Anda di halaman 1dari 12

Topik

Pengenalan Pendidikan Kokurikulum

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi dan konsep kokurikulum yang sesuai dengan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah; 2. Mengenal pasti matlamat dan objektif pendidikan kokurikulum di sekolah; 3. Menyenaraikan strategi yang sesuai untuk melaksanakan kokurikulum di sekolah; 4. Menerangkan sejarah perkembangan pendidikan kokurikulum; dan 5. Menjelaskan fungsi aktiviti pendidikan kokurikulum.

X PENGENALAN
Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Pengetua/Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah. Beberapa perkara perlu di ambil kira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah. (a) (b) (c) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli; Kekerapan mengadakan mesyuarat; Pembentukan jawatankuasa kecil;

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

(d) (e)

Pelaporan berkala; dan Dokumentasi.

1.1

KONSEP PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur, kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997). Huraian di atas bermaksud perlaksanaan kokurikulum adalah wajib dilaksanakan di sekolah dan institut pendidikan guru. Sebarang kegagalan dan keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali (Akta Pendidikan, 1996.

1.1.1

Pengenalan Pendidikan Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti kurikulum. Aktiviti ini juga adalah aktiviti yang harus diikuti oleh setiap pelajar sama ada ia dilaksanakan di dalam ataupun di luar bilik darjah bergantung kepada keperluan dan kesesuaian sesuatu aktiviti. Aktiviti ini penting diikuti pelajar untuk membolehkan mereka memperoleh seberapa banyak pengalaman, kemahiran dan pengetahuan untuk mengembangkan kredibiliti yang ada pada diri mereka. Ini juga berlandaskan andaian bahawa setiap pelajar jika diberikan peluang akan berupaya menyerlahkan ke arah perkembangan bakat, minat, mental, jasmani, sahsiah, rohani dan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

1.2
(a)

FALSAFAH PENDIDIKAN KOKURIKULUM


dan kebolehan yang boleh

Berikut adalah beberapa falsafah pendidikan kokurikulum: Setiap pelajar mempunyai minat diperkembangkan dan diperkukuhkan.

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

(b) (c) (d) (e) (f) (g)

Setiap orang pelajar boleh dididik dan diasuh berdasarkan kesesuaian dan keupayaan mereka. Setiap orang pelajar perlu ada keseimbangan dari segi perkembangan intelek, perkembangan fizikal, emosi dan rohani. Sekolah adalah institusi yang bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berkualiti untuk masyarakat dan negara. Masyarakat juga bertanggungjawab untuk mendidik pelajar supaya menjadi warganegara yang berhemah dan berketerampilan. Setiap pelajar perlu dididik dan diasuh untuk menjadi masyarakat yang sentiasa bertakwa dan berpegang kepada ajaran agama. Setiap pelajar perlu diasuh dan diperkembangkan keupayaan mereka dalam aspek nilai murni, interpersonal dan intrapersonal.

1.2.1

Matlamat Pendidikan Kokurikulum

Matlamat kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua murid, warga guru/IPG serta anggota masyarakat untuk: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional di kalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar; Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal; Menyemai nilai pendidikan; Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar; Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan; Mewujudkan keseimbangan perkembangan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial (JERIS); dan Mengisi masa lapang dengan berfaedah.

1.2.2
(a) (b)

Objektif Pendidikan Kokurikulum

Berikut adalah objektif pendidikan kokurikulum: Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan; Menyumbang perkembangan JERIS;

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

(c) (d) (e) (f) (g) (h)

Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid; Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat murid dalam aktiviti diceburi; Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok; Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat; Mewujudkan sekolah berwatak; dan Menyediakan murid untuk program latihan khidmat negara (PLKN), Sila rujuk Rajah 1.1, dan integrasi nasional.

Rajah 1.1: Antara aktiviti di dalam program PLKN

1.3

STRATEGI PELAKSANAAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Untuk mencapai matlamat serta objektif yang disenaraikan dalam kokurikulum ini, beberapa strategi pelaksanaannya perlulah diambil perhatian. Antaranya ialah: Memberikan keutamaan dan wajaran yang sesuai kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah. Menambah bilangan pasukan berunifom, persatuan atau kelab, sukan atau permainan dan aktiviti lain yang memberikan faedah kepada perkembangan sahsiah, keperibadian, dan kemahiran serta pengetahuan murid-murid. Mempelbagaikan lagi aktiviti yang berkaitan dengan unit berunifom, persatuan atau kelab, sukan atau permainan agar semua murid dapat melibatkan diri secara optimum dalam aktiviti yang diminati.

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan menyediakan aktiviti yang bersesuaian untuk tujuan perpaduan. Memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan antara pihak sekolah, murid dan masyarakat. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam perancangan aktiviti kokurikulum. Melaksanakan sistem pengurusan kokurikulum secara bersepadu dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum murid sepanjang tahun dalam sesi persekolahan mereka. Menggunakan Sistem Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah (SPAKS) secara berkomputer memudahkan penyimpanan rekod murid. Merancang dan manganjurkan aktiviti pertandingan yang boleh melibatkan semua murid di sekolah. Menyelia dan menilai penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secara berhemah dan berterusan serta adil. Merancang serta melaksanakan sesi pemberian penghargaan dan pengiktirafan kepada mana-mana murid yang telah mencapai tahap kecemerlangan dalam kegiatan kokurikulum. Memberikan penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum. Merancang dan menyelia setiap aktiviti kokurikulum dengan sempurna dan berkesan sesuai dengan objektif yang disarankan.

1.4

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Sebenarnya kegiatan kokurikulum telah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah Melayu semasa era penjajahan Inggeris. Setiap murid akan diberikan kemahiran menanam sayur-sayuran, mengait, membuat kraf tangan, menanam pokok bunga dan lain-lain. Pada tahun 1909, pergerakan pengakap pertama ditubuhkan di Singapura. Penubuhan SITC (kini dikenali sebagai UPSI) pada tahun 1928, juga banyak memberikan sumbangan kepada pelaksanaan kokurikulum. Setiap bakal guru, selain mempelajari bidang akademik, mereka juga dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti berkebun, membuat kraf tangan, menjahit, permainan (rujuk Rajah 1.2) dan termasuklah kegiatan unit berunifom (sila rujuk Rajah 1.3).

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Rajah 1.2: Contoh aktiviti kokurikulum permainan di SITC

Rajah 1.3: Contoh aktiviti kokurikulum unit beruniform di SITC

Laporan Razak 1956, menyebut bahawa kegiatan kokurikulum dijadikan sebagai suatu kegiatan berkumpulan dan wajib dilaksanakan disekolah. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, kegiatan kokurikulum dijadikan sebahagian daripada aktiviti berasingan daripada proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Laporan Kabinet 1978, menguatkan lagi kepentingan kokurikulum sebagai suatu bidang selain akademik yang diharapkan akan dapat membentuk sahsiah serta keperibadian pelajar secara lebih positif. Manakala pada tahun 1985, 60 minit subjek kokurikulum telah dimasukkan ke dalam jadual waktu Kurikulum Baru

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Sekolah Rendah (KBSR). Konsep aktiviti dan pelaksanaan kokurikulum juga telah berubah. Dengan pendekatan terkini, kokurikulum menjadi semakin penting. Konsep kegiatan kokurikulum pada asalnya hanya sebagai suatu aktiviti sampingan dan tambahan telah menjadi semakin penting. Pendidikan kokurikulum menjadi sama pentingnya dengan pendidikan akademik. Setiap sekolah sama ada swasta ataupun kerajaan diwajibkan mengadakan pendidikan kokurikulum. Pendidikan kokurikulum diharapkan akan dapat memperkembangkan sahsiah serta keperibadian individu melalui aktiviti yang terancang. Setiap sekolah, daerah, negeri dan kementerian telah mewujudkan jabatan/bahagian/unit yang mengurus pendidikan kokurikulum. Malahan jawatan yang berkaitan dengan kokurikulum seperti penyelia kokurikulum, penolong kanan kokurikulum, pengarah dan pelbagai lagi jawatan yang bersangkutan bertujuan menjadikan pendidikan kokurikulum lebih mapan dan teratur. Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pendidikan kokurikulum juga menjadi sebahagian daripada kurikulum penting dan juga syarat untuk bergraduat. Contohnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), setiap pelajar diwajibkan mengambil 6 jam kredit untuk kursus kokurikulum. Begitu juga dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain universiti.

1.5

FUNGSI AKTIVITI PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Aktiviti pendidikan kokurikulum sememangnya mempunyai fungsi tertentu dalam membina serta memperkembangkan diri pelajar agar sedia bersaing dan mapan dalam menempuh arus pembangunan terkini. Antara fungsi pendidikan kokurikulum ialah: (a) Pendidikan yang menyeluruh dan seimbang Aktiviti kokurikulum yang terancang adalah berperanan untuk memugar atau memperkembangkan potensi diri individu. Pembelajaran secara formal di dalam bilik darjah hanya menumpukan kepada perkembanan kognitif sahaja. Melalui aktiviti kokurikulum seperti berkhemah (sila rujuk Rajah 1.4), bermain, bersantai dan bersukan akan dapat memperkembangkan setiap keupayaan dan kebolehan pelajar sama ada dari segi jasmaninya, rohaninya, emosinya atau keintelektualannya.

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Rajah 1.4: Contoh aktiviti berkhemah - belajar cara masak ala hutan

(b)

Menggilap bakat pelajar Aktiviti kokurikulum juga secara tidak langsung akan dapat menggilap bakat serta kebolehan pelajar. Setiap pelajar mempunyai reputasi dan potensi yang tersendiri. Dengan aktiviti yang berkaitan setiap bakat dapat dilihat dan diperkembangkan. Rajah 1.5 menunjukkan aktiviti menari, antara salah satu bakat yang berjaya dicungkil melalui aktiviti kokurikulum.

Rajah 1.5: Aktiviti menari

(c)

Menyemai dan memupuk aspek kepimpinan Aktiviti kokurikulum juga dapat membina dan memupuk aspek kepimpinan dalam kalangan pelajar. Aktiviti seperti perkhemahan, kawat kaki, pertandingan adalah sebahagian daripada aktiviti yang dapat membina sifat kepimpinan pada diri pelajar.

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

(d)

Peningkatan disiplin pelajar Aktiviti kokurikulum juga akan dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan disiplin kepada pelajar (sila rujuk Rajah 1.6). Aktiviti yang berkaitan dengan pakaian seragam seperti pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan lain-lain lagi adalah antara aktiviti yang amat berkait rapat dengan pembinaan dan pemupukan disiplin dalam kalangan diri pelajar.

Rajah 1.6: Kegiatan kokurikulum melatih pelajar berdisiplin

(e)

Memupuk dan memperkukuhkan perasaan muhibah serta perpaduan Aktiviti kokurikulum juga berfungsi untuk mewujudkan perasaan muhibah dan perpaduan kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti yang diikuti oleh pelajar, mereka akan bersama-sama melaksanakan setiap aktiviti tanpa mengira warna kulit, kaum atau bangsa. Perasaan muhibah yang terjalin akan membuahkan sifat keharmonian dan perpaduan serta semangat kekitaan (espirit de corp). Menyemai dan memupuk nilai murni Aktiviti kokurikulum juga banyak berkaitan dengan penerapan serta penyemaian nilai murni. Contohnya dalam aktiviti berpengakap setiap pelajar akan diajarkan tentang persetiaan pengakap yang berteraskan kepada kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan, keluhuran dan kesopanan. Kesemua ini adalah sebahagian daripada nilai murni yang patut disemai dan dipupuk dalam diri pelajar. Bijak menggunakan masa lapang Aktiviti kokurikulum juga banyak yang bersifat pengisian masa lapang secara terarah dan tersusun. Aktiviti bersukan, perairan (sila rujuk Rajah 1.7), bermain dan berpesatuan adalah antara contoh yang akan dapat

(f)

(g)

10 X

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

memberikan impak positif kepada pelajar untuk mengisi masa lapang mereka agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak bermoral.

(a) Berkayak

(b) Rafting

Rajah 1.7: Contoh aktiviti kokurikulum perairan

(h)

Menyumbang usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan Semakin banyak aktiviti kokurikulum di sesebuah institusi pendidikan, semakin cerialah tempat berkenaan. Terbinalah suatu iklim atau budaya pembelajaran yang menarik minat setiap pelajar. Keadaan ini akan memungkinkan wujudnya suasana pembelajaran serta penguasaan ilmu yang menyeronokkan. Khidmat masyarakat Aktiviti kokurikulum juga akan dapat merapatkan lagi hubungan antara murid, guru dan sekolah dengan masyarakat setempat. Aktiviti seperti lawatan ke rumah orang tua, rumah anak yatim dan penduduk kampung akan dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat. Sesuai dengan moto dalam pemasyarakatan pendidikan iaitu Masyarakat itu Sekolah dan Sekolah itu Masyarakat. Malahan, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid, kuil, tempat riadah dan lain-lain juga adalah antara aktiviti khidmat masyarakat yang amat positif mewujudkan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat. Hobi dan rekreasi Aktiviti kokurikulum juga berfungsi untuk menggalakkan pelajar memilih dan menyempurnakan hobi atau kegemaran mereka secara teratur dan berfaedah. Contohnya hobi seperti mengumpul setem, memancing, berbasikal dan lain-lain jika disalurkan dengan cara yang baik sudah pasti akan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan sahsiah pelajar.

(i)

(j)

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

11

1.5.1
(a) (b) (c)

Impak Pendidikan Kokurikulum kepada Pelajar

Berikut adalah antara beberapa impak pendidikan kokurikulum kepada pelajar: Mengamalkan dan mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang diperoleh semasa belajar dalam bilik darjah. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran formal dalam bilik darjah. Mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari dan memupuk sikap yakin akan kebolehan diri sendiri. Melatih diri hidup secara berdikari. Berinteraksi dan menghargai serta menanamkan kebertanggungjawaban terhadap kepentingan alam sekitar. sifat

(d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l)

Mengembangkan minat serta bakat dalam sesuatu bidang yang diceburi. Menghargai serta mengalami sendiri tentang kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Menghargai serta mengalami sendiri hakikat kepentingan perpaduan dan bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat. Menguji serta mempertingkatkan ciri-ciri kepimpinan, ketabahan dan kecekalan menghadapi cabaran serta masalah. Memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang baru yang ada untuk kemajuan diri sendiri dan rakan. Memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru yang berkemungkinan tidak diperoleh dalam bilik darjah. Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam bidang yang diminati dan diceburi.

(m) Memperluas persepsi dan pandangan hidup. (n) (o) (p) Berkebolehan untuk berinteraksi bersama rakan dan masyarakat untuk mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, aman dan sejahtera. Mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah. Memberikan sumbangan tenaga, idea dan buah fikiran secara bernas melalui khidmat kepakaran yang sedia ada.

12 X

TOPIK 1

PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

(q) (r)

Menyuburkan sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, toleransi, menerima, berbudi bahasa yang mulia,bersopan santun, empati dan kepimpinan. Memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan jasmani, ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani dan kecemerlangan serta keterampilan intelek.

Anda mungkin juga menyukai