Anda di halaman 1dari 5

更多 huiyeesoong@gmail.

com 資訊主⾴ 登出

@AntashaK
Bukankah kecurigaan itu telah terbunuh sejak kita bersapa.(Pemuda dan Gadis Tiong Hua, Usman Awang )

SUNDAY, MARCH 6, 2016 PISMP SEM 8//IPGKTB//OPSYEN PM/PJ //


FOLLOW MY TWITTER ACC @ANTASHAK.

KONSEP AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DARI SEGI AntashaK


PEMIKIRAN, PERTUTURAN, PERLAKUAN DAN GAYA HIDUP View my complete profile
MASYARAKAT MELAYU.
BLOG ARCHIVE
Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki bin Miskon (2012) dalam buku Budaya
dan Pembelajaran, menjelaskan bahawa masyarakat merupakan sekelompok besar ► 2020 (1)
manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya ► 2018 (1)
tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Mereka ini terdiri daripada manusia ► 2017 (1)
yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari pelbagai
▼ 2016 (11)
aspek gaya hidup.
► November
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman (1)
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan ► September
yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya (1)
membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dilalui. ► April (2)
Menurut pandangan Islam, akal berfungsi memerhatikan tenaga supaya otak
▼ March (3)
manusia dapat bekerja dan beroperasi. Menurut Hadith Nabi Muhammad :
Family di
IPGKTB
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada solat sunat 70 tahun” 😘
KONSEP
Dari perspektif pemikiran, Melayu ini secara historikal akan mengungkapkan AKAL
BUDI
perkembangan masyarakat Melayu dari aspek budaya selaras dengan alam pemikiran MASYARA
mereka. Alam pemikiran sosial Melayu ini merangkumi akal-fikiran, akal-budi, alam, KAT
ilmu yang diperlihatkan dalam siratan Alam-Manusia-Tuhan. . MELAYU
DARI SEGI
PEMIK...
Manusia menggunakan akal dan hati untuk mendekati dan berinteraksi dengan
PENGERTIA
Tuhan dan juga memerlukan hubungan spiritual, emosi dan jiwa. Manusia dipilih oleh N BUDAYA
Tuhan kepada untuk dijadikan sebagai khalifahNya di muka bumi bagi memakmurkan DAN AKAL
BUDI
tuntutan tugas manusia. Oleh itu, manusia memegang amanah dan tanggungjawab MASYARA
untuk menjaga alam ini. KAT
MELAYU

Dari sudut pertuturan pula, masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan. ► January (4)
Menurut Kamus Dewan(1984),hal 115, santun bermaksud halus budi bahasa atau
“berbudi pekerti” dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar
dalam proses berkomunikasi.

Berdasarkan seorang ahli bahasa Malaysia yang terkenal, Awang


Sariyan(2007)memberi takrifan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik,
sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara. Manakala, menurut tokoh Nusantara iaitu
Hamka pernah menyatakan bahawa kecantikan yang abadi terletak pada keelokan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah atau pakaian.

Antara contohnya ialah,masyarakat Melayu akan menggunakan kata ganti nama diri
yang lebih lembut(merendah diri). Senario ini dapat dilihat melalui pertuturan antara
rakyat jelata dengan Raja(Sultan). Rakyat akan menggunakan kata ganti nama diri
pertama(patik atau hamba)manakala Raja akan menggunakan kata ganti nama diri
ketiga(tuanku) dalam pertuturan laras bahasa istana. Tambahan pula, masyarakat
Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang
kerana mulut merupakan salah satu anggota yang perlu dijaga kerana mulut akan
mengungkapkan kata-kata yang kurang sopan. Oleh itu,penggunaan mulut pada
setiap hari perlu ada hadnya dan orang Melayu sangat menitik beratkan hal sebegini
selaras dengan penciptaan peribahasa seperti ”kerana pulut santan binasa,kerana
mulut badan binasa”.

Selain itu, akal budi masyarakat Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan
seharian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, perlakuan
dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu
dapat dikateogorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan
baik. Misalnya, masyarakat Melayu akan melayan tetamu terlebih dahulu walaupun
dalam keadaan yang sibuk,namun tingkah laku ini tidak dapat dilihat di Negara Korea.
Mereka akan memberitahu secara berterus-terang bahawa mereka sedang sibuk dan
menyuruh tetamu tersebut pulang. Selain itu, tertulis dalam hikayat sastera klasik di
mana terdapat beberapa pergaduhan yang mengaibkan atau menghukum seseorang.
Contohnya, kerana Jebat ingin membalas dendam ke atas Sultan Melaka, Tuah telah
dimalukan dan dijatuhi hukuman bunuh kerana difitnah bermukah dengan perempuan
istana. Oleh itu,lahirlah peribahasa “menconteng arang di muka” yang bermaksud
sesuatu perlakuan yang mendatangkan malu atau aib kepada keluarga. Anggota
masyarakat yang sanggup memalukan diri sendiri dan ahli keluarganya ataupun
seseorang dianggap sebagai tidak bermaruah. Justeru,masyarakat perlu menjaga
perlakuan agar tidak menyinggung perasaan seseorang.

Akhir sekali,akal budi masyarakat Melayu juga tidak lengkap tanpa gaya hidup.
Menurut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya hidup bermaksud cara tertentu
seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut
kemampuan(mewah,sederhana dan sebagainya). Manakala kehidupan dapat
didefinisikan sebagai perihal hidup(Sumber:Kamus Dewan Edisi Keempat). Terdapat
beberapa jenis akal budi yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu agama
dan kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-
nilai murni.

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar
seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam
pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran
Islam dibenarkan. Contohnya,adat kunjung-mengunjungi jiran tetangga. Melalui
principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama
secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus
diamalkan. alam masyarakat Melayu.

Selain itu, seni dapat dibahagikan kepada dua iaitu seni persembahan (tarian,
nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda
kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan,
tenunan, anyaman dan sebagainya). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak,
juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai
identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbagai-bagai unsur asli dan
luar.

Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelompok.


Pertamanya, penerapan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral).Seterusnya,
penerapan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal), yang digunakan oleh orang
Minangkabau di Malaysia.Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut
agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem
kekeluargaan Islam.

Tamadun Melayu juga berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai
tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama Islam. Nilai
asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa dan
perumpamaan. Pengaruh kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak
mengubah budaya Melayu. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan
perkara yang paling penting dalam agama Islam. Ia melibatkan asas pegangan hidup,
pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang
dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. adalah sebahagian
daripada cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan.
Dalam hal ini, pandangan semesta masyarakat Melayu berunsurkan tradisional
disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam.
Sejarah masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat
Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar
oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat
Melayu amat menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan
atau Raja telah menjadi sebahagian budaya orang Melayu. Dalam agama Islam
pemimpin adalah khalifah Allah S.W.T. di muka bumi. Dalam pepatah Melayu:
Ada raja adat berdiri, Tiada raja adat mati
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Biar mati anak, jangan mati adat dan, raja adil raja disembah, raja zalim raja
disanggah.
Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi dalam amalan hidup
seharian. Mereka amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan adat
isitadat yang diwarisi sejak turun-menurun. Antara adat istiadat yang masih diamalkan
seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian. Orang Melayu
memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mematuhinya.
Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, “adat dikelek dan hukum dijunjung”.
Terdapat beberapa upacara “rites de passage” gabungan unsur Islam dan adat
diadakan pada hampir setiap tahap kitaran hidup. Contohnya, sebelum seseorang itu
dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang diikuti. oleh si ibu agar anak yang bakal
dilahirkan tidak akan mewarisi perangai keji kedua-dua ibu bapaya.

Seterusnya, orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang
Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu
digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang
tidak membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah. Meraikan tetamu
merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu. Mengikut ajaran agama
Islam, tetamu hendaklah dilayan dengan sebaik mungkin. Oleh yang demikian, tetamu
sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.

Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan
santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu
yang berkaitan dengan beradab (civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa
orang yang beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya, manakala yang
tidak beradab dianggap kasar. Dalam berpakaian, selain bersih. Islam juga
menekankan pentingnya menutup aurat..Masyarakat Melayu mementingkan nilai
bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga sebahagian daripada ajaran agama Islam
yang menuntut pekerjaan halal . Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan
menjadi sebahagian daripada darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila
kita melakukan perkerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan
sempurna, perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri
dan ahli keluarga. Ia mampu untuk membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok.

KARYA PUISI TRADISIONAL


Puisi tradisonal merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia.
Buktinya ,orang Melayu berbangga dengan puisi tradisional milik mereka yang pelbagai
jenis. Antara jenis karya puisi tradisional tersebut ialah pantun, syair, gurindam,nazam
dan seloka.

Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. Mengikut kajian,


asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, tuntun,
matuntun, panton, dan pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara.
Maksudnya merujuk kepada ‘sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur,
tersusun dan indah dalam kesusasteraan Melayu’. Istilah pantun asalnya dipakai
dengan perbandingan. Contoh pantun cinta dan kasih sayang:

Dari Mentakab ke Sungai Mati,


Singgah bermalam di Tangga Batu,
Tumpang di rumah Tok Lela;
Timbullah insaf di dalam hati,
Pemandu ramai penumpang pula tetap setia
(Sumber Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, Puisi Melayu)
Picture Window theme. Theme images by richcano. Powered by Blogger.
Syair pula merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu
yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi.Syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang
bererti puisi dan sha’r yang bererti penyair.Syair berkembang dalam pelbagai bahasa
di Nusantara. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan
dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri sekitar abad ke-16 dengan tujuan
mengajarkan agama Islam.Contoh syair:
Manusia turun kebumi untuk diuji,
Untuk menjadi manusia sejati,
Muliakan hati untuk mendapatkan derajat tertinggi,
Menjadi kekasih yang dikasihi dan diberkati
Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali
Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis
gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak. Isinya pula
mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.
Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan
idea.Contoh gurindam:
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang berasal daripada puisi Arab, telah
wujud lebih 100 tahun yang lalu dan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan
secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita Kebanyakan
liriknya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjuk ajar biasanya
berkaitan dengan ilmu agama. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya
terdiri daripada 5 hingga 8 orang. Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dari Parsi
dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan ulamak.
Contoh nazam tradisonal karya

Aku mula nazam ini dengan nama,


Allah yang memberi fahaman agama,
Puji itu bagi Allah yang mulia,
Lagi kekal ia lagi yang sedia.
(Tuan Guru Haji Mustapa)
Dalam bahasa Melayu, seloka beerti berseloroh atau menyindir.Merupakan puisi yang
paling tua dalam kesusasteraan Melayu dan dipercayai datang ke alam Melayu
bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara

Contoh seloka:
Tanam padi satu-persatu,
Anak lintah dalam cunia.
Daging hancur menjadi satu,
Tanda cinta dalam dunia.

Posted by AntashaK at 8:20 AM

No comments:

Post a Comment

Enter your comment...

Comment as: HUI YEE (Goo Sign out

Publish Preview Notify me

Newer Post Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Anda mungkin juga menyukai