sebarang soalan
atau permasalahan kepada penceramah jemputan kita.

Sekiranya tiada sebarang soalan majlis akan diteruskan dengan


agenda seterusnya.

Penyampaian Adat tetamu datang bertandang,


Cenderamata cenderamata diberi tanda ingatan.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput

Yang Berusaha,
Pn. Dayang Surinah Binti Mohamad Superi
Guru Besar SK Kubong

Untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Dihormati,
Tn. Hj Jaffri Bin Mail,
Penceramah Jemputan pada hari ini.

***********(Penyampaian Hadiah)

Terima kasih diucapkan kepada


Yang Berusaha,
Pn. Dayang Surinah Binti Mohamad Superi
Guru Besar SK Kubong

atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Tanam bunga ditepi kelapa,


Cantik berseri bunga melati,
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati.

Jemputan ke Untuk makluman, program Kita pada pagi ini baru sahaja selesai
Jamuan / dengan slot pertama manakala slot kedua akan disambung semula kita
rehat semula selepas waktu rehat.

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman,
Juadah sudah terletak dimeja,
Sudilah santap tuan budiman.

Kepada para jemputan dan ibu bapa serta barisan guru untuk menjamu
selera di Bilik Rehat manakala untuk murid di Bilik RMT.

Kata aluan Dengan ini berakhir sudah majlis kita pada hari yang penuh bermakna
penutupan ini. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Dari Kedah ke Pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan


kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk
Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai