Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2021/2022

Program: PISMP Nama Pelajar:


Kod: MPU3052 Semester / Tahun Sem 2 / Tahun 1
Nama Kursus: Tamadun Islam dan Ambilan Jun 2021
Tamadun Asia (TITAS) Kumpulan
W1-W15

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan 16 November 2021 10 Disember 2021
2. Pembentangan Berkumpulan 13 Disember 2021 20 Disember 2021
3. Kuiz 21 Disember 2021 28 Disember 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menerangkan konsep umum tamadun dan tamadun Islam. (C2, A3, LO1)
2. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi interaksi di antara kepelbagaian tamadun di
Asia. (C2, A3, LO1)
3. Membandingkan kepelbagaian tamadun Asia antara tamadun Melayu, Cina, India yang
terdapat di Malaysia dari segi sosio budaya, ekonomi dan pendidikan. (C4, A2, LO3,
CTPS5)
4. Menilai isu-isu kontemporari tamadun yang mempengaruhi sosio budaya, masyarakat
dan negara melalui pembentangan. (C5, A4, LO3, LO4, LO5, CTPS5, CS1, TS2)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep umum tamadun dan tamadun Islam serta faktor yang
mempengaruhi interaksi di antara kepelbagaian tamadun dari segi sosio budaya,
ekonomi dan pendidikan melalui kuiz.

2. Menganalisis kepelbagaian tamadun dengan membuat suatu perbandingan antara


tamadun Melayu, Cina dan India yang terdapat di Malaysia dari segi sosio budaya,
ekonomi dan pendidikan melalui penulisan.

3. Memperincikan isu-isu kontemporari tamadun yang mempengaruhi sosio budaya,


masyarakat dan negara melalui pembentangan berkumpulan.

1
Pertembungan interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Asia telah membawa impak
yang positif dan negatif dalam perkembangan tamadun. Kewujudan interaksi antara
tamadun ini berlaku kerana adanya sikap toleransi yang tinggi serta saling hormat
menghormati antara tamadun. Dalam konteks ini, terdapat ciri-ciri persamaan dan
perbezaan yang perlu dipertahankan bagi mengekalkan jati diri rakyat Malaysia.

Ketamadunan Malaysia dibina berasaskan kepelbagaian budaya dan latar belakang


masyarakat yang berbilang kaum. Namun demikian, masyarakat Malaysia berjaya hidup
dalam suasana yang harmoni dan sejahtera.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut secara individu dan kumpulan:

Tugasan 1: Penulisan Individu (60%)

Menganalisis kepelbagaian tamadun dengan membuat suatu perbandingan antara


tamadun Melayu, Cina dan India yang terdapat di Malaysia dari segi sosio budaya,
ekonomi dan pendidikan melalui penulisan.
Panjang penulisan 1,000 patah perkataan.

Tugasan 2: Pembentangan Berkumpulan (20%)

Memperincikan isu-isu kontemporari tamadun yang mempengaruhi sosio budaya,


masyarakat dan negara melalui pembentangan berkumpulan.
Perbentangan secara kritis dengan menggunakan aplikasi yang sesuai.

Tugasan 3: Kuiz (20%)

Menjelaskan konsep umum tamadun dan tamadun Islam serta faktor yang
mempengaruhi interaksi di antara kepelbagaian tamadun dari segi sosio budaya,
ekonomi dan pendidikan melalui kuiz.

Kuiz - 2 soalan struktur dan 10 soalan objektif akan diadakan (mengikut jadual
tugasan) selama 30 minit.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Tugasan 1 dan 3 adalah tugasan individu manakala tugasan 2 adalah secara
berkumpulan (2 atau 3 orang).
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Panjang penulisan tidak kurang 1000 patah perkataan.
4. Format penulisan tugasan kajian ilmiah dan esei adalah seperti berikut :
i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 11
iii. Langkau satu setengah baris (1.5 spacing)
iv. Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association)
v. Lampiran
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan dan markah 0 diberikan kepada skrip yang sama.
6. Anda mesti menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Kelewatan
menghantar tugasan akan memberi kesan terhadap markah anda.
7. Semua tugasan hendaklah dibuat dalam bentuk ‘hardcopy’ sesalinan dan ‘softcopy’
mengikut kelas masing-masing.
2
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2. Membuat rujukan terhadap sumber-sumber primer yang dapat menyokong pencarian
maklumat yang berkaitan dengan tajuk.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian, sokongan
ilmiah, kefasihan bahasa, kematangan hujah serta kemampuan menterjemah
maklumat secara analitikal.
4. Setiap ambilan dan petikan yang diperolehi daripada mana-mana sumber hendaklah
dinyatakan secara telus.
5. Esei yang baik mengandungi pendahuluan, isi, ulasan isi dan penutup.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

Disediakan oleh Disemak oleh

RIZAMAN _________

(FOUZAI BIN YUSOF) (Dr. RIZAMAN BIN YAHYA)


Penyelaras Kursus MPU3052 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Disahkan oleh

RIZALMAN

(Dr. RIZALMAN BIN MUHAMMAD)


Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGK IPOH

3
4

Anda mungkin juga menyukai