Anda di halaman 1dari 2

COVID -19 PENGORBANAN BARISAN HADAPAN

DEMI KESEJAHTERAAN KITA DAN NEGARA


Bismillahirrahmanirrahim..

Lafaz bismillah pembuka segala, puteri pemidato memula bicara. Sebelum bibir
menitip kata membawa wacana “COVID -19 PENGORBANAN BARISAN HADAPAN
DEMI KESEJAHTERAAN KITA DAN NEGARA” izinkan saya memperkenalkan diri.
Nama diberi, Nurul Farah Alya binti Mohd Ghafi dari Sekolah Kebangsaan Sementa,
Klang. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hadirin yang dihormati,


Sebelum memulakan hujah, mari kita hayati definisi tajuk ini. Wabak Coronavirus
atau lebih dikenali sebagai Covid – 19 merupakan salah satu daripada kumpulan
virus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti MERS-CoV dan SARS-CoV
yang menyerang saluran pernafasan.

Pengorbanan ialah suatu tindakan seseorang dalam bentuk pertolongan yang


melibatkan masa, emosi dan nyawa.

Barisan hadapan merujuk kepada kumpulan utama yang berhadapan ancaman


kepada negara seperti doktor, jururawat dan polis.

Kesejahteraan pula ialah keamanan dan ketenteraman.

Tuntasnya, tindakan petugas utama membantu mendepani cabaran Covid-19 tanpa


mengira masa, emosi dan nyawa merupakan asas keamanan negara.

Hadirin ,
Indikator saya yang pertama Pengorbanan Masa Demi Negara. Kami pergi kerja
untuk anda, anda duduk rumah untuk kami. Begitulah, slogan yang tular saat
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020. Saat
kita duduk di rumah dengan selesa, tersenyum riang bersama keluarga, mereka ;
barisan hadapan terpaksa mengorbankan masa di tempat kerja yang kebiasaannya 9
jam, kini berpanjangan selama 18 jam sehari akibat kes yang semakin hari semakin
meningkat.

Ada dalam kalangan mereka yang terpaksa berkampung di hospital tiga minggu
berturut-turut, melakukan sekatan jalan raya selama 24 jam di atas tar berpanas
dan berhujan. Namun, mereka harus tetap bertahan, kerana tanpa mereka yang
berkorban masa untuk kita, pasti graf Covid-19 tidak dapat diturunkan.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua Pengorbanan Emosi Barisan Hadapan. Kenaikan tiga
angka kes baharu Covid-19 selama enam hari berturut-turut dilaporkan Harian Metro
pada 20 Mac lalu berjaya mengoyak emosi para petugas barisan hadapan. Dalam
media sosial, ramai yang berkongsi gambar dan video petugas kesihatan yang mula
sukar mengawal emosi. Antaranya termasuklah video bertajuk ‘Doktor Menangis
Terlalu Penat’ yang tular di Facebook.

Video berdurasi 4.35 saat itu antaranya menyebut apa yang paling ditakuti ialah
pasukan barisan hadapan mula berasa hilang semangat dan keletihan melampau
sehingga ada pasangan yang menghantar makanan menangis kerana melihat
keadaan pasangan mereka yang terlalu penat. Namun, dek tugas yang telah
dipertanggungjawabkan mereka sanggup berhadapan dengan virus maut tersebut.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang ketiga, Barisan Hadapan Rela Berkorban Nyawa.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul adalah peribahasa yang tepat
bagi menggambarkan pengorbanan petugas barisan hadapan.

3 Mei 2020, negara digemparkan dengan berita kemalangan yang mengakibatkan


seorang anggota polis terkorban dilanggar semasa OPS Covid-19 dijalankan di
Kajang, Selangor. Koperal Safwan bin Mohamad Ismail yang disifatkan sangat
komited terhadap tugasnya sanggup berkorban nyawa demi membantu seluruh
rakyat Malaysia mematuhi arahan duduk di rumah. Bukan hanya keluarganya
menangisi pemergiannya, namun seluruh Malaysia turut berduka.

Hadirin,
Konklusinya, barisan hadapan tonggak kejayaan memerangi pandemik COVID-19
demi kesejahteraan negara masa hadapan. Merekalah hero yang sepatutnya kita
dendangkan. Hadirin, bantulah mereka. Marilah kita berganding bahu bersama-sama
memerangi virus Covid-19 bak kata pepatah bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Kita pasti menang!

Dengan itu sekian. Wabillahi taufik walhidah, wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai