Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENUTUPAN IHYA’ RAMADHAN DAN KHATAM AL-QURAN 2019

PENGACARA MAJLIS : PUAN FARIZYAN BINTI PIUT

BIL CUE ANN CATATAN


1 Semua guru Dari Raub pergi ke Pontian,
dan murid Terus pula ke Kuala Perlis,
berkumpul di Harap semua berikan perhatian,
Dewan LestarI Mohon saya mulakan majlis.
2 Ucapan alu- Bismillahirrahmanirrahim..
aluan
Pengacara Yang berusaha, Puan Rosnani binti Ibrahim, Guru
Majlis Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sementa,

Yang dihormati, Puan Hajah Radhiah binti


Hasbollah, Penolong Kanan Kurikulum,

Encik Faridzul Azwan bin Mohd Kamarudin,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Nornajmah binti Muah, Penolong Kanan Ko-


kurikulum,

Rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam


Ramadhan al-Kareem.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum ke Majlis


Penutupan Ihya’ Ramadhan dan Khatam Al-Quran
Sekolah Kebangsaan Sementa 2019.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Hadirin yang dikasihi,

Sesungguhnya,
Kita di bulan Ramadhan,
dimana nafas kita menjadi tasbih
tidur kita menjadi ibadah
amal kita diterima, doa kita di ijabah sebelum cahaya
syurga padam
sebelum hidup berakhir
sebelum pintu taubat tertutup,
kita masih diberi kesempatan, untuk mendapat
keampunan dari-Nya, insyaAllah.

3 7.30-8.30 pagi Hadirin yang dimuliakan, bagi memulakan majlis


pada pagi nan indah ini, majlis mempersilakan al-
World Fadhil Ustaz Mohamad Hakiman bin Muhammed
#Quranhour bagi mengenalikan World #QuranHour selama
sejam. Dipersilakan.

*************
Terima kasih diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz
Mohamad Hakiman bin Muhammad. Untuk
pengetahuan hadirin sekalian, #QuranHour
merupakan sebuah kempen berimpak tinggi yang
diinisiatifkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas
bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi
dengan al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal.

Ia adalah sebuah usaha menjadikan nilai-nilai mulia


daripada al-Quran membentuk jiwa berbudi dan
penyayang sehingga menjadi cara hidup seharian
setiap insan. Semoga kempen ini menjadi suatu
inspirasi agar murid-murid mampu melonjakkan
potensi diri berlandaskan kerangka fikir al-Quran.

4 8.30 pagi Hadirin yang dimuliakan Allah,


- Perarakan Marilah sama-sama kita saksikan perarakan peserta
peserta khatam khatam Al-Quran bagi tahun 2019 ke pentas khatam.
- Majlis
Khatam Majlis kita beranjak maju pada pagi yang berbahagia
bermula ini dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh anak-anak
didik SK Sementa. Oleh itu, majlis menjemput
Al Fadil Ust. Zulkifli bin Mohd Abd Ghani
untuk mengemudi bacaan khatam Quran. Dengan ini
majlis dengan segala hormatnya menyerahkan majlis
ini kepada Al Fadil Ust.

*******

Terima kasih diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz


Zulkifli bin Mohd Abd Ghani.

Bagi menyampaikan cenderahati kepada semua


peserta khatam, majlis mempersilakan Puan Rosnani
binti Ibrahim, Guru Besar SK Sementa untuk
menyempurnakan majlis.

*********
Terima kasih diucapkan kepada Puan Rosnani binti
Ibrahim atas kesudian menyampaikan cenderahati
kepada para peserta khatam al-Quran 2019.
5 Ucapan Guru Terbang di awan burung jentayu,
Besar Di atas dahan bunga amarilis;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan perasmi majlis.
Hadirin,
Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan
ucapan Puan Rosnani binti Ibrahim, Guru Besar SK
Sementa, sekaligus merasmikan Majlis Penutupan
Ihya’ Ramadhan dan Khatam Al-Quran SK Sementa
2019. Dipersilakan....

************************

Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.


6 Penyampaian Hadirin, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu
hadiah penyampaian hadiah bagi semua pertandingan yang
telah dijalankan sepanjang program Ihya’ Ramadhan.
Dengan itu, majlis dengan berbesar hati sekali lagi
menjemput Puan Rosnani binti Ibrahim, Guru Besar
Cemerlang SK Sementa untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.

************************
Terima kasih diucapkan kepada Puan Rosnani atas
kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

7 Sesi Hadirin, dengan berakhirnya sesi penyampaian


bergambar dan hadiah itu tadi, maka berakhirlah Majlis Penutupan
penutup. Ihya’ Ramadhan dan Khatam Al-Quran SK Sementa
tahun 2019.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Sebelum mengundur diri, saya menjemput semua ajk


untuk sesi bergambar.
Dengan itu, sekian, wabillahi taufiq wal hidayah
wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai