Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELAPORAN PBD 2019

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bunga kecubung berwarna ungu


Ditatah berlian batu bermutu
Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu

1. Yg Berusaha Pn. Suzana binti Hamid – Guru Besar SK Sri Limau


2. Yg Berusaha : Barisan Penolong Kanan SK Sri Limau
Aluan
3. Yg Berusaha Pn. Wan Normah bt Wan Taib, PK Pentadbiran SK Sri Limau
4. Yg Berusaha Tn Syed Shahrul Nizar bin Syed Mohd Zainudin, PK HEM
5. Yg Berusaha En. Norshaidi bin Mohd Noor, PK Kokurikulum
6. Yg Berusaha, En Mohd Zaki bin Shafie, PK Petang
7. Para ibu bapa, tuan-tuan puan-puan, para hadiran dan seterusnya murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat


Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita bersama-sama dalam
Majlis Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi penggal pertama 2019.

1
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bacaan Para hadirin sekalian,


Doa
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Ustaz Basier Rool Azmi bin Ibrahim, untuk memimpin bacaaan doa. Dipersilakan.

Amin-amin Ya Rabbil alamin. Terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Adat bahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan

Para hadirin sekalian,


UCAPAN
Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan
ALUAN
Yang Berusaha Puan Suzana binti Hamid, Guru Besar SK Sri Limau untuk
GB
menyampaikan ucapan & seterusnya membentangkan keputusan keseluruhan pencapaian
PBD murid Tahun 2 dan 3 bagi penggal 1/2019. Dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar di atas ucapan
dan taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga
dewan.

Para hadirin sekalian,

Agenda seterusnya pada petang ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama para
guru kelas. Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan Pentaksiran Bilik Darjah
penggal 1/2019. Sebarang cadangan dan pandangan para waris amat dialu-alukan untuk
kebaikan bersama.

Sebelum itu, saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya
Penutup mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya
daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Buah selasih buah kelubi


Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai